You are on page 1of 42

PENSYARAH: PROF. MADYA DATO' DR.

MOHAMMAD AGUS YUSOFF


PEMBENTANG: NURFAIZAH ABBDULLAH (P64558) SHARIFAH NURSYAHIDAH SYED ANNUAR (P66797)

KANDUNGAN
Pendahuluan

Pengenalan ii. Latar belakang isu Perkara 20 Isu-isu Perkara 20 i. Perkara 6 Imigresen ii. Perkara 10 Kewarganegaraan iii. Perkara 8 Borneonisasi iv. Perkara 11 Cukai dan kewangan v. Perkara 1 Agama vi. Perkara 20 Tanah, hutan dan kerajaan tempatan dll. Kepentingan isu perkara 20 terhadap politik Sabah (2004-2012) Kesimpulan Rujukan
i.

PENDAHULUAN

PENGENALAN
Perkara 20 Sabah:
memorandum yang dipersetujui oleh Tanah Melayu,

Singapura, Sabah (Borneo Utara), dan Sarawak di dalam Inter-Governmental Committee (Lansdowne Committee) Usaha pengaturan perlembagaan bagi memberi jaminan terhadap kedudukan istimewa Negeri-negeri Borneo Pada 30 Ogos 1962 Inter-Governmental Committee (Lansdowne Committee) terdiri daripada:
i. ii. iii.

iv.

Lord Lansdowne (Pengerusi) Tun Razak (Timbalan Pengerusi) Gabenor Sir William Goode (wakil delegasi Sabah) Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, Tun Haji Mohd Fuad Stephens, Datuk Khoo Siak Chiew da Datuk G.S. Sundan (wakil pemimpin tempatan Sabah)

MEMORANDUM PERKARA 20 SABAH


Perkara 1 Agama Perkara 2 Bahasa Perkara 3 Perlembagaan Perkara 4 Ketua persekutuan Perkara 9 Pegawa-pegawai British Perkara 5 Nama persekutuan Perkara 10 Kewarganegaraa n

Perkara 6 Imigresen

Perkara 7 Hak menarik diri

Perkara 8 Borneonisasi

Perkara 11 Cukai dan kewangan

Perkara 12 Kedudukan istimewa penduduk asli Perkara 17 Perwakilan dalam parlimen

Perkara 13 Kerajaan negeri

Perkara 14 Tempoh peralihan

Perkara 15 Pendidikan

Perkara 16 Perlindungan kepada perlembagaan

Perkara 18 Nama ketua kerajaan negeri

Perkara 19 Nama negeri

Perkara 20 Tanah, hutan dan kerajaan tempatan dan lain-lain

LATAR BELAKANG ISU PERKARA 20 SABAH


Disember 1963
Surat-surat rasmi daripada kerajaan Persekutuan yang berbahasa Melayu Perkara 2 Sabah

Tahun 1967 sehingga 1975


Pentadbiran United Sabah National Organization (USNO) Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Isu membataskan perkembangan budaya dan agama selain agama Islam

Perkara 1 Agama

Tahun 1976 sehingga 1985


Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris bin Mohd Salleh

kedatangan pendatang haram daripada Filipina dan Indonesia, pemberian

tanah kepada orang asing dan memindahkan pemilikan pulau Labuan kepada kerajaaan Persekutuan pada tahun 1984 Perkara 6 dan Perkara 20

Smbgn.

Tahun 2004 sehingga 2012


Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), Projek I.C, The Royal Commission of Inquiry (RCI)Perkara 6 Perkara 10 Perlantikan rakyat Sabah ke dalam jabatan/agensi persekutuan di Sabah Perkara 8

Perkara 11 Cukai dan kewangan


Patung Ma Tzu Kudat, kalimah Allah Perkara 1 Perkara 20 Tanah, hutan dan kerajaan tempatan dll.

ISU PERKARA 20 SABAH

TEORI FEDERALISME

(Wheare 1967) Kaedah untuk membahagikan kuasa supaya kerajaan pusat dan kerajaan negeri masing-masing selaras dan bebas. (Friedrich 1968) Komuniti-komuniti politik yang berlainan yang bersepakat untuk mendapatkan penyelesaian, menggunakan dasar-dasar yang serupa dan membuat keputusan bersama tentang sebarang permasalahan yang dihadapi. (Livingston 1957) Tolak ansur antara autonomi dan perpaduan. Maka, ia sepatutnya berpaksikan kepada kuasa ekonomi, sosial dan budaya serta tidak harus semata-mata pada istilah perlembagaan dan perundangan sahaja.

HUBUNGAN PUSAT-NEGERI

Menurut Tilman (1963), terdapat beberapa isu perbalahan politik yang akan menjejaskan kestabilan jangka panjang hubungan politik dalam Persekutuan baru ini. Di dalam Perkara 20 Sabah sendiri, terdapat beberapa isu yang dibangkitkan berdasarkan beberapa Perkara 20 Sabah, iaitu: i. Perkara 6 Imigresen ii. Perkara 10 Kewarganegaraan iii. Perkara 8 Borneonisasi iv. Perkara 11 Cukai dan kewangan v. Perkara 1 Agama vi. Perkara 20 Tanah, hutan dan kerajaan tempatan dll.

Smbgn.

Menurut beliau lagi, sekiranya isu-isu tersebut tidak diatasi, ia amat berpotensi untuk menjejaskan kestabilan hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Perkara ini terbukti apabila sehingga sekarang kerajaan pusat gagal menghormati dan melaksanakan tuntutan Perkara 20 dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pekerjaan, agama, kerakyatan, tanah adat dan lain-lain lagi.

PERKARA 6 IMIGRESEN & PERKARA 10 KEWARGANEGARAAN

Tahun 1970 sehingga 2000, jumlah peningkatan populasi di Sabah adalah sebanyak 301% berbanding negeri jiran iaitu Sarawak, 106%. terdapat peningkatan penduduk yang berketurunan Filipina dan Indonesia, begitu juga dengan warga lain seperti daripada Pakistan, India dan lain-lain. Dakwaan bahawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah diberi hak kerakyatan sebagai rakyat Malaysia serta mempunyai dokumen kad pengenalan yang sah sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai Penduduk Tetap.

Smbgn.

Cadangan penubuhan penubuhan Royal Comission Inquiry (RCI) Projek I.C bagi menyiasat dakwaan tersebut:

Mendapat sokongan daripada UMNO Sabah, Parti pembangkang seperti SAPP dan DAP Tahun 2008, UMNO Sabah menyerahkan memorandum kepada Tun Abdullah, Perdana Menteri ketika itu Tahun 2010, ahli parlimen Tuaran ketika itu, Wilfred Bumburingmengusulkan dakwaaan kepada Parlimen tentang Projek IC Sabah. Selepas mengusulkan dakwaan tersebut, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein meminta beliau untuk membuktikan dakwaan tersebut. Pada Disember 2010, Wilfred Bumburing telah menyerahkan sebuah memorandumMemorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) Yang Diberikan Kepada PATI Melalui Skandal X-Files Pada 2012, Dato Sri Najib, bersetuju menubuhkan RCI.

PERKARA 8 BORNEONISASI

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan kabinet dan perlantikan yang telah menyaksikan rakyat Sabah diberi jawatan yang tinggi. Contohnya, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia sebagai Speaker baru, Datuk Seri Anifah Aman dilantik menjadi Menteri Luar dan Datuk Seri Shafie Apdal dinaik pangkat menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi sokongan jika ada rakyat Sabah yang layak untuk mengetuai mana-mana agensi negeri dan persekutuan (The Malaysian Insider 2010). Beliau bersetuju bahawa ingatan tentang komitmen penubuhan Malaysia yang telah diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Malaysia perlu dikembalikan dengan perlaksanaan Borneonisasi.

Smbgn.

Tahun 2009, setelah 46 tahun penubuhan Malaysia, 81 jabatan persekutuan dan 39 agensi, hanya 38 peratus diketuai oleh rakyat Sabah Tahun 2010, terdapat 78 agensi persekutuan di Sabah, 44 peratus rakyat Sabah yang memegang jawatan atau pun 34 daripada 78 agensi Tahun 2011- kes saman Borneonisasi melibatkan Bernard Fung Fon Chen (pesara polis) dan Mohd Nazib Maidin Dally (bekas guru) sebagai plaintiff yang menyaman kerajaan negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan

Jeffrey (2011)
"Objektif Borneonisasi bukan hanya sekadar bertujuan melantik rakyat Sabah dan Sarawak kepada ketua jabatan persekutuan di negeri-negeri mereka semata-mata, tetapi juga diberi kuasa penuh untuk melaksanakan dasar-dasar, dengan mengambil kira konteks tempatan dan norma-norma budaya Sabah dan Sarawak,"

Smbgn.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Radin Malleh menyatakan bahawa seramai 15,390 pegawai dan penjawat awam yang berasal dari Semenanjung Malaysia telah ditugaskan di 94 jabatan persekutuan dan 42 badan berkanun di Sabah. Jumlah yang paling ramai adalah mereka yang berkhidmat di bawah Jabatan Pelajaran Sabah iaitu seramai 8,152 orang pada tahun 2011.

Malahan, secara puratanya sejak lima tahun yang lepas, jumlah kakitangan awam persekutuan dari Semenanjung Malaysia yang dihantar bertugas ke Sabah di pelbagai agensi persekutuan adalah antara 7,500 hingga 8,500 orang setahun (Bernama 2012).

PERKARA 11 CUKAI DAN KEWANGAN

Sabah telah memberi sumbangan kepada ekonomi negara dalam pelbagai sektor seperti sektor minyak petroleum, perlancongan, pembalakan, kelapa sawit, koko dan banyak lagi. Namun, Laporan Bank Dunia pada tahun 2010 menyebut bahawa Sabah adalah negeri yang paling miskin di Malaysia dan akan terus berada dalam keadaan itu jika tidak ada usaha yang efektif untuk membasmi kemiskinan tegar itu. Terdapat empat isu utama berkenaan dengan hal ini iaitu:
i.

Isu agihan royalti minyak 5%

ii. iii. iv.

Isu Dasar Kabotaj Isu gaji minimum bagi sektor swasta Isu masalah kemudahan air

Isu Agihan Royalti Minyak 5%

Peristiwa Perjanjian Royalti Minyak ditandatangani pada 14 Jun 1976 oleh Datuk Harris Salleh sejurus seminggu selepas kejadian nahas kapal terbang yang mengorbankan Tun Fuad Stephens dan sepuluh orang yang lain. Pada tahun 2000-2008, Kerajaan Persekutuan hanya membayar RM2.8 bilion sahaja royalti minyak kepada Sabah. Pada tahun 2009 pula, ia hanya menerima bayaran kira-kira RM720 juta walaupun pada hakikatnya purata pengeluaran harian minyak Sabah adalah sebanyak 200,000 tong yang boleh menjadikan negeri ini memperoleh RM19 bilion (Sebastian Lee 2009). Sabah menjana RM15 bilion sehingga RM20 bilion setahun namun ia hanya menerima kurang dari RM1 bilion setahun.

smbgn

Pakatan Rakyat pada tahun 2011 telah menjanjikan kenaikan royalti minyak kepada 20% dalam Buku Jingga Edisi Sabah sekiranya mereka berjaya memerintah Putrajaya. Namun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyatakan bahawa janji tersebut adalah tidak masuk akal dan perlu ada tolak ansur antara Kerajaan Negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan semula dengan pembangunan pelbagai infrastruktur. Ini diikuti oleh kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kekayaan negara seharusnya dikongsi bersama-sama dengan yang lain dan negeri pengeluar minyak tidak patut mengambil kesemuanya langsung (Kamarul Yunus 2012).

Isu Dasar Kabotaj

Dibawah dasar ini, kapal-kapal pengangkutan barang hanya dibenarkan untuk berlabuh di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia khususnya di Pelabuhan Klang yang dijadikan sebagai principal concentration port for container di Malaysia. Ini yang mewujudkan persoalan kerana dari segi geografi, Sabah adalah sangat dekat dengan kapal-kapal yang kebanyakannya datang dari China, Shanghai, Hong Kong dan sebagainya. Akibatnya, rakyat Sabah terpaksa menanggung beban sara hidup yang sangat tinggi disebabkan kenaikan harga untuk menampung kos pengeluaran yang lebih besar. Sektor industri juga semakin lembab kerana kos bahan yang mahal. Pada tahun 2009, Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk meliberalisasikan dasar itu supaya produktiviti di Sabah dan Sarawak dapat ditingkatkan (Yong Min Wei 2009).

Smbgn.

Namun, liberalisasi tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya. Ini kerana ia hanya merangkumi pemindahan barang dari luar negara dan Pelabuhan Klang sahaja (Free Malaysia Today 2011). Pada tahun 2012, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau akan membangkitkan isu ini dan akan mencadangkan satu jawatankuasa khas dalam mesyuarat Kabinet (The Malaysian Insider 2012). Namun sehingga kini, tidak ada apa-apa perkembangan. Sekiranya mereka memerintah, Pakatan Rakyat berjanji untuk menghapuskan dasar itu supaya jurang ekonomi yang lebih dalam antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dapat dielakkan (Clara Chooi 2012).

Isu Gaji Minimum bagi Sektor Swasta

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta adalah sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, paras gaji minimum telah ditetapkan pada kadar hanya RM800 sebulan atau RM3.85 sejam. Menurut Pengerusi STAR Sabah Datuk Jeffrey Kitingan, terdapat dua perkara yang salah tentang gaji minimum yang telah diumumkan itu. Pertama, gaji minimum bagi Sabah seharusnya lebih besar kerana kos hidup di Sabah iaitu kira-kira 30% hingga 40% lebih tinggi dari Semenanjung Malaysia yang telah disebabkan oleh Dasar Kabotaj. Kedua, gaji minimum sepatutnya lebih tinggi dari garis kemiskinan (Raymond Tombung 2012).

Smbgn.

Gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia adalah RM900 dan ianya adalah diatas Pendapatan Garis Kemiskinan, iaitu RM763 pada tahun 2009. Tetapi bagi Sabah, gaji minimum sebanyak RM800 pula ternyata sangat lebih rendah dari Pendapatan Garis Kemiskinan di negeri tersebut iaitu RM1048. Gaji minimum yang telah dicadangkan oleh kerajaan pusat masih tidak berupaya untuk membantu dan menyelamatkan pekerja-pekerja di Sabah dari kemiskinan.

Isu Masalah Kemudahan Air

Di Sabah, bekalan air adalah yang kedua terendah di Malaysia dan mempunyai kualiti yang diragui, namun rakyat Sabah tetap dikenakan dengan tarif air yang tertinggi dan paling mahal berbanding negeri-negeri yang lain (Nazli Ibrahim 2011). Menurut Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah, Datuk Raymond Tan, beliau menyatakan bahawa tarif air yang tinggi terpaksa dikenakan kerana negeri itu tidak mempunyai pendapatan dan tabung kewangan yang banyak untuk mengurus sumber air. Ini menyebabkan Sabah terpaksa memohon bantuan pinjaman dari kerajaan pusat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menjelaskan bahawa kerajaan pusat berkedudukan lebih baik untuk mengatasi masalah itu (Bernama 2008).

PERKARA 1 AGAMA

Isu patung Ma Tzu di Kudat yang berlarutan dari tahun 2005 sehingga tahun 2010 menunjukkan bahawa Sabah dikawal dalam urusan agama oleh kuasa lain sehingga projek pembinaan yang sudah separuh jalan itu terpaksa diberhentikan begitu sahaja. Mahkamah Persekutuan arah Tan Sri Chong Kah Kiat untuk bayar RM100,000 kepada empat responden iaitu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y. Mustafa, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ujang Sulani, serta Lembaga Perbandaran Kudat (Utusan Malaysia 2010).

Smbgn.
Mufti Negeri Sabah Datuk Haji Ahmad Alawi Bin Haji Adnan,

mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram di sisi agama Islam untuk membina patung ataupun replika yang menyerupai makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan. Persoalan tentang penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan serta isu Kitab Injil dalam bahasa Malaysia melahirkan rasa kecewa dalam kalangan penganut Kristian di dua buah negeri itu kerana perkara ini telah dipandang enteng oleh Kerajaan Persekutuan.

Smbgn.

Pada tahun 2009, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan hampir 35,000 naskhah Kitab Injil di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching yang diimport dari Indonesia. KDN menjelaskan tentang ketiadaan dua syarat iaitu nombor bersiri dan cop Hanya untuk penganut Kristian sahaja. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengatakan bahawa sekiranya kitab-kitab tersebut ingin diedar di Malaysia Timur, maka ia seharusnya dikeluarkan dalam dialek masing-masing sahaja. Kenyataan ini jelas tidak menghormati masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak (Malaysia Kini 2011).

PERKARA 20 TANAH, HUTAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DLL.


Isu ini adalah mengenai isu tanah adat Melibatkan pertindihan hak milik antara rakyat Sabah dan kerajaan dan rampasan tanah dengan sewenang-wenangnya oleh syarikat-syarikat besar yang berselindung disebalik nama agensi dan institusi tertentu atas nama pembangunan dan komersial. Contohnya Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA), Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan lain-lain lagi.

Smbgn.

Himpunan 123 Bangkit pada 12 Mac 2012 di Kota Kinabalu untuk mempertahankan tanah adat mereka dari terus dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (Abdul Rahim Sabri 2012). Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez bahawa tidak ada peruntukan dalam Ordinan Tanah Sabah bagi anak negeri untuk membuat penempatan selepas tahun 1930 (The Star 2012).

KEPENTINGAN ISU PERKARA 20 TERHADAP POLITIK SABAH (2004-2012)

KESAN DAN KEPENTINGAN TERHADAP POLITIK SABAH

PRU-11 (2004), berlaku persempadanan semula bahagian pilihan raya di Sabah kerana kebimbangan Barisan Nasional terhadap sokongan pengundi-pengundi Melayu dan ingin menarik undi lebih ramai rakyat Sabah. Oleh itu, parti tersebut cuba memulihkan kepercayaan rakyat dengan hal-hal yang bersangkutan dengan Perkara 20. Keputusannya, Barisan Nasional menang dan ini menunjukkan ia masih kukuh di Sabah. Namun, kegagalan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dalam memenuhi tuntutan Perkara 20 yang didesak oleh rakyat Sabah telah memberi kesan kepada PRU-12 (2008) apabila sedikit sebanyak tempias 'tsunami' politik turut terkena di negeri itu.

Smbgn.

Ini diikuti pula dengan kekecewaan, hilang percaya dan kesedaran politik yang semakin baik sehingga menyebabkan beberapa pemimpin di Sabah meninggalkan Barisan Nasional dan menubuhkan pelbagai parti politik serta kumpulan pendesak di Sabah. Parti politik - United Borneo Front, KITA Sabah, Sabah Peoples Front Party, Pakatan Perubahan Sabah, Angkatan Perubahan Sabah.

Smbgn.

Agenda Borneo vs. Agenda Malaya. Kumpulan pendesak - Demokrasi Sabah (DESAH), Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), BERSIH Sabah dan yang terbaru, GEGAR. Menjelang PRU-13, parti-parti politik ini membangkitkan nasionalisme Sabah for Sabahan, Ini Kalilah! dan macammacam lagi. Ini menjadikan isu Perkara 20 sebagai isu pilihan raya dan isu anti-persekutuan.

Smbgn.
Perkara 20 Sabah pada awalnya iaitu sekitar tahun 2004 sehingga

2008 tidak begitu penting di dalam mencorakkan politik Sabah. Namun setelah tahun 2008, iaitu secara spesifiknya selepas PRU yang ke 12, kesedaran politik rakyat Sabah telah berubah dan mereka faham bahawa Sabah adalah penting di dalam membantu kemenangan Barisan Nasional. Tidak kurang juga dengan parti pembangkang yang cuba memenangi undi rakyat Sabah bagi pilihan raya seterusnya. Oleh itu, kesemua pihak cuba memberi perhatian terhadap Sabah, dan ini memberi peluang kepada rakyat serta pemimpin-pemimpin Sabah untuk memperdengarkan tuntutan yang sepatutnya telah dilaksanakan berpuluh tahun yang lalu.

KESIMPULAN

Isu Perkara 20 memang sangat penting dalam politik Sabah. Ini kerana ia bukan sahaja tentang diskriminasi yang semakin lama semakin menekan rakyat Sabah, tetapi juga tentang pencabulan hak rakyat Sabah dan kedaulatan negeri itu. Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang sepatutnya menyelesaikan masalah selama empat dekad lebih lamanya kerana rakyat Sabah memang tidak diberi layanan yang adil. Asas dan substance yang telah dibuat dalam Perkara 20 membuktikan kesediaan Sabah untuk bersama-sama membentuk Malaysia. Maka, Perkara 20 amat mustahak dalam politik Sabah untuk menjaga status dan hak rakyat Sabah sebagai equal partners yang harus semuanya sama rata dengan Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

RUJUKAN
Abdul, A.B. 2001. Perlembagaan Malaysia-Asas-asas dan masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Abdul Rahim Sabri. 2012. Ratusan demo di KK bantah tanah adat diceroboh. Diperolehi 6 Disember 2012 daripada Malaysia Kini. http://www.malaysiakini.com/news/191798
Abim Sabah. 2010. Memorandum Isu Penggunaan Kalimah Allah. Diperolehi 6 Oktober 2012, daripada http://abimsabah.blogspot.com/2010/01/memorandum-isu-penggunaan-kalimah-allah.html

Adib, Z. 2012. Bukan Islam boleh guna kalimah Allah di Sabah, Sarawak. Diperolehi 5 Oktober 2012, daripada http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/Bukan-Islam-boleh-guna-kalimah-Allah-diSabah-Sarawak-/
Anon. 2010. Rais sokong rakyat Sabah ketuai agensi negeri, persekutuan. The Malaysian Insider. Diperolehi 30 November 2012, daripada http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/rais-sokong-rakyatsabah-ketuai-agensi-negeri- persekutuan/ Anon. 2011. Cabotage policy keeping Sabahans poor. Free Malaysia Today. Diperolehi 2 Disember 2012, daripada http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/01/10/cabotage-policy-keeping-sabahans-poorindustries-uncompetitive/ Anon. 2011. Kecewa dengan kenyataan Ibrahim Ali. Malaysia Kini. Diperolehi 23 November 2012, daripada http://www.malaysiakini.com/letters/158970

Anon. 2012. 15,390 Penjawat awam dari Semenanjung bertugas di Sabah. Bernama. Diperolehi 30 Novermber 2012. Daripda http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=680823&cat=sbm

Anon. 2012. Ongkili tidak setuju dengan tafsiran peguam besar Sabah mengenai status NCR. The Star. Diperolehi 8 Disember 2012, daripada http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2012/2/10/mstar_berita/20120210150516
Anon. 2012. Muhyiddin akan cadangkan jawatankuasa khas untuk isu Kabotaj di Kabinet. The Malaysian Insider. Diperolehi 2 Disember 2012, daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-akancadangkan-jawatankuasa-khas-untuk-isu-kabotaj-di-kabinet Anon. 2012. SAPP janji kad pengenalan khas untuk Sabah. Malaysia Kini. Diperolehi 1 November 2012, daripada http://www.freemalaysiakini2.com/?p=46873 Azharudin, M.D. 2012. Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://www.arkib.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9f22cc04-4cec4b4c-9039-ae42561b2d24&groupId=187507 Bernama. 2012. Semangat dokumen 20 Perkara sah hingga bila-bila, kata Ongkili. Diperolehi 4 Oktober 2012, daripada http://www.theborneopost.com/2012/05/28/semangat-dokumen-20-perkara-sah-hingga-bila-bilakata-ongkili/ Clara Chooi. 2012. PKR umum ubah dasar penghantaran barang melalui kapal untuk turunkan harga barang di Malaysia Timur. The Malaysian Insider. Diperolehi 3 Disember 2012, daripada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-umum-ubah-dasar-penghantaran-barang-melaluikapal-untuk-turunkan-harga-barang-di-malaysia-timur

Delaney, J.J. 2005. Jean-Jacques Rousseau (17121778). Diperolehi pada 3 Oktober 2012, daripada http://www.iep.utm.edu/rousseau/ Edward, W.Y. 2005. Rousseaus General Will and well-ordered society. Diperolehi pada 24 September 2012, daripada http://www.quebecoislibre.org/05/050715-16.htm Francis Kok. 2010. Restructuring FederalState relations in Malaysia: From centralised to co-operative federalism? Diperolehi 4 Oktober 2012, daripada http://www.tandfonline.com.www.ezplib.ukm.my/doi/full/10.1080/00358531003656180 Free Malaysia Today. 2012. DAP kecewa RCI Sabah gagal dibentuk. Diperolehi pada 3 Oktober 2012, daripada http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/18/dap-kecewa-rci-sabah-gagal-dibentuk/ Friedrich, C.J. 1968. Trends of Federalism in Theory and Practice. New York: Praeger. Fllesdal. Andreas. 2010. Federalism. The Stanford Encyclopedia of Philosophy. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://plato.stanford.edu/entries/federalism/ Gerald, N.H. & Kathleen, T.H. 2005. Memorandum. Diperolehi pada 25 Septermber 2012, daripada http://legaldictionary.thefreedictionary.com/memorandum James, F.O. 2003. The problems of Kadazandusun Bumiputeraism: Promises, privileges and politics. Diperolehi pada 4 Oktober 2012, daripada http://web.usm.my/km/KM%2021,2003/21-8.pdf Kaid. 2004. Handbook of political communication research. Lawrence Earbaum Associates. London.

Kamarul Yunus. 2012. Unfair: Dr M warns against increasing royalty to 20pc. New Straits Times. Diperolehi 20 September 2012, daripada http://www.nst.com.my/nation/general/states-without-oil-will-suffer-1.146048 Keruak. 2009. Yong: I am not outdated, I remember history. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://www.keruak.com/v2/index.php?option= com_content&view=article&id=1084:-yong-i-am-not-outdated-i-remember-history&catid=40:terkini Lim, K.S. 2010. Najib should seriously implement 20-Points Agreement on Borneonisation by setting target to fill at least half of 59 Federal departments in Sabah with Sabahans as heads before the next Malaysia Day on September 16, 2011. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://blog. Limkitsiang.com/2010/09/17/najib-should-seriously-implement-20-points-agreement-on-borneonisation-bysetting-target-to-fill-at-least-half-of-59-federal-departments-in-sabah-with-sabahans-as-heads-before-thenext-malaysia-day-on/ Livingston, W.S. 1956. Federalism and Constitutional Change. Oxford: Clarendon Press.

Luke Rintod. 2012. Borneonisation suit to go ahead. Free Malaysia Today. Diperolehi 28 Disember 2012, daripada http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/26/borneonisation-suit-to-go-ahead/ Mail, M. 2012. SAPP Tenom bidas kenyataan Akjan pertahan bantahan RCI. Diperolehi pada 3 Oktober 2012, daripada http://www.sapp. org.my/bm/120102_bm_tenom_bidas_akjan.asp

Moten & Islam. 2009. Introduction to political science. Edisi ke-3. Singapore. Cengage Learning Asia Pte Ltd Muttalib. 2010. MP BN kemuka dokumen IC Projek PATI di Sabah. Diperolehi pada 3 Oktober 2012, daripada http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/603-mp-bn-kemuka-dokumen-ic-projek-pati-disabah Muttalib. 2012. RCI, visi UMNO Sabah semakin jelas. Diperolehi pada 2 Oktober 2012, daripada http://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/03/rci-visi-umno-sabah-semakin- jelas.html Nazli Ibrahim. 2011. Bekalan air tidak cukup, tarif tinggi. Free Malaysia Today. Diperolehi 5 Disember 2012, daripada http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/11/25/bekalan-air-tidak-cukup-tarif-tinggi/ Portal rasmi Fatwa Malaysia. 2008. Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Diperolehi 6 Oktober 2012, daripada http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganutkristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah#tabset-tab-3 Portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. 2012. Bajet 2013. Diperolehi 4 Oktober 2012, daripada http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub13.pdf Pragalath, K. 2010. Sabah, Sarawak losing points to KL. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://blog.limkitsiang.com/2010/09/18/sabah-sarawak-losing-points-to-kl/ Queville, T. 2010. 'Borneonisation' does not equal anti-KL, says MP Chua. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://batusapi.blogspot.com/2010/12/borneonisation-does-not-equal-anti-kl.html

Raymond Tombung. 2012. Minimum wage lower than Sabahs poverty line. Free Malaysia Today. Diperolehi 4 Disember 2012, daripad http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/04/minimum-wage-lowerthan-sabahs-poverty-line/

Rontogdaily.com. 2012. Apa agenda Dr. Jeffrey, Perkara 20, royalti minyak atau jawatan Ketua Menteri? Diperolehi pada 4 Oktober 2012, daripada http://www.rontogdaily.com/wp/?p=3299
Ruben, S. 2011. Calls grow for RCI on migrants in Sabah. Diperolehi pada 2 Oktober 2012, daripada http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/10/nation/9875732&sec=nation

Sabah Forum. 2008. Inter-Governmental Committee (I.G.C.) 20 Points. Diperolehi pada 4 Oktober 2012, daripada http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic6542.html
Sabah Times Online. 2012. Borneonisation case going for full trial. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/61703

Sandra Sokial. 2012. Political leaders differ with Tigabelas on 20 Points. Diperolehi pada 4 Oktober 2012, daripada http://www.theborneopost.com/2012/06/13/political-leaders-differ-with-tigabelas-on-20-points/
Sebastian Lee. 2009. Hubungan persekutuan-negeri: Bagai mengharung badai. Insight Sabah. http://insightsabah.gov.my/article/read/19 [24 November 2012].

Shad, S.F. 2009. From Malaya to Malaysia. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=25925 The Star Online. 2012. More Sabahans occupying strategic posts in the state. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/9/7/southneast/11843997&sec=southneast The Star Online. 2012. RCI on Sabah illegals starts investigations. Diperolehi 4 Oktober 2012, daripada http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/2/nation/20121002212837&sec=nation Trindade, L. 1986. The Constitution of Malaysia: Further perspectives and developments. Singapore Oxford University Press United Nation Treaty Collection. 2012. Definition of key terms used in the UN Treaty Collection. Diperolehi pada 30 September 2012, daripada http://treaties.un.org/Pages/Overview.aspx?path=overview/definition/page1_en.xml#memoranda

Utusan Online. 2007. Ketua Menteri perjelas isu patung Ma Tzu. Diperolehi pada 6 Oktober 2012, daripada http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&y=2007&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia& sec=Politik&pg=po_03.htm
Utusan Online. 2009. Kes saman isu patung Ma Tzu dibicara hari ini. Diperolehi pada 5 Oktober 2012, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawa k&pg=wb_07.htm#ixzz2FR43EbYP Wheare, K.C. 1967. Federal government. Edisi ke-4. Ulang cetak. London: Oxford University Press. Yong Min Wei. 2009. Cabotage policy between West and East Malaysia liberalised. The Edge Malaysia. Diperolehi 3 Disember 2012, daripada http://www.theedgemalaysia.com/first/18334-cabotage-policy-between-west-and-eastmalaysia-liberalised.html

You might also like