You are on page 1of 10

CERITA METOS

DEFINISI MITOS
Mitos dapat diertikan sebagai suatu cerita lama yang mengisahkan dewa-dewi, tuhan, manusia atau kejadian alam yang bersifat luarbiasa. Kisah ini dikaitkan pula dengan sesuatu kepercayaan agama. Masyarakat Melayu lama meletakkan cerita-cerita mitos ini sebagai benarbenar berlaku dan menjadikannya sebahagian dari sistem kepercayaan yang tidak boleh dipersendasendakan. Pada tanggapan mereka, sesiapa yang tidak mempercayai cerita mitos akan menerima bala atau balasan. Wujudnya cerita-cerita mitos ini bertujuan untuk memperbesarkan sesuatu kejadian atau peristiwa supaya melahirkan kebanggaan dan keagungan kerana sesuatu itu menjadi luarbiasa sehingga tidak logik, tetapi dijadikan sebagai satu keparcayaan

JENIS-JENIS MITOS Mitos dapat dibahagikan kepada beberapa jenis 1. Mitos Tentang Makhluk Dengan Tuhan Contohnya dalam Hikayat Seri Rama, Maharaja Rawana telah dibuiang ke negeri Serendib dan beliau bertapa di sana selama 12 tahun. Nabi Adam bertanya kepada Rawana, apakah hajatnya. Lalu Rawana meminta Nabi Adam supaya memohon kepada tuhan supaya memberi kekuasaan kepadanyamenguasai empat penjuru alam. Ini telah diperkenankan dan Rawana menjadi maharaja yang menakluki semua dunia.

2. Mitos mengenai Kerajaan (Mitos Politik) Tujuan mitos ini untuk melahirkan taat setia rakyat kepada raja. Jesteru itu raja dikaitkan sebagai manusia yang istimewa. Misalnya dalam teks Sulalatus Salatin asal-usul raja-raja Melayu Melaka dikaitkan dengan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain, melalui keturunan Raja Suran yang turun ke dasar laut. Kejadian ini memperlihatkan Raja Suran mempunyai sifat luarbiasa yang mengkagumkan. Lantaran itu peristiwa ini telah menyebabkan rakyat takut kepada raja dan seterusnya memberikan taat-setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja.

3. Mitos Budaya Mitos kedatangan/kemasukan Islam ke Melaka adalah suatu metos budaya. Menurut kisahnya, Raka Kecil Besar Melaka menerima Islam secara terus dari Nabi Muhammad s.a.w melalui mimpi. Dan Raja Merah Silu Pasai pula bermimpi setelah baginda diislamkan pada siang harinya oleh Syeikh Ismail dan Sultan Muhammad dari Muktabar. Tujuan mitos ini ialah untuk menunjukkan kesucian dan kemuliaan raja. Dengan itu lahirlah rasa taat dan mendaulatkan raja oleh semua rakyat. Ini kerana bukan semua manusia boleh berbuat demikian.Malah raja diletakkan pada martabat yang tertinggi, iaitu sebagai bayanmgan tuhan di dunia.

4. Mitos Asal-Usul Pembukaan Negeri Tujuan mitos ini untuk melahirkan taat setia rakyat kepada raja. Jesteru itu raja dikaitkan sebagai manusia yang istimewa. Mitos ini menerangkan tentang sesuatu kejadian yang luarbiasa. Fungsinya ialah untuk memperlihatkan keistimewaan sesuatu kejadian akan membawa tuah. Contohnya, pembukaan sesuatu tempat/negeri yang baru. Dalam teks Sulalatus Salatin, pembukaan negeri Melaka oleh Raja Iskandar Syah dikaitkan dengan peristiwa anjing pemburuan baginda ditendang dan dialahkan oleh seekor pelanduk putih. Baginda setuju menjadikan tempat tersebut sebagai negeri baru dan diberi nama Melaka.

5. Mitos Alegori/Sindiran Dalam masyarakat Melayu lama, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dalam apa keadaan sekali pun.Oleh itu pengarang secara halus telah menyindir raja/pemerintah melalui cerita metos. Dalam teks Sulalatus Salatin terdapat contohcontoh cerita metios yang disam[paikan bertujuan untuk menyindir/mengkritik pihak raja. Contohnya melalui cerita “Todak Menyerang Singapura”

CIRI-CIRI MITOS
1. Cerita tentang asal-usul sesuatu kejadian sama ada kejadian makhluk, manusia, tempat, fenomena alam dan sebagainya. 2. Cerita menjadi kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu lama. Mereka menganggap cerita tersebut sebagai benar-benar berlaku, malah dianggap suci dan kudus. 3. Watak-watak dalam cerita mitos biasanya terdiri daripada watak dewa-dewi, makhluk separa dewa, manusia yang agung, binatang dan lain-lain yang mempunyai kekuasaan.

4. Latar tempat dan masa cerita mitos tidak dapat dipastikan. Peristiwa yang berlaku dalam cerita mitos merangkumi segenap penjuru alam, sama ada didaratan, di lautan, di kayangan atau di mana sahaja. Manakala latar masa kejadian pula berlaku pada masa lampau/silam, iaitu suatu masa yang tidak dapat dipastikan bilakah berlakunya kejadian tersebut. naratif/cerita: Menceritakan sesuatu 5. Bersifat kejadian tentang dewa-dewi, tuhan, binatang dan manusia yang agung serta luarbiasa.. 6. Cerita dianggap tidak logik oleh masyarakat hari ini, tetapi dipercayai benar-benar berlaku oleh masyarakat lama. Jadi istilah dongeng itu adalah penafsiran kita pada hari ini dan ianya samalah halnya dengan cerita asal-usul 7. Cerita ini terus hidup dan dihormati oleh generasi pendokong dan adalah sukar untuk dikikis/untuk dihapuskan.

FUNGSI-FUNGSI CERITA MITOS
1. Untuk memenuhi daya ingin tahu manusia terhadap kejadian alam, manusia dan lain-lain 2. Untuk menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung 3. Sebagai alat kawalan sosial – melalui cerita ini diharapkan dapat dikawal tingkah laku manusia/,masyarakat lama daripada melakukan kejahatan. 4. Sebagai alat pengekalan norma masyarakat. Mitos asal-usul raja. Misalnya adalah untuk mengekalkan taat setia rakyat kepada raja