Terapi Gestalt

Frederick Perls
ahmad jazimin jusoh 2008

Laura Perls

Biografi
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Frederick Salomon atau Perls merupakan tokoh yang mengemukan terapi Beliau dilahirkan di Berlin, Jerman pada tahun 1893 Perls pernah dibuang sekolah kerana masalah disiplin, masalah dalam keluarga Beliau berjaya ijazah dalam bidang perubatan psikiatri Memulakan latihan dalam bidang psikoanalisis Pernah diselia oleh Karen Horney (pengamal psikoanalitik) Dapat membuktikan psikoanalisis itu adalah salah dan telah menubuhkan Institute for Gestalt Therapy pada tahun 1952 1970, Perls meninggal dunia, namun lebih 50 pusat latihan Gestalt telah dibina di United State
ahmad jazimin jusoh 2008

Pusat Latihan 1. New York Institute for Gestalt Therapy 2. Association for the Advancement of Gestalt therapy 3. Gestalt therapy Australia
Buku

• Gestalt Therapy: Excitement and Growth in the Human Personality — Frederick Perls, Ralph F. Hefferline, Paul Goodman • Gestalt Therapy Verbatim — Frederick S. Perls • Ego, Hunger and Aggression — Frederick S. Perls • Gestalt Therapy Integrated — Erving and Miriam Polster
ahmad jazimin jusoh 2008

Latar belakang
1. Merupakan phenomenological-existential therapy. 2. Gestalt – fokus kepada proses yang melibatkan fenomenologi 3. Merupakan orientasi humanistik, iaitu memfokuskan kepada perkembangan dan pertumbuhan dalam diri individu (Gladding, 2000).
ahmad jazimin jusoh 2008

Pandangan tentang manusia
1. Diri manusia adalah holistik samada fizikal dan psikologikalnya dan manusia dengan persekitaran, yang saling bergantung antara satu sama lain

2. Manusia adalah satu organisma yang bersepadu atau saling berhubung kait di antara satu sama lain yang terdiri daripada fizikal, mental , spiritual dan emosi. Semua kompenan ini berfungsi secara keseluruhan atau berada dalam satu kesatuan. 3. Teori lapangan – organisma harus wujud bersama dengan persekitaran
ahmad jazimin jusoh 2008

Manusia mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan zuriat dan mencapai perimbangan. Manusia boleh mengendalikan diri sendiri dengan berkesan sekiranya mereka menyedari apa yang berlaku di sekitarnya. 4. iaitu untuk mencapai keseimbangan.3. melibatkan proses homeostasis. 5. Manusia mempunyai realiti mereka tersendiri untuk melengkapi dan menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepada mereka. ahmad jazimin jusoh 2008 . Perls mengatakan bahawa keperluan manusia sama ada biologikal atau sosial. 6.

melihat. 4. 3. Hubungan dan halangan Hubungan adalah penting untuk perubahan (mendengar. memegang. menghidu. Kesedaran mesti jelas & keupayaan meluahkan perasaan – mengukuhkan hubungan ahmad jazimin jusoh 2008 . Wujud interaksi dengan persekitaran tanpa menjejaskan prinsip. bergerak).Mengapa manusia bermasalah 1. Awareness Mengutamakan kesedaran yang luas tentang apa yang difikirkan dan dialami. unfinished business (perkara yang belum langsai) – homeostasis terganggu. Masa lepas dan masa depan Fokus kepada ―here and now‖ 2. merasa.

ahmad jazimin jusoh 2008 . etika. Halangan (menyekat diri untuk berkembang) Introjeksi – ambil kesemua konsep.i. fakta dan standard dari persekitaran secara bulatbulat menyebabkan dia tidak boleh membentuk personaliti yang unik. Terkongkong dan tidak boleh membentuk diri Cth : Saya patuh kepada nilai orang lain dan tidak boleh berubah walaupun saya mahu.

ii. Cth: Asyik menyalahkan orang lain di atas kesilapan dirinya.Individu ini tidak bertanggung jawab atas apa yang dibentuk di dalam dirinya tetapi menyalahkan orang lain. Hakikat yang sebenarnya dialah yang membenci orang itu ahmad jazimin jusoh 2008 . ― Bukan saya yang membencinya tetapi dia yang bencikan saya‖. Cthnya ― Awaklah yang bersalah‖. Projection .

Contoh dia cederakan diri dia kerana tak dapat lepaskan kemarahan pada orang lain Cth : Marah pada teman lelaki.iii. cederakan diri. ahmad jazimin jusoh 2008 . Individu melakukan apa sahaja ke atas dirinya. retroflection – pembalikan kepada diri sendiri.

Di sebabkan terlalu rapat sukar untuk menjadi diri sendiri.iv. Confluence – Sukar menentukan sempadan diri dan persekitaran. Cth: Semua keputusan rakan adalah keputusan saya ahmad jazimin jusoh 2008 . Anggap semua mempunyai pemikiran yang sama.

Defleksi – suka merewang melalui lawak jenaka dan banyak menyoal daripada memberi kenyataan.v. ahmad jazimin jusoh 2008 . Selalu bercakap bagi pihak orang lain.

memberi justifikasi atau membuat penilaian tentang masalahnya.5. Seseorang individu itu cuba lari dari perasaan dan masalahnya yang sebenar dengan memanipulasikan menerangkan. ahmad jazimin jusoh 2008 . 6.‗Scape Goat‘ Alasan untuk mengurangkan kebimbangan dan mengelakkan tanggungjawab sekarang. ‗Catastrophy‘ Kebimbangan yang melampau tentang masa akan datang.

ahmad jazimin jusoh 2008 . Sentiasa Berkhayal dan Berfantasi Klien akan cuba melindungi masalahnya yang sebenar dengan berkhayal atau berfantasi tentang perkara-perkara yang tidak wujud.7.

projection dan confluence (Wallace. 1986). 1984) supaya individu boleh menerima dirinya tanpa syarat. dan pandangan. serta membuang tingkah laku yang introjection.Aplikasi Gestalt Matlamat Sesi 1. perasaan. retroflection. ahmad jazimin jusoh 2008 . pemikiran. memberikan kesedaran kepada klien tentang dirinya. bertanggungjawab terhadap perasaan. tingkah laku dan pengalaman (Gilliland et al. tindakan.

Membaiki integrasi. Wants ahmad jazimin jusoh 2008 . Spontan 3. Empati 2. Here and now 3. Kesedaran 2.Matlamat: 1. keseimbangan dan keseluruhan hidup tanpa terpisah-pisah Hubungan teraputik 1.

Nyatakan dan bukan cuba beri alasan. ahmad jazimin jusoh 2008 . Terima diri anda yang sebenar. Alamilah yang sebenar.• • • • • • • • Hidup sekarang. Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita mengalami keseronokan.Fokus pada sekarang. Hentikan khayalan . Hentikan pemikiran yang bukan-bukan . Pikullah tanggung jawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran sendiri. Tinggal di sini. Uruskan dengan perkara yang adadan bukan dengan yang tidak ada.Cuba lihat dan mengalaminya.

Menurut Wallace (1986) melalui dialog yang dilakukan mengikut kedudukan kerusi. dan lain-lain lagi.Teknik dalam Gestalt 1. naturalself dan social-self. Under Dog pula ia sering bersikap membela diri. kesakitan dengan diri. ahmad jazimin jusoh 2008 . unsur ibu bapa yang sering mengkritik dan yang selalu menekan ‗patut‘ dan ‗harus‘. selalu meminta maaf. tidak berdaya dan lemah. Kerusi Kosong – Top Dog / Under Dog Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian . Ia sering memberi alasan-alasan bagi kelemahan-kelemahan dirinya dan rolnya. klien dapat menyedari antara kehendak biologi dengan nilai moral.

2. Gantikan perkataan kita dengan saya. Exaggeration Klien diminta mengulangi perbuatan nonverbal yang dilakukan supaya lebih menyedari dan mendengar apa yang dialami dan dirasai 3. ahmad jazimin jusoh 2008 .

Buang perkataan ―tapi‖ ganti dengan ―dan‖ 5.Teknik ini memerlukan individu berfantasi bahawa ia mempunyai satu rahsia yang tidak mahu diketahui oleh orang lain. ahmad jazimin jusoh 2008 .. I take responsibility – saya bertanggungjawab terhadap . Dream work – minta menyatakan mimpi pada masa sekarang 7. 6. Saya Ada Satu Rahsia ..4..

kebimbangan dan kerisauan ceritakan raptai (perancangan) yang anda ingin lakukan 11. Kekalkan Dengan Sesuatu Perasaan 9. Permainan Raptai .mengurangkan ketakutan.8. Making The Round – bagitau kepada semua orang perasaan saya sekarang 10. Konfrantasi ahmad jazimin jusoh 2008 .

12. Urusan yang tidak selesai 17. Teknik saya dan kamu 15. Teknik prinsip masa sekarang 16. Pembalikan– Cuba jadi sebaliknya dari perasaan sebenar 13. Teknik fikir-rasa 14. Psikodrama dan bawa kepada masa kini ahmad jazimin jusoh 2008 .

Sumbangan • • Penekanan terhadap keseluruhan dan kesepaduan tingkahlaku Terapi Gestalt juga membolehkan seseorang individu mengalami dengan sebenar-benarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini mempunyai pelbagai taknik untuk mencapai matlamat untuk menambahkan kesedaran mengenai diri individu. ahmad jazimin jusoh 2008 • .

Klien diberi peluang yang sebanyak mungkin untuk berubah.• • Terapi Gestalt tidak membenarkan klien merasa putus asa dan dijadikan alasan untuk tidak mahu berubah. Seseorang individu sedar perasaan dan berupaya untuk hidup sepenuhnya dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang telah menghalang kemajuannya. ahmad jazimin jusoh 2008 .

Kenyataan Perls ‗ lose your mind and come to your senses‘ • Terapi gestalt juga menekankan perasaan dan bahasa badan dan mengetepikan faktor kognitif. Perls telah merendahkan faktor intelektual dalam personaliti. ahmad jazimin jusoh 2008 .Limitasi • Terapi ini mempunyai kecenderungan mengetepikan unsur kognitif.

• Kurang kajian yang menunjukkan keberkesanan dalam pelaksanaannya • kecenderungan kaunselor menjadi lebih bersifat manipulasi dan mengawal. • Ia kelihatan seperti gimik dan berpotensi tinggi berlaku penyelewengan • Ia kadang kala mendorong melakukan tingkah laku sendiri yang boleh menimbulkan rasa tidak bertanggungjawab ahmad jazimin jusoh 2008 .

Contoh Sesi 1 • KL : Saya pun tak pasti dengan perasaan saya • KN : Cuba kekalkan dengan perasaan tak pasti.. Saya bimbang dan takut • KN : Anda memang bimbang dan takut sekarang ahmad jazimin jusoh 2008 . • KL : Yes. mana satu perasaan yang paling anda rasakan? • KL : Ntahlah mungkin bimbang? • KN : Cuba anda rasakan anda mungkin bimbnag atau memang bimbang.

saya menyusahkan orang lain. • KN : Cuba anda rasai sekarang. bahawa sekarang memang anda bimbang dan takut • KL : Mmmm…. saya tidak pandai. ahmad jazimin jusoh 2008 . saya rasa selalu diherdik dan tidak dihargai…. saya buat kelakar bodoh.memang saya bimbang dan takut sekarang…. • KN: Apa yang awak bayangkan? • KL : Saya bayangkan orang akan kata saya tak berguna.• KL : Mmmm…..

dan cuba cari ayat bagaimana yang dia herdikkan anda • KL : Susah encik…saya takut dengan keadaan itu • KN : Jika anda rasa takut anda juga boleh rasa berani. macam dia tu pandai sangat.• KN : Baiklah sekarang cuba anda memandang sekeliling anda…. cuba…. aku yakin dia tu memang tin kosong je… tak payah kita pedulikan budak bodoh tu… ahmad jazimin jusoh 2008 .. • KL : Tengok Mad tu. kerja pun tak ada lagi. baru setahun jagung. sudah berlagak pandai.

baru setahun jagung. • KL : Tengok Mad tu.• KN : Cuba rasai betul-betul. aku yakin dia tu memang tin kosong je… tak payah kita pedulikan budak bodoh tu…(klien Ulang balik dua tiga kali mengikut nada yang sesuai beberapa kali) ahmad jazimin jusoh 2008 . begitukah orang mengherdik anda ? • KL : Begitulah… • KN : Mari kita periksa nada orang yang mengherdik anda… • KL : Baik … • KN : Cuba ulang balik tentang herdikan tadi. sudah berlagak pandai. macam dia tu pandai sangat. kerja pun tak ada lagi.

Saya ingin nyatakan bahawa saya hanya ingin mengemukakan pandangan saya.. Dan orang salah anggap pandangan saya. • KN : Apa kelebihan awak Mad ? • KL : Saya rasa saya baik dengan orang lain.• KN : Apa anda rasa… • KL : Saya rasa sangat sedih dengan ungkapan tadi • KN : Siapa yang ucapkan tu? • KL : Cikgu Carlos yang cakap…. ahmad jazimin jusoh 2008 . Saya tak ganggu orang lain. Saya tidak pernah merosakkan rancangan orang lain.

• KN : Ertinya mungkin awak pelajar yang baik pada seseorang……… • KL : Ya……. • KN : Cuba bayangkan memang anda seorang yang baik …. • KN : Cuba anda rasakan bahawa anda memang baik… • KL : Macam mana nak rasa Encik…. • KL : Ok…saya bayangkan ahmad jazimin jusoh 2008 ..

Malangnya orang caci saya‖ • KN : Beritahu kepada saya sepuasnya. anda rasa macam mana? • KL : Tak pasti….cuba cakap ayat ini ―Saya bukannya teruk sangat. Malangnya orang caci saya‖ • KL : ―Saya bukannya teruk sangat.• KN : Bila anda bayangkan anda seorang yang baik. • KN : Macam mana pula anda rasa pandangan orang terhadap anda? • KL : Saya bukannya teruk sangat • KN : Ok …. sehingga anda rasa bahawa itulah perasaan anda yang sebenarnya ahmad jazimin jusoh 2008 .

cuba sekali lagi • KL : Saya rasa saya seorang baik dan kadangkala ada orang tidak hargai saya • KN : Mmm… berikan satu ayat yang sesuai yang menunjukkan anda kecewa dengan Cikgu tersebut ahmad jazimin jusoh 2008 .• KL : ( Klien mengulang sehingga dia rasa puas) • KN : Apakah yang awak rasa sekarang? • KL : Saya rasa saya seorang baik tapi kadangkala ada orang tidak hargai saya • KN : Buangkan perkataan tapi dan gantikan perkataan dan.

ahmad jazimin jusoh 2008 . • KN : Apa anda faham tentang diri anda sekarang ….• KL : Saya kecewa dengan kata-kata Cikgu Carlos yang mencemuh saya • KN : Cuba ulang ayat tersebut sehingga anda sedar dimana kedudukan anda sekarang • KL : ( KL mengulang ayat tersebut sehingga dia sedar apakah yang berlaku pada diri dia sekarang).

Contoh sesi 2 • 1. Fasilitator berbincang dengan murid pembuli tentang apa perasaan yang menyebabkan mereka bertingkah laku buli. ahmad jazimin jusoh 2008 .

Bila saya tegur dia buat tak tahu sahaja. • Murid : Saya rasa geram sangat dengan budak tu. • Murid : Ya. Baru dua hari datang sekolah berlagak macam nak mampus.. ahmad jazimin jusoh 2008 .• Fasilitator : Anda sedar bahawa anda telah lakukan buli terhadap orang lain...... Geramnya saya.. • Fasilitator : Cuba anda bayangkan perasaan anda waktu sebelum anda membuli orang lain pada masa sekarang.saya sedar perkara itu.

• Fasilitator : Sekarang anda masih geram lagi..memang saya geram lagi. Marah betul saya. Kalau ikutkan saya nak patahpatahkan tulangnya.. ahmad jazimin jusoh 2008 . • Murid : Ya....

Pada tahap seterusnya. fasilitator meminta murid pembuli tersebut menghayati rasa geram dan dan marahnya budak yang dimaksudkan olehnya. ahmad jazimin jusoh 2008 .• 2.

ahmad jazimin jusoh 2008 . • Murid : Saya geram sangat pada budak tu kerana berlagak dan bila saya tegur dia buat tak tahu.• Fasilitator : Cuba sebut ayat ni ‖ Saya geram sangat pada budak tu kerana berlagak ‖.

• Fasilitator : Cuba sebut beberapa kali dengan sepenuh hati sehingga anda rasa memang anda geram pada budak tu. ahmad jazimin jusoh 2008 . (murid pembuli ini akan sebut beberapa kali sehingga dia rasa puas hati). • Murid : Saya geram sangat pada budak tu kerana berlagak dan bila saya tegur dia buat tak tahu.

fasilitator menyemak perasaan murid tadi ahmad jazimin jusoh 2008 . • 4. fasilitator memberi ruang kepada murid pembuli untuk merasai perasaannya sendiri. Kemudian.• 3. Pada tahap ini.

apa yang berlaku ? • Murid : Saya panggil dia.• Fasilitator : Apa yang anda rasa ? • Murid : Saya rasa lega sedikit kerana dapat meluahkan. Dia tak jawab… ahmad jazimin jusoh 2008 . • Fasilitator : Selepas anda geram.

kera.• Fasilitator : Apa ayat yang anda panggil dia… • Murid : Saya cakap ‖ Hai. kenapa aku panggil kau tak jawab hah?‖ • Fasilitator : Apa respons budak tu ? • Murid : Dia buat tak tahu je.. ahmad jazimin jusoh 2008 .

Nasib baik ada warden kat bawah. Kalau tidak memang kena penampar free lah dengan saya hari tu. Sape tak marah.. Geram betul saya cikgu. orang panggil buat pekak dan tuli.• Fasilitator : Seterusnya apa yang anda buat ? • Murid : Saya sergah dia lagi. ahmad jazimin jusoh 2008 . • Fasilitator : Apa anda rasa ? • Murid : Marahlah cikgu. Dia pun buat tak tahu je. ‖Kau tuli ke ?‖.. Rasa nak tampar je..

• Murid : Ntahlah cikgu. apa yang anda ingin ucapkan..Cuba nyatakan ..kita berbincang. ahmad jazimin jusoh 2008 .... Aku panggil kau lah.. Kenapa kau berlagak sangat heh..pekak ke. • Fasilitator : Jangan risau.Aku terajangkan.... Cuba fokuskan perasaan anda apa yang anda ingin sebut jika diberi peluang untuk meluahkan rasa marah pada budak tu.• Fasilitator : Kalau diberi peluang untuk anda meluahkan rasa marah anda.. • Murid : Hai budak ...

Bayang anda memang anda berhadapan dengan budak tu.pekak ke...pekak ke.• Fasilitator : Adakah itu nada yang anda akan sebutkan pada dia. • Fasilitator : Cuba sebut kuat lagi......Aku terajangkan. Kenapa kau berlagak sangat heh.. Kenapa kau berlagak sangat heh. Aku panggil kau lah.. • Murid : Hai budak .. Cuba buat nada yang sebenar dan sepenuh perasaan hati anda... (kuat sedikit) ahmad jazimin jusoh 2008 .... • Murid : Hai budak . Aku panggil kau lah.(Fasilitator mengangkatkan sedikit suaranya).Aku terajangkan.

(dengan nada yang kuat)... • Fasilitator : Apa anda rasa ? • Murid : Saya rasa dapat luahkan apa yang saya ingin luahkan..• Fasilitator : Cuba sebut kuat lagi...Aku terajangkan. • Murid : Hai budak ...pekak ke..(Fasilitator menguatkan suaranya). ahmad jazimin jusoh 2008 . Kenapa kau berlagak sangat heh. Aku panggil kau lah.

Saya kan senior dia. ahmad jazimin jusoh 2008 . • Murid : Memanglah tak baik tapi saya marah sangat.• Fasilitator : Apa yang sebenarnya daripada budak tu ? • Murid : Saya nak dia hormat sayalah. • Fasilitator : Tapi adakah cara anda memanggil dia dengan nama kera satu tindakan yang baik. Jangan berlagak sangat. Tak kan itu pun nak di ajar. Paling tidak pun tegurlah saya.

Tapi saya rasa tak boleh kawal diri saya...• Fasilitator : Saya faham anda marah cuma adakah terdapat satu cara sahaja dalam menegur orang yang berlagak macam dia.Yelah memang saya akui banyak cara lain. • Murid : Hmmm. ahmad jazimin jusoh 2008 . Saya memang bengang betul dengan budak tu.

ahmad jazimin jusoh 2008 .• 5. Pada tahap ini. fasilitator memberi ruang untuk murid memilih ayat-ayat yang baik untuk diucapkan kepada junior beliau tersebut.

nada bagaimana anda gunakan.. • Fasilitator : Biasanya bila anda bercakap dengan orang tua atau ibu bapa dan guru anda... • Murid : Nada yang biasalah ahmad jazimin jusoh 2008 .• Fasilitator : Baik...Jika diberi ruang apakah ayat yang sesuai yang boleh anda gunakan untuk menegur rakan anda tadi ? • • Murid : Tak tahulah cikgu.

Bukan sekolah biasa. • Fasilitator : Ok.. Ini sekolah asrama.saya nak cakap ni. Kita macam saudara beb.• Fasilitator : Ada tak nada marah-marah • Murid : Tak adalah sangat.. Hormatlah sikit.. cuba bayangkan anda nak sebut pada budak yang anda bengang tadi dengan nada yang biasa tanpa marah-marah dan dengan harapan budak tu faham maksud anda. Saya tak suka awak buat saya macam ni. • Murid : Hai. ahmad jazimin jusoh 2008 .

. Saya suka kalau kita saling hormat menghormati.saya nak bercakap sikit dengan awak. Tak rugi kalau kita saling bertegur sape.. Anggaplah kita disini semua bersaudara‖. Sesuai ke kalau anda cakap begitu dengan budak tu.• Fasilitator : Bagus !!! Tanpa panggil nama kera pun anda boleh ucapkan dengan baik.. Lagi bagus jika anda rendahkan sedikit nada anda dan mungkin boleh sebut ayat ni ‖ Sorry lah.. • Murid : Boleh lah cikgu ahmad jazimin jusoh 2008 .

.• Fasilitator : Boleh anda ulang balik apa yang saya cakapkan tadi. ahmad jazimin jusoh 2008 . Saya suka kalau kita saling hormat menghormati. Anggaplah kita disini semua bersaudara . • Murid : Sorry lah.saya nak bercakap sikit dengan awak... Tak rugi kalau kita saling bertegur sape.

tak adalah macam teruk sangat. apa anda rasa • Murid : Rasa oklah. ahmad jazimin jusoh 2008 .• Fasilitator : Apa anda rasa bila anda sebut ayat tu.. • Murid : Rasa macam tak ada lah marah sangat • Fasilitator : Kalau saya sebut ayat tu pada anda.

• Fasilitator : Ok.. ahmad jazimin jusoh 2008 .Minggu depan jumpa cikgu lagi.. Kita bincang respons budak tu. Cuba anda tegur budak tu dengan ayat tadi. Pada tahap ini nampaknya murid pembuli tadi sudah mula dapat menerima cara baru dalam menguruskan rasa geram dan marah beliau pada murid junior.kita tengok macam mana dulu.. • 6.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful