You are on page 1of 11

PY1272 FIQH SIRAH Bab 7

Mukjizat Nabi Muhammad (s.a.w.) dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis

Objektif Bab 7

Memberi pendedahan mengenai mukjizat Nabi Muhammad dan kepentingannya kepada dakwah. Memberi pentakrifan istilah bagi mukjizat, irhasat dan khawariq. Mengenal pasti beberapa contoh bagi mukjizat Nabi Muhammad berdasarkan sumber sirah. Mengenal pasti dakwaan orientalis terhadap isu mukjizat.
Bab 7• 2

 

MUKJIZAT NABI MUHAMMAD Mukjizat: asal bahasa Arab ‘ajaza Maksud: satu perkara yang boleh melemahkan lawan daripada melakukan sesuatu yang menyerupainya. Takrifan ulama: kejadian atau peristiwa luar biasa yang terjadi dengan pertolongan Allah (s.w.t.) kepada Nabi-Nya untuk membuktikan kenabian dan kebenaran risalahnya.
Bab 7• 3

MUKJIZAT NABI MUHAMMAD Unsur luar biasa ini mengatasi segala kebiasaan manusia. Unsur ini mengenepikan sihir kerana sihir boleh dipelajari. Unsur ini hanya berlaku kepada diri seorang Nabi. Unsur ini tidak boleh ditandingi oleh manusia dan ia berkaitan dgn. kepandaian sesuatu umat. Mukjizat hissi dan maknawi.
Bab 7• 4

PERBEZAAN MUKJIZAT, IRHASAT DAN KHAWARIQ Mukjizat: peristiwa luar biasa yang terjadi dengan pertolongan Allah (s.w.t.) kepada Nabi-Nya; selepas kenabian. Irhasat: peristiwa yang mencarik adat dan berlaku untuk menunjukkan tanda kelahiran seorang Nabi; sebelum kenabian. Khawariq: perkara yang berlaku dalam keadaan yang luar biasa.
Bab 7• 5

TUJUAN PENGURNIAAN MUKJIZAT Membuktikan kenabian Baginda.
 Bulan

terbelah dua.

Memperkuatkan keazaman Nabi.
 Isra’

dan Mikraj; menunjukkan kekuasaan Allah (s.w.t.).  Segala dugaan yang dihadapi Nabi bukan kemurkaan-Nya.

Meningkatkan keimanan umat.
 Isra’

dan Mikraj hanya berlaku dalam satu malam.
Bab 7• 6

MUKJIZAT HISSI NABI

Meminta hujan; tika Nabi berkhutbah, seorang lelaki minta hujan diturunkan kerana kelaparan anak dan kematian binatang ternakan. Kambing keluarkan susu; asalnya kambing telah kehabisan susu tetapi Nabi telah usap kantung susu; banyak susu yang dikeluarkan Menambah makanan; berlaku ketika perang Khandaq; hidangan yang cukup untuk bbrp orang boleh dimakan oleh 800 orang sehingga kenyang.
Bab 7• 7

MUKJIZAT MAKNAWI NABI

Al-Qur’an al-Karim:
 Mukjizat

yang didapati dalam alQur’an itu sendiri.  Keaslian nas al-Qur’an dikekalkan.  Pemeliharaan al-Qur’an hingga hari Akhirat.

Isra’ dan Mikraj:
 Pertemuan

Nabi Muhammad (s.a.w.) dengan para Nabi lain.  Keistimewaan ini semua tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.
Bab 7• 8

KESAN MUKJIZAT NABI

Membuktikan kebenaran perutusan Muhammad (s.a.w.).
 Masyrakat

Mushrikin Quraysh dicabar Allah (s.w.t.) untuk mencipta ayat al-Qur’an.  Jelas mereka gagal menyahut seruan itu.

Memudahkan urusan terima Islam
 Pengislaman

‘Umar b. al-Khattab

(r.a.).  Telah mendengar bacaan surah Taha oleh adiknya.

Bab 7• 9

DAKWAAN ORENTALIS

Menyifatkan mukjizat sebagai divine comedy. Menyifatkan mukjizat sebagai langsung tiada kaitan dengan kehidupan manusia. Menyifatkan mukjizat itu sekadar mainan perasaan Nabi Muhammad (s.a.w.), dongeng. Mukjizat perlu dicatatakan dalam semua buku sejarah dunia.
Bab 7• 10

RUMUSAN

Mukjizat Nabi Muhammad amat penting kepada dakwah Islamiah. Mukjizat berbeza dengan irhasat dan khawariq; hissi dan maknawi. Antara contoh mukjizat Nabi Muhammad: al-Qur’an, Isra’ dan Mikraj, makanan bertambah, hujan diturunkan. Kesan terbesar mukjizat ialah untuk meningkatkan keimanan.
Bab 7• 11