C1

C2

C3

C4

C5

C6

C7

C8

C9

C10

Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. L5 L6 L7jawapan L1 L2 L3 L4 Tulis L8 L9 L10 L11 kamuL12 L13 L14 L15 L16 L17 L18 L19 L20 dalam satu

Menghormati Contoh 1 ibu

berdisipli n

rajin

Loceng waktu terakhir berbunyi. Anuar mengambil basikal lalu mengayuh menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, diapun meletakkan basikal di tempat yang disediakan. Dia memberi salam sambil menanggalkan kasut dan stoking lalu meletakkannya di rak kasut. Setelah ibunya membuka pintu, dia bersalaman lalu mencium tangan ibunya. Dia ke bilik untuk menyimpan beg dan menukar pakaian. Setelah selesai, dia terus ke dapur untuk membantu ibunya menghidangkan makanan tengah hari. Selesai makan , dia membantu ibu membersihkan meja makan. Selepas itu, dia bersiap ke sekolah agama pula. Pulang dari sekolah agama, dia terus mandi dan bersembahyang. Selepas makan malam, dia terus ke meja belajar untuk mengulang kaji tanpa menunggu arahan daripada sesiapa.

taat

berdikari

Mementingkan kebersihan

berdisiplin

:

agar hidup teratur dan sempurna : telah membesarkan kita

menghormati ibu

rajin : membantu ibu, meringankan beban kerja ibu mementingkan kebersihan : agar hidup sihat taat : taat kepada suruhan Allah balasannya syurga : jangan mengharapkan bantuan orang lain

berdikari

Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan teladan antaranya sikap berdisiplin Anuar. Kita mestilah berdisiplin agar hidup kita teratur, sempurna, dan berjaya. Sebagai seorang anak pula kita mestilah menghormati ibu bapa. Hal ini kerana merekalah yang telah bersusah payah membesarkan kita. Kita juga perlulah rajin membantu ibu dan ayah bagi meringankan beban kerja mereka yang sememangnya banyak. Untuk memastikan tubuh kita sihat, kita seharusnya menjaga kebersihan diri. Mandi, menggosok gigi, dan, makan makanan yang berkhasiat perlu kita lakukan setiap hari. Sebagai umat Islam pula, kita harus taat kepada suruhan-Nya bagi memastikan kita mendapat balasan yang baik di akhirat nanti. Sikap berdikari Anuar patut kita contohi. Ulang kajilah pelajaran tanpa menunggu diarah oleh ibu atau bapa kita dan janganlah kita terlalu mengharapkan bantuan orang lain apabila membuat sesuatu pekerjaan.

jauhi sikap suka Contoh menunjuk-nunjuk 2

jangan menganggu kawan

Yusri murid yang nakal. Dia suka mengusik kawan-kawannya dengan menyembunyikan barang-barang mereka. Kelakuannya itu tidak disukai oleh kawan-kawannya. Pada suatu hari, Yusri membawa buku cerita yang baru dibeli oleh ibunya ke sekolah. Dia ingin menunjukkan buku cerita tersebut kepada kawan-kawannya. Selepas tamat sekolah, dia teringat akan menolong buku ceritanya. Puas dia mencari, namun dia tidak menjumpai buku kawan tersebut. Yusri menangis kerana takut dimarahi oleh ibunya nanti. Kawan-kawannya menolong dia mencari buku cerita itu. Mereka mencari di sekitar kawasan sekolah. Akhirnya mereka menjumpai buku cerita tersebut di dewan sekolah. Yusri mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya. Dia terhutang budi kepada kawankawannya. Barulah dia menyedari bertapa susahnya hati seseorang jika kehilangan barang. insaf menjaga harta sendiri tanda penghargaan

jangan menganggu kawan : tidak disukai oleh kawan-kawan suka menunjuk-nunjuk (jauhi) : sikap buruk yang merugikan diri

menjaga harta sendiri : agar tidak hilang menolong kawan : kita juga memerlukan pertolongan berterima kasih : sebagai tanda penghargaan insaf : jangan ulangi perlakuan yang lama

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita peroleh daripada petikan di atas. Antaranya kita janganlah suka menganggu kawan kerana sikap kita itu tidak disukai oleh kawan-kawan kita. Sikap suka menunjuk-nunjuk juga harus kita jauhi kerana sikap ini akhirnya akan merugikan diri kita sendiri seperti Yusri yang kehilangan buku ceritanya. Kita perlulah menjaga harta kita dengan baik agar tidak hilang. Apabila kawan kita berada dalam kesusahan, kita perlulah membantu mereka kerana suatu hari nanti mungkin kita pula yang memerlukan pertolongan mereka. Setelah mendapat pertolongan kita haruslah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas pertolongan mereka. Menginsafi segala perlakuan buruk yang pernah kita lakukan dan bertekad tidak akan mengulangi perlakuan itu semula merupakan satu sikap yang baik dan harus kita amalkan.

berdisiplin Contoh 3

baik hati

rajin

Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, beliau dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah. Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada muridmurid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan. bertolak-ansur berani & bertanggungjawab

rajin : membaca buku sambil menunggu bas baik hati : memberi wang syiling baki wang sakunya berdisiplin : tidak berebut-rebut bertolak-ansur : memberi peluang murid yang kecil berani & bertanggungjawab : menegur

Antara nilai murni yang boleh didapati daripada petikan ialah baik hati. Hal ini dapat dilihat daripada sikap Aminah terhadap pengemis itu. Di samping itu sikap rajin Aminah juga patut kita contohi. Sementara menunggu bas dia membaca buku. Berdisiplin serta bertolak- ansur kerana beratur dan membiarkan muridmurid yang lebih kecil menaiki bas dahulu ialah nilai yang baik. Selain itu Aminah juga berani dan bertanggungjawab apabila menegur murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas.

Contoh 4 mesti bersalaman

tidur awal

bersarapan

Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa bersalaman dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyikan lagu “Negaraku”, dia masih berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah. berdiri tegak mengikuti peraturan

menjaga harta

tidur awal : jangan menonton televisyen hingga larut malam bersarapan : dapat menumpukan perhatian semasa belajar mesti bersalaman : menghormati ibu, meminta restu mengikut peraturan : agar tidak berlaku kemalangan menjaga harta : agar tidak hilang berdiri tegak : menghormati lagu kebangsaan

Sebagai seorang pelajar kita hendaklah tidur awal. Jangan menonton televisyen hingga larut malam kerana hal ini akan menyebabkan kita mengantuk semasa guru mengajar. Kita juga perlu bersarapan sebelum pergi ke sekolah agar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. Bersalaman dan meminta restu daripada ibu bapa sebelum pergi ke sekolah perlu kita jadikan amalan. Sebagai pengguna jalan raya pula, kita mesti patuh kepada undang-undang jalan raya agar tidak berlaku kemalangan. Harta benda sendiri perlu dijaga dengan baik supaya tidak hilang. Semasa lagu Negaraku dinyanyikan, kita mestilah berdiri tegak sebagai tanda menghormati lagu kebangsaan negara kita.

Contoh 5 Kasih sayang

Bertanggungjawab

Buah delima pelbagai rasa, Dipetik sebelum waktu senja; Dari kecil hinggalah dewasa, Ibu bapa membelai Dalam sungai dipasang penuh manja. bubu, Masuk seekor anak kelisa; Sungguh mulia jasamu ibu, Sepanjang hayat Mengenang dikenang sentiasa.
jasa

Limau kasturi jangan dilupa, Beli juga sebungkus asam jawa; Tidakku lupa padamu bapa, Terima kasih Sanggup berkorban harta Kacang dicampur santan dan nyawa. kelapa, Nasi berulam pucuk pegaga; Terima kasih ibu dan bapa, Kesyukuran Bersyukur kita hidup bahagia.

Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita

C1

C2

C3

C4

C5

Tulis beberapa faedah / kebaikan yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu

Faedah Contoh 1 Membaca

menang pertandingan

pandai

Sulaiman ialah seorang murid yang rajin membaca. Kerajinannya membaca menyebabkan dia pintar. Dia selalu dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru di dalam kelas termasuklah soalan pengetahuan am. Oleh sebab itu, dia sering dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz dan berjaya mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri. Karangan Sulaiman juga selalu dijadikan contoh oleh gurumurid contoh Bahasa Melayunya. Selepas makan pada waktu rehat, dia selalu masuk ke perpustakaan untuk membaca surat khabar. Pada waktu lapang pula, dia gemar membaca buku. Dia membaca buku cerita sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Jika tidak faham makna sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris itu, dia akan merujuk kamus. Tidak hairanlah dia dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Kerana kerajinannya membaca buku, dia telah diberikan anugerah Nilam oleh guru. mengisi mahir masa lapang dapat bahasa anugerah Inggeris

pandai : dapat banyak ilmu menang : menang pertandingan dan mengharumkan nama sekolah murid contoh : kerana rajin dan pandai mengisi masa lapang : dengan perkara yang berfaedah mahir bahasa Inggeris : kerana rajin membaca dan merujuk kamus anugerah : penghargaan daripada guru

Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa faedah yang boleh kita peroleh daripada membaca. Antaranya, rajin membaca akan menjadikan kita pandai dan kita akan dapat banyak ilmu. Jadi, mudahlah kita menjawab segala soalan yang dikemukan kepada kita terutamanya dalam pertandingan kuiz. Sulaiman dalam petikan di atas telah menang dalam pertandingan kuiz, sekali gus mengharumkan nama sekolahnya hingga ke peringkat negeri. Membaca juga boleh kita jadikan hobi untuk mengisi masa lapang. Hobi seperti ini amat besar faedahnya. Kerana rajin membaca juga kita akan dapat menguasai bahasa Inggeris. Contohilah Sulaiman yang rajin membaca buku cerita dalam bahasa Inggeris dan merujuk kamus. Satu lagi faedah membaca ialah kita akan dapat Anugerah Nilam melalui Program Nilam di sekolah. Baca dan catatkan ke dalam buku Nilam apa yang telah kita baca. Kita juga boleh menjadi murid contoh seperti Sulaiman jika kita rajin membaca.

Latihan 1 Setiap pagi, saya bersama Rahmat dan Salim bertolak dari rumah ke sekolah pada jam 6.50 pagi. Kami berbasikal bersamasama meredah keheningan pagi. Kami melalui bahu jalan dan tidak bersaing-saing antara satu sama lain demi menjaga keselamatan. Ketika menghampiri simpang empat, kami lebih berhati-hati. Tiba-tiba seorang perempuan tua dalam keadaan terbongkok-bongkok melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Kami berasa terkejut. Nasib baik brek basikal kami masih berfungsi dengan baik. Perempuan itu terjatuh di tengah jalan. Saya segera melompat turun dari basikal lalu meluru mendapatkan perempuan tua itu. Kami memimpin perempuan tua itu ke seberang jalan. Perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada kami. Kami berasa gembira kerana dapat menolong orang yang dalam kesusahan.

Latihan 2 Farid terlewat ke sekolah kerana lambat bangun. Malam tadi, Farid menonton televisyen sehingga lewat malam. Farid tidak sempat bersarapan. Dia terus mengayuh basikalnya dengan laju menuju ke sekolah. Di sebuah selekoh yang tajam, dia terjatuh lalu lututnya tercedera. Namun, dia tetap meneruskan perjalanan ke sekolah. Pada hari itu, sekolah Farid mengadakan perhimpunan mingguan. Semasa menyanyikan lagu “Negaraku”, Farid tidak bermaya lalu pengsan. Guru yang bertugas telah membawa Farid ke bilik rawatan. Setelah sedar, Farid mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah membantunya itu. Mulai hari itu Farid tidak lagi menonton televisyen hingga larut malam. Dia sentiasa bangun awal dan bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

Latihan 3 Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.” Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka.

Latihan 4 Ahmad ialah posmen di sebuah pejabat pos. Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Dia juga turut memelihara ibunya yang sudah tua. Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi sibuk. Awal pagi dia sudah menghidupkan motosikalnya untuk menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Pulang daripada menghantar anaknya, Ahmad akan memandikan ibunya yang sakit. Isterinya pula membantu Ahmad menyediakan makan dan minum untuk ibu mertuanya itu. Selepas itu baharulah Ahmad pergi ke tempat kerja. Dia sentiasa sampai awal di tempat kerja dan terus memulakan tugas dengan menyusun semua surat yang perlu dihantar. Dia akan memastikan surat-surat yang dihantar sampai ke tempat yang dialamatkan. Dia juga amat menghormati ketua dan rakan setugasnya. Setelah berkhidmat selama 10 tahun, dia telah dinaikkan pangkat.

Latihan 5 Sejak kematian ayahnya setahun yang lalu, Rosmah tinggal bersama-sama ibu dan dua orang adiknya. Setiap hari, dia bangun pada pukul 5.00 pagi kerana membantu ibunya membuat nasi lemak untuk dijual. Setelah itu, Rosmah mengejutkan adik-adiknya dan membantu mereka bersiap untuk ke sekolah. Selepas bersarapan, Rosmah pergi ke sekolah bersama-sama dua adik kesayangannya itu. Apabila balik dari sekolah, Rosmah menghidangkan makanan yang telah dimasak ibunya untuk makan tengah hari adik-adiknya. Ibunya tiada di rumah kerana bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit. Pada sebelah malam, Rosmah tidak lupa mengulang kaji pelajaran bersama adik-adiknya. Dia berusaha bersungguh-sungguh supaya berjaya cemerlang dalam UPSR.

Latihan 6 Setiap pagi, Prajeet pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak. Ibunya selalu menasihati Prajeet supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Prajeet tidak memperdulikannya. Selain tidak bersarapan pagi, Prajeet juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia habiskan masa rehat itu dengan bermain. Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Prajeet pengsan. Doktor mengesahkan Prajeet mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Prajeet menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.

Latihan 7 Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam. Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim segera mematikan suis televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen. Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya. Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut. Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil. Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya. Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

Latihan 8 Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah. Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

Latihan 9 Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin. Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah. Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.

Latihan 10 Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak. Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordin Jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara.

Latihan 11 Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab. Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budakbudak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk.

Latihan 12 Mari makan sejemput pulut, Pulut dimakan dengan kari; Ilmu pengetahuan wajib dituntut, Hidup sejahtera kemudian hari. Anak dara menjual jamu, Jamu dibuat oleh Cik Siti; Semasa kita menuntut ilmu, Suruhan guru mesti dituruti. Masak nasi ayam belada, Lada digaul bersama hati; Jika ilmu penuh di dada, Ke mana pergi akan dihormati.

Enak sungguh ketupat nona, Kuah kacang dimasak pekat; Gunalah ilmu secara bijaksana, Kelak hidup sentiasa berkat. Resepi kuih ciptaan Encik Ramu, Ramuan diguna penuh rahsia; Jangan jemu menuntut ilmu, Amalkan sentiasa sepanjang usia.

Latihan 13 Pokok semalu tumbuh melata, Dibawa orang mudik ke hulu; Fikir dahulu sebelum berkata, Agar tidak mendapat malu. Indah bersinar di dalam kota, Nampak berseri kilau cahaya; Bercakap benar amalan kita, Itulah tanda orang mulia. Buah berangan di dalam kota, Buat santapan tuan puteri; Jangan kita kata mengata, Bimbang menimpa diri sendiri.

Sungguh cantik burung kenari, Berdada kuning berparuh perang; Kalau sombong meninggi diri, Ke mana pergi dibenci orang.

Berjuta bintang satu bulan, Hening malam indah bercahaya; Tenang dan sabar jadi amalan, Agar hidup tetap berjaya.

Latihan 14 Sudah jenuh menangkap ruan, Duduk rehat buat seketika; Buku penuh ilmu pengetahuan, Jangan biarkan dimakan usia. Makan duku bersama rakan, Sambil makan sambil bercerita; Bacalah buku janganlah bosan, Kejayaan tentu menanti kita. Terbang enggang tinggi di awan, Hinggap sebentar di kayu ara; Masa senggang diisikan bacaan, Tidak dibuang dengan sia-sia.

Kalau pergi ke negeri Arab, Jangan pergi waktu senja; Jadikan buku teman akrab, Sentiasa di samping ke mana saja. Duduk berbual di dalam balai, Berbual-bual bersama rakan; Ilmu pengetahuan amat bernilai, Untuk kita mencapai kejayaan.

Latihan 15 Makan nasi bersayur labu, Medan selera Restoran Mamat; Dengarlah segala nasihat ibu, Semoga hidup akan selamat. Tok Aki memanjat kelapa, Santan diambil memasak peria; Ikutlah nasihat ibu dan bapa, Tentu hidupmu akan bahagia. Makan roti dengan sekaya, Minum kopi bersama rakan; Kalau kita sudah berjaya, Ayah dan ibu jangan dilupakan.

Lukisan cantik serta berwarna, Untuk pameran esok dan lusa. Jadilah anak yang berguna, Mengenang budi dan berjasa. Panglima Awang gagah berani, Mengawal kampung menjaga keluarga; Ingatlah kawan amanah ini, Kasih ibu bapa sangat berharga.

Latihan 16

Latihan 17

Latihan 18

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful