DEFINISI

MORFEM DAN PERKATAAN
• Morfem ialah unit terkecil dalam
bahasa yang berfungsi gramatis dan menjalankan tugas nahu. • Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mempunyai makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat • Satu perkataan mempunyai satu morfem atau lebih.Contohnya: jalan-satu morfem berjalan-dua morfem(awalan berdan kata dasar jalan)

MORFEM BEBAS DAN MORFEM TERIKAT
• Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian Contohnya: jalan,manusia • Morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain Contohnya: berjalan ,kemanusiaan

PERBEZAAN MORFEM DAN PERKATAAN
• Morfem
Terdiri daripada bebas dan terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas dan dapat berdiri sendiri. Cth: jalan, ajaran, pengetua ( boleh hadir dalam ayat secara bersendirian dan mempunyai makna .)

• Perkataan
Bentuk bebas dan bermakna dan dapat berdiri sendiri

KONSEP PERKATAAN: KATA AKAR DAN KATA DASAR
• Dalam bidang morfologi, ia mempunyai perbezaan antara kata akar dan kata dasar.  KATA AKAR - Bentuk dasar dalam sesuatu perkataan ( bentuk yang belum diberi kata imbuhan. ) - Terdapatnya dalam morfem bebas dan morfem terikat.

 KATA DASAR - Kata akar yang menjadi dasar sesuatu perkataan yang dapat diberi imbuhan. - Kata berimbuhan boleh menjadi kata dasar sekiranya dapat diberi imbuhan. - Contohnya: “lalu” dalam “terlalu”. - perkataan “terlalu” yang merupakan kata terbitan, menjadi kata dasar

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful