You are on page 1of 11

DEMAM DENGGI

NYAMUK AEDES BOLEH MEMBAWA


MAUT

Demam Denggi adalah sejenis penyakit disebabkan virus denggi


yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini sangat merbahaya
kerana tiada ubat untuk merawatnya ketika ini dan boleh membawa
maut.Sehubungan itu, cara paling berkesan untuk mencegah Demam Denggi
adalah dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
RIWAYAT HIDUP NYAMUK AEDES

 NYAMUK DEWASABerwarna hitam


dengan corak sisikputih di seluruh
badan. Hidup selama satubulan dan
menghisap darah sebelum bertelur
TELUR
Berwarna hitam. Telur menetas
menjadi jentik-jentik dalam masa 1-3
hari
JENTIK-JENTIK
Membiak dalam air jernih. Jentik-jentik
menyalinkulit 4 kali dan bertambah besar
dalam masa 6-8 hari sebelum menjadi
kepompong
KEPOMPONG BERBENTUK ” COMMA”
BERGERAK AKTIF,PERINGKAT BERISTREHAT
DAN MENJADI NYAMUK DALAM MASA 1-2 HARI
KENALI NYAMUK AEDES
Berbelang hitam dan putih di badan dan kaki.

Aktif menggigit mangsa pada awal pagi dan awal senja.


Hanya nyamuk Aedes betina sahaja boleh menyebarkan
virus denggi.

Telur nyamuk Aedes akan melekat pada dinding bekas


takungan air dan ianya boleh tahan selama 6 hingga 12
bulan tanpa air.Telur nyamuk Aedes akan menetas sebaik
sahaja bekas tersebut diisi air semula.
MENGAWAL PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

•Pastikan pam tandas sentiasa berfungsi dan ditutup rapat

• Pastikan mangkuk tandas yang rosak tidak bertakung air

• Air yang disimpan di dalam bekas penyimpanan (baldi,tong,


tempayan dan sebagainya ) perlu ditutup rapat supaya
nayamuk aedes tidak dapat bertelur
•Air perlu diganti setiap minggu dalam bekas penyimpanan,
perangkap semut,jambangan bunga,tempayan,kolam ikan
kolah air dan bekas air minuman binatang peliharaan.Sebelum
air diisi semula,bekas-bekas itu perlu diberus terlebih dahulu.

• Buang air dari piring alas pasu bunga seminggu sekali dan
berus piring hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
• Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung )

• Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air

• Tanam semua bekas yang boleh menakung air seperti


botol,tin kosong,tempurung kelapa,kulit koko,plastik
minuman dan lain-lain.
• Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) ke dalam
semua bekas penyimpanan tiga bulan sekali ( satu sudu
teh = 10 gram untuk 20 gelen air )

You might also like