PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KAMARIAH YUSOFF PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mengikuti tajuk ini pelajar akan dapat :  Menjelaskan konsep dan sejarah modenisasi  Menjelaskan konsep pembinaan negara bangsa  Menghuraikan proses kemunculan parti politik dan tindakan yang perlu diambil untuk memupuk hubungan etnik yang harmonis  Menjelaskan konsep pembangunan politik menurut Islam

KANDUNGAN
1.Konsep dan sejarah modenisasi 2.Konsep pembangunan politik dan pembangunan negara bangsa 3.Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka 4.Pendekatan Islam dalam pembangunan politik

KONSEP DAN SEJARAH MODENISASI

Modenisasi berasal dari perkataan moden yang bererti kini dan baru. Modenisasi pula ialah proses perubahan di dalam semua aspek kehidupan manusia secara berencana Perubahan secara berencana bermaksud suatu proses yang ditentukan matlamat. Modenisme bermakna pandangan hidup yang bersifat keduniaan semata-mata dengan membelakangkan akhirat. metod dan ukuran pencapaian Konsep Modenisasi .

Sejarah Modenisasi Ia bermula di Barat akibat Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian Revolusi Perancis ialah revolusi yang mengubah sistem feudal Perancis kepada sistem pemerintahan yang mengasingkan agama dan kehidupan (sekular) Revolusi Perindustrian pula ialah revolusi yang mengubah ekonomi sara diri kepada ekonomi berskala besar atau untuk tujuan eksport. Kedua revolusi ini merupakan isme yang lahir dari pemikiran manusia dengan membelakangkan agama. pergaulan. cara hidup dll .Ia merangkumi hampir seluruh dari kegiatan hidup manusia meliputi pemikiran.

Konsep Modenisasi Menurut Islam Menurut Islam modenisasi bermaksud melakukan perubahan kepada yang lebih baik berasaskan ajaran al-Qur’an dan alSunnah. cara yang benar dan matlamat yang murni demi kebaikan dunia dan akhirat . Pemodenan dalam Islam merangkumi segenap aspek kehidupan dan tidak sekali-kali memisahkan kehidupan dari ajaran agama Pemodenan juga hendaklah berasaskan kepada niat yang baik.

Konsep Pembangunan Politik & Pembinaan Negara Bangsa .

Konsep Pembangunan Politik ialah proses perubahan secara berencana yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara  Dari segi sejarah modenisasi politik yang berlaku di Malaysia adalah hasil acuan penjajah British  Konsep negara bangsa ialah suatu masyarakat yang menduduki sebuah wilayah yang mempunyai sempadan dan diperintah oleh suatu kerajaan .

Rukun Negara dan pemupukan semangat nasionalisme. METODE Pembentukan dan pelaksanaan dasar khas seperti Dasar Pendidikan Nasional. UKURAN PENCAPAIAN Diukur secara kualitatif dan kuantitatif. KEPENTINGAN Modenisasi ekonomi memerlukan masyarakat nasional yang stabil dan berintegrasi dengan baik. . Bahasa Kebangsaan.KONSEP PEMBANGUNAN POLITIK MATLAMAT Pembinaan Negara Bangsa. Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Politik Malaysia Sebelum dan Selepas Merdeka .

Dari segi pembangunan politik. Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membina sebuah Negara Bangsa kerana: Migrasi Penjajahan Gabungan Gabungan wilayah yang berbeza etnik yang berbeza .

Perundingan London 1956 Dari perundingan ini.Malayan Union British ingin memperkenalkan corak pemerintahan yang berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak Inggeris dan rakyat ditadbir sebagai satu bangsa. .diputuskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Pilihanraya Pertama 1955 Parti Perikatan menang membuktikan bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh berjalan dengan baik.

Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Dianggap sebagai kontrak sosial kerana merupakan persetujuan antara etnik Melayu.Penubuhan Suruhanjaya Reid Tuntutan Melayu dan bukan Melayu diambil kira. Cina dan India untuk sedia menerima Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu . Penyelesaiannya melalui kontrak sosial @ pakatan murni.

LATAR BELAKANG POLITIK MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA .

Mereka dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan dan agama serta aspek demografi. penduduk Malaysia dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-beza.Pada tahun 2009.6 juta: Melayu – lebih kurang 55% Cina – lebih kurang 25% India – lebih kurang 7% Berlandaskan bancian tersebut. jumlah penduduk di Malaysia lebih kurang 26. Hampir setiap etnik mempunyai parti politik mereka sendiri dan pada awalnya ia berbentuk parti yang menjaga kebajikan ahli .

PARTI-PARTI POLITIK DI MALAYSIA .

SEMENANJUNG MALAYSIA SARAWAK SABAH UMNO BERJASA UNKO MCA PESAKA USNO MIC PANAS SCA PAS SEMANGAT 46 IMP SUPP BERJAYA SNAP PBS SCA .

