Soalan
• Bincangkan strategi-strategi dalam Pengajaran Matematik

Inkuiri dan Penerokaan Model Matematik Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kognitif

INKUIRI DAN PENEROKAAN

. • Pendekatan Inkuiri adalah berpusatkan murid dengan menekan penerokaan dan penemuan yang dibuat oleh murid sendiri dalam pembelajaran matematik. Murid cuba menemui sesuatu yang baru dalam pengalamannya.Inkuiri • Inkuiri membawa maksud penglibatan yang menghasilkan kefahaman.

menerangkan. Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian.• Murid menemui konsep-konsep matematik melalui aktiviti penyelesaian masalah dan Pembelajaran matematik menjadi seronok (jika dilaksanakan dengan baik). pengelasan.(Bruner. 1966) . meramal. pengukuran. • Proses ini turut berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. membuat inferens.

mengamalkan kemahiran dan memperolehi pengalaman yang membantu pembelajaran mereka. . Kaedah ini adalah secara induktif.• Kaedah inkuiri menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam proses menemui jawapan soalan matematik atau rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. • Guru membimbing murid-murid sepanjang mereka menemui formula baru.

dan merumus. mengumpul data.membentuk hipotesis. • Contohnya.• Langkah-langkah kaedah inkuiri adalah termasuk mengenalpasti dan menjelaskan permasalahan.permainan dan main peranan. . menganalisis dan menginterpret data untuk menguji hipotesis.uji kaji.guru boleh melaksanakan inkuiri dalam matematik melalui aktiviti penyelesaian masalah.

menilai kemunasabahan suatu penyata. • Penerokaan matematik melibatkan pelajar belajar cara menghadapi. membina formulasi.membuat hujah yang masuk akal dan menggunakan contoh secara konstruktif .Penerokaan • Penerokaan matematik adalah suatu kaedah mengajar pelajar satu cara berfikir tentang suatu situasi yang mana berkembang menjadi suatu idea matematik (tujuan pembelajaran yang berorientasi proses) dan bukan berasaskan kandungan.

Penyelesaian 4. Penerokaan 2. Pemeriksaan .• Terdapat empat langkah pelaksanaan dalam kaedah penerokaan (Glencoe/McGraw-Hill. 2001): 1. Perancangan 3.

Perancangan • Murid hendaklah membina strategi bagi mencari penyelesaian kepada masalah. Ini mungkin memerlukan beberapa kaedah pengiraan atau membntuk persamaan. • Murid juga hendaklah digalakkan untuk satu andaian atau jangkaan bagi penyelesaiannya. . 2.1. Penerokaan • Murid hendaklah digalakkan untuk membaca masalah dengan teliti dan menentukan maklumat jenis apa yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. jangkaan ini boleh membantu sama ada jawapan akhir yang dihasilkan bertepatan. • Ia juga memerlukan murid untuk mengenal pasti sama ada maklumat relevan atau tidak bagi penyelesaian masalah.

• Murid akan melaksanakan pengiraan matematik yang perlu bagi menentukan jawapan. Oleh itu. murid perlu sedar mereka mungkin membuat pengiran beberapa kali bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. jawapan mungkin tidak diterima pada percubaan pertama.3. Penyelesaian • Selesaikan masalah dengan melaksanakan perancangan. Pemeriksaan • Akhirnya periksa jawapan murid dengan teliti dan pastikan ia relevan dengan fakta terdapat dalam permasalahan yang diberi. • Murid hendaklah merujuk semula jawapan ramalan yang dibentuk dalam langkah perancangan sama ada ianya menepati pengiraan sebenar yang dibuat. . • Lazimnya. 4.

murid bekerja sendiri untuk menemui pengetahuan baru dalam suasana pembelajaran yang menekankan penerokaan. perwakilan simbolik atau secara fizikal. Di samping itu mereka digalakkan meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. . Mereka boleh menggunakan gambar.• Kesimpulannya.

MODEL MATEMATIK .

Model Matematik Model Polya Model Newman .

Menyemak semula penyelesaian . penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu : 1. Merancang strategi penyelesaian masalah 3. Melaksanakan strategi penyelesaian 4. Memahami dan mentafsir masalah 2.Model Polya • Menurut Model Polya.

Apa yang saya perlu mencari ? 2. Apa yang tidak diketahui ? . Contohnya soalan : 1. Memahami dan mentafsir masalah • Murid dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Apakah kuantiti yang diberikan ? 4. • Menyatakan masalah menggunakan perkataannya sendiri atau murid juga boleh membuat andaian tentang situasi berkenaan. Apakah data ? 3. • Murid boleh bertanyakan soalan kepada diri sendiri untuk memahami masalah.1.

menggunakan analogi dan sebagainya.2. membuat carta. mengenal pasti pola. Merancang dan menyelesaikan masalah • Setelah murid memahami soalan yang diberikan. cuba jaya. . guru hendaklah membimbing murid untuk merancang strategi penyelesaian masalah yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. • Antara strategi yang boleh digunakan ialah membuat simulasi. melukis gambar rajah.

3. kemahiran algebra atau kemahiran menaakul. Melaksanakan strategi penyelesaian • Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti. murid akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan kemahiran mengira. .

• Selain itu. murid juga boleh mencari jalan penyelesaian yang lain. murid akan menyemak semula penyelesaian tersebut bagi menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. .4. Menyemak semula penyelesaian • Pada peringkat ini.

Antara strategi penyelesaian masalah menurut Model Polya : 1. Melukis gambar rajah. 5. Menggunakan kaedah Algebra . 7. Bekerja ke belakang. 4. Membuat jadual/ carta atau senarai secara bersistem. 3. 2. Mengenal pasti pola. Cuba jaya. Membuat simulasi. 6.

Berapakan jumlah keseluruhan guli yang dimiliki oleh Ali dan Abu ? . Ali mempunyai 5 biji guli.Contoh soalan • Ali dan Abu bermain guli bersama-sama. Manakala Abu mempunyai 6 biji guli.

Memahami masalah Bilangan guli Ali = 5 biji Bilangan guli Abu = 6 biji Berapakah jumlah kesemua guli ? 2.1. . Merancang strategi penyelesaian masalah Menggunakan operasi tambah dan melukis gambar rajah untuk mendapat jumlah keseluruhan guli Ali dan Abu.

Melaksanakan strategi penyelesaian masalah Guli Ali Guli Abu .3.

4. Menyemak semula penyelesaian • Menyatakan semula masalah itu dengan jawapannya.  Ali = 5 biji guli  Abu = 6 biji guli  Berapakah jumlah keseluruhan guli mereka ?  Maka, jumlah keseluruhan guli Ali dan Abu ialah 11 biji guli.

Model Newman
• Model Newman (1977) menyatakan 5 fasa Analisis Ralat Newman dalam matematik:

1. Bacaan/Reading 2. Pemahaman 3. Transformasi 4. Kemahiran proses 5. Pengekodan/Encoding

Contoh ralat yang dilakukan oleh murid :

Kesilapan Murid tidak membaca soalan dengan teliti. Gagal memahami masalah sebenar soalan.

.Kesilapan Murid ini tidak memahami kehendak soalan yang sebenarnya.

. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya adalah untuk membantunya dalam Matematik.Pelaksanaan Temuduga Newman • Bercakap kepada murid dengan mesra. • Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa masalah matematik terdahulu sekali lagi. ringkas bagi memberi keselesaan kepadanya.

Guru diam sehingga murid selesai membuat latihan. Galakkan murid tunjuk cara menyelesaikan masalah. .• Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tapi jawapan salah.

4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya. • Ulang 3. . Jangan bantu murid dalam apa-apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang sangat revealing. • Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari di mana murid tidak boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian (sebelum temuduga).• Tanya murid beberapa atau semua soalan/arahan Newman (rujuk di bawah) atau soalan yang bersesuaian.

2. . Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu. apa yang soalan itu mahu awak lakukan. dan “bercakap kuat ” semasa membuatnya suapaya cikgu faham bagaimana awak berfikir. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar. Tolong bacakan soalan kepada cikgu. 5. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan? 4.Lima Soalan/Arahan Newman 1. 3. Beritahu cikgu.

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS ME .

2010) . (Noriati A. Sharifah Fakhariah Syed Ahmad. Rashid. bukan sebagai penerima pengetahuan. Boon Pong Ying.Pembelajaran Konstruktivisme • Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada.

Prinsip Asas Konstruktivisme • Dalam konstruktivisme terdapat dua prinsip asas yang mempengaruhi corak pelaksanaan pendidikan matematik di sekolah (Nik Azis. Pengetahuan bukan diterima secara pasif tetapi dibina aktif oleh pihak yang belajar. 1999) iaitu : 1. bukan penemuan realiti ontologi. . 2. Fungsi kognitif adalah untuk menyesuai dan memberi khidmat mengorganisasi dunia pengalaman.

4. 2. 3. Tahap persepsi Tahap eksplorasi Tahap perbincangan dan penjelasan konsep Tahap pengembangan dan aplikasi konsep .Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme 1.

• Seterusnya pelajar diberi kesempatan menyatakan pemahamannya terhadap konsep tersebut. .Tahap persepsi • Pelajar didorong agar mengemukakan pengetahuan awalnya tentang konsep yang akan dibincang melalui soal jawab atau ujian.

• Secara keseluruhannya pada tahap ini akan memenuhi rasa ingin tahu pelajar tentang fenomena dalam lingkungannya. . pengorganisasian dan penginterprestasian data dalam suatu aktiviti yang yang telah dirancang oleh guru.Tahap eksplorasi • Pelajar diberi peluang untuk menyelidiki dan menemukan konsep melalui pengumpulan.

• Melalui proses ini. .Tahap perbincangan dan penjelasan konsep • Pelajar memikirkan penjelasan dan dan penyelesaian berdasarkan kepada hasil pemerhatian pelajar dengan bimbingan daripada guru. pelajar akan membina pemahaman baru tentang konsep yang sedang dipelajarinya.

.Tahap pengembangan dan aplikasi konsep • Guru membimbing pelajar membuat refleksi dan perbandingan idea lama dan idea baru yang diperoleh berdasarkan pembelajaran atau penyelesaian masalah matematik yang dilakukan. • Seterusnya pelajar boleh mengaplikasikan penyelesaian atau pembelajaran tersebut dalam kehidupan hariannya.

• Langkah-langkah proses pembelajaran 1. 9 biji guli diberikan kepada adiknya. Pada tahap awal.Contoh proses pembelajaran konstruktivisme Proses pembelajaran pengurangan bilangan. guru mengajukan masalah di papan hitam Syafik memiliki 12 biji guli. Berapakah guli yang dimiliki oleh Syafik sekarang ? .

berapakah guli yang dimiliki oleh Syafik pada awalnya ? (12) 12 = 10 + 2 . Guru bertanya kepada pelajar.2.

berapa biji guli yang diberikan kepada adiknya dan berapakah baki guli yang dimiliki oleh Syafik sekarang ? Biarkan pelajar bekerja sendiri atau berkumpulan untuk menjawab soalan tersebut.3. Guru meminta semua pelajar bekerja dalam kumpulan menggunakan benda-benda konkrit untuk menggambar 12 biji guli yang dimiliki oleh Syafik. Guru bertanya kepada pelajar. .

seperti gambar rajah dibawah ini : 12 – 9 = 3 12 – 9 = 2 + 1 .• Terdapat dua kemungkinan jawapan yang diberikan oleh pelajar.

yang mana cara yang lebih mudah digunakan berdasarkan kedua-dua cara tersebut. Guru memberi soalan tambahan seperti 13 9 dan 12 8.4. Para pelajar boleh menggunakan benda-benda konkrit. Guru memberikan soalan tambahan kepada pelajar. 6. . Bagi pelajar yang masih menggunakan alternatif pertama. mereka boleh meneruskan menjawab soalan dalam buku latihan. Guru memberikan kesempatan kepada pelajar untuk melaporkan cara mereka mendapat jawapan. 5. Bincangkan bersama pelajar. Bagi pelajar yang sudah dapat menyelesaikan soalan ini tanpa menggunakan benda konkrit. sarankan untuk mencuba alternatif kedua dalam proses untuk menjawab soalan.

IMPLIKASI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS ME .

memproses data. menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menyelesaikan masalah. • Kelebihan ini boleh dicapai melalui aktiviti mengumpul maklumat. . Mampu berfikir • Murid dapat membina pengetahuan baru. membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.1. berfikir untuk menyelesaikan masalah Matematik.

2. • Setelah memahami sesuatu konsep. Memahami • Murid lebih faham dan jelas mengenai sesuatu konsep dan idea apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. . murid akan dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan dan situasi baru.

Daya mengingat • Penglibatan murid secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada.3. akan menjana daya ingatan murid untuk mengingati sesuatu konsep dengan lebih lama. . • Contohnya : mengingati formula dalam Matematik dan cara penyelesaian masalah yang betul.

• Ini menjadikan murid lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi masalah dalam situasi baru. . Berkeyakinan • Pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada murid untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.4.

.5. • Pada sesi pembelajaran. mereka akan berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Berkemahiran sosial • Murid dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.

Rasa keseronokan • Murid akan lebih faham. keseronokan akan timbul di dalam diri mereka kerana murid akan lebih berpuas hati dengan hasil pemikiran mereka sendiri. yakin dan seronok untuk terus belajar kerana hasil penyelesaian masalah yang dibuat adalah berdasarkan usaha mereka sendiri. • Walaupun menghadapi masalah dan cabaran.6. .

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF .

TOKOH TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Teori Piaget Teori Bruner .

Deria motor (0 – 2 tahun) Pra-operasi (2 – 7 tahun) Operasi Konkrit (7 – 11 tahun) Operasi Formal (11 tahun ke dewasa) . iii. ii.Teori Piaget Peringkat kognitif kanak-kanak i. iv.

tetapi tidak berfikir langsung kenapa benda itu wujud. . • Mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan gerak balasnya.Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun) • Bermula dari masa lahir hingga ke umur dua tahun. • Mengetahui benda-benda wujud dalam alam persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal.

• Masih tidak dapat membuat – perbandingan antara benda. – tidak mengetahui padanan satu dengan satu antara objek dan hubungan antara objek. – tidak dapat mengelaskan objek-objek mengikut saiz. warna dan sebagainya.Peringkat Pra-operasi (2-7 Tahun) • Bermula dari umur dua tahun hingga keenam tahun. . • Kanak-kanak lebih sosial dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep.

. • Kanak-kanak mula dapat mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set.Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun) • Bermula dari umur enam tahun hingga dua belas tahun. mereka dapat juga memahami konsep keterbalikan dan dapat membalikkan proses secara abstrak.

menyusun dan membezakan objekobjek. • Kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas. .PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN) • Kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep keabadian. • Pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

• Dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan mengulas idea abstrak. • Mempunyai kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit. mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain.Peringkat Operasi Formal (11 Tahun Ke Atas) • Kanak-kanak memasuki peringkat pemikiran abstrak. membuat kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental. memanipulasikan konsep secara mental dan menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah. .

Strategi Teori Pembelajaran Kognitif Teori Piaget  Operasi Konkrit (7 – 11 tahun) