You are on page 1of 18

MUZIK ENSEMBEL LAIN

MENORA

ASAL USUL
Thailand Popular di selatan Thai kerajaan Legor yg merangkumi kws Selatan Siam & Utara Tanah Melayu Legor tlh berada tahun TM400 & hilang apb orang2 Utara menguasainya dlm tahun 1250 Maksud menora drama-tari, pembaca puisi, pemimpin kumpulan, pelakon atau penari persembahan itu

Menora nama heroin yg terdpt di dlm cerita2 Jataka yg bernama Manohara Mengisahkan percintaan seorang putera raja bernama Sithon dgn puteri dr bangsa manusia separuh burung, Kinrara Salah satu drp 7 puteri Kinrara tlh diculik oleh seorang pemburu & dipersembahkan kpd raja Putera Raja Sithon tlh jatuh cinta kpd puteri tersebut lalu mrk pun berkahwin

Akibat dr kebencian & fitnah pembesar yg khianat, raja itu tlh dihantar ke medan perang Beta dikatakan mangkat di medan perang Puteri Menora dihalau & pulang ke tempat asalnya Setelah putera Raja pulang, didpti isterinya tlh tiada Beta lalu meninggalkan istana mencari isterinya Seblm beta sampai ke Negeri Kinrara, beliau terpaksa menempuh berbagai dugaan & rintangan Tetapi akhirnya berjaya juga Mereka pun bersatu dan hidup aman bahagia

Menora di Thailand berbeza sdk drp Menora di Kedah/Kelantan Di Thailand semua pelakon2 wanita Di Kedah pelakon lelaki & wanita - semua lelaki Cerita dipetik drp kitab2 Mahabrata 12 cerita asal Kini, kebanyakan cerita2 itu diubahsuaikan: -Sangthong - Khun Chang Khun Pnaer -Khawi - Pura Aphai -Laksanawong - Kraithong -Chayachet

PERSEMBAHAN
Masa kini persembahan menora telah diserapi oleh

unsur-unsur moden ( pengaruh dari barat ) terutama dari segi pakaian, tema (romantik ) beserta iringan pancaragam ala barat dan disulami dengan lawak jenaka. Walaupun berlaku transformasi di selatan Thailand tetapi banyak lagi kumpulan terawal ataupun kumpulan yang telah tua usianya masih mempertahankan unsur-unsur tradisional yang wujud di surat, nakhon sithammarat, phattalung, songkla dan trang. Kumpulan menora yang dianggap paling berjaya hari ini ialah kumpulan yang masih mengekalkan unsur-unsur tarian tradisional dan komik verse seperti luk thung dengan pemain-pemainnya yang terdiri daripada orang tempatan.

Kini, persembahan menora lebih cenderung kepada urusan keagamaan iaitu persembahan yang diadakan sebagai satu upacara yang dianjurkan dan dibiayai oleh kuil-kuil untuk mengutip derma. Pada zaman dahulu orang kaya membiayai persembahan menora adalah untuk majlis perkahwinan atau upacara pengkebumian tetapi dalam konteks baru persembahan menora adalah bertujuan membayar niat iaitu cara berterima kasih kepada semangat kerana mengkabulkan sesuatu permintaan. Jika ini tidak dilaksanakan mereka percaya akan ditimpa malapetaka. Tradisi ini masih berterusan dilaksanakan di Bangkok iaitu di lak muang yang terletak berhadapan dengan kuil Buddha emerald.

Dalam kumpulan menora din suk dari naka, kedah,

terdapat 12 orang anggota yang terdiri daripada 4 org pelakon di mana seorang daripadanya gadis dan 8 org pemain muzik. Mereka mengadakan persembahan menora untuk menambahkan tabung kuil mereka. Selain daripada itu, menora dipersembahkan untuk menjaga semangat-semangat yang tertentu agar mereka sentiasa terselamat dari mara bahaya. Kadangkala menora juga dipersembahkan di pestapesta pada pukul 8 atau 9 malam hinggalah ke tengah malam atau subuh pagi esok. Ini bergantung kepada panjang atau pendeknya cerita yang hendak dipersembahkan.

Sebeum memulakan persembahan, pemimpin kumpulan itu akan


mengadakan upacara persembahan. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan keselamatan semasa mengadakan persembahan itu. Alatan yang digunakan semasa upacara ini ialah lilin dan pinang. Sambil membaca mentera, ia juga menyembah mahkota tinggi yang dipanggil cha-da atau kecopong. Selepas itu diikuti pula oleh watak utama yang akan bermain pada malam itu.
ADAT BUKA PANGGUNG - Sebuah panggung khas mesti didirikan atas tanah. - Terdapat bahan yang perlu disediakan sebelum buka panggung iaitu colok, pulut kuning, darah, beras, sirih dan lain-lain. PENGERAS DALAM MENORA - Perlu membayar RM 2.25 tetapi ianya juga bergantung kepada pemain. PANTANG LARANG DALAM MENORA - Setiap permainan mempunyai pantang larang tertentu dan perlu dipatuhi oleh setiap penari. Sebagai contonhnya, topeng, kecopong dan lain-lain lagi perlu disimpan di tempat yang tertentu kerana dikhuatiri spirit akan menggangu pada persembahan seterusnya.

Selepas sahaja upacara itu, muzik lagu pengenalan dimainkan.


Alat-alat muzik yang menyertai muzik pengenalan itu ialah serunai, canang, geduk dan gedombak. Panjangnya permainan muzik ini ialah adalah lebih kuarang sepuluh minit. Berikutan dengan upacara itu diadakan pula upacara membaca mantera secara nyanyian di samping muzik dimainkan untuk mengiringinya. Sewaktu pembacaan ini, watak-watak utama yang akan mengambil bahangian akan bersiap-siap di belakang tirai. Di dalam upacara ini dinyanyikan juga sebahagian kecil cerita asal usulnya mendatari menora. Pemimpinnya akan mengetuai pembacaan mantera itu. Apabila pemimpin itu menyanyi setiap baris ianya diikuti oleh ahliahli yang lain sebagai korus dan upacara ini memakan masa lebih kurang tiga puluh minit.

Apabila tamatnya upacara mantera secara nyanian, persembahan


menora yang sebenarnya dimulakan. Ianya dimulai dengan nyanyian tentang cerita yang akan dipersembahkan oleh pelakon lelaki dan diikuti oleh pelakon wanita yang berada di belakang tirai. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut dan muzik dimainkan mengiringi kedua-dua penyanyi itu. Selepas itu pelakon lelaki keluar perlahan- lahan tirai dan menggayakan tarian yang sama. Mereka keluar dan melakukan pelbagai tarian di tengah-tengah medan yang dikelilingi oleh pemain muzik. Pelbagai bentuk tarian digayakan dan selepas itu diadakan pula adegan yang berbentuk drama di mana pelawak yang dipanggil peran juga memainkan peranan penting disamping hero dan heroin. Kemudian di selang-selikan dengan nyanyian & tarian hingga tamatnya cerita itu.

INSTRUMENTASI Sebuah kumpulan menora terdapat 12 orang anggota iaitu 4 orang pelakon seorang gadis dan 8 orang pemain muzik. Di dalam persembahan menora terdapat muziknya yang mengiringi persembahannya. Sudah pasti jika ada persembahan, mestilah ada lagunya. Bagi mereka, bermain menora bukanlah pekerjaan yang tetap tapi sambilan sahaja. Terdapat 6 jenis alat muzik yang mengiringi persembahan menora iaitu : sebuah geduk sepasang canang Gambar, ciri-ciri, cara sebuah pi nai memain dsbgnya sepasang gedombak sebuah cerek sebuah kesi

SUSUN ATUR ALAT MUZIK DALAM PERSEMBAHAN MENORA

PAKAIAN
Lelaki -memakai baju lengan pendek dan berseluar panjang berwarna-warni -kepala terdapat mahkota tinggi/kecopong dipanggil cha da. - Memakai skaf merah - bertali pinggang disebut sebagai khem khat. - Selendang digantungkan pada bahu kanan dan kiri. - Kain kuning dan hijau yang digantung di bahagian depan disebut panung dimana hujungnya menyentuhi lutut yang disebut hoi khang. Sehelai kain bercorak yang digantung pada pinggang di bahagian hadapan disebut hoi na.

- Mereka juga bersarung kaki - mempunyai sepasang sayap bercorak yang diikat pada rusuk pinggang menghala ke belakang yang disebut "pa se bai. - Lelaki juga mempunyai rantai yg dipanggil thap suang - bersarung kuku yang melenting dipanggil canggai.

pelakon perempuan pula hampir sama dengan lelaki tetapi terdapat juga yang tidak memakai kecopong. Bagi pakaian seorang peran pula, peran menggunakan topeng dan berselendang yang dipanggil phakoma dan topeng berwatak jenaka. Berbeza dengan pelakon lelaki, pelakon wanita dan peran, ahli muzik boleh mengikut citarasa mereka sendiri kerana pakaian mereka adalah bebas.