Parti Politik di Semenanjung Malaysia .

UMNO • Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akibat penentangan terhadap pelaksanaan Malayan Union • UMNO adalah hasil gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan Melayu • Tujuannya adalah bagi memelihara kepentingan dan memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu PAS • Ditubuhkan pada tahun 1951. kita telah dan terus-menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci” . • Tujuan penubuhannya adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu • Hasrat Dr Burhanuddin al-Helmy sewaktu dilantik memimpin PAS pada akhir 1956: • ”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan.

• Pada Tahun 1974.• John Thivy adalah presiden pertama bagi parti ini • MIC ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu • Tan Cheng Lok adalah presiden pertama • Tujuan penubuhan parti ini adalah: • menjalin dan memelihara kebajikan dan keharmonian etnik • menjaga kepentingan dan kebajikan orang Cina • memajukan dan membantu mengekalkan suasana aman damai MIC Perikatan • UMNO-MCA-MIC telah bergabung bagi membentuk Parti Perikatan. • Pada pilihan raya Persekutuan 1955. Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional bagi meperkukuhkan kerjasama antara etnik dengan parti-parti politik Malaysia supaya setiap kumpulan etnik dapat pertimbangan sewajarnya dalam politik Malaysia MCA . • Ini merupakan petanda bahawa Tanah Melayu sudah bersedia untuk memperoleh kemerdekaan. Parti Perikatan telah menang 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.

. • Menemui kegagalan dan diteruskan melalui penubuhan Parti Negara SEMANGAT 46 • Merupakan sebuah parti serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah • Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembalikan semangat Melayu tahun 1946 yang didakwa telah hilang daripada UMNO di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad • Bagaimanapun.• Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar setelah ahli-ahli UMNO menolak cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua rakyat Tanah Melayu • Ia adalah sebuah parti multi-etnik • Mengamalkan dasar bekerjasama dan penyatuan etnik melalui politik . parti ini telah dibubarkan setelah kegagalannya dalam pilihan raya Parlimen 1994 DAP IMP • Parti Tindakan Demokratik (DAP) • Berfungsi sebagai sebuah parti demokratik sosial yang : • berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas • demokratik dan berfahaman sosialis • berdasarkan prinsipprinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.

Parti Politik di Sarawak .

dari kawasan Skrang. • Parti Bansa Dayak Sarawak • Ditubuhkan oleh Leo Moggie pada 1983.Saribas • Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.• Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) • Ditubuhkan di kalangan etnik Dayak. • Bertekadkad menubuhkan parti politik yang diketuai oleh orang Iban dan memulihkan penguasaan orang Iban dalam politik dan kerajaan Sarawak serta pengembalian jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada orang Iban PANAS SNAP PBDS • Parti Negara Sarawak • Pimpinan Abang Haji Mustapha • Mewakili etnik Melayu dan Melanau .

Bidayuh dan Orang Ulu • Merupakan parti komponen Barisan Nasional .BERJASA • Parti Rakyat Jati Sarawak • Juga mewakili etnik Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang • Mereka beranggapan PANAS tidak mewakili mereka • Parti ini dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang • Bergabung dengan PANAS membentuk Parti Bumiputera PESAKA • Parti Pesaka Anak Sarawak • Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah • Parti ini mewakili etnik Dayak dari Rejang PBB • Parti Pesaka Bumiputera Bersatu • Hasil dari gabungan Parti Bumiputera dan PESAKA yang membentuk PBB pada 1973 • Mendapat sokongan kaum Bumiputera terutama golongan Melayu-Melanau. Iban.

SUPP • Sarawak United People’s Party(SUPP) • Merupakan sebuah parti multi-etnik dan yang terawal di Sarawak • Bagaimanapun. ia jelas dimonopoli oleh orang Cina • Parti ini mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial sebagai langkah awal untuk pemerintahan sendiri .SCA • Sarawak Chinese Association (SCA) • Sebuah parti politik yang berpandangan sederhana • Ditubuhkan oleh sekumupulan ahli perniagaan Cina yang kaya.

• Semua parti di atas bergabung membentuk Parti Perikatan. SNAP dan SUPP bernaung di bawah Barisan Nasional DAYAK • SNAP • PESAKA MELAYU DAN MELANAU • BERJASA • PANAS • Parti Bumiputera CINA • SUPP • SCA . penggabungan dan penukaran rakan politik merupakan satu perubahan yang lumrah dalam politik Sarawak. kecuali SUPP • Kini. PBB. pembubaran.• Masyarakat di Sarawak terpisah kepada beberapa parti yang berasaskan etnik dari bahagian-bahagian tertentu • Pembentukan.

Parti Politik di Sabah .

2 kumpulan etnik yang utama iaitu Kadazan-Dusun dan Murut yang diwakili UNKO dan Pasok Momogun bersetuju mempertahan kepentingan Bumiputera bukan Islam di Sabah dengan membentuk United Pasok Momogun Kadazan-Dusun Murut Organization(UPKO) USNO • United Sabah National Organization (USNO) • Ditubuhkan bagi kepentingan etnik Bajau. • Diketuai oleh Tun Dato’ Mustapha Dato’ Harun • Menjalinkan kerjasama dengan Sabah Chinese Association (SCA) .UNKO • United Kadazan National Organization • Diketuai oleh Donald Stephens (kemudian dikenali dengan Tun Fuad Stephens) • Tujuan penubuhannya adalah untuk menyatupadukan Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam • Pada 1964. Suluk dan lain-lain.

UNKO. USNO.SCA • Sabah Chinese Association (SCA) • Ditubuhkan bagi memelihara kepentingan orang-orang Cina di Sabah • UMNO-MCA-MIC. sosial dan ekonomi kepada Sabah melalui kerjasama baik dengan kerajaan persekutuan • Walau bagaimanapun. SCA kemudiannya bergabung bagi membentuk sebuah parti Perikatan • Pakatan ini berjaya memenangi pilihan raya dan seterusnya membentuk kerajaan negeri Sabah yang pertama BERJAYA • Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) • Sebuah parti berbilang etnik dan dianggotai oleh Bumiputera Islam dan bukan Islam • BERJAYA membawa pembangunan politik. jelas kelihatan bahawa parti ini dimonopoli oleh Bumiputera Islam .

• UMNO berjanji. walaupun jelas didominasi oleh bumiputera Bukan Islam • Jatuh pada 17 Mac 1994.PBS • Parti Bersatu Sabah • Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan akibat tentangan terhadap kepimpinan Harris Salleh dari parti BERJAYA • Sebuah parti multi etnik. Bumiputera Bukan Islam dan Cina selang 2 tahun. Akibat kejatuhannya. • Beberapa parti politik baru tertubuh seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Progresif Sabah. jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera Islam. . sekiranya parti tersebut berjaya merampas pemerintahan negeri. proses politik Sabah mengalami perubahan yang besar dan digantikan UMNO.

Perjanjian Malaysia mengandungi semua tuntutan Sabah. Sarawak dan Singapura yang dipersetujui dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. 20 perkara merupakan suatu dokumen yang mengandungi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Sabah sebagai syarat negeri itu bersetuju menyertai Malaysia.PERJANJIAN MALAYSIA 1963 Merupakan satu lagi persetujuan yang telah dicapai di antara para pemimpin Malaya. . Perjanjian Malaysia tidak mengubah kontrak sosial yang telah dicapai di antara Melayu dan bukan Melayu. Sabah. Tidak semua perkara yang dituntut oleh ketiga-tiga negeri tersebut diterima dan dimaktubkan dalam Perlembagaan.

TUNTUTAN DALAM PERJANJIAN MALAYSIA 1963 AGAMA • Tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri BAHASA PERLEMBAGAAN IMIGRESEN • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa • Penggubalannya patut melibatkan semua negeri • Imigresen adalah kuasa pusat tetapi soal keluar masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri BUMIPUTERA SABAH • Mendapat hak istimewa seperti Melayu .

perkapalan. Senarai Tambahan kepada Sabah dan Sarawak dalam Senarai 3A • Meliputi undang-undang diri dan keluarga. Senarai Tambahan kepada Sabah dan Sarawak dalam Senarai 2A • Meliputi undang-undang dan adat istiadat bumiputera Sabah dan Sarawak. urusan pentadbiran perbadanan. bekalan air dan elektrik.TUNTUTAN YANG DIPERSETUJUI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Senarai Negeri • Jadual ke 9. hiburan dan pilihan raya negeri Perlindunganperlindungan khas bagi Sabah dan Sarawak Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak • Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa bumiputera Sabah dan Sarawak. pertanian dan perhutanan. kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak serta kedudukan negeri • Pemberian khas dalam bentuk peruntukan kewangan • Pemberian tahunan persekutuan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta pemberian hasil sumber-sumber tambahan . pelabuhan dan kereta api negeri Senarai Bersama • Jadual ke 9.

. DEB dan dasardasar yang selanjutnya merupakan suntikan daripada Kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan. sama ada dalam bidang ekonomi.HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA Perpaduan dan integrasi etnik berjaya dalam bidang politik di mana ia dapat membawa semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran Namun kejayaan dalam bidang politik ini tidak dapat diterjemahkan kepada bidang lain terutama dari segi kemasyarakatan dan ekonomi Proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan langsung Kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down. Kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan peluang supaya semua etnik berada dalam satu dimensi fizikal yang sama. pendidikan atau perkhidmatan awam. Dalam konteks ini.

PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK .

maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah. maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). Definisi Politik:  Dalam bahasa Arab politik menggunakan istilah siasah. dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin.  Menurut Kamus Dewan. ilmu kenegaraan.  Politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurus urusan masyarakat berdasarkan sabda Rasulullah SAW. bersabda :  "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya. ilmu siasah. (Hadis Riwayat Thabrani) .  Secara umumnya maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam. politik bermaksud ilmu pengetahuan berkenaan dengan cara pemerintahan.

t.Imam Hasan al-Banna • Politik bukanlah sekadar sebuah parti politik.a. tetapi keseluruhan aktiviti dakwah yang dilakukan untuk mengurus nasib umat hingga mengangkat mereka ke kedudukan sebagaimana yang diperintahkan al-Quran di tengah-tengah manusia. tetapi semata-mata ditujukan bagi menegakkan hukum-hukum Allah s. di dalam masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip keadilan yang telah digariskan-Nya.w. . Islam melihat usaha ini dapat dicapai jika seluruh umat memberikan komitmen dan mengikut model kepimpinan Rasulullah s.w. • Politik sepatutnya bukanlah sekadar untuk meraih kekuasaan dan mencapai kedudukan-kedudukan tinggi dalam pemerintahan.

namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras. Schacht • Islam lebih dari sekadar agama. yang berusaha memisahkan kedua sisi itu. V. yang mencakup agama dan negara secara bersamaan. Dr. namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). ia juga mencerminkan teoriteori perundangan dan politik. ia merupakan sistem peradaban yang lengkap.Dr. yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan 'modernis'. . Dalam ungkapan yang lebih sederhana. Fitzgerald • Islam bukanlah semata agama (a religion). yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam.

ASAS POLITIK ISLAM Sunnah AlQuran Ijma' Qias ASAS POLITIK ISLAM .

niat seharusnya menjadi asas utama dalam melaksanakan sebarang dasar atau tindakan yang berkaitan dengan politik agar sentiasa selari dengan tuntuan Islam Tadarruj • Beransur-ansur.Unsur Utama Politik Islam Niat • Dalam berpolitik. Dalam melaksanakan dasar dan tindakan politik seharusnya dibuat secara beransuransur agar objektif menegakkan Islam melalui politik Iitu dapat dipenuhi 'Uruf • Pembangunan politik dalam Islam ia mestilah dilaksanakan dengan mengambil kira kesesuaian dan amalan berpolitik masyarakat setempat tanpa membelakangkan apa yang dianjurkan dalam Islam. .

 Bincangkan TIGA (3) strategi politik yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas Peristiwa 13Mei 1969. .PENGUKUHAN  Huraikan TIGA (3) dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat pembinaan negara bangsa  Jelaskan TIGA (3) faktor yang membawa kepada pembentukan pakatan strategik Perikatan dan Barisan Nasional  Huraikan EMPAT (4) cabaran yang sering dihadapi oleh pakatan strategik tersebut.  Kemukakan TIGA (3) bukti pencapaian pembangunan politik di Malaysia.  Analisakan TIGA (3) cabaran yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia dan TIGA (3) cara mengatasinya.

TAZKIRAH (6) Muslim dari aspek penguasaan diri .

para Rasul & nabi Kita mestilah dapat menguasai diri .Terdapat 3 golongan manusia dalam menghadapi pertarungan jiwa: Manusia yang ditewaskan oleh hawa nafsu. Dia tunduk kepada dunia dan kekal dengan keduniaan Manusia yang berusaha lawan nafsu. Ada kala menang dan ada kala tewas Manusia yang maksum.

Kubu pertahanan daripada syaitan Redha dengan apa yang dapat Selalu ingatkan mati Yakin bahawa segala kenikmatan adalah sementara Selalu bersyukur dan takut akan balasan Tuhan Mengetahui hak-hak orang lain dan berusaha untuk memenuhinya. .

Qanaah Ikhlas Yakin bahawa segala yang dimiliki tidak kekal Tawaduk Tidak mengharapkan manusia Menjaga halal haram ketika makan dan minum Selalu tilawah. zikir dan istighfar Tenang dalam segala urusan Kubu pertahanan daripada syaitan .

Mu’ahadah – Mengingati perjanjian dengan Allah ketika berada di alam ruh Muraqabah – Menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah dan menjauhi maksiat Mujahadah – Berjihad melawan hawanafsu dan godaan syaitan Muhasabah – Menghitung diri Mu’aqabah – Menghukum diri sendiri kerana kecuaian diri dari taat Jalan Memperbaiki diri .

SEKIAN WASSALAM .

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.