You are on page 1of 18

RAWATAN KUMBAHAN

SYAIRAH DAZREENA AZMAN

Kumbahan ialah air buangan yang terdiri daripada najis dan air sisa dari rumah, premis industri dan pertanian . Terdapat tiga kategori kumbahan, iaitu : Kumbahan domestik : kumbahan yang berasal dari rumah kediaman, bangunan awam dan pusat komersial . Kumbahan pertanian : kumbahan yang dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan . Kumbahan industri : kumbahan yang dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti perindustrian .

Kumbahan mengandungi bahan-bahan pencemar.


Kumbahan mestilah dirawat terlebih dahulu sebelum boleh disalirkan ke longkang, sungai atau laut , jika tidak ia akam menyebabkan pencemaran alam sekitar. Kandungan kumbahan domestik dan kumbahan pertanian lazimnya terdiri daripada bahan-bahan organik . Kumbahan industri pula mengandungi sebatian-sebatian kimia yang digunakan untuk proses pembuatan barangan industri. Kumbahan industri mesti melalui proses rawatan khusus sebelum disalirkan ke kawasan persekitaran kerana sebatiannya amat berbahaya.

Terdapat dua kaedah rawatan :


i) Tangki septik ii) Loji rawatan kumbahan

Terdapat dua kaedah rawatan :


i) Tangki septik ii) Loji rawatan kumbahan

I)

Tangki septik - merupakan suatu struktur yang dibina di dalam tanah. - berfungsi untuk merawat kumbahan domestik.
a) ciri-ciri pembinaan tangki septik
Dibina dengan menggunakan bahan yang berkualiti Saiz tangki septik bergantung kepada isi padu kumbahan yang diterima. Mestilah mempunyai paip alur masuk, paip alur keluar dan paip pengudaraan. Terdiri daripada satu, dua atau tiga kebuk.pemilihan bilangan kebuk bergantung kepada jumlah masa tahanan yang diperlukan bagi tujuan rawatan.

b) kaedah rawatan tangki septik


Kumbahan yang diterima akam mendap ke dasar tangki septik. Mendapan ini akan membentuk lapiasan enap cemar. Tangki septik terbahagi kepada tiga lapisan iaitu lapisan kekam, lapisan tengah dan lapisan enap cemar . Proses penguraian berlaku secara enaerob (tanpa Oksigen). Penguraian dilakukan oleh bakteria anaerob. Kumbahan yang telah dirawat perlu dilupuskan di tapak penyerapan. Kecekapan tangki septik merawat kumbahan hanyalah sekitar 50%.

Lapisan kekam
Lapisan ini mengandungi sisa seperti buih sabun, minyak masak, gris dan bahan-bahan lain yang tidak tenggelam. Kekam menjadi tempat pembiakan bakteria anaerob yang perlu dikekalkan di dalam tangki bagi memastikan bakteria anaerob membiak secara maksimum.

Lapisan tengah ( zon tengah )


Zon tengah mengandungi pepejal terampai dan bakteria. Pepejal yang terampai diuraikan oleh tindakan bakteria di lapisan tengah sehingga disalirkan keluar dari tangki septik, Zon tengah mestilah mempunyai masa tahanan yang mencukupi supaya semua bahan cemar dapat diuraikan sepenuhnya.

Lapisan enap cemar


Di bahagian bawah tangki ialah lapisan enap cemar yang terdiri daripada pepejal yang boleh diuraikan oleh bakteria dan sebahagiannya tidak boleh diuraikan. Pepejal yang tidak terurai akan berkumpul di lapisan ini dan lama-kelamaan akan menebal ke aras maksimum dan perlu dikeluarkan bagi mengelakkan lapisan ini menjejaskan kecekapan tangki untuk merawat kumbahan.

Kelebihan dan kekurangan tangki septik


Kelebihan Kekurangan

1. Boleh merawat isi padu kumbahan yang kecil.


2. Boleh merawat kumbahan dari satu rumah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk pembinaan dan penyenggaraan.

1. Tiada kecekapan yang tinggi untuk merawat kumbahan.


2. Kurang sesuai bagi bilangan rumah yang banyak.

II) Loji rawatan kumbahan


a) b) c) d) e) Kolam penstabilan sisa Lagun berudara Enap cemar teraktif Turas cucur Penyentuh biologi berputar

a) Kolam penstabilan sisa


Kolam yang cetek dan direka bentuk untuk merawat kumbahan domestik. Juga dikenali sebagai kolam pengoksidaan. Memerlukan kawasan yang luas bagi menampung jumlah isi padu kumbahan air sisa yang perlu dirawat. Memerlukan permukaan yang lebar bagi memudahkan oksigen larut ke dalam air melalui proses aruhan angin secara semula jadi. Terdapat tiga proses rawatan yang bergantung kepada aras kedalaman kolam tersebut : i) Proses aerob - 0.5 m hingga 1 m ii) Proses fakultatif - 1 m hingga 2 m iii) Proses anerob - 2 m hingga 4 m

Proses Aerob > Kedalam kolam dari permukaan bagi proses aerob ialah 0.5 1.0 m. > Proses ini hanya menggunakan bakteria aerob. > Tidak berbau.

KOLAM PENSTABILAN SISA

Proses Fakultatif > Kedalaman kolam dari permukaan bagi proses fakultatif ialah 1.0 2.0 m. > Proses adalah campuran aerob dan anaerob. > Proses anaerob tidak begitu ketara. Oleh itu, tidak berbau.

Proses Anaerob > Kedalam kolam dari permukaan bagi proses anaerob ialah 2.0 4.0 m . > Proses anaerob berlaku di dasar kolam sahaja.

Kelebihan dan kekurangan kolam penstabilan sisa


kelebihan kekurangan

1. Mudah disenggara dan tidak memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi. 2. Tahap keupayaan rawatan mencapai sehingga 90 peratus.

1. Tidak boleh merawat kumbahan industri yang mempunyai kepekatan yang tinggi. 2. Memerlukan kawasan tanah yang luas. 3. Tidak sesuai dibina di kawasan bandar kerana kos tanah yang tinggi .

b) Lagun berudara
Berfungsi merawat kumbahan dengan menggunakan kolam yang mempunyai luas permukaan yang lebih kecil berbanding dengan kolam penstabilan sisa. Kolam ini jugak lebih dalam iaitu antara 3 meter hingga 5 meter. Dilakukan dengan dua cara iaitu dengan kaedah kocakan permukaan atau peresap udara di dasar lagun.

Kelebihan dan kekurangan lagun berudara


Kelebihan
1. Merawat leboh banyak isi padu kumbahan. 2. Memerlukan kawasan tanah yang kecil. 3. Memerlukan masa tahanan yang pendek . 1.

Kekurangan
memerlukan kos penyenggaraan yang tinggi. 2. Memerlukan tenaga pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal untuk penyenggaraan peralatan mekanikal dan elektrikal.

c) enap cemar teraktif


Enap cemar teraktif ialah suatu kaedah rawatan kumbahan aerob. Mengandungi tangki rawatan enap cemar teraktif dan tangki penjernihan serta tapak pelupusan . Berbentuk segi empat tetapi terdapat juga yang berbentuk bulat . Udara atau oksigen boleh dibekalkan ke dalam tangki rawatan enap cemar teraktif melalui dua cara iaitu : i. Menggunakan pengocak pada permukaan tangki ii. Menggunakan peresap udara pada bahagian bawah tangki

Kelebihan dan kekurangan kaedah rawatan enap cemar teraktif


kelebihan
1. Kaedah rawatan yang lebih cekap kerana enap cemar yang dihasilkan dikitar semula bagi membantu rawatan seterusnya. 2. Tidak memerlukan kawasan yang luas untuk pembinaannya. 3. Masa tahanan yang singkat membolehkan saiz tangki dikecilkan

kekurangan
1. Kos pengendalian tinggi disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik untuk pengoperasian pengocak atau peresap udara. 2. Memerlukan perkerja yang mempunyai kemahiran teknikal untuk penyenggaraan peralatan mekanikal dan elektrikal.

d) Turas cucur
Turas cucur ialah kaedah rawatan kumbahan aerob.. Terdiri daripada sebuah tangki bulat yang mengandungi media penuras, seperti batu kelikir atau media sintetik daripada plastik yang berukuran 50 mm hingga 100 mm. Kumbahan disiramkan di atas permukaan media penuras dan mengalir ke bawah melalui celah-celah media penuras .

Kelebihan dan kekurangan kaedah turas cucur


kelebihan 1. Sangat sesuai digunakan untuk merawat kumbahan domestik. 2. Memerlukan kawasan pembinaan yang kecil. 3. Sesuai digunakan di kawasan bandar.

kekurangan
1. Mudah tersumbat jika selaput bertambah apabila bakteria membiak dengan cepat . 2. Memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal untuk penyenggaraan peralatan mekanikal dan elektrikal .

e) Penyentuh biologi berputar (RBC)


Kaedah rawatan kumbahan yang menggunakan bakteria aerob dan fakultatif. Bakteria yang dibiakkan di atas permukaan cakera berputar menyentuh kumbuhan dan menyerap serta menguraikan bahan organik di dalamnya. Penyentuh biologi berputar terdiri daripada bahagian berikut, iaitu : - Cakera-cakera bulat diperbuat daripada plastik atau bahan-bahan lain yang tahan karat dan tahan lama . - Batang aci dipasangkan pada cakera bulat untuk putaran. - Motor tahan lasak diperlukan untuk memutarkan aci pada halaju rendah, iaitu dua putaran hingga empat putaran per minit. - Tangki untuk menakung kumbahan.

Kelebihan dan kekurangan penyentuh biologi berputar Kelebihan


1. Kelajuan putaran boleh diubah untuk menyesuaikan tahap rawatan yang diperlukan . 2. Masa tahanan minimum, iaitu antara 3 jam hingga 6 jam. 3. Boleh menyingkirkan sehingga 95 peratus bahan cemar dalam kumbahan . 4. Tidak memerlukan penyenggaraan yang kerap kerana putaran yang perlahan menyebabkan kerosakan pada tahap yang minimum .

Kekurangan
1. Kecekapan akan berkurangan jika suhu kumbahan menurun. 2. Memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal untuk penyenggaraan dan operasi peralatan mekanikal dan elektrikal .

You might also like