INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

SJH 3102 PENSEJARAHAN MALAYSIA
Nama Pensyarah : Dr. Mohd Azhar bin Bahari
Nama Ahli Kumpulan : Chu Lee Ming Teoh Jing Shan Yap Tsin Huey

Membentangkan sinopsis setiap karya pensejarahan Malaysia (Hikayat Abdullah & Tuhfat Al-Nafis) dalam Bahasa Melayu abad ke 14 sehingga abad ke 18.

HIKAYAT ABDULLAH .

PENGENALAN Hikayat Abdullah yang ditulis oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi pada pertengahan abad ke -19 merupakan sebuah bentuk penulisan autobiografi. . Stamford Raffles dan lain-lain. Tuan Milne.Karya yang istimewa dalam Khazanah Sastera Melayu ini menceritakan peristiwa-peristiwa menarik antaranya mengenai kehidupan harian penduduk Kota Melaka dan Singapura serta tokoh-tokoh berbangsa Barat seperti Faraquhar.

Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.Latar Belakang Penulis Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'. Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia di Mekah pada 1854. .

Karya-karya : • • • • • • • • • • • • • • Syair Singapura Terbakar 1843 Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835) Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837) Dawai-Kulub (1838) Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) Hikayat Abdullah (1843) Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854). Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Kelantan (1838) Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura Sampai ke Mekkah (1858-9). Syair Singapura Terbakar (1843) Syair Kampung Gelam Terbakar (1847?) Malay Poem on New Year’s Day (1848) Ceretera Kapal Asap (1843) Ceretera Haji Sabar ‘Ali (1851) .

Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 1880 merupakan kisah pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu.LATAR BELAKANG Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir 1849. Ia merupakan antara teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial. Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1849. .

GAYA PENULISAN Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. karya Abdullah berkisarkan tentang realisme . Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda.

Gabenor-Jeneral India ke Melaka.SINOPSIS Karya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi tetapi perseptif tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19. . satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura . dan tentang acara seperti pengasasan Institusi Raffles. dan lawatan Lord Minto. pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau kunjungannya ke kem puak Tiandihui. Ia menceritakan sekilas tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka. perobohan kota A Famosa di Melaka.

dan pedagang dari China Didalam buku ini. Dimana masalah itu masih lagi wujud di segelintir orang melayu sekarang. mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah. para pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford Raffles.Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada zamannya. . Sultan Hussein Shah dari Kesultanan Johor. beliau menceritakan bahawa orang melayu pada zamannya langsung tidak mengambil berat soal pendidikan untuk anak-anak mereka. Kolonel Farquhar dan John Crawfurd.

Didalam buku ini juga. bagaimana dia gigih mempelajari bahasa melayu. Sultan Husin Syah. Dan kerana itulah orang melayu ketinggalan berbanding bangsa lain seperti india dan cina di masa dulu. Crawfurd dan ramai lagi. tamil. Farquhar.Beliau melahirkan rasa hairan mengapa orang melayu itu enggan belajar bahasanya sendiri dan begitu mudah mempercayai sesuatu yang ghaib dan tahyol daripada berfikir menggunakan akal. cina. Selain itu ia juga menceritakan bagaimana Singapura dibuka oleh British dan bagaimana hubungannya dengan beberapa tokoh sejarah seperti Raffles. arab dan inggeris. . Munsyi Abdullah menceritakan asal usulnya.

Dimasa dahulu. . Malah sultan dan anak raja boleh membuat sesuka hati tanpa rasa bersalah. rakyat adalah hamba raja. tiada siapa yang boleh membantah.Beliau juga mengkritik perangai Sultan dan anak anak raja. kerbau kambing hatta isteri dan anak orang sekalipun. Apabila seseorang sultan mahukan sesuatu seperti hasil tanaman.

Tuhfat Al-Nafis .

PENGENALAN Tuhfat al-Nafis (Hadiah Berharga) merupakan sebuah karangan sejarah. ia menceritakan bagaimana pembabitan orangorang Bugis bermula dan cemerlang di Tanah Melayu. . Riau pada 1885. karya Almarhum Raja Ali Al Haji. Secara ringkasnya.

merupakan penulis pertama yang menyusun tata bahasa Melayu menerusi bukunya Bustan al-Katibin (1850).LATAR BELAKANG PENULIS Raja Ali Al-Haji Ibn Raja Haji Ahmad (1809-1870) dilahirkan di Pulau Penyegat. Beliau layak digelar Sejarawan Melayu pertama berdasarkan sumbangannya kepada penulisan Melayu pada pertengahan abad ke-19. Riau. Karya-karya : • • • • • • • • • Salasilah Melayu dan Bugis 1890 Tuhfat al-Nafis 1865 Bustanul-Katibin Kitab Pengetahuan Bahasa Gurindam Dua Belas Syair Siti Shianah Syair Suluh Pegawai Syair Hukum Nikah Syair Sultan Abdul Muluk .

Sesudah itu memaparkan maksud penulisan karyanya. Iaitu menghuraikan peristiwaperistiwa penting yang dialami raja-raja Melayu dan Bugis selama lebih dua kurun sejak pertengahan abad ke-17 hingga awal abad ke-19. Peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dijadikan cermin untuk menyampaikan falsafah hidup pengarang. Semua itu adalah penting untuk memelihara negara dan masyarakat .LATAR BELAKANG Buku ini dimulai dengan puji-pujian kepada Allah swt dan salawat kepada Nabi Muhammad saw. .

khususnya ke Singapura dan tidak menghiraukan keadaan negeri dan rakyat yang diperintahnya. . Dia membangun istana megah bergaya Eropah sementara rakyat hidup sengsara dilanda kemiskinan. Pembangunan istana megah gaya Eropah juga mencerminkan betapa sultan ini tidak mempedulikan kebudayaan bangsanya.SINOPSIS Dalam buku ini pengarang mengingatkan raja-raja yang gemar mengumbar hawa nafsu dan mementingkan diri seperti Sultan Mahmud dari Johor. yang mengakibatnya timbulnya bencana yang merugikan negara dan rakyat. Sebagai seorang sultan dia lebih suka menghabiskan waktunya untuk bermain-main dan berfoya-foya.

Sultan Mahmud baru dapat memberi jawaban beberapa hari kemudian. Hal ini digambarkan misalnya oleh Raja Ali Haji melalui peristiwa ketika Residen Riau meminta pendapat Sultan Mahmud tentang pengganti Yang Dipertuan Muda Raja Abdul Rahman yang sudah wafat. Tiadanya jawaban yang jelas dari Sultan Mahmud menumbuhkan krisis yang merugikan jalannya pemerintahan di lingkungan kerajaan Riau Lingga.Sultan Mahmud juga digambarkan orang yang lemah dalam menggunakan ikhtiar dan akal budi. .

Dia ingin merebut kekuasaan dari tangan Raja Abdul Jalil kerana merasa bahawa dialah satusatunya anak Sultan Mahmud. Raja Kecik juga dilukiskan sebagai orang bengis dan kasar. dicontohkan oleh Raja Ali Haji ialah Raja Kecik Siak dan Raja Kecik Terengganu. Siasat yang dilakukan ialah menakut-nakuti dan memecah belah rakyat. .Raja Melayu lain yang perangainya buruk dan membawa bencana bagi negeri dan rakyat. Raja Kecik Siak digambarkan sebagai tokoh yang gemar memperlihatkan kekuasaan dengan segala tipu muslihat. serta mencemarkan nama baik keluarga.

Perpecahan semakin parah kerana kelobaan dan saling mendengki antara para pemimpin dari masing-masing kaum dalam masyarakat Melayu. .Lebih dari itu Raja Ali Haji menggambarkan dengan cermat dalam bukunya itu betapa dahsyatnya proses demoralisasi yang melanda kehidupan raja-raja dan bangsawan Melayu selama penjajahan British dan Belanda di kepulauan Melayu. Hal itu ditambah lagi dengan pertikaian dan perpecahan yang sering terjadi di kalangan pemimpin Melayu sendiri. Hanya melalui proses demoralisasi itu mereka menguasai Nusantara.

tarikh peristiwaperistiwa juga dinyatakan dengan jelas. bahasa dan kebudayaan. agama. Dalam karya ini. politik. menurut penulis buku ini. Seorang raja memiliki kedaulatan apabila beliau memiliki kemampuan memimpin dan pengetahuan yang luas dalam bidang yang diperlukan seperti hukum. cendekiawan dan budayawan dipinggirkan. tidak dapat diukur hanya berdasarkan garis keturunan.Sebagai karya adab. Kaum ulama. Kedaulatan seorang raja. sejarah. Tuhfat alNafis juga memperbicarakan masalah raja yang baik dan yang buruk. yang adil dan yang zalim. .

Pembangkangan terhadap ajaran agama dan moral merupakan sebab utama dari berbagai konflik dan malapetaka yang menimpa masyarakat. namun yang lebih menentukan lagi runtuhnya suatu kaum ialah kelalaian kaum itu sendiri dan pembangkangannya terhadap hukum Tuhan.Kesimpulannya. Raja Ali Haji memang percaya bahawa takdir menentukan kehidupan manusia. .

Singapura : Pustaka Nasional Singapura. Hikayat Abdullah.org/wiki/Ali_Haji_bin_Raja_Haji_Ahmad http://ms. Kuala Lumpur : Pustaka Antara Sdn. Muhammad Yusoff Hashim. (1988).wikipedia. Persejarahan Melayu Nusantara. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi http://mdshah.wordpress.RUJUKAN Ali Ahmad. Laman Web http://ms. Bhd. (1987). Liaw Yock Fang. (1997).wikipedia. Drs.com/category/tuhfat-al-nafis/ . Sejarah Kesusastraan Melayu Klasik. (1975). Munsyi Abdullah. Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah. Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

SEKIAN TERIMA KASIH .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful