You are on page 1of 22

TOPIK 4 PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL

Pengenalan Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan.

Peraturan permainan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain.


Peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain

Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah: (a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang. (b) Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah. (c) Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau.

Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti: (i) kekuatan kardiovaskular (ii) Kelenturan (iii) Daya tahan otot (iv) Kekuatan otot (v) Ketangkasan (vi) Imbangan (vii) Koordinasi (viii) Kuasa (ix) Masa tindak balas (x) Kelajuan

Jenis Permainan tradisional


Permainan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) dan kumpulan (di pertandingan lebih dari seorang sekumpulan).

Kategori Pertandingan Permainan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman

Sistem Pertandingan
Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian.

Sistem pertandingan permainan tradisional mula di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan.
Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai, contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai

9.2 SISTEM UNDIAN DALAM PERMAINAN TRADISIONAL

Sebelum memulakan permainan tradisional biasanya undian dilakukan bagi menentukan bagaimana untuk menentukan atau memulakan pertandingan.
Undian dilakukan adalah bagi membolehkan permainan menjadi lancar tanpa bantahan serta memberi keadilan kepada pemain. Tujuan undian dilakukan dalam permainan tradisional ialah: (a) Memilih ahli kumpulan atau pasangan (b) Memilih ketua kumpulan atau memilih peranan yang di mainkan oleh pemain (c) Menentukan giliran bermain dengan menentukan pasukan dan pemain mana yang akan mulakan pertandingan (d) Menentukan tempat permainan

9.2 SISTEM UNDIAN DALAM PERMAINAN TRADISIONAL

Sebelum memulakan permainan tradisional biasanya undian dilakukan bagi menentukan bagaimana untuk menentukan atau memulakan pertandingan.
Undian dilakukan adalah bagi membolehkan permainan menjadi lancar tanpa bantahan serta memberi keadilan kepada pemain. Tujuan undian dilakukan dalam permainan tradisional ialah: (a) Memilih ahli kumpulan atau pasangan (b) Memilih ketua kumpulan atau memilih peranan yang di mainkan oleh pemain (c) Menentukan giliran bermain dengan menentukan pasukan dan pemain mana yang akan mulakan pertandingan (d) Menentukan tempat permainan

Terdapat pelbagai cara undian yang dilakukan dalam permainan tradisional antaranya ialah: Tepuk Daun Undian tepuk daun biasanya digunakan bagi menentukan kumpulan atau pemain yang memulakan pertandingan. Undian ini melibatkan dua orang, alat yang digunakan dalam permainan ini ialah sehelai daun. Pemain akan memilih bahagian daun yang di kehendaki. Contohnya A akan memilih belakang daun dan B akan memilih hadapan daun.

Cara membuat undian ini ialah: (a) Pemain perlu meletakan daun di tapak tangan (b) Pemain perlu duduk berhadapan dengan sebelah tangan pemain diangkat separas bahu atau lebih. (c) Aras kedudukan tangan perlulah sama tinggi (d) Salah seorang daripada pemain melekatkan daun pada tapak tangan. (e) Secara serentak kedua-dua pemain hendaklah menepuk tangan. (f) Daun akan di biarkan jatuh ke tanah Jika bahagian daun tengadah ke atas maka pemain B memenangi undian itu begitu juga sebaliknya.

9.3 CONTOH-CONTOH PERMAINAN TRADISIONAL Terdapat berbagai jenis permainan tradisional atau sukan tradisional di Malaysia antara permainan tradisional ialah: (a) Congkak Permainan congkak telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Pemain congkak dimainkan di dalam rumah iaitu dari jenis permainan anjung.
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu bersaiz besar dan diukir seperti perahu atau pun menggunakan lubang digali di atas tanah, dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Hujung papan congkak yang dibuat dari kayu biasanya diukir dalam bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Buah congkak terdiri daripada biji congkak, biji getah dan biji guli.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung.
Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Cara Bermain
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan ini diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong sama ada di kawasan sendiri atau lawan. Sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri, permainan perlulah dihentikan. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Selepas itu pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi buah apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

WAU

(b) Wau Bentuk teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, wau juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Permainan wau merupakan permainan bagi memenuhi masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Wau telah di mainkan oleh orang Melayu sejak sekitar kurun kelima belas. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau Wau dicipta bergantung kepada kreativiti pembinanya, oleh itu terdapat pelbagai jenis nama dan bentuk wau. Contohnya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Wau juga biasanya di hiasi oleh corak yang bermotifkan awan larat yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga di jadikan sebagai hasil kraf tangan dan hiasan dinding.

MEMBUAT WAU

MEMBUAT WAU

Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, bermula dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau. Masa yang diambil untuk membuat wau biasanya mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk siap. Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

You might also like