You are on page 1of 7

TEORI OTAK KIRI DAN KANAN

Disediakan oleh: Muhammad Ruzaini bin Ramli Muhammad Noor Kyairi bin Hassan Mohamad Hafizudin bin Nazarali Mohamad Firdaus Sukry bin Bacho
PiSMP 4.07

Definisi
Roger W Sperry (1981) mengemukakan bahawa otak manusia terdiri dari belahan kiri dan kanan, di mana masing-masing belahan otak tersebut mempunyai fungsi yang berbeza Clark (1988) dan Gowan (1989) melalui Teori Belahan Otak (Hemisphere Theory) mengatakan bahawa sesungguhnya otak manusia itu menurut fungsinya terbahagi kepada dua belahan, iaitu belahan otak kiri (left hemisphere) dan belahan otak kanan (right hemisphere). Erick Jensen dalam bukunya Brain Based Learning mengemukakan bahawa belahan otak kiri memproses maklumat secara berurutan dan bahagian kanan memproses maklumat secara keseluruhan. Jerry Levy (University of Chicago) menegaskan bahawa kedua bahagian otak memang terlibat hampir dalam setiap aktiviti, dan waktu serta tahap penglibatannya merupakan faktor-faktor yang sangat mempengaruhi.

Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian:


a) Hemisfera Otak Kiri ( HOKI) b) Hemisfera Otak Kanan (HOKA) Pelajar yang dominan pada otak kiri (HOKI) biasanya :

Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analisis urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan (IQ= Intelligence Quotient)
Pelajar yang dominan pada otak kanan (HOKA) biasanya :

Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. (EQ=Emotional Quotient)

Dari sudut gaya belajar quadrant , ia merujuk kepada konsep hemisfera yang berasaskan kepada pembahagian empat quadrant (sukuan) yang mana menjelaskan perkaitan fungsi otak yang berkaitan dengan fungsi hemisfera otak kiri (HOKI) dan hemisfera otak kanan (HOKA).

Setiap satu quadrant ada elemen-elemen tertentu dan setiap pelajar yang dominan mana-mana quadrant akan menunjukkan ciri-ciri tertentu dalam pembelajarannya.

KIRI ATAS

KANAN ATAS

Analitikal Logik Kuantitatif Rasional Fakta.


KIRI BAWAH

Intuitif Perkongsian Muzik Emosi Kerohanian.

Quadrant A

KANAN BAWAH Quadrant B

Terperinci Perancangan Prosedur Ulangan Pengelolaan.

Holistik Serentak Kreatif Imaginatif Visi.

Elemen-Elemen Mewakili Fungsi Qudrant A, B, C dan D (Sumber: Haji Abdul Fatah b. Hasan, Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak dan Daya Berfikir1996

Quadrant D

Quadrant C

Pembelajaran Teori Otak Kiri dan Kanan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

a) Untuk membolehkan individu berfikir dengan berkesan keduadua hemisfera otak harus dimanfaatkan dari segi fungsi dan peranan b) Untuk memastikan kedua-dua hemisfera digunakan dengan baik dalam pembelajaran di mana guru perlu mengetahui teknik mengajar yang sesuai c) Guru perlu mengimbangkan penggunaan teknik yang cenderung kepada peranan hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri.

You might also like