• • •

Sifatnya yang benar,lurus dan menjadi tumpuan semua manusia. Tujuannya untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan menghindarkan kemudharatan atau keburukan. Kebaikan dan penghindaran daripada kemudaratan dapat dilihat sekurang-kurangnya lima maqasid syariah iaitu: 1. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama. - Merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan maqasid syariah. Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat,tahyul,kemunafikan dan kesyirikan. - islam mengajak manusia beriman kepada tuhan dan (rukun iman) serta menjauhi anasir-anasir syirik.

2.Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia -Islam mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri dan melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri. 3.Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal -Salah satu keistimewaan yang dianugerah oleh allah ialah akal dan kekuatan berfikir. -Manusia diberi status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintahnya. -Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan. -Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau minda manusia tidak diisi dengan ilmu pengetahuan,ia akan mengakibatkan kepada kelemahan kekuatan berfikir.

-Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya. -kehidupan mereka akan menjadi rendah nilaiannya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup untuk makan,minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja. -Syariah islam juga menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal oleh itu, allah mengharamkan arak dan sesuatu yang memabukkan. 4. Menjamin kehormatan dan maruah diri -Kemuliaan dan keperbadian seseorang amat islam amat mementingkan persoalan ini. -Lihat kesan kewajipan bersolat,berpuasa,mengeluarkan zakat,menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi.

-Semua ibadat khususiyyah ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak. -Tegahan dan larangan allah mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan. -Perhatikan kesan pengharaman zina,mengumpat,bercakap bohong dan mencuri. Allah telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini. -Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan allah dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjamin kehormatan dan maruah diri. 5. Menjamin Usaha Pemilikan dan Pemguasaan Harta -Kehidupan yang sempurna bagi seseorang manusia bagi seseorang manusia juga amt berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta. -Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang-undang tersendiri dalam soal kehartaan. -Ia dibincangkan secara meluas di dalam disiplin dan bidangnya yang tersendiri dikenali sebagai FIQH MUAMALAT. -Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s.w.t.

-Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan.Misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba. -Dalam usaha pemilikan harta,selain daripada riba,syariah islam juga telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan. -Syariah Islam turut menetapkan cara dan kaedah tersendiri bagi belanjakan harta seperti wajibkan zakat kepada harta-harta tertentu dan amat menggalakkan sedekah dan pemberian hadiah dalam keadaan tertentu.

-

-

KESIMPULANNYA, inilah 5 perkara yang dimaksudkan dengan MAQASID SYARIAH. Syariat Islam tidak didatangkan melainkan untuk menjamin kelima-lima perkara diatas dalam kehidupan semua manusia. Kelima-lima perkara tersebut juga dianggap sebagai keperluan yang bersifat asasi dalam diri setiap individu yang tidak dapat tidak harus dipatuhi. Bagi menentukan bahawa kehidupan semua individu adalah seimbang,syariah islam telah menetapkan bahawa semua keperluan ini perlun diberikan penarafan melalui apa yang disebutkan sebagai: * Maslahat Dharuriyyah * Maslahat Hajiyyah * Maslahat Tahsiniyyah atau Kamaliyyah

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful