KONSEP KESENIAN

• Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang yang membawa maksud ‘kemahiran, cara atau kaedah ‘(skill, way or method). Namun begitu, secara lahiriah manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka. • Dalam konteks tamadun awal, segala bentuk hasilan manusia yang mempamerkan sesuatu yang halus dan indah serta segala bentuk perdagangan dan profesion diistilahkan sebagai kesenian. Antara lainnya kesenian merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang menggambarkan sesuatu yang indah dan yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.

• Estetika bererti perceive, daripada perkataan Yunani kemudiannya menjadi perception, merupakan istilah yang membawa maksud ‘kecantikan” yang secara intrinksiknya memberikan kepuasan dan keselesaan kepada naluri manusia. • Mengikut Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Art, (1959), seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan(pleasure). Tambahnya lagi, nilainilai indah, tidak cantik(buruk) adalah bidang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam kehidupan manusia kadang-kadang lebih berpengaruh daripada nilai-nilai logik.

• Kesenian mencakupi banyak bidang dan perkara. . kaligrafi. seni ukir. mendirikan bangunan atau seni bina. manakala seni gunaan lebih memberi maksud sesuatu yang dilakukan untuk menghasilkan bahan dan barangan yang nampak jelas serta untuk digunakan. Seni ini dapat dikategorikan sebagai seni halus (fine art) dan seni gunaan (applied arts). seni lakon (kalau dahulunya lebih kepada lakonan teater) dan juga seni tari. • Seni halus lebih memberi penekanan kepada sesuatu hasil nukilan manusia yang menggambarkan kecantikan dan curahan perasaan. Ini termasuklah bidang mengarang sesuatu cerita yang dikenali sebagai kesusasteraan. melukis.

perhiasan. tembikar dan seumpamanya). sememangnya kita tidak dapat lari daripada melihat bagaimana manusia dari segenap lapisan masyarakat di dunia ini melahirkan segala macam bentuk hasil seni yang indah dan mengagumkan.• Seni gunaan ini antara lainnya meliputi seni ukir dan seni bina (perkakas. A First Book on The History and Appreciation of The Visual Arts. kesenian merupakan luahan perasaan manusia dan menggambarkan sifat dan perangai manusia. • Apabila kita meninjau akan sejarah perkembangan tamadun manusia di dunia ini. . Introducing Art. Menurut Richarson dalam bukunya. pakaian.

Tamadun-tamadun awal dunia banyak menumpukan kepada penghasilan seni bina yang bermula dengan pembinaan keagamaan seperti rumah berhala. dan piramid-piramid. Di India pula terdapat pembina stupa iaitu menara berbentuk kubah dengan ukiran gambar manusia.• Apa yang lebih menarik dan unik ialah setiap tamadun itu mempunyai hasil seni mereka yang tersendiri. • Ini jelas dapat dilihat pada tamadun Mesir yang dapat melahirkan seni bina piramid. Borobodur. . kuil dan candi seperti Angkor Wat. haiwan dan dewa-dewi pada dinding-dindingnya.

tamadun Islam banyak menghasilkan seni bina yang indah dan mengagumkan seperti Islam Monghul. tamadun India dengan syair. tamadun arab dengan seni syairnya. lagu-lagu suci. . Maka kesenian di zaman Rom ini lebih menumpukan kepada seni bina. • Tamadun Yunani pula berjaya melahirkan seni drama. tamadun China dan seni kaligrafinya. seni ukir dan kesusasteraan kerana ini dianggap memainkan peranan penting dalam memupuk semangat cinta akan tanah air.• Falsafah politik tamadun Rom adalah untuk memperluas tanah jajahan. teks-teks ulasan dan epik-epik yang menjadi asas dalam agama. mentera. memperbesar empayar dan menyediakan segala bentuk kemudahan untuk rakyatnya.

Ini bererti aliran seni untuk seni dianggap indivisualistik dan egoistik. . • Beliau juga menyatakan bahawa seni adalah semua yang menimbulkan rencana keindahan dan keharuan dan semua yang diciptaan utnuk melahirkan rencana itu. Rencana tersebut melahirkan kesenangan dan bertujuan kesenangan. • Dalam aliran seni untuk seni. Integerasi ilmu dan Kebudayaan (1967) bahawa seni lahir dari agama dan ia mempunyai talian yang rapat dengan perkembangan bidang kesenian. Oleh itu. seniman menurut aliran ini bertujuan untuk melahirkan sesuatu yang menyenangkan dirinya sematamata. Kesenian ini mempunyai dua aliran utama iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat.• Ini bersesuaian dengan pandangan Sidi gazalba dalam bukunya Islam. seniman mencipta kerana rencana keindahan dan untuk keindahan semata-mata.

Oleh itu. Ini membawa pengertian bahawa seni penciptaan seni adalah untuk sesuatu tujuan.• Ini berlainan dengan aliran kedua iaitu seni untuk masyarakat kerana aliran ini bertujuan kemasyarakatan. untuk politik dan ahkhlak. seni mestilah difahami oleh masyarakat. . Penciptaan seni tidak bererti sekiranya tidak difahami oleh masyarakat.

• Seni Kesasteraana tamadun Mesopotamia ini bermula di Sumeria kira-kira abad ke-3 S. Kebanyakan seni sasteranya dihasilkan oleh penyairpenyair dan pujanga-pujanga yang dikenali sebagai Nar yang mendapat naungan dari pihak istana dan pemerintah. KESUSTERAAN MESOPOTAMIA . mereka dengan bangganya menghasilkan cerita-cerita tentang kegemilangan dan keagungan raja dan Tuhan. • Tamadun Mesopotamia ini juga telah berjaya menghasilkan epik terawal dunia dengan diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain walaupun pada ketika itu tiada kertas dan pena berwarna. Perkembangan ini dapat dirangkumkan dalam bentuk karya-karya tulisan.M. Justeru.

Karya-karya terawalnya kira-kira sekitar tahun 2500 S. .• Ini terbukti dengan terhasilnya beberapa seni sasteranya yang masih wujud hingga ke hari ini.M banyak ditulis atau dihasilkan pada kepingankepingan tanah liat dengan tulisan cuniefrom (tulisan berbaji). Keindahan dalam puisi lama seumpamanya ini jelas dengan penggunaan kata-kata yang mempunyai makna berlawanan dan unsur-unsur simili. Antara karya terawalnya ialah mitos tentang Enlil dan Ninhursag. Namun begitu karya yang palng masyur ialah Epik Gilamesh. Karya-karya lainnya pula yang terkenal ialah Lagenda Etana dan Lagenada Adapa. • Epik glimaseh merupakan puisi berbahasa Akkadia yang ditulis dengan panjang lebar dan dibahagikan kepada beberapa rangkap.

wajah yang tampan dan susuk badan yang sasa.• Epik Gilgamesh adalah kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Beliau dikatakan mempunyai sifat dua per tiga Tuhan. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan Kota Uruk. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat tradisi kehidupan yang menghubungkan epik-epik bertulis dengan kehidupan dan pemerintahan raja yang agung. . • Epik ini menceritakan tentang pemerintahan. • Selain daripada epik Gilgamesh. epik Sumeria juga menceritakan tentang lagenda wira-wira mereka seperti Enmaker dan Ligalbanda. satu per tiga manusia. percintaan dan kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.

• Dari segi gaya dan bentuk. ungkapan yang ditetapkan dan penggunaan cakap pindah. pengulangan rangkap yang panjang. • Penyair Eninnu misalnya telah menghasilkan ‘Puisi panjang’ yamg meraikan kejayaan Gudea membina kuil Eninnu di kota Lagash. Terdapat juga puisi berbentuk sejarah seperti The Curse of Agade oleh Lugalzagesi yang mengisahkan detik-detik kejatuhan atau keruntuhan Akkad ke tangan orang-orang Guti. . • Selepas kejatuhan Dinasti Ketiga. sekolah-sekolah penulisan telah menyalin dan menyemak semula kandungan teks-teks lama. Kegiatan seumpama ini diteruskan sehingga Zaman Babylon Lama yang memperlihatkan bahawa jurutulis bukan sahaja menyalin karya-karya lama dari bahasa Sumeria tetapi juga menghasilkan karya-karya baru dalam bahasa Akkadia. epik Sumeria mempunyai banyak persamaan dengan epik Yunani iaitu mempunyai deskripsi yang lengkap.

• Secara amnya. pepatah dan koleksi persepsi. hasil kesusasteraan Sumeria dan Akkada dapat dilihat dalam beberapa kategori seperti mitos-mitos Tuhan. elegi bercorak sejarah. . lagu-lagu suci mengenai Tuhan (hymns). lamentasi. ceritacerita epik tentang raja-raja.

• Kesusasteraan mesir dapat dilihat perkembangannya dalam tiga fasa iaitu: Fasa awal Fasa pertengahan Fasa akhir • Fasa awal (Zaman Kerajaan Tua. • Terdapat juga teks-teks keranda yang ditulis pada keranda Firaun. Antara karya-karya yang dihasilakn pada fasa awal ini ialah Lagenda Osiris dan Isis yang mengandungi banyak versi dan mengisahkan Tuhan-Tuhan mereka. KESUSASTERAAN MESIR .M-2700 S.M. Kesusasteraan yang dihasilkan berbentuk keagamaan dan falsafah yang sebahagian besar bahan-bahan tulisan terdapat pada dinding bilik diraja dalam piramid dan di candi-candi terutama pada kuru ke-5 dan ke-6.). 3500 S.

• Kesusateraan Mesir ini terdiri daripada cerita. lagu dan nasihat. • Nasihat-nasihat berguna dikumpulkan dalam buku dan antara yang terkenal ialah Hymn to The Sun dan Book of Dead (Buku klasik yang mengandungi 90 bab yang mengisahkan perjalanan orang yang telah mati di hari akhirat). Antara hasil kesusasteraan Mesir Purba yang penting ialah nasihat-nasihat Ptahhotep iaitu seorang cendekiawan dan wazir Mesir purba yang telah direkodkan ke dalam buku.• Fasa pertengahan atau Zaman Kerajaan Pertengahan. • Ptahhotep merupakan wazir Firaun yang telah mencatatkan nasihatnya dalam sebuah buku yang menjadi panduan dan rujukan dalam bidang kesusasteraan mesir lama. terdapat karya-karya klasik yang ditulis pada daun lontar (papyrus) dan telah disalin semula secara teliti. puisi. .

Tales of Hours and Seth dan Vovage of Wenamon pula mengandungi kisah-kisah kezaliman.• Ptahhotep mengesyorkan supaya seseorang itu menghormati orang yang lebih tinggi darjatnya agar mereka tidak diseksa oleh orang-orang itu dan menghormati orang yang rendah darjatnya agar tidak dimurkai oleh Tuhan kelak. Karya-karya ini berbentuk naratif dan banyak menyentuh tentang kehidupan seharian. • Terdapat beberapa cerita panjang yang dihasilkan terutamanya pada Zaman Kerajaan Pertengahan seperti tale of the Shipwrecked Sailor. Karya-karya seperti Tale of Truth and Fashehood. . • Tale of Sinute pula adalah merupakan kisah pengenbaraan. Firaun Akhenaton pula pernah menghasilkan puisi yang memuja Tuhannya iaitu Tuhan Matahari.

Selain itu. Ini kerana rajaraja Gupta begitu meminati bidang kesenian dan sering menjadi penaung setiap kali bidang ini diketengahkan. Raja-raja tersebut telah menjemput ramai penyair untuk datang ke istana bagi mengadakan persembahan dan menunjukkan bakat mereka dalam apa jua bidang ini. • Bangsawan dan orang istana yang begitu meminati kesusateraan. bangsa Aryan telah memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan kesenian ini dengan menggunakan bahasa Sanskrit. .KESUSATERAAN TAMADUN INDIA • Kesusasteraan tamadun India dikatakan bermula dan diwarisi sejak zaman Empayar Gupta.

• Kesusasteraan India terbahagi kepada dua iaitu kesusasteraan Zaman Gupta dan Zaman Brahma. Kesusasteraan Vedik ini dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu:  Samshitta atau mentera  Brahmana  Arayanka  Upanishad • Karya-karya ini bersifat keagamaan. Kesusasteraan Vedik adalah sastera yang tertua sekali di India dan bersifat suci. Mengikut kepercayaan masyarakat Hindu. kesusasteraan ini turut dikenali sebagai sastera Zaman Vedik.M. veda adalah kata-kata yang diperturunkan oleh Tuhan dan menjadi asas kepada kebudayaan dan agama masyarakat Hindu. • Karya-karya ini hanya ditulis pada zaman 1000 S. • Pada Zaman Gupta. . Orang Aryan dikatakan telah menghasilkan Rig Veda yang merupakan sajak-sajak agama dan ini adalah juga satu tradisi lisan.

Bharadvaja dan Vasistha. Keseluruhan Samshitta ini ditulis dalam bentuk puisi dan terdapat empat bentuk Samshitaa iaitu. Visvamitra. doa dan formula bagi menjalankan upacara korban. mentera. Sama veda dan Yajur Veda. Vamaveda. .  Samshitta Rig Veda. Merupakan koleksi mazmur-mazmur suci yang terdiri daripada 10 mandala atau buku yang dibahagikan kepada 8 bahagian ashataka. Reg Veda. Atri.• Kesusasteraan Samshita  Satu koleksi mazmur-mazmur (hymns). Mazmur-mazmur ini terawal sekali yang telah dicipta ahli agama iaitu Gritsamada.Athava Veda.

kematian dan sihir yang dikatakana berpunca daripada makhluk-mahkluk halus dan pihak musuh. Samshita ini terbahagi kepada tiga buah buku iaitu Kauthuma. dalam 20 buah buka) dan Paippalada. Jaiminiya dan Ranayaniya.• Samshitta Atharva Veda Merupakan koleksi mentera atau jampi-jampi yang bertujuan unutk menghindarkan penyakit. Dapat dilihat dalam dua bahagian iaitu Sauakiya(mengandungi 731 mazmur. Pengikut-pengikut Sama veda menggunakan teksteks ini kerana bagi mereka melodi dianggap penting dan Sama Veda ini memainkan peranan yang begitu penting dalam sejarah muzik India. • Samshitta Sama Veda Merupakan koleksi nyanyian suci yang dinyanyikan oleh sekumpulan sami yang dikenali sebagai Udgatar dalam upacara Soma. .

. Taittiriya Samshitta dan Vajasaneyi Samshitta. Kapishthaka Katha Samshita. Kathaka Samshita.• Samshitta Yajur Veda Samshitta Yajur Veda merupakan koleksi formulaformula bagi upacara korban. Yajur Veda ini merupakan institusi sekolah yang mengajar beribu-ribu puisi. Terdapat hampir 101 sekolah Yajur Veda initetapi yang tinggal hingga kini hanya lima sekolah sahaja iaitu. Empat sekolah pertama digolongkan sebagai Yajur Veda Hitam dan satu yang terakhir digolongkan sebagai Yajur Veda Putih. Maitrayani Samshitta.

M.• Dua epik agung dalam kesusasteraan India adalah: I. Kedua-dua epik ini menceritakan kehidupan tamadun awal India. • Epik ini juga bukan dilahirkan oleh seorang penulis sahaja sebaliknya dikarang oleh beberapa penulis daripada beberapa generasi.Ramayana II. • Epik ini dianggap sebagai kesusasteraan Khastriya yang menggambbarkan kepewiraan dan sifat-sifat baik golongan pemerintahan. Biasanya epik ini dinyanyikan semasa upacara-upacara penting. .Mahabharata • Kedua-dua epik ini berbeza dengan kesusasteraan zaman Vedik yang bersifat keagamaan kerana epik ini lebih bersifat sekular. KESUSASTERAAN EPIK. • Karya ini mungkin dicipta pada ke-4 S.

• Secara ringkasnya. • Disamping cerita-cerita utama epik ini juga turut memuatkan cerita-cerita sisipan. epik ini menceritakan permusuhan dan peperangan antara kumpulan Pandawa dan kaurava yang ingin menguasai pemerintahan Kerajaan Kuruksherta. dongeng dan banyak unsur moral. mitos. .MAHABHARATA • Epik ini dihasilkan dan ditulis oleh Vyasa. • Epik ini dikarang dalam bentuk puisi. • Epik ini merupakan epik terpanjang di dunia yang pada asalnya 24 000 seloka yang akhirnya berkembang menjadi 100 000 seloka. legenda.

• Lebih bersifat sejarah yang turut memuatkan unsur-unsur dongeng. • Epik ini dianggap sebagai sebuah karya berunsur Dharma kerana mengandungi prinsip-prinsip abadi. • Epik ini mengandungi 24 000 seloka/bait puisi. mitos dan legenda. .Ramayana • Epik Ramayana yang terkenal ini dihasilakn oleh seorang penyair yang bernama Valmiki.

• Teks ini dihasilkan berdasarkan konsep Dharma-Sutra dan Grihya-Sutra. .SMRITI • Merupakan teks yang berbentuk koleksi puisipuisi yang mengandungi peraturan-peraturan untuk dijadikan panduan oleh masyarakat.

• Antara Purana yang terkenal ialah Matsya Purana. . tradisi. legenda. Vayu Purana dan lain-lain lagi. upacara suci. peraturan moral. • Bahasa yang digunakan amat mudah difahami yang menyebabkan amat popular di kalangan masyarakat. dogma. Vishnu Purana.Purana • Merupakan bentuk kesusasteraan yang meliputi mitos. keagamaan dan falsafah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful