You are on page 1of 75

BAB 3: PERNIAGAAN DALAM NEGERI

MAKSUD PERNIAGAAN DALAM NEGERI


Aktiviti
membeli dan menjual barang dan perkhidmatan yang dijalankan antara penduduk di sesebuah negara

Contoh: Kedai runcit, kedai kasut, kedai buku lain lain lagi

dan

Perniagaan dalam negeri dibahagikan kepada :


Perniagaan Borong
Perniagaan Runcit

Bentuk perniagaan berskala besar Membeli secara pukal daripada pengeluar Menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada peruncit

Terdiri daripada peniaga runcit

kecilkecilan dan perniagaan runcit besar besaran Peniaga runcit kecil-kecilan membeli dalam kuantiti kecil daripada pemborong dan menjual barang dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir Perniagaan runcit besar-besaran akan membeli secara pukal daripada pengeluar

SALURAN AGIHAN
EJEN PERUNCIT

PEMBORONG PENGGUNA

PENGELUAR

JENIS SALURAN AGIHAN


Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

CONTOH: Nelayan jual kepada pemborong ikan Pemborong ikan jual kepada peniaga ikan Peniaga ikan jual kepada pengguna untuk di masak

PENGELUAR

EJEN

PERUNCIT

PENGGUNA

CONTOH: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)menerbitkan buku Ejen pemasaran memasarkan buku terbitan DBP kepada kedai buku Kedai buku menjual buku keluarab DBP Pembeli membeli buku DBP daripada kedai buku

PENGELUAR

PEMBORONG

PENGGUNA

Contoh: Kilang batu bata mengeluarkan batu bata untuk pasaran tempatan Kedai batu Hock Chuan Seng membeli batu bata daripada kilang untuk dijual kepada kontraktor rumah Kontraktor Hasan membeli batu bata daripada kedai bagi membuat rumahnya.

PENGELUAR

PERUNCIT

PENGGUNA

Contoh: Pengeluar makanan menjual hasil keluaran kepada pasaraya besar seperti giant Pasaraya giant menjual produk makanan yang dibeli daripada pengeluar Pengguna membeli produk makanan di Giant

PENGELUAR

EJEN

PENGGUNA

Contoh: Penjual insurans melantik beberapa ejen untuk menjual insurans Ejen insurans akan menjual insurans kepada pembeli berpotensi

PENGELUAR

PENGGUNA

Biasanya melibatkan perkhidmatan seperti Doktor, tukang jahit. Peguam dan sebagainya

PERNIAGAAN RUNCIT

Sesebuah perniagaan yang menjual pelbagai barang kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna tersebut.

Memecahkan Pukal

Menjual pelbagai jenis barang


Menyedia kemudahan kredit

Memberi khidmat nasihat dan menyampaikan maklumat

Perkhidmatan selepas jualan

FUNGSI PERUNCIT DALAM SALURAN AGIHAN


Mendirikan premis perniagaan berhampiran pelanggan Mengagihkan barangbarang Mengurus stok Melakukan kerja-kerja akhir

JENIS-JENIS PERNIAGAAN RUNCIT


A) Peruncit kecil-kecilan

Peruncit tanpa kedai

Peruncit berkedai

Penjaja

Kedai am. Contohnya kedai runcit

Pengerai

Kedai khusus.Contohnya kedai buku

Ciri perniagaan runcit kecil-kecilan


Modal yang kecil Pemilikan
Mudah dibentuk Mudah diurus

Lokasi perniag aan

Layanan peribadi

Perkhid matan selepas jualan

Kos Overhed rendah

Kelebihan dan kekurangan perniagaan runcit kecil-kecilan


KELEBIHAN
a) Mudah dibentuk kerana modal yang kecil dan prosedur yang kurang perlu dipatuhi b) Mudah diurus kerana saiz perniagaan yang kecil c) Lokasi yang berdekatan dengan pengguna d) Menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan setia

KEKURANGAN a)Modal yang kecil menghadkan perkembangan perniagaan b)Peniaga kurang modal untuk melakukan promosi jualan untuk menarik minat pelanggan c)Tanggungan kerja yang berat dan liabiliti yang tidak terhad d)Tidak memperolehi diskaun tunai kerana tidak membeli secara pukal.

b) Peruncit besar-besaran
Kedai sejajar
a)mempunyai sepuluh atau lebih cawangan diseluruh negara b) Contoh: Anakku, Bata

Pasaraya besar
a) Sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung Contoh: pasaray a Cowboy, Tunas Manja a)

Koperasi runcit
Syarikat berhad ditubuhkan mengikut ordinan koperasi Malaysia Contoh: Koperasi guru, Koperasi Polis

Pasaraya
a)Perniagaan runcit yang menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung b)Contohnya Pasaraya Giant

Gedung aneka jabatan


a) Perniagaan r Uncit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat b) Contohnya The Store

b)

b)

Kelebihan dan kekurangan kedai jaras


Kelebihan 1. Urusniaga dijalankan secara tunai atau kad kredit 2. Membolehkan pengkhususan pembahagian kerja dilaksanakan 3.Menikmati diskaun niaga yang tinggi 4. Menjimatkan kos kerana overhed boleh dikongsi oleh semua cawangan lain 5.Membolehkan mobiliti kakitangan dari satu cawangan ke cawangan lain. Kekurangan 1.Kesukaran mengawal keran cawangan terletak dimerata tempat 2. Kos pengangkutan dan kendalian yang tinggi 3.Pilihan pengguna adalah terhad 4. Melibatkan modal yang besar

5.Keputusan hanya boleh dibuat oleh ibu pejabat

Kelebihan dan kekurangan Pasar Raya Besar


Kelebihan Kekurangan

1. Kos sewa rendah dan bilangan kakitangan kurang


2.Kadar perolehan yang besar kerana pelanggan membeli barang secara mingguan 3.Kadar pusingan stok dan pengaliran tunai yang tinggi

1. Margin keuntungan adalah rendah kerana harga barang yang dijual murah
2. Kedudukan pinggir bandar menyukarkan pelanggan tidk berkenderaan mengunjunginya 3.Perlu menjual barang dalam volum yang besar untuk membiyai kos operasi yang tinggi

4.Menyediakan pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung

Kelebihan pasaraya
Pengguna 1.Menjimatkan masa dan kos kerana barang keperluan berada di bawah satu bumbung 2.Bebas memilih pelbagai jenis dan jenama barangan 3. Harga berrpatutan dan lebih murah terutama semasa musim jualan murah 4.Terdapat kemudahan seperti tandas , surau, troli dan lain-lain Peniaga 1.Menikmati pengkhususan dan pembahagian kerja mengikut seksyen

2.Menjimatkan kos pengurusan sistem layan diri 3.Penggunaan iklan dapat menarik pelanggan dan melariskan jualan 4.Tiada risiko hutang lapok kerana urusniaga dijalankan secara tunai atau kad kredit.

5. Suasana membeli-belah yang selesa

Kekurangan pasaraya
Pengguna Peniaga 1.Lokasi pasaraya yang jauh dari tempat 1.Melibatkan modal yang besar tinggal menyebabkan pembaziran dari segi kos dan masa 2.Harga barang adalah tetap dan tidak boleh tawar menawar 3.Tidak menyediakan perkhidmatan selepas jualan 2. Prosedur penubuhan yang rumit

3.Risiko kecurian dan kerosakan barang yang tinggi kesan amalan layan diri dan peragaan terbuka 4. Barang makanan segar yang tidak tahan lama

Kelebihan gedung aneka jabatan


Pelanggan 1.Menjimatkan masa dan tenaga kerana segala barang keperluan terdapat dalam satu bangunan 2.Terdapat kemudahan untuk keselesaan pengguna seperti tandas, surau, pawagam, mesin ATM dan sebagainya 3. Semua barangan diletakkan tanda harga bagi mengelakkan pelanggan tertipu Peniaga 1.Pembelian secara pukal memberikan diskaun niaga yang tinggi dan dapat menawarkan harga barangan yang murah kepada pelanggan 2. Pentadbiran menjadi cekap kerana pengkhususan dan pembahagian kerja dapat diamalkan 3.Risiko kerugian dapat dikawal kerana terdapat banyak jabatan 4.Jualan secara tunai dapat mengelakkan masalah hutang lapuk 5. Menjimatkan kos promosi kerana dengan satu iklan dapat meliputi semua jabatan

Kekurangan gedung aneka jabatan


Pelanggan 1. Tiada layanan peribadi kerana mengamalkan layan diri Peniaga 1. Menanggung kos overhed yang tinggi bagi membiyai sewa bangunan , perhiasan kedai dan lain-lain 2. Modal yang besar dan prosedur rumit bagi menubuhkan perniagaan 3. Saiz perniagaan yang besar menyukarkan urusan kawalan dan pengurusan 4.Risiko kecurian dan kerosakan barang tinggi kerana peragaan secara terbuka.

2. Tidak boleh membeli barang secara kredit 3. Tiada tawar menawar kerana harga barang adalah tetap

4. Lokasi di pusat bandar menyukarkan pelanggan yang berada di luar kawasan bandar

Mesin Peruncitan automatik Contoh: Mesin menjual air & mesin peruncitan tiket komuter

Kedai katalog Mempromosikan barang atau perkhidmatan melalui katalog .Contoh Katalog cat.

Pesanan Mel Menjual barang melalui pos atau perkhidmatan kurier. Contoh: Buku Readers Digest. Majalah dan sebagainya

Televisyen Interaktif TV1 menggabungkan fungsi televesyen dengan komputer peribadi secara interaktif Contoh program smart shop

Bentuk lain peruncitan

E-Dagang Perniagaan yang dijalankan sepenuhnya melalui talian internet Contoh: www.cari.com.my

Jualan Langsung Menjual barang terus kepada pengguna melalui jurujual atau ejen dari pintu ke pintu Contoh : Avon, Amway dan lain-lain

Francais Individu atau syarikat diberi hak untuk menjual barang syarikat Induk Contoh: 7 Eleven, KFC dan sebaginya

Kelebihan dan kekurangan mesin peruncitan automatik- Peniaga


Kelebihan
1.Perkhidmatan operasi 24 jam dan dapat beroperasi tanpa pengawasan
2.Menjimatkan kos upah pekerja kerana mengamalkan khidmat layan diri 3. Memperluaskan saiz pasaran dan meningkatkan jualan kerana mesin mudah diletakkan di tempat yang strategik 4. Kos pengurusan rendah kerana tidak perlu menyewa premis untuk berniaga

Kekurangan
1.Kos pemasangan dan pemeliharaan mesin adalah mahal
2. Muatan mesinlah terhad ad 3. Barangan dan saiz yang dijual menggunakan mesin adalah terhad kepada barangan tertentu sahaja 4.Keselamatan dan risiko kerosakan tinggi kerana terdedah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab

Kelebihan dan kekurangan mesin peruncitan automatik- Pengguna


Kelebihan 1. Memudahkan kerana menawarkan perkhidmatan 24 jam Kekurangan 2. Pilihan terhad kerana barangan terhad kepada barangan yang ditawarkan oleh mesin sahaja

2.Tiada caj tambahan serta harga yang tetap dan saksama


3. Cara pembelian mudah dan bebas daripada gangguan jurujual 4. Menjimatkan kos, masa dan tenaga kerana tidak perlu mengunjungi kedai untuk membeli barang

2.Barangan yang rosak tidak boleh ditukar atau dikembalikan


3.Pembayaran terhad kepada wang syiling dan wang kertas sahaja.

Kelebihan dan kekurangan Francais


Kelebihan Kekurangan 1.Francaisor berpeluang 1. Francaisi perlu mengawal kualiti barang mengembangkan perniagaan kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor. 2.Risiko kegagalan rendah kerana mendapat sokongan pengurusan dan kewangan daripada francaisor 2.Francaisi terikat dengan perjanjian francais dan bergantung kepada francaisor

3.Francaisor menaggung sebahagian kos overhed seperti promosi,latihan staf dan iklan

3. Francaisi sukar mengembangkan perniagaan tiada inovasi dan inisiatif sendiri

Kelebihan dan kekurangan jualan langsung


Kelebihan 1. Penjual dapat menjual terus dengan pembeli sasarannya 2. Liputan pasarannya dapat dikembangkan ke kawasan pedalaman 3. Penjual tidak perlu memiliki premis perniagaan yang besar. 4. Sesuai untuk produk yang memerlukan khidmat nasihat, tunjuk ajar cara penggunaan dan perkhidmatan selepas jualan Kekurangan 1.Pembeli dikenakan bayaran yang lebih bagi menaggung kos atas khidmat ejen jualan 2.Barang-barang tertentu sahaja sesuai dijual melalui kaedah ini 3.Penjual memerlukan modal yang besar 4. Penjual membiayai kos overhed yang tinggi seperti kos latihan ejen, kos cetakan katalog dan lain-lain.

Kelebihan E- dagang
Peniaga 1.Kos operasi murah disebabkan peniaga hanya melakukan urusniaga secara atas talian dan tidak melibatkan penyewaan bangunan dan upah pekerja 2.Liputan jualan adalah luas dan besarbesaran meliputi pengguna internet di seluruh dunia 3. Sistem pembayaran secara prabayar dapat mengelakkan daripada hutang lapuk 4.Menjimatkan kos pentadbiran . Pelanggan 1.Pilihan pelanggan adalah pelbagai disebabkan dapat menembusi pasaran global. 2.Menikmati barang berkualiti tinggi pada harga yang lebih murah 3. Dapat membeli-belah dengan selesa dari rumah atau pejabat. 4. Memperoleh maklumat yang releven terperinci dan terkemas kini dengan segera

5. Meminimumkan belanja memproses , mengagih dan mengiklankan maklumat berasaskan kertas

5.Memupuk amalan pegangan tunai yang minimum di kalangan pengguna kerana urusan pembayaran menggunakan kad kredit

Kekurangan e-dagang
Peniaga Pelanggan 1.Menghadapi persaingan sengit daripada 1.Membeli secara prabayar tanpa melihat laman web lain barang sebenar boleh mendedahkan pengguna kepada penipuan 2.Perang harga sering berlaku dan akhirnya merugikan peniaga 3.Kos membangunkan laman web agak mahal 4. Laman web boleh dicerobohi , dirosakan atau ditiru oleh penceroboh internet 2.Undang-undang siber tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya kepada pembeli 3. Kaedah bayaran melalui kad kredit mungkin mengakibatkan kebocoran no poin dan boleh dicuri pakai oleh pihak lain 4.Terpengaruh dengan tawaran yang terlalu banyak sehingga berlaku pembaziran

5. Proses globalisasi pasaran akan lebih menguntungkan peniaga di negara maju berbanding peniaga di negara kurang maju

Kelebihan Televisyen Interaktif


Peniaga 1.Tidak memerlukan lokasi yang strategik.Hanya memerlukan gudang dan talian telefon 2.Kos pengurusan rendah kerana tidak perlu menyewa atau menghias kedai 3.Dapat menunjukkan cara penggunaan barang secara terus kepada pengguna 4.Reaksi penonton boleh dijadikan maklumbalas untuk memperbaiki produk pada masa hadapan 5.Kesan audio visual lebih meyakinkan pelanggan untuk membeli Pelanggan 1.Dapat membeli-belah di samping menonton televisyen di rumah 2. Boleh membuat pesanan serta merta dengan menelefon terus kepada peniaga 3. Boleh mengambil masa untuk membuat pertimbangan dan pilihan 4.Menjimatkan masa, kos dan tenaga

5. Dapat mengetahui cara penggunaan barang atau produk di kaca televisyen sebelum membeli

Kekurangan Televisyen Interaktif


Peniaga 1.Kos pengambaran produk sangat mahal Pelanggan 1.Terdedah kepada unsur penipuan kerana membeli tanpa melihat barang

2.Kos siaran melalui televisyen lebih mahal berbanding media lain

2.Barang yang dihantar tidak seperti yang disiarkan.

3.Peniaga terpaksa memilih waktu siaran 3.Urusniaga mengambil masa panjang yang kurang mahal untuk menjimatkan terutama dalam proses penghantaran kos barang 4.Siaran iklan perlu kerap diulangi untuk mendapatkan reaksi penonton

Kelebihan dan kekurangan kedai katalog


Kelebihan 1.Liputan lebih luas kerana boleh menggunakan katalog bercetak yang diposkan atau diedarkan kepada pelanggan atau melalui katalog internet. 2. Tawaran skim bayaran ansuran yang fleksibel Kekurangan 1.Harga barang lebih mahal kerana telah mengambil kira faedah yang dikenakan mengikut skim bayaran ansuran. 2.Kos promosi yang tinggi bagi cetakan dan edaran katalog supaya maklumat perlu sentiasa dikemaskini mengikuti aktiviti promosi yang dijalankan 3.Hanya sesuai untuk jenis perniagaan tertentu seperti baju, cat dan sebagainya.Tidak sesuai bagi barangan yang cepat rosak.

3.Peniaga menikmati margin keuntungan yang tinggi kerana mengambil kira kadar faedah yang dikenakan kepada pelanggan 4. Perkhidmatan selepas jualan disediakan

5.Kaedah promosinya lebih menarik dan berkesan

Perniagaan Borong
Beli daripada pengeluar Memecah pukal Jual kepada peruncit

Aktiviti membeli stok secara pukal daripada pengeluar dan kemudian memecahkan pukal sebelum menjual kepada pelbagai peruncit

Fungsi pemborong
Fungsi pemborong kepada pengeluar
a) Membeli secara pukal dan memecah pukal b) Mengurangkan kos pergudangan c) Mengurangkan kos pengangkutan d) Pengendalian pasaran e) Memberi maklumat pasaran

a) Membekalkan beraneka jenis barang b) Memberi kemudahan kredit c) Menghantar barang kepada peruncit d) Menyimpan stok yang mencukupi e) Memberi mmaklumat dan nasihat

Fungsi pemborong kepada peruncit

Fungsi pemborong kepada pengguna

a) Menstabilkan harga barang b) Menyediakan bekalan berterusan c) Menyampaikan maklumat d) Memecah pukal e) Mempelbagaikan pilihan

yang

Jenis Pemborong
PEMBORONG

Pemborong Saudagar

Ejen

Pemborong berfungsi penuh

Pemborong berfungsi terhad a) b) c) d) e)

Ejen Pengeluar

Ejen Penjual

Broker

a) Pemborong Am b) Pemborong Khusus c) Pemborong Satu Barisan

Pemborong Pesanan Mel Pemborong Pesanan Berwakil Pemborong Perkhidmatan Pengangkutan Pemborong Bayar dan Bawa Pemborong Jober Para

Pemborong Saudagar
Pemborong Saudagar ialah pemborong yang membeli pelbagai jenis barang daripada pengeluar atau pengeluar dan menjual kepada peruncit.Mempunyai hak milik ke atas barang yang dibeli dan menaggung risiko pada kerugian.

Pemborong saudagar dikategorikan kepada:


a) Pemborong Berfungsi Penuh:Berperanan memecah pukal, memberikan bantuan kewangan,menyediakan kemudahan pegudangan dan pegangkutan, menyampaikan maklumat pasaran, melakukan promosi dan membeli dan menjual barang.Terdapat tiga kumpulan utama pemborong berfungsi penuh. I. Pemborong Am: Menjual pelbagai jenis barang yang mungkin tidak ada kaitan antara satu sama lain.Contohnya pemborong menjual barang keperluan harian seperti gula dan alatan pertukangan juga. II. Pemborong Khusus: Menjual satu jenis barang sahaja .Contohnya pemborong baju kemeja menjual pelbagai jenama baju kemeja seperti Crocodile, Durban, Orlando dan sebagainya III. Pemborong satu barisan: Membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis dan berkaitan antara satu sama lain.Contohnya menjual barang basah seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya

b) Pemborong Berfungsi terhad: Menjalankan beberapa sahaja fungsi pemborong untuk mengurangkan kos pengendalian.Terdapat lima jenis pemborong berfungsi terhad:
I. Pemborong pesanan mel: Menjalankan urus niaga melalui pos.Pemborong pesanan menghantar borang pesanan bersama katalog menerusi pos.Pelanggan akan membuat pesanan dan bayaran dan pemborong akan menghantar barangan melalui pos juga.Contoh barang yang sesuai ialah kosmetik, buku, majalah dan barang biasanya bersaiz kecil, ringan dan tidak mudah rosak II. Pemborong pesanan berwakil: Menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar.Pemborong bertindak sebagai wakil pengeluar dan tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang dijual dan tidak perlu menyediakan kemudahan pergudangan.Antara barang yang sesuai dijual ialah bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan sebagainya. III. Pemborong perkhidmatan pengangkutan: Menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori, lori kontena dan treler bagi mengangkut barang berkuantiti besar bagi pihak pengeluar.Contohnya Kontena nasional, Neplina dan lain-lain IV. Pemborong bayar dan bawa: Menjual barang pada harga yang murah dan secara tunai.Pelruncit datang membeli di premis dan mengangkut sendiri barang yang dibeli itu sendiri.Contohnya Giant, Carrefour dan Mydin. V. Pemborong jober para: Membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit dan bertanggungjawab memperagakan barang secara rapi dan kemas di atas- rak-rak.Contoh barangan seperti roti, aiskrim dan surat khabar

Ejen
Orang tengah yang dilantik oleh prinsipal untuk menjual barang pada pihaknya.Ejen tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang dijual dan tidak menaggung sebarang risiko kerugian.Tingkat harga jualan adalah ditentukan oleh prinsipal.

Ejen dikategorikan kepada:


a) Ejen pengeluar :Wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang menghasilkan keluaran berlainan dan bukan pesaing antara satu sama lain.Ejen pengeluar bertanggungjawab mengedarkan barabg-barang ke kawasan baru yang belum diterokai.Contoh ejen seperti Proton Edar yang memasarkan kereta buatan proton. b) Ejen Penjual: Memasarkan barang keluaran pengeluar kecil-kecilan yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran.Ejen penjual akan merancang pemasaran, menetapkan harga dan membuat promosi.Pengeluar memberi komisen kepada ejen berdasarkan perkhidmatan yang disediakan.

c) Broker: Pihak yang menemukan penjual dengan pembeli.Pengeluar melantik broker untuk mengendalikan urusan jual beli namun broker tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang diniagakan.Broker tidak berkongsi untung tetapi diberikan komisen.Contoh : Broker tanah dan broker saham

Pengambilalihan fungsi pemborong


Kemunculan perniagaan runcit besar-besaran seperti Tunas manja, pasaraya borong sakan Barang yang dipesan khas oleh pengguna sepertti perabot dan pakaian

Penubuhan kedai jaras sepert BATA

Faktor membolehkan pengambilalihan fungsi pemborong

Perlantikan ejen oleh pengeluar seperti barang komputer dan elektrik

Bentuk lain peruncitan seperti belian secara internet dan mesin peruncitan automatik

Penubuhan agensi pemasaran kerajaan seperti FAMA dan BERNAS

Dokumen Perniagaan dalam negeri


1.Peringkat sebelum urusniaga
a) Surat tanya:surat dihantar pembeli
kepada penjual untuk mendapatkan maklumat tentang barang dan syarat pembelian

b) Surat jawapan: surat yang dihantar oleh penjual kepada pembeli bagi menjawab pertanyaan bakal

pelanggannya. c) Sebut harga/ senarai harga dan katalog: Menunjukkan harga barangan yang diminta oleh pembeli beserta maklumat tambahan seperti syarat syarat serta cara pembayaran.

Syarat serahanterdiri daripada syarat masa serahan dan syarat bayaran angkutan
a) Syarat masa serahan adalah keterangan penjual berkaitan masa dan tarikh barang diserahkan kepada pembeli. Syarat masa serahan Serahan sedia Maksud

Barang dihantar kepada pembeli sebaik sahaja pesanan diterima Barang dihantar kepada pembeli dalam masa dua atau tiga hari selepas pesanan diterima Barang dihantar kepada pembeli pada suatu tarikh akan datang

Serahan segera

Serahan hadapan atau serahan tertunda

b) Syarat bayaran angkutan adalah menerangkan pihak yang bertanggungjawab membayar kos pengangkutan

Syarat bayaran angkutan Angkutan dibayar/Ang. dibayar

Maksud Penjual telah mengambil kira kos angkutan dalam harga barang.Pembeli tidak perlu membayar kos angkutan barang yang dipesan.

Angkutan hadapan/Ang.Had

Penjual tidak memasukkan kos angkutan dalam harga barang.Pembeli dikehendaki membayar kos angkutan
Penjual telah membayar semua kos memuatkan barang ke dalam kapal.Pembeli hanya dikehendaki membayar kos insurans dan tambang kapal.

Percuma ke atas kapal/P ke D.K

Percuma ke atas gerabak/P ke D.G Penjual telah membayar semua perbelanjaan angkutan barang sehingga ke dalam gerabak kereta api di bandar penjual.Kos membawa barang perniagaan ke premis dari stesen kereta api perlu dibayar oleh pembeli Kos Insurans dan tambang/K.I.T Penjual telah memasukkan kos insurans dan tambang ke kedai pembeli ke dalam harga barang

Syarat Pembayaran: Cara pembeli menjelaskan hutang atau bayaran.Syarat pembayaran terbahagi kepada:
Syarat Pembayaran Bayaran waktu terima /B.W.T Tunai waktu pesan/T.W.P Tunai segera atau Bayaran segera Maksud Pembeli perlu membuat bayaran semasa menerima barang. Pembeli perlu membuat bayaran semasa membuat pesanan barang Pembeli perlu membuat bayaran dalam tempoh dua atau tiga hari selepas menerima barang. Pembeli boleh membeli barang pada harga yang dinyatakan dalam sebut harga untuk suatu tempoh tertentu sahaja.Selepas tamat tempoh, harga dan syarat lain dikenakan Penjual hanya memberikan kredit kepada pelanggan tetapnya dan pembeli yang mempunyai rekod kredit yang baik

Penerimaan dalam tempoh tertentu

Dengan akaun yang disahkan atau diakui sahaja

Syarat Diskaun
Diskaun tunai: potongan daripada amaun bersih yang diberi oleh penjual kepada pembeli kerana menjelaskan hutangnya dalam tempoh yang ditetapkan atau membeli secara tunai Contoh Pengiraan: En. Ali telah membeli gula pasir bernilai RM 4000 daripada Pemborong Maju pada 8 Januari 2010.Pemborong telah memberikan diskaun tunai 3%, 5 hari dan 5%, 8 hari.Kira jumlah perlu dibayar sekiranya En. Ali menjelaskan bayaran p ada 16hb Januari 2010

Harga invois = RM 4OOO (-) Diskaun tunai (RM 4000X 8/100) = RM 320 Jumlah perlu dibayar = RM 3 680

Diskaun niaga: potongan harga daripada harga asal dalam sebut harga atau senarai harga.Ia diberikan kepada peniaga yang membeli dalam kuantiti yang banyak atau secara pukal

Contoh Pengiraan: En. Lawi telah membeli stok perabot bernilai RM 80 000 daripada kilang perabot YZ.Syarikat YZ telah menawarkan diskaun niaga sebanyak 15%.Kira jumlah perlu dibayar sekiranya oleh En. Law.

Harga invois = RM 80 000 (-) Diskaun tunai (RM 80 000 X 15%) = RM12 000 Jumlah perlu dibayar = RM 68 000

2. Peringkat semasa urusniaga


a) Borang pesanan- Dokumen yang digunakan oleh pembeli untuk

memesan barang daripada penjual.

2. Nota makluman- dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memaklumkan barang yang dipesan telah dihantar.

3.Nota Serahan-dokumen yang dikirimkan oleh penjual bersama-sama barang yang dipesan oleh pembeli .Pembeli dikehendaki menandatangani ketiga-tiga salinan yang disediakan dan menyimpan salinan asal.Tujuan nota serahan ialah

3.Nota kiriman-dikenali juga sebagai nota konsainan.Digunakan jika penjual menggunakan perkhidmatan pengangkutan swasta bagi tujuan penghantaran barang kepada pembeli.Nota kiriman ini dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan kepada penjual dan disediakan dalam 3 salinan.Satu salinan disimpan oleh penjual sebagai bukti penghantaran.Pembeli menandatangani kedua-dua salinan sebagai bukti penerimaan.

2. Invois proforma mengandungi butiran tentang harga,kuantiti dan jenis barang serta jumlah bayaran.Proforma invois digunakan untuk: a) Menuntut bayarn secara sopan daripad pembeli sebelum menghantar barang b)Menggantikan sebutharga untuk sementara waktu c) Bagi barang yang diuji dahulu sebelum dibeli. d) Dalam perniagaan antarabangsa bertujuan memberitahu pengimport tentang anggaran harga untuk dipesan

2. Invois dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli dalam urusniaga secara kredit.Dokumen ini menyenaraikan harga semua barang yang telah dibeli oleh pembeli dan jumlah hutang yang perlu dijelaskan.

3.Nota Debit- dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memaklumkan akaunnya telah didebitkan dan memberitahu bahawa dia perlu membuat bayaran tambahan.Keadaan yang memerlukan penjual mengirimkan nota debit: a) Pembeli dikenakan bayaran pengangkutan b) Barang yang dihantar kepada pembeli tidak dicatatkan dalam invois c) Pembeli gagal memulangkan bekas kosong yang belum dikenakan bayaran e) Bayaran serahan atau cukai jualan tertinggal dalam invois f) Harga dalam invois kurang daripada yang dicatatkan dalam senarai harga

3.Nota kredit- dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memaklumkan akaunnya telah dikreditkan dan memberitahu bahawa jumlah bayaran telah berkurang.Keadaan yang memerlukan penjual mengirimkan nota kredit kepada penjual: a) Pembeli memulangkan barang yang rosak, pecah, salah saiz dan lain-lain b) Pembeli memulangkan bekas kosong yang sudah dikenakan bayaran c) Pembeli diberikan komisen atau diskaun kerana membeli dengan kuantiti yang banyak. d) Harga dalam invois lebih tinggi daripada yang dicatatkan daripada harga sebenar

Peringkat selepas urusniaga


Penyata akaun-salinan akaun pembeli atau penghutang di dalam lejar penjual.

Tujuannya a) Meminta peruncit(pembeli) menjelaskan hutangnya secara sopan. b) Memaklumkan segala kesilapan atau ketertinggalan dan pembetulan yang dibuat c)Membolehkan peruncit(pembeli) menyemak dan membandingkan maklumat dalam penyata akaun dengan akaunya sendiri

Peringkat selepas urusniaga


Resit- dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli sebagai pengakuan bahawa penjual telah menerima pembayaran dan pembeli telah membuat pembayaran.

Tujuannya a) Meminta peruncit(pembeli) menjelaskan hutangnya secara sopan. b) Memaklumkan segala kesilapan atau ketertinggalan dan pembetulan yang dibuat c)Membolehkan peruncit(pembeli) menyemak dan membandingkan maklumat dalam penyata akaun dengan akaunya sendiri

Kaedah Jualan
a.Jualan Tunai
Aktiviti menjual barang yang dibayar secara tunai.Peniaga akan menerima wang daripada pembeli dengan serta merta pada masa barang diserahkan.Tunai terdiri daripada tunai, cek,draf bank, kad kredit dan kiriman wang.

Kelebihan jualan tunai


Penjual 1. Peniaga mendapat pulangan segera daripada pelaburan yang dibuat 2.Peniaga dapat mengelak daripada mengalami risiko hutang lapuk 3.Peniaga dapat menjual dengan harga yang lebih rendah atau boleh memberi diskaun niaga yang lebih tinggi kepada pelanggannya Pembeli 1.Pembeli dapat terus menggunakan barang setelah menjelaskan bayaran 2.Pembeli dapat membeli barang dengan harga yang lebih rendah 3.Pembeli dapat memupuksifat berjimatcermat kerana membeli mengikut kemampuan sahaja.

Kekurangan jualan tunai


Penjual Pembeli

1. Peniaga mungkin kehilangan pendapatan daripada faedah yang diperolehi daripada jualan kredit

1.Pembeli tidak dapat membeli barang yang bernilai tinggi kerana harga yang mahal dan terpaksa membayar sekaligus

2.Peniaga sukar menjual barang yang bernilai tinggi kerana pembeli tidak mampu membayar secara tunai.

2.Pembeli terpaksa mengumpulkan wang untuk satu tempoh tertentu sebelum dapat memiliki sesuatu barang

Kaedah Jualan
b.Jualan Kredit
Aktiviti menjual barang secara hutang.Pembeli membeli barang dahulu dan membayar kemudian.Pembeli membayar hutangnya sekaligus atau secara ansuran. Terdapat dua jenis jualan kredit iaitu sewa beli dan bayaran tertunda

Sewa Beli
Kaedah membeli barang dan membayar secara ansuran Pembeli dianggap penyewa sehingga semua ansuran dibayar.Hak milik barang adalah kepunyaan pemberi sewa. Pembeli perlu membayar wang pendahuluan dan dibenarkan menggunakan barang setelah menandatangani perjanjian sewa beli.

Kelebihan dan kekurangan sewa beli kepada penjual


Kelebihan 1. Meningkatkan jualan khasnya barangan mewah seperti kereta, 2.Keuntungannya meningkat hasil pertambahan nilai jualan dan hasil daripada faedah yang dikenakan 3.Dapat mewujudkan kesetiaan pelanggan dengan pemberian kredit secara mingguan atau bulanan 4.Barng boleh ditarik balik jika ansuran tidak dijelaskan Kekurangan 1.Memerlukan modal besar untuk pembiyaan sewa beli 2.Menaggung hutang lapuk sekiranya pelanggan gagal membayar

3.Kos pengurusan yang tinggi kerana perlu mengemas kini rekod penghutang dan dokumen yang berkaitan 4.Prosess undang-undang yang rumit semasa menuntung hutang

Kelebihan dan kekurangan sewa beli kepada pembeli


Kelebihan 1. Taraf hidup meningkat kerana dapat menggunakan barang mewah dan mahal 2.Perjanjian sewa beli memaksa pembeli untuk berjimat-cermat dan merancang kewangan Kekurangan 1.Terpaksa membayar harga yang lebih tinggi kerana dikenakan faedah 2.Menggalakkan tabiat membeli secara berlebihan

3.Boleh menggunakan barang tersebut untuk menghasilkan pendapatan walaupun harga belum dijelaskan sepenuhnya seperti kereta dan jentera

3. Menaggung kos dokumentasi kredit seperti surat perjanjian dan

4.Menaggung kerugian sekiranya barang ditarik balik

Bayaran tertunda
Pembeli dikehendaki membayar ansuran pertama(deposit) sebelum membawa balik barang Barang menjadi hak milik pembeli sebaik sahaja bayaran pertama dibuat walaupun bayaran penuh belum dijelaskan Penjual boleh mendakwa pembeli di mahkamah untuk menuntut baki yang belum dijelaskan Sesuai bagi barangan murah seperti barang elektrik dan perabot.

Kelebihan dan kekurangan bayaran tertunda kepada penjual


Kelebihan 1.Meningkatkan jualan barang tertentu seperti perabot dan alat elektrik kekurangan 1.Memerlukan modal besar untuk pembiyaan bayaran tertunda

2.Keuntungan meningkat hasil pertambahan nilai jualan

2.Menaggung hutang lapok sekiranya pelanggan gagal membayar kerana barangan yang dijual tidak boleh ditarik balik
3.Kos pengurusan yang tinggi kerana perlu mengemas kini rekod penghutang dan dokumen yang berkaitan

3.Memperoleh pendapatan tambahan daripada faedah yang dikenakan

4.Dapat mewujudkan kesetiaan pelanggan 4.Proses undang-undang yang rumit dengan pemberian kredit secara semasa menuntut hutang mingguan atau bulanan

Kelebihan dan kekurangan bayaran tertunda kepada pembeli


Kelebihan 1.Dapat menggunakan barang dengan membayar sedikit wang pendahuluan sahaja 2.Meninggikan taraf hidup kerana dapat menikmati barang mahal dan berkualiti 3. Menjalani kehidupan lebih selesa dengan pelbagai jenis barang Kekurangan 2.Terpaksa membayar harga lebih tinggi kerana dikenakan faedah

2. Menggalakkan tabiat membeli secara berlebihan 3.Menaggung kos dokumentasi kredit seperti surat perjanjian dan setem 4.Mengalami kerugian jika barang ditarik balik oleh penjual

Perbezaan antara bayaran tertunda dengan sewa beli


Bayaran Tertunda 1.Lebih sesuai bagi barangan yang nilai jualan semulanya murah 2.Membolehkan barang menjadi milik pembeli sebaik sahaja bayaran deposit dibayar Sewa Beli 1.Sesuai bagi barang yang mahal dan nilai jualan semulanya tinggi 2.Memberi hak milikan barang kepada pembeli setelah kesemua ansuran dijelaskan

3.Barangan yang dijual tidak boleh ditarik 3. Barang yang dijual secara sewa beli balik sekiranya pembeli gagal menjelaskan boleh ditarik balik jika pembeli gagal baki ansuran tetapi pembeli boleh didakwa membayar baki ansuran di mahkamah

Kaedah Jualan
c) Jualan prabayar

Membayar harga sesuatu barang terlebih dahulu sebelum barang atau perkhidmatan diterima atau digunakan.Contohnya seperti kad tambah nilai, kad Touch n go.

Kelebihan dan kekurangan jualan prabayar kepada penjual


Kelebihan Kekurangan 1.Risiko hutang lapok dapat dielakkan 1.Memerlukan modal besar kerana kerana pembeli membuat bayaran sebelum menggunakan teknologi tinggi menggunakan barangan

2.Aliran tunai dapat diperoleh dengan cepat daripada pelaburan yang dibuat

2.Menghadapi kerumitan penyelenggaraan kerana kaedah jualan ini baru dan berasaskan teknologi tinggi

3.Menghadapi risiko penipuan atau pemalsuan kad prabayar

Kelebihan dan kekurangan jualan prabayar kepada pembeli


Kelebihan Kekurangan 1.Menjimatkan masa kerana tidak perlu 1.Pengguna terpaksa menjelaskan menunggu lama untuk menggunakan keseluruhan harga barang sebelum sesuatu barang atau perkhidmatan menggunakannya

2.Menjimatkan kos tambang jika pembeli 2.Golongan berpendapatan rendah tidak membeli menerusi televisyen atau berpeluang menggunakan barang yang internet tidak disediakan

3.Pengguna tidak dapat memeriksa kualiti barang yang dibeli atau digunakan

Kaedah Jualan
d)Jualan konsainan
Konsainor (pembekal) menghantar barang kepada konsaini (pembeli) untuk dijual dengan syarat barang yang tidak habis dijual akan dipulangkan segera.Konsaini akan menjual barang menggunakan namanya sendiri .Kutipan jualan akan diserahkan kepada konsainor selepas ditolak komisen yang dijanjikan dan belanja jualan

Kelebihan dan kekurangan jualan konsinan kepada konsainor


Kelebihan 1.Keuntungan meningkat kerana pemasaran lebih berkesan dengan pelantikan ejen Kekurangan 1.Terlalu bergantung kepada ejen untuk membuat pemasaran

2.Dapat menumpukan masa untuk merancang,mengurus dan menjalankan penyelidikan

2.Semakin tinggi jualan, semakin tinggi komisen perlu dibayar

3.Meluaskan pasaran dengan melantik ejen di luar kawasan

3.Sukar mengawal ejen yang terlalu ramai

Kelebihan dan kekurangan jualan konsainan kepada konsaini


Kelebihan 1.Menerima komisen Kekurangan 1.Perlu jualan yang besar jika mahu komisen yang tinggi 2.Tidak bebas untuk meletakkan harga barang dan tidak dapat mengurus jualan barang mengikut kehendak sendiri kerana terikat dengan syarat yang ditetaplakn oleh konsainor

2.Tidak perlu mengeluarkan kos barang

3.Boleh memulangkan barang yang tidak habis dijual 4.Dapat mempelbagaikan barang niaga tanpa meningkatkan kos

Faktor pemilihan kaedah jualan


Jenis Barang Aliran tunai Persaingan

Peraturan dan undangundang

Kemampuan pembeli

Saiz pasaran

Kemudahan pembayaran

You might also like