You are on page 1of 27

CERITA

PENGLIPULARA

DEFINISI CERITA PENGLIPULARA Dikenali sebagai ‘folklore’ Roman rakyat oleh R.O Winstedt. Cerita berlegar dalam golongan istana – gambaran keindahan dan kemewahan. Penuh dengan unsur supernatural serta kesaktiaan Mengikut Dr Ismail Hamid dalam bukunya “Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama” mengatakan bahawa “Penglipur” bermaksud penghibur, “lara” bermaksud duka. Cantuman dua perkataan itu membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang yang dalam kesedihan atau duka cita.

Contoh-contoh Cerita Penglipulara Hikayat Hikayat Hikayat Hikayat Hikayat Malim Deman Awang Sulong Merah Muda Malim Dewa Raja Budiman Raja (Seri) Rama

Cerita Penglipulara disampaikan oleh tukangtukang cerita yang mahir dengan gaya istimewa seperti Pawang Ana, Awang Batil, Tok Selampit dan sebagainya.

CIRI-CIRI CERITA PENGLIPULARA
an sa ai ha p a am a b ny ay Pe g an d

Tema

St

CIRI-CIRI UMUM CERITA PENGLIPULARA

ru k Ce tur rit Is i a

Latar

Watak dan Berpusat di kalangan Perwatakan putera-puteri raja

TEMA Bertemakan percintaan antara wira dan wirawati di kalangan putera dan puteri raja. Disebabkan hal-hal tertentu wira terpaksa mengembara mencari wirawati. Dalam pengembaraan wira ini ditonjolkan persoalan-persoalan peperangan, kesaktiaan, kehebatan, kemewahan, dan kegagahan. Dalam pengembaraan ini wira mengahadapi rintangan san halangan. Penyelesaian cerita wira hidup bahagia bersama wirawati.

Cerita Berpusat Dikalangan Putera-puteri Raja Cerita yang berligar dikalangan puteraputeri raja. Gambaran kehebatan, kecantikan, kemegahan kehidupan golongan istana dengan penuh kesaktian serta berhubung dengan dewa-dewi. Dalam cerita penglipulara , keturunan raja-raja ini dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi.

LATAR CERITA PENGLIPULARA Latar atau setting cerita dalam cerita penglipulara meliputi latar yang amat luas iaitu dunia nyata dan kayangan. Latar dunia meliputi istana, alam semesta seperti hutan belantara, gunungganang dan sebagainya.

DARI SEGI STRUKTUR ISI CERITA 3 Bahagian Cerita

Bahagian Awal - seblm pengembaraan atau kisah kelahiran Bahagian Pengembaraan - Kisah semasa pengembaraan .

Bahagian Akhir Kisah-kisah selepas pengembaraan atau penyelesaian cerita

BAHAGIAN 1 : KISAH SEBELUM PENGEMBARAAN

Menceritakan kelahiran wira – dipenuhi dengan berbagai kjadian luarbiasa – disertai dengan ribut petir dan juga kekadang lahir bersama dengan barang ajaib.

BAHAGIAN 2 : KISAH PENGEMBARAAN
Menceritakan sebab-sebab wira keluar mengembara. Kisah semasa pengembaraan – berhadapan dengan berbagai halangan dan rintangan Berlaku peperangan antara wira dengan watak –watak jahat yang menghalang wira mencapai hajat dengan cepat. Dalam bahagian ini juga terdapat unsurunsur percintaan dan perkahwinan.

BAHAGIAN KETIGA : SELEPAS PENGEMBARAAN Berjaya mencapai hajat Wira kembali semula ke istana –membawa isteri. Bahagia dan hidup aman dengan segala kemegahan memerintah kerajaan

Watak dan Perwatakan Watak Utama (Protagonis) Watak Pembantu Watak Jahat (Antagonis)

Watak Utama (Protagonis)
Terdiri dikalangan anak-anak raja. Warna watak utama diwarnai seputih-putihnya – berwatakkan baik dan mempunyai segala kelebihan. Contohnya mempunyai segala kelebihan dan keistimewaan dari segi ketampanan, kegagahan, kesaktian dan tidak mudah dikalahkan oleh musuh.

Watak Jahat (Antagonis)
Watak jahat ialah watak yang menjadi penghalang kepada watak wira dalam cerita penglipurlara ini. Warna watak jahat atau antoganis ini diwarnai dengan perwatakan ‘hitam’ – dianggap musuh kepada jahat kerana sering berniat buruk Contohnya sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan antaranya dengan watak wira.

Watak Pembantu
Watak pembantu biasanya terdiri daripada rakyat biasa. Biasanya watak pembantu ini menjadi pembantu atau pengasuh atau pengiring watak utama samada watak wira atau wirawati dan juga nenek kebayan. Contohnya watak nenek kebayan dalam Hikayat Malim Deman yang membantu Malim

Gaya Bahasa
Penceritaan dalam bentuk prosa diselang selikan dengan bahasa puisi yang indah dan berirama (iaitu puisi berirama) Kesan pengunaan bahasa puisi ialah ia berupaya menimbulkan keindahan kerana bahasa berirama indah dari segi pemilihan kata seperti kata-kata perulangan, kata-kata perbandingan atau kiasan, kata perbandingan dari segi ulangan bunyi, rima dan sebagainya. Berkesan dapat menggambarkan suasana yang berbagai-bagai seperti

Cara Persembahan
Dimulakan dengan upacara tertentu seperti membakar kemenyan dan membaca jampi serapah. Cara berpakaian tukang-tukang cerita. Diiringi alat-alat muzik tertentu seperti rebab, dan gendang. Penyampaian oleh tukang-tukang cerita yang profesional.

Fungsi Cerita Penglipurlara
1. Sebagai ‘alat’ Cerita penglipurlara ini hiburan
disampaikan oleh tukang-tukang cerita. Tukang-tukang cerita ini menyampaikan ceritanya dengan gaya tersendiri, unik dan berupaya menarik perhatian pendengar. Cerita-cerita dipenuhi peristiwa fantasi, luarbiasa,penuh gambaran kemewahan, kebesaran dan keindahan hidup golongan puteraputeri membuat orang yang mendengarnya terhibur. Gaya tukang cerita menyampaikan

2. Sebagai suatu pelarian (escapism)

Isi cerita penglipurlara menggambarkan keindahan, kehebatan serta kehebatan dapat memberikan ketenangan fikiran dan kelapangan jiwa kepada mereka yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. Mendengar cerita yang indah dan hebat dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang dialami sebenarnya.

3. Sebagai alat pendidikan
Cerita –cerita dan watak-watak yan digambarkan dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi masyarakat. Antara nilai-nilai moral dan etika yang jelas dari cerita penglipurlara ialah : Sifat hormat kepada ibu bapa dan orang tua. Sifat tanggungjawab pemimpin Sifat patriotik dan cinta tanah air Hubungan harmoni antara golongan raja dan rakyat. Berbuat baik kepada ibibapa dan

c. d. e. f. g.

a. Sifat hormat kepada ibubapa dan orang tua.
Sifat ini dimiliki oleh wira dan wirawati. Mereka tidak pernah engkar terhadap kata-kata atau perintah kedua ibu bapa mereka. Segala perintah dituruti oleh wira dan wirawati di dalam cerita penglipurlara ini. Sebelum melaksanakan tugas atau sebelum keluarmelaksana suruhan ayah bonda, mereka terlebih dahulu meminta izin dari ayah bonda mereka.

b. Sifat tanggungjawab Pemimpin

Di dalam cerita penglipurlara ini ditonjolkan sifat-sifat raja yang sangat bertanggungjawab terhadap negeri serta keluarganya.

c. Sifat Patriotik dan Cinta kepada Tanah Air

Sifat ini jelas tergambar dlam episod peperangan. Raja,pembesar serta rakyat berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar.

d. Hubungan Harmoni dan Mesra Antara Golonga Raja dan Rakyat
Keharmonian serta kemesraan antara golongan raja dan rakyat jelata boleh dilihat semasa upacara-upacara yang diadakan di istana Misalnya ketika majlis perkahwinan di istana. Semua golongan rakyat datang beramai-ramai.

e. Berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Di dalam cerita penglipulara ini watak-watak utama serta watakwatak pembantu sentiasa berbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka. Mereka juga sentiasa menolong orang yang tidak bernasib baikdan di dalam kesusahan. Contohnya sifat Bujang Selamat.

4. Sebagai pengekalan norma dan sistem etika masyarakat.
Unsur-unsur moral dan etika yang terkandung dalam cerita-cerita penglipurlara dapat diwarisi kepada generasi yang terkemudian.

5. Sebagai Alat Gambaran Masyarakat
Cerita-cerita penglipurlara menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu. Misalnya, dari segi sistem pemerintahan yang bersifat feudal itu. Gambaran adat istiadat yang diamalkan di istana. Sistem sosial yang diamalkan baik dari segi pendidikan, kepercayaan, amalan dan sebagainya.