You are on page 1of 30

Pensejarahan Melayu (SJH 3102)

Tajuk: Menganalisis Sejarah Melayu dari aspek pembentukan jati diri bangsa, pembentukan masyarakat, kritikan sosial, pendidikan, pemikiran dan peranan wanita.
Nama pensyarah: Dr. Mohd Azhar bin Bahari Nama Ahli Kumpulan: 1. Ang Yong Kiang 2. Ooi Choon Tat

Pembentukan Jati Diri Bangsa


Penyusun Sejarah Melayu - semangat bangga terhadap

bangsa yg tinggi.
Cth, Bagi penyusun Sejarah Melayu, Melaka telah

disebutkan sbg pusat alam semesta. Dlm Cerita ke-13, Sultan Melaka tidak mahu menyembah Siam. Dlm cerita yg sama, Siam ditewaskan oleh Tun Perak.

Dlm Cerita ke- 17, Melaka menakluk Kampar, Siak. Ini telah menunjukkan bahawa penyusun bukan shj mempunyai semangat bangga dengan bangsa Melayu yang tinggi tetapi keunggulan Kesultanan Melayu juga ditekankan. Melayu Keturunan Raja Iskandar Zulkarnian Berdasarkan Sejarah Melayu, org Melayu(raja) adalah keturunan Raja Islam teragung iaitu Raja Iskandar Zulkarnian dan ini telah meningkatkan taraf raja-raja Melayu sebagai waris kepada Raja Iskandar Zulkarnian.

Inginkan membentuk masyarakat Melayu yang sihat. Dlm penulisan telah mengkritik sikap negatif org Melayu seperti malas dan menyeru mereka supaya sedar dan mengubahnya.

Pembentukan Masyarakat
Persetiaan antara raja dengan rakyat. Taat setia rakyat tidak boleh berbelah kepada raja mereka dan seboleh-bolehnya cuba mengelakkannya dari melakukan derhaka. Antaranya: I. Rakyat: rakyat sedia menjadi hamba kepada raja. Raja hendaklah memelihara mereka. Jika rakyat salah, jgn diberi malu. Kalau salah besar blh dihukum bunuh menurut hukum syarak. II. Raja: minta rakyat jgn derhaka kepada raja jikalau ia zalim sekali pun III. Raja dan rakyat: jika raja tidak menurut janji maka rakyat juga tidak akan menurut janji. (hak rakyat tidak dipelihara oleh raja, maka rakyat juga tidak perlu setia kepada raja.)

Hubungan Siam dgn Melaka Siam pernah menyerang Melaka setelah Melaka enggan menyembah Siam tetapi serangan Siam ditewaskan oleh Melaka. Akhirnya, Siam berdamai dgn Melaka dan menjalinkan hubungan luar dgn melaka. kegagalan serangan dan tekanan dari China. Hubungan China dgn Melaka Melaka mengutuskan rombongan utusan ke China utk mendapatkan perlindungan China menghadapi ancaman Siam. Perkahwinan Sultan Mansor dgn Puteri Hang Li Po tlh membentuk masyarakat baru di Melaka Baba Nyonya

Kedatangan agama Islam: Kedatangan agama Islam telah mengubah bentuk masyarakatnya Org Arab menetapkan di Melaka. Wujud masyarakat orang Arab di Tanah Melayu. Pedagang, ulama dll.

Kritikan Sosial
kritikan terhadap kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja. Kritikan terhadap kejahilan raja/pemerintah. Kritikan terhadap amalan diskrimanasi dan ketidakdilan golongan raja/pemerintah.

Kritikan terhadap sifat keangkuhan (ego) raja ingin menunjukkan kehebatan diri dan ingin sesuatu yang luar biasa/berbeza dengan orang lain.

Kritikan terhadap kekejaman dan penindasan golongan raja terhadap rakyat jelata.

Kritikan terhadap raja yang memiliki moral/akhlak yang rendah seperti sifat pilih kasih, pendendam, berkepentingan diri, tidak bertanggungjawab, gila perempuan dan sebagainya.

Kritikan terhadap orang Melayu supaya mengubah sikap dan jangan terlalu mengikut dan memuliakan orang Arab.

Kritikan tentang sikap negatif orang Melayu.

kritikan terhadap kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja.


Contoh cerita: Singapura Dilanggar Todak. Dari cerita ini kekejaman raja yang dipaparkan ialah; - Raja menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana

Khatib kerana cemburu melihat keistimewaan ilmu menilikTuan Jana Khatib -> tilik batang pinang hingga terbelah dua di hadapan raja perempuan. - Kekejaman raja menyebabkan negeri Singapura mendapat bala -> iaitu huru hara, kematian kejam akibat serangan todak. - kezaliman lain dilakukan pihak raja seperti; membunuh budak cerdik yang telah memberi idea agar hulubalang Singapura berkubukan batang pisang.

Kritikan terhadap kejahilan raja/pemerintah.


- Cerita Singapura di langgar todak. - Raja Singapura digambarkan sebagai seorang raja yang

kurang cerdik, tidak mempunyai fikiran dan tidak berpandangan jauh. - Idea atau cadangan yang dikemukakan raja membawa kemusnahan kepada rakyat bukannya membawa kebaikan. - Raja mencadangkan "rakyat berkubukan betis masingmasing untuk menahan serangan todak". - Akibatnya ramai rakyat/hulubalang mati, cedera parah, menanggung kesakitan akibat terkena tikaman jongor todak.

Kritikan terhadap amalan diskriminasi dan ketidakadilan golongan raja/pemerintah.


Cerita Singapura dilanggar todak. - Raja Singapura tidak memberi penghargaan sewajarnya kepada

budak cerdik yang telah menyelamatkan Singapura. Golongan pembesar negeri merasa dengki dan bimbing kedudukan mereka akan terancam apabila budak cerdik dari keturunan rakyat biasa ini dewasa nanti kerana dia sangat cerdik dan pintar. . - Pembesar mencadangkan agar budak cerdik segera "dihapuskan" (dihukum bunuh). - Jelas menunjukkan golongan raja mengguna-kan kuasa mutlak yang dimiliki untuk menjaga kepentingan golongan mereka sahaja. - rakyat tidak mempunyai hak dan tidak boleh samasekali menentang rajawalaupunternyata rakyat berada di pihak yang benar.

Kritikan terhadap sifat keangkuhan (ego) raja ingin menunjukkan kehebatan diri dan ingin sesuatu yang luar biasa/berbeza dengan orang lain.
- Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang -> kritikan

terhadap sikap Sultan Mahmud Syah yang ingin seorang wanita yang sangat cantik dan istimewa bukan dari golongan manusia biasa. - Gambaran keangkuhan Sultan Mahmud Syah -> bersedia memenuhi syarat-syarat peminangan iaitu menyediakan barang-barang hantaran yang diminta seperti hati nyamuk, air mata, air pinang muda dan lain-lain. Barang-barang ini sukar diperolehi dan agak luar biasa tetapi kerana keegoannya yang tinggi Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan barang-barang tersebut.

Kritikan terhadap kekejaman dan penindasan golongan raja terhadap rakyat jelata.
- Contoh: cerita peminangan Puteri Gunung Ledang. - Gambaran kekejaman -> Sultan Mahmud Syah sanggup

menyediakan jambatan emas dan perak merentangi dari istana Melaka ke Gunung Ledang. - Menunjukkan sultan sanggup memeras harta benda rakyat demi kepentingan dirinya. - Raja sanggup "mendera" rakyat jelata menyediakan sesuatu yang amat sukar dicari seperti hati nyamuk, air mata dan air pinang muda. - Cerita Singapura dilanggar todak -> raja tidak menilai/menghargai nyawa rakyatjelata hingga sanggup menitahkan rakyat berkubukan betis masing-masing (sanggup memperalatkan nyawa rakyatjelata demi kepentingan diri).

Kritikan terhadap raja yang memiliki moral/akhlak yang rendah seperti sifat pilih kasih, pendendam, berkepentingan diri, tidak bertanggungjawab, gila perempuan dan sebagainya.

- Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang.


- Gambaran Sultan Mahmud tidak sanggup

menyediakan darah Raja Ahmad semangkuk (salah satu syarat peminangan). - Sultan Mahmud Syah tidak sampai hati membunuh putera sendiri demi untuk dirinya (tetapi sanggup menyiksa rakyat) demi memuaskan nafsu serakahnya.

Kritikan tentang sikap negatif orang Melayu.


Sikap negatif:
Malas, miskin, kotor, bodoh, suka berfoya-foya atau

membuang masa, tidak mahu mempelajari bahasanya dan mengambil dadah. Inginkan membentuk masyarakat Melayu yang sihat.

Pendidikan
Sekolah pondok. Ulama Hal-hal tentang agama dan adat istiadat

Kaum lelaki biasanya membuang masa berfoya-foya

kerana memenuhi arahan raja atau nafsu sendiri. Kaum perempuan berdagang atau bertanam. Akibatnya, anak-anak terbiar shj ditinggalkan di rumah dan pada masa itu tidak diwajibkan menghantar anak pergi ke sekolah. Dgn itu, anak-anak itu akan terpengaruh dengan unsur-unsur negatif.

Seruan terhadap orang Melayu supaya belajar utk

mengukuhkan imannya, mempergandakan usaha dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan mendidik anak serta memimpin masyarakat dengan baik.

Pemikiran
Unsur Waadat (perjanjian)

Unsur Mitos

Unsur Mitos
Contoh, Kedatangan Islam sendiri diceritakan dalam

bentuk mitos, iaitu sultan yang memerintah diislamkan dalam mimpi selepas bertemu Nabi Muhammad (s.a.w) dan adakalanya telah sedia berkhatan.

unsur waadat (perjanjian)


di antara Demang Lebar daun dan Sang Sapurba yang

terkandung di dalamnya tentang kesetiaan dan kepatuhan rakyat terhadap rajanya. Sama ada di pihak rakyat atau raja itu jika ingkar turut menerima padahnya. Biar apa pun kesetiaan dan kepentingan kepada sesuatu perkara itu mencetuskan tipu helah yang akhirnya membawa kepada kebaikan dan keuntungan kepada pihak raja atau negeri.

Peranan Wanita
Sejarah Melayu ( Versi W. G Shellabear) telah dikaji

untuk melihat peranan golongan wanita tradisional dalam memainkan peranan mereka dalam struktur politik tradisional Melayu . Peranan wanita didapati amat besar dan berpengaruh dalam menentukan hala tuju sesebuah kerajaan tradisional, contohnya kesultanan Melayu Melaka.

Wanita sebagai penerus warisan atau zuriat yang terbaik sehingga mengwujudkan sistem politik beraja yang terbaik dan disegani.

Sejarah Melayu telah mengisahkan perkahwinan di

antara Putri Syahrul Bariyah dengan Raja Iskandar Zulkarnain[ 5]. Putri Syahrul Bariyah merupakan puteri kepada Raja Kida Hindi yang di Islamkan oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan keturunan yang terbaik di kalangan raja-raja di benua India dan kepulauan Melayu di Nusantara, khususnya di dalam kesultanan Melayu Melaka.

Anak lelaki Putri Syahrul Bariyah dan Raja Iskandar

Zulkarnain, bernama Raja Aristun Syah berkahwin pula dengan puteri Raja Turkistan dan mendapat seorang putera dinamakan sebagai Raja Aftus. Keturunan dari Putri Syahrul Bariyah ini, akhirnya sampai kepada Raja Suran yang menyerang rantau Asia Tenggara ( Gangga Negara) dan menurunkan keturunan Raja-Raja Melayu. Perkahwinan Raja Suran dengan Putri Mahtabul Bahri di dalam alam ghaib di bawah laut telah menghasilkan tiga orang putera lelaki bernama Raja Aftabul Ard Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita dan Nila Utama.

peranan wanita dalam menurunkan zuriat yang menguasai pusatpusat pemerintahan yang bakal menempuh kegemilangan empayar jajahan takluk.
Peranan Wan Empuk dan Wan Malini yang mengusahakan bidang pertanian di

Bukit Seguntang memainkan peranan penting mereka dalam meluaskan jajahan takluk kerajaan Melayu di rantau Melayu dan Nusantara. Wan Empuk berkahwin dengan Nila Pahlawan dan Wan Malini dengan Kerisyna Pandita setelah bertemu dengan putera-putera Raja Suran yang berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain dan Putri Syahrul Bariyah sehingga mendapat keturunan yang bergelar Sang Sapurba. [19] Perkahwinan Sang Sapurba dengan Wan Sendari puteri Demang Lebar Daun telah menghasilkan pula dua orang putera iaitu Sang Maniaka dan Sang Nila Utama ,serta dua orang puteri iaitu Putri Seri Dewi dan Putri Cendera Dewi. Tuan Putri Cendera Dewi puteri Majapahit dikahwinkan dengan Sang Sapurba dan hasil dari zuriat mereka, keturunan raja-raja Majapahit berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain. Permaisuri Iskandar Syah yang memerintah Bentan mengahwinkan pula puterinya Wan Seri Beni dengan putera Sang Sapurba bernama Sang Nila Utama.

peranan wanita, walaupun hanya menjadi gundik seorang raja, namun kematiannya menyebabkan kehancuran sebuah negeri yang ditakluk oleh sebuah kuasa ketenteraan dari Majapahit.

pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang

menjadi gundik kesayangan Raja Iskandar Syah, raja di Singapura. Pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna tapa menyebabkan ayahnya membelot pada Betara Majapahit. Serangan tentera Majapahit dibantu oleh Sang Rajuna Tapa dengan membuka pintu kota pada waktu malam dan menyembunyikan bekalan beras sebagai makanan. [52] Implikasinya, Raja Iskandar Syah terpaksa melarikan diri ke Muar apabila tenteranya mengalami kekalahan.

kepintaran seorang wanita dalam merebut jawatan dan menguasai sistem politik di Melaka.
Peranan sepupu perempuan Raja Rekan dalam menaikkan Raja

Ibrahim yang bergelar sebagai Sultan Abu Syahid dalam pemerintahan kesultanan Melaka menunjukkan permainan penting aspek politik di kalangan wanita tradisional [63]. Akhirnya saudara sepupu Raja Rekan terbunuh dalam gerakan merampas kuasa untuk menaikkan Raja Kassim yang bergelar Sultan Muzaffir Shah. Perenggan ini membuktikan peranan wanita yang berselindung di sebalik tabir untuk memerintah Melaka di sebalik tabir. Sultan terpaksa mengikut arahan saudara perempuan Raja Rekan untuk melantik Raja Ibrahim sebagai pengganti baginda serta peranan saudara perempuan Raja Rekan yang merupakan seorang wanita, mampu memerintah Melaka di sebalik tabir di dalam zaman yang dikuasai golongan lelaki.

golongan wanita bertaraf rendah mampu menyediakan zuriat yang bakal memainkan peranan aktif dalam bidang politik.
Anak gundik Seri Nara Di Raja bernama Tun Nina

Madi telah dilantik oleh Sultan Muzaffir Syah dengan gelaran Tun Bijaya Maha Menteri. Perenggan ini menunjukkan, walaupun Tun Nina Madi adalah seorang anak lelaki dari seorang gundik, dia berjaya mendapat kepercayaan dari seorang Sultan yang melantiknya memegang jawatan bergelar. Walaupun, ibunya seorang gundik kepada ayahnya,, namun anak seorang gundik berjaya menaiki taraf sosial atau struktur sosial di dalam masyarakat feudal.

Rujukan
Sumber Buku: 1. Mustafa. (1999). Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih, Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. 2. Muhd Yusof Ibrahim. (1994). Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Zahrah Ibrahim. (1986). Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumber Internet: 1. http://chainsaint.blogspot.com/2011/09/kesusasteraan-melayutradisional-9221.html 2. http://sejarahhangtuah.wordpress.com/2012/09/01/keungulanwanita-dalam-sejarah-melayu-lama/ 3. http://pajatsong.blogspot.com/2010/07/pemikiran-melayudalam-sejarah-melayu.html

Sekian terima kasih