PANTUN KIASAN

Tikar pucuk,tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Buah bacang masak serangkai, Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam,tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung. Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung.

Maksud Pantun

Rangkap satu
• Sesuatu benda yang buruk tidak
harus dibuang begitu saja kerana kemungkinan benda itu masih boleh digunakan untuk keperluan yang lain.

Rangkap 2
• Orang dagang bersikap merendah
diri sehingga mengakui kehadirannya tidak memberikan faedah.

Rangkap 3
• Seorang lelaki ingin mendapat
seseorang gadis sebagai kekasih atau isteri tetapi gadis idamannya itu sukar diperoleh kerana terlalu banyak halangan atau darjatnya terlalu tinggi.

Rangkap 4
• Seseorang tidak harus menyimpan
harapan yang terlalu tinggi untuk mencapai sesuatu kerana dibimbangi harapannya tidak kesampaian.

Rangkap 5
• Seseorang yang mampu
menyelesaikan masalah yang besar tentu sahaja tidak menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.

Isi dan Persoalan Pantun
• Barang yang rosak masih berguna. • Dagang yang merendah diri. • Cita-cita yang sukar dicapai. • Mengharapkan sesuatu yang belum
pasti. • Kebolehan individu menyelesaikan masalah.

Bentuk dan Ciri-ciri pantun

• Terdiri daripada lima rangkap. • Berisi empat baris serangkap. • Ada pembayang dan maksudnya. • Bilangan katanya tiga hingga lima

patah kata sebaris. • Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebaris. • Rima akhirnya abab. • Bentuknya terikat atau tidak bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

• Pemilihan kata yang indah.Contoh:

kilat memancar hujan tak lalu. • Bahasa kiasan.Contoh: Bunga kembang di puncak gunung. • Repitisi(pengulangan kata).Contoh: Tikar pucuk tikar mengkuang. • Asonansi(pengulangan vokal a-Buah bacang masak serangkai). • Aliterasi(pengukangan konsenan gTebang gelam tebang kenanga). • Simile.Contoh:macam melukut di tepi gantang.

Nilai
• Merendah diri ketika berhadapan
dengan orang lain. • Bercita-cita tinggi untuk mendapatkan sesuatu. • Berani menghadapi cabaran. • Yakin diri dalam menyelesaikan masalah.

Pengajaran
• Janganlah kita membazir. • Janganlah kita terlalu merendah diri. • Kita hendaklah gigih berusaha. • Janganlah kita terlalu berharap. • Kita hendaklah mempunyai
keyakinan diri.

Sekian Terima Kasih