You are on page 1of 10

ZT1042

Hubungan Etnik

Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia

1
Sinopsis Kursus
Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang
konsep-konsep asas hubungan etnik, meneliti
perkembangan hubungan etnik di Malaysia,
mewujudkan masyarakat Malaysia menurut
acuan Malaysia dan hubungan antara wilayah,
memahami dan menangani cabaran global
dalam hubungan budaya dan etnik di Malaysia
dan dunia dan memperkenalkan para pelajar
terhadap hubungan etnik menurut dalam
konteks Islam Hadhari.

2
Perbincangan kursus ini memfokuskan kepada 10 bab iaitu:
– Pengenalan
– Konsep-konsep asas hubungan etnik
– Pluraliti dan masyarakat plural di Malaysia
– Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
– Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
– Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
– Hubungan etnik, integrasi dan menangani cabaran
– Islam Hadhari dan hubungan etnik
– Hubungan etnik: Sumbangan kerajaan dan masyarakat
– Rumusan

Perbincangan tajuk-tajuk ini akan didasarkan kepada situasi di
Malaysia bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu
padu dan mewujudkan kestabilan politik serta seterusnya
pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan

3
Objektif Kursus
Mendedahkan pelajar terhadap pluraliti budaya,
masyarakat dan kumpulan etnik.
Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial
di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan
etnik.
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran
pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia.
Memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep
Islam Hadhari dan hubungan etnik.
Melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman
pembelajaran yang kreatif tentang sosial dan
kehidupan budaya masyarakat Malaysia.

4
Hasil Pembelajaran
 Mengetahui cabaran pluralisasi budaya dan
pelaksanaannya dalam konteks pemuafakatan sosial
Malaysia yang menjadi asas keharmonian hubungan
etnik.
 Mengetahui secara lebih jelas skop kemajuan
berasaskan Islam yang merentasi kepentingan
pelbagai etnik di Malaysia.
 Memahami kepelbagaian budaya dan tanggungjawab
antara satu etnik dengan etnik lain ke arah
mewujudkan masyarakat bersatu padu.
 Berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan
dalam penulisan dan lisan di peringkat individu,
kumpulan dan masyarakat.

5
Penilaian
Peperiksaan Akhir
– 60% (50 soalan objektif), masa 1 jam 30 minit

Tugasan
– 30% (Markah berkumpulan)

Pembentangan
– 10% (Markah berkumpulan)

6
Tugasan
– Diwajibkan ahli terdiri dari pelbagai etnik
– Pilih satu tajuk yang diberikan
– Masa pembentangan bergantung kepada budi
bicara pensyarah
– Kertas kerja mesti dihantar dalam bentuk
salinan keras dan salinan lembut sebelum
pembentangan
– Gunakan Gaya Penulisan UKM

7
Pemarkahan Tugasan (30%)
Isi Kandungan

Format
– Gaya UKM

Kerjasama
– Kerja Berkumpulan
– Kepelbagaian etnik
8
Pemarkahan Pembentangan (10%)
Isi Kandungan

Etika
– Pakaian
– Masa
– Persediaan
– Kepelbagaian etnik

Persembahan
– Keyakinan
– Kelancaran
– Power point
– Komunikasi

9
Buku
Buku Teks - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2007.
Hubungan etnik. Shah Alam: Penerbit UiTM.

Nazri Muslim dan Nasruddin Yunus, 2006. Hubungan etnik. Bangi: Pusat
Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaid Ahmad et. all. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford
Fajar.

Mansor Mohd Noor et. all. 2006. Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya:
Prentice Hall.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala
Lumpur: ISTAC.

Abdul Aziz Bari, 2001, Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10