You are on page 1of 7

PENUTUP

1
► Kepentingan memelihara, memupuk
dan menjamin kelangsungan
hubungan etnik yang harmoni di
Malaysia ialah suatu fakta yang telah
diterima umum oleh semua lapisan
rakyat Malaysia.

► Semua pihak dalam masyarakat kita
harus terlibat dalam usaha ini.
2
► Membantu dan meningkatkan taraf
kesedaran rakyat tentang hubungan
etnik.

► Meningkatkan tahap akomodatif setiap
individu atau kelompok terhadap
kelompok etnik lain yang wujud seiring
dengan mereka dalam kehidupan
seharian.
3
► Harapan;
 memahami konsep-konsep asas untuk mengupas
isu hubungan etnik di Malaysia

 mengimbas kembali serba sedikit latar belakang
ekonomi dan politik Malaysia.

 mengupas mengenai beberapa aspek hubungan
etnik, seperti isu penggubalan perlembagaan
sebagai satu ’kontrak sosial,’ cabaran-cabaran
terhadap hubungan etnik, dulu dan sekarang,
fungsi dan sumbangan Islam Hadhari ke arah
memantapkan hubungan etnik dan akhirnya
meneliti dengan lebih dekat sumbangan terus
menerus kerajaan dan masyarakat ke arah
mengekalkan hubungan etnik yang harmoni di
Malaysia.
4
► Lima perkara utama yang dapat membantu
bertindak ke arah memperbaiki dan memupuk
hubungan etnik daripada perspektif dan dengan
kemampuan yang ada pada diri masing-masing :
 Kesedaran
 Kefahaman
 Akomodatif
 saling menghormati
 Perpaduan

► Mengenalpasti wujudnya kepelbagaian dalam
masyarakat Malaysia sebagai ciri utama dalam
masyarakat Malaysia.

► Kepelbagaian merupakan satu kekuatan kerana
daripada sudut alamiah manusia memang wujud
berpuak-puak, berkelompok dan bermastautin di 5

tempat-tempat yang berbeza.
► Usaha untuk mewujudkan kesepaduan
daripada kepelbagaian ini mesti dilakukan
dengan teliti dan sensitiviti.

► Apabila wujud kefahaman yang mendalam
maka selanjutnya akan terbina pula prilaku
dan tindakan yang bersifat akomodatif,
iaitu, sedia menerima etnik yang berbeza
yang mempunyai kelainan dalam pelbagai
aspek.

► Sifatakomodatif serta kesanggupan
menerima etnik lain yang berbeza cara
hidup, kebiasaan, adat resam dan agama,
merupakan aspek yang sangat penting
sebagai pembuka jalan kepada kerjasama 6
dan kesepakatan demi untuk melanjutkan
► Daripada sifat akomodatif, akan timbul pula sikap
dan prilaku yang saling hormat menghormati.

► Dengan wujudnya kesedaran yang kuat, kefahaman
yang mendalam, sifat akomodatif yang tinggi,
hubungan saling hormat menghormati yang
berterusan pasti akan membuka luas pintu untuk
membina segala bentuk usaha ke arah perpaduan
etnik yang diidamkan.

► Rangkaian lima ciri utama ini setelah dihayati oleh
setiap pembaca akan membolehkan perpaduan
etnik yang diidam-idamkan wujud dan seterusnya
dipupuk, sama ada melalui pendekatan top-down
atau bottom-up, yang melibatkan pihak kerajaan,
orang awam, pihak swasta dan pihak-pihak lain.
7