ANALISIS SECARA ILMIAH PERANAN MASJID DAN INSTITUSI-INSTITUSI AGAMA ISLAM DALAM MEMPERTINGKATKAN HUBUNGAN DAN PENGHARMONIAN

ANTARA AGAMA DI MALAYSIA.

• • •

Masjid dan musalla

Dalam masyarakat kita berkembang dua istilah yang dijadikan tempat ibadah iaitu masjid dan musalla. Dari sudut bahasa, Istilah "Masjid" berasal daripada perkataan arab "masjid" atau "masjad“, ia bererti tempat sujud. Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan tersebut digunapakai sebagai nama bagi tempat kita melakukan solat kerana antara gerakan utama yang terdapat dalam solat itu ialah sujud. Sujud bererti patuh dalam kategorinya yang tinggi sampai kepada tahap pengabdian. Kerana itulah "solat" disebut sebagai ibadat, iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seseorang muslim kepada Allah. Maka masjid itu memberi erti tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah. Mengikut terminologi agama pula, masjid adalah tempat khusus yang digunakan untuk solat berjamaah dan kegiatan keislaman yang lain. Apabila masjid itu digunakan untuk solat jumaat maka ia lazim disebut masjid jami’ atau jami’ sahaja dan apabila tidak dipakai untuk solat jumaat, ia disebut masjid sahaja.

Musalla pula mengikut bahasa bererti tempat solat dan dari segi istilah juga demikian. Di Negara kita istilah musalla diguna pakai untuk mengarabkan namanama seperti surau atau sekurangkurangnya dalam terminologi agama apa yang digunakan sementara disebut surau atau masjid iaitu masjid yang bukan jami’. Memang ada istilah musalla disebut dalam quran dan juga hadis tetapi pengertiannya terbatas kepada tempat solat atau kadangkadang diertikan sebagai lapangan tempat solat hari raya. Oleh kerana itu setiap penyebutan masjid dalam hadis-hadis nabawi juga mengcakupi pengertian musalla.

• Nabi saw telah memberikan contoh bahawa masjid bukanlah sematamata tempat untuk ibadah dalam pengertian sempit seperti solat, I’tikaf dan membaca quran misalnya disamping juga berfungsi sebagai ruang kegiatan belajar dan mengajar dan lain-lain kerana mengkhususkan masjid sebagai tempat ibadah semata-semata adalah sangat tidak tepat.

• • •

pada masa nabi saw masjid telah digunakan sekurang-kurangnya untuk: tempat ibadah dengan pengertian sempit seperti solat , I’tikaf dan lain-lain. tempat kegiatan belajar dan mengajar. tempat bermusyawarah untuk membicarakan kepentingan umat islam bahkan dipakai untuk mengatur strategi perang seperti nabi saw hendak melakukan perang uhud. tempat menerima tetamu seperti ketika nabi saw menerima rombongan tamu orang-orang nasrani dari najran. Mereka

Masjid berperanan sebagai pusat komuniti di mana masyarakat berkumpul bagi tujuan ibadat, iaitu pengabdian kepada Allah s.w. Bagi tujuan tersebut, berbagai-bagai program sentiasa diadakan. Dalam satu istilah, program-program ini biasa disebut sebagai "ta'mir" yang bermaksud "pengisian", iaitu mengisi wadah berkenaan dengan berbagai aktiviti yang boleh menjayakan fungsi nya yang telah ditetapkan.

Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Masyarakat Yang paling utama sekali dari perspektif ini ialah masjid perlu melambangkan perpaduan ummah bagi semua peringkat. Peranan ini telah dimainkan dengan jayanya oleh masjid al-haram apabila ka’bah menjadi kiblat sembahyang bagi semua orang Islam dan ia sendiri menjadi pusat tumpuan dalam ibadat haji. Masjid perlu terbuka kepada semua umat Islam, tak kira bangsa atau kaum. Berasaskan kepada dasar ini tidak berbangkit soal masjid Melayu, masjid India atau masjid Cina yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak sekarang. Hakikatnya, masjid itu untuk semua orang Islam tak kira siapa. Satu keperluan lain di bawah dasar ini ialah masjid perlu bebas daripada apa saja sifat dan aktiviti yang memecahkan perpaduan ummah. Antara contoh nya ialah perlu tidak ada unsur monopoli dalam pentadbiran atau usaha mengimarahkannya. Satu contoh lain ialah ia perlu bebas daripada politik kepartian. Begitu juuga ia perlu mempunyai pristasi keagamaan yang tinggi supaya dihotmati oleh semua orang Islam tak kira siapa.

Peranan khutbah boleh dijadikan sebagai contoh bagaimana masjid perlu meletakkan diri nya pada kedudukan yang berjaya dalam proses sosialasi berkenaan. Peranan sebenar khutbah ialah menjadi media bagi kegunaan para pemimpin (Imam) menyampaikan arahan atau permasalahan semasa kepada komuniti masjid berkenaan. Sehubungan dengan ini pujian perlu diberi kepada beberapa contoh baru para pemimpin kerajaan dan masyarakat serta juga para professional yang berusaha melayakkan diri sebagai khatib jemputan dalam tajuk-tajuk yang

• Peranan institusi agama Membantu masyarakat Islam mengamalkan agama mereka menurut konteks masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Membimbing masyarakat Islam menjalin hubungan lebih rapat dengan masyarakat lain meskipun kewarakan mereka bertambah. Badan tertinggi Islam tersebut juga perlu memimpin masyarakat dalam melaksanakan tuntutan Islam sebagai agama yang memandang ke hadapan, mengajukan keamanan dan keharmonian, selain menggalak umatnya mengejar ilmu dan sains. Membantu masyarakat Islam melaksanakan ibadat mereka dalam konteks masyarakat sekular, berbilang bangsa dan agama.

Membantu memastikan masyarakat Islam sentiasa dekat dengan masyarakat lain, di samping terus berkongsi wawasan negara bersama rakyat lain. Dengan cara ini, Muslim berupaya menyumbang secara aktif kepada kemakmuran negara dan memainkan peranan penuh mereka dalam ehwal negara. Membina institusi-institusi Islam yang kukuh dengan pucuk pimpinannya membantu menjadikan masjid institusi penting dalam kehidupan masyarakat. Fungsi institusi agama harus diorientasikan semula bagi memenuhi tuntutan zaman baru. Fungsinya bukan setakat mengurus jenayah syariah, menganjurkan kursus fardu ain dan sebagainya tetapi menjadi agensi thing tank yang melaksanakan program dan projek yang berkaitan dengan hal keagamaan dan permasalahan ummah secara lebih komprehensif. Tambahan pula, adalah tidak cukup bagi golongan agamawan sekadar berceramah di masjid ataupun surau sedangkan sebahagian besar generasi muda yang bermasalah bukan berada di sana. Jadi, mereka harus menjadi aktivis sosial, pendamping generasi muda dan pencegah mungkar sekali gus. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Uasaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan wargenegara malaysia yang berilmu

• KEWUJUDAN masyarakat majmuk adalah suatu sunnah llahiah yang merupakan manifestasi kekuasaan dan kehendak Tuhan yang tidak boleh dijadikan alasan oleh manusia untuk tidak memikirkan satu bentuk hubungan yang harmoni. Sebagai manusia yang beragama, diwajibkan antara kedua-dua golongan masyarakat seperti Islam dan Kristian yang berbeza itu untuk saling kenal mengenal sebagai

• Percubaan untuk memahami hubungan antara agama bukanlah merupakan sesuatu yang baru dalam sejarah peradaban dunia. Sejarah Islam itu sendiri memberi satu bentuk hubungan yang akrab antara penganut bukan Islam dan ini dapat diperhatikan melalui kehidupan masyarakat bukan Islam dalam Piagam Madinah.

• Islam menganggap bahawa setiap manusia berhak memilih jalan hidup dan kepercayaan masing-masing sebagaimana resam manusia itu sendiri yang diciptakan secara berpuak-puak. Tujuannya ialah untuk saling kenal mengenali dan menjalinkan hubungan baik bukannya serang menyerang atau fitnah.

• Mengadakan sesi dialog antara agama bertujuan untuk cuba memahami beberapa persamaan yang terdapat pada kedua-dua agama kerana dengan cara itu hubungan antara kedua-dua belah pihak menjadi lebih akrab.Dialog peradaban adalah suatu perbincangan yang dilakukan oleh dua pihak atau lebih, yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan utamanya adalah untuk saling belajar antara satu sama lain sehingga pihak masing-masing dapat mengubah pandangannya dan meningkatkan kefahaman agamanya. Dialog bukanlah satu pendebatan.Dalam dialog ini kejujuran amat penting dalam menghadapi perbezaan-perbezaan asas dan bersama-sama mencari suatu kebenaran yang tidak sepenuhnya dimiliki oleh mana-mana kelompok, kerana kebenaran yang

• Memandangkan keganasan kaum semakin memuncak dalam keadaan masyarakat pelbagai kaum dan di merata-rata tempat, maka perlu ditekankan betapa pentingnya dialog antara kaum dan agama.Contohnya ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripada interaksi yang berasaskan sikap yang beranggapan pihak masing-masinglah yang paling benar. Masingmasing menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk menyebarkan dakwah. Saingan ini kadangkadang membawa ketegangan dan menyukarkan kewujudan situasi yang saling memahami dan menghormati antara  Islam dan Kristian. Kadangkadang kesukaran semakin bertambah kerana didorong oleh kepentingan politik mahupun

• kata Alwi Shihab dalam bukunya Islam Inklusif, soal mana yang paling benar atau salah bukan tujuan dialog. Yang menjadi fokus utama dalam setiap dialog antara agama ialah mencari titik temu.  • Namun fenomena untuk mencari titik temu demi keamanan sejagat agak sukar kerana dihalangi oleh sikap  fanatik sesetengah penganut agama masing-masing.  • Di Ireland Utara, penganut Katholik dan Proteston saling bermusuhan. Di Timur Tengah, ketiga-tiga cucu Nabi Ibrahim – umat Yahudi, Kristian, dan Islam – saling menggunakan bahasa kekerasan. Di Sri Lanka, kaum Buddha dan kelompok Hindu bercakaran. Yang paling menyayatkan hati, agama dijadikan elemen utama dalam mesin penghancuran manusia – suatu kenyataan yang

• Oleh itu, dialog harus difokuskan kepada titik-titik persamaan antara kedua-dua agama. Perbezaan yang boleh menimbulkan perselisihan harus dihindari. Antara titik persamaan yang boleh diketengahkan ialah penciptaan suatu kehidupan bermoral yang mengunjung tinggi nilai-nilai keagamaan dalam segala aspek kehidupan dan peradaban manusia.

• Mengatur pertemuan antara wakil agama untuk bersemuka dalam soal perbezaan anutan dan ritual keagamaan kerana proses pemahaman agama juga kadangkala mengundang masalah dan konflik. Masalah yang dihadapi bukan hanya mencakupi isu sosial atau masyarakat tetapi lebih berpihak kepada masalah teologi yang turut disempitkan oleh fahaman tradisi dan ikatan primodial.Sungguhpun begitu, titik temu antara agama boleh dilakukan bagi membendung permusuhan dan

KESIMPULAN
• Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral. Namun, kalau dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini terdapat jurang yang besar di mana jumlah kes pertelingkahan antara kaum dan agama semakin meningkat. Nampaknya semakin maju kita, semakin luntur pula nilai keharmonian masyarakat. Justeru itu, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap, kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam mempertingkatkan hubungan dan pengharmonian antara kaum dan agama.