KEJURUTERAAN BEKALAN AIR (C 2145

)
SUMBER AIR

SUMBER AIR MENTAH
• AIR BAWAH TANAH
a. Air Bumi b. Equifer (mata air)

AIR PERMUKAAN BUMI
a. Air Sungai b. Air Tasik c. Air Larian Permukaan d. Air Hujan

KITARAN AIR

• AIR BAWAH TANAH

JENIS-JENIS SUMBER AIR BAWAH TANAH

- Dikenali sebagai Zon Tepu Air iaitu kawasan yang mengandungi liang, rekahan, dan ruang antara partikel batu yang dipenuhi air. - Berpunca daripada kerpasan yang menyerap masuk ke bawah tanah dari permukaan atas bumi. - Pergerakan air bergantung kepada darjah ketelapan dan porositi iaitu jumlah ruang kosong di dalam batu sub-permukaan. - Memerlukan masa beribu-ribu tahun untuk kembali ke alam sekitar apabila diserap jauh ke dalam equifer mendalam. - Merupakan sebahagian daripada kitaran air dunia. - Digunakan oleh manusia untuk aktiviti harian.

•EQUIFER dan MATA AIR
- Air permukaan yang cetek akan diserap oleh akarakar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. - Sebahagian air tersebut diserap semakin dalam ke dalam tanah dan mengisi equifer (batuan subpermukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. - Equifer yang telah dipenuhi air akan melimpahkan air keluar ke permukaan bumi. - Boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu dari saiz kecil yang akan mengalir selepas hujan lebat kepada kolam mata air yang besar yang boleh mengalir berjuta-juta gelen sehari.

- Boleh terbentuk dalam pelbagai jenis batu (kebanyakannya didapati dalam batu kapur) yang sangat senang merekah dan boleh dilarutkan oleh air hujan seterusnya menjadikannya bersifat asid. - Apabila batu tersabut melarut dan merekah, ruang akan terbentuk yang membolehkan air mengalir. - Pengaliran air secara mendatar akan menyebabkan air mengalir ke permukaan bumi dan menjadi mata air. - Sering didapati dalam keadaan jernih tetapi terdapat juga yang berwarna merah kerana telah bercampur dengan garam mineral bawah tanah (ferum).

•MATA AIR PANAS
- Mata air biasa tetapi airnya adalah suam dan di kawasan tertentu seperti Taman Negara Yellowstone,Wyoming,USA. - Didapati di kawasan yang telah mengalami aktiviti letusan gunung berapi iaitu air menjadi panas apabila bersentuhan dengan batu-bata panas jauh di bawah permukaan bumi. - Batu menjadi semakin panas apabila semakin dekat dengan kerak bumi dan membentuk mata air panas apabila air bawah tanah mengalir melalui laluanlaluan ke atas permukaan bumi. - Berlaku di serata dunia dan boleh didapati di kawasan gunung ais beku.

CONTOH AIR BAWAH TANAH

• AIR SUNGAI - Sangat penting untuk hidupan di dunia. - Menjadikan bawah tanah sentiasa dipenuhi air dengan mengalirkan air ke bawah tanah melalui dasar sungai. - Menjadikan laut dipenuhi air kerana sentiasa menerima pengaliran air sungai. - Kualiti air dipengaruhi oleh kegiatan manusia di kawasan tersebut. -Air hujan akan menyebabkan peningkatan paras sungai tetapi hal tersebut hanya boleh terjadi apabila kawasan tadahan mengalami hujan pada kawasan yang lebih tinggi iaitu air akan mengalir ke bawah melalui lokasi aliran keluar.

JENIS-JENIS SUMBER AIR PERMUKAAN

- Saiz bagi sesebuah sungai bergantung kepada saiz tadahan air baginya. - Kadar peningkatan dan penurunan paras air bagi sungai besar adalah perlahan berbanding sungai kecil. - Pengaliran air keluar dan masuk akan menyebabkan kuantiti air dalam sungai sentiasa berubah. - Pengaliran masuk adalah disebabkan kerpasan,air larian permukaan,resapan bawah tanah dan pengaliran daripada cabang-cabang sungai kecil. - Pengaliran keluar disebabkan oleh proses sejatan dan resapan ke bawah tanah. - Kuantiti dan lokasi boleh mengalami perubahan selepas suatu tempoh masa dan ruang tertentu samada secara semulajadi atau kesan daripada aktiviti manusia.

CONTOH AIR SUNGAI

• AIR TASIK -Terbahagi kepada dua iaitu tasik buatan dan tasik semulajadi. -Punca utama bagi tasik ialah sungai, anak sungai, atau teluk dan kerpasan. -Saiz tasik adalah lebih besar berbanding kolam. -Kebanyakan air tasik merupakan air tawar tetapi ada juga air tasik yang masin. -Tasik juga boleh menjadi satu kawasan yang terlalu dalam akibat daripada pencairan glasier.

CONTOH AIR TASIK

• AIR LARIAN PERMUKAAN
- Air larian kerpasan yang diperolehi secara terus sejumlah besar air sungai. - Secara global, air larian daripada salji membentuk sebahagian besar daripada pergerakan air dunia. - Di kawasan iklim yang lebih sejuk, air larian adalah pada musim bunga dan aliran air sungai berpunca daripada pencairan salji dan ais. - Pencairan salji dengan kadar yang terlalu cepat boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh. - Air larian daripada cairan salji adalah berbeza mengikut musim dan tahun. - Dipengaruhi olh faktor iklim dan cuaca serta keadaan fizikal geologi dan topografi sesebuah tanah. - Hanya 1/3 daripada air hujan yang jatuh ke atas bumi akan mengalir ke dalam sungai dan kembali ke laut. - 2/3 daripada hujan pula akan mengalami proses sejatan, transpirasi, atau akan menyerap dalam tanah. - Boleh digunakan oleh manusia untuk kegunaan harian.

CONTOH AIR LARIAN PERMUKAAN

• AIR HUJAN -Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai kerana saiznya yang kecil, tetapi saiznya adalah cukup besar untuk membentuk awan yang dapat dilihat oleh manusia. -Air di langit akan mengalami proses sejatan dan kondensasi secara berterusan. -Kebayakan daripada air yang terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan kerana turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera. -Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan.Pembentukan satu titisan hujan memerlukan gabungan berjuta-juta titisan awan.

CONTOH AIR HUJAN

KEPENTINGAN SUMBER AIR MENTAH YANG BERSIH DAN BEBAS DARIPADA PENCEMARAN
• Menjimatkan kos bagi memulih air yang tercemar menjadi air yang lebih bersih. • Mengelakan sebarang penyakit bawaan air seperti taun,penyakit kulit dan sebagainya. • Untuk kepentingan pertanian seperti mengairi kawasan tanaman,haiwan ternakan,hortikultur perladangan dan sebagainya. • Mengekalkan nilai estetika sesebuah sungai, tasik atau laut. • Memelihara hidupan akuatik.

CARTA BEKALAN AIR MALAYSIA

SEKiAN…DaRi KAMi..(^,^)
• sArA FahiN bT aHmaD SaBari (17DAS07F031) • AinAtuL AQiLaH Bt mD yAZid (17DAS07F012) • AiDA nUrUL ShaHiDa Bt yEN (17DAS07F032)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful