You are on page 1of 12

KONFRONTASI MALAYSIA- INDONESIA (1963-1966)

AHLI KUMP : NARMATHA MANI MARAN MALARVILEE ELAMKOVAN NILAWU KARASI SUBRAMANIAM KALAIESWARI SIVAPRAGASAM

PENGENALAN Kamus Dewan Edisi Ketiga, konfrontasi ialah -persemukaan antara dua orang (pihak, negeri, dll) atas sebab bertentangan ,berselisihan atau bermusuh. Pertentangan secara langsung yang menyebabakan orang atau pihak yang terlibat menghadapi kemungkinan berlakunya peperangan.
KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA 1963-1966

merupakan antara konflik yang meninggalkan satu titik hitam dalam lipatan sejarah moden Dunia Melayu.

merupakan sebuah konflik berkaitan masa depan pulau Kalimantan, antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1962-1966.

DOUGLES HYDE
Konfrontasi merupakan satu konflik yang pahit, tiada tolak ansur dan ianya berbahaya. Konfrontasi merupakan pertelagahan bentuk baru antara negara, dan bukanlah antara sempadan,atau puak. Konfrontasi ini muncul pada awal pembentukan Federasi Malaysia pada awal 1961, apabila Malaya yang telah bebas dari cengkaman penjajah disertai oleh Singapura, Sarawak dan Sabah bergabung membentuk Malaysia.

KONSEP PENENTANGAN

Presiden Soekarno (Indonesia) menentang hebat keinginan itu,dan menganggap Malaysia sebagai boneka British, kerana penubuhan Malaysia dapat menambahkan lagi kekuasaan British sekaligus menyangkal sistem politik di Indonesia yang berhaluan kiri pada waktu itu.
Selain itu, Soekarno berasa tersinggung kerana tanah melayu dan British tidak berunding dengan beliau tentang pembentukan Malaysia. Hal ini kerana,beliau ingin menubuhkan Indonesia Raya (penyatuan tanah melayu dengan Indonesia) .

Indonesia enggan mengiktiraf Malaysia,kemudian memutuskan hubungan ekonomi, sosial dan politik dengan Malaysia.

KONSEP KONFLIK DALAM KONFRONTASI INDONESIA MALAYSIA 1963 - 1966 20 Januari 1963, Menteri Luar Negeri Indonesia Soebandrio mengumumkan bahawa Indonesia mengambil sikap bermusuhan terhadap Malaysia. Dasar konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumumkan.

12 April 1963, sukarelawan Indonesia mula memasuki Sarawak dan Sabah untuk menyebarkan propaganda dan melaksanakan penyerangan. Serangan-serangan gerila dilancarkan di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak.
27 Julai 1963, Presiden Soekarno mengumumkan bahawa dia akan mengGanyang Malaysia".

16 Ogos 1963, pasukan dari Rejimen Askar Melayu DiRaja berhadapan dengan lima puluh gerilawan Indonesia.

Askar-askar Melayu telah menentang habis-habisan pasukan gerila dari Indonesia.Tunku Abdul Rahman pernah berkata sewaktu pengisytiharan penubuhan Negara Malaysia.
'Kami bersedia untuk mengawal dan mempertahankan negara kami daripada serangan musuh dengan apa juga kuasa yang ada pada kami dan juga dengan nyawa kami

Kejadian sepanjang tempoh konfrontasi.


Demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur, merobek-robek foto Soekarno, serta sikap penduduk yang membawa lambang negara Garuda Pancasila ke hadapan Tunku Abdul Rahman, dan memaksanya untuk menginjak Garuda, telah lebih membangkitkan kemarahan Soekarno
Tahun1964, pasukan askar-askar dari Indonesia mula masuk ke Semenanjung Malaysia melalui Johor. Mei 1964, Indonesia membentuk Komando Mandala Siaga (Kolaga), dipimpin oleh Laksdya Udara Omar Dani sebagai Pangkolaga, bagi mengkoordinat kegiatan perang terhadap Malaysia. Kolaga terbahagi kepada tiga Komando;Komando Tempur Satu (Kopurtu) kedudukannya di Sumatera terdiri dari 12 Batalyon TNI-AD, tiga Batalyon Para dan satu batalyon KKO. Sasaran operasinya, Semenanjung Malaya Komando Tempur Dua (Kopurda) -kedudukannya di Bengkayang, Kalimantan Barat, terdiri dari 13 Batalyon

17 Ogos 1964, pasukan payung terjun Indonesia mendarat di pantai barat daya Johor dan membentukpasukan gerila. 2 September 1964, pasukan payung terjun di daratkan di Labis, Johor.

Pada 29 Oktober, 52 tentera mendarat di Pontian diperbatasan Johor-Malaka, namun berjaya ditangkapoleh pasukan Rejimen Askar Melayu DiRaja , danselebihnya ditangkap oleh Pasukan Gerak UmumKepolisian Kerajaan Malaysia di Batu 20, Muar, Johor.
Soekarno juga telah meminta bantuan dari Pasukan Komunis Indonesia bagi menghapuskan Malaysia, setelah mendapati tentera Indonesia, kurang Menyokongnya, apabila mereka tidak pasti samada dapat mengalahkan tentera British.

Presiden Soekarno amat membenci Malaysia sehingga Soekarno pernah berkata; .Untukku,Malaysia itu musuh nomor satu.
Rakyat Malaysia bersatu padu menentangkonfrontasi Indonesia. Malaysia mendapat bantuantentera daripada Britain, Australia,Kanada danNew Zealand untuk mempertahankan diri darikonfrontasi ini. Tunku Abdul Rahman telah menghantar suratbantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung penceobohanIndonesia terhadap Tanah Melayu, Sabah, danSarawak.

Indonesia kemudian tidak berputus asa denganterus memburukkan nama Malaysia

Tun Abdul Razak, telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negara di Afrika dan menjelaskan halyang sebenar. Hubungan tegang antara Indonesia dan Malaysiaberpanjangan sehingga September 1965.
Pada akhir tahun 1965, Jeneral Soeharto mengambilalih tampuk pimpinan Soekarno setelah berlangsungnya G30S/PKI di Indonesia.

Oleh kerana wjudnya konflik domestik , keinginanIndonesia untuk meneruskan perang denganMalaysia menjadi berkurangan. Pengaruh komunis juga terhapus.

Presiden Soeharto telah menggulingkan PresidenSoekarno, dan menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik, untuk menjalinkan hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
28 Mei 1966, sebuah konferensi telah diadakan di Bangkok, antara Kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia.

You might also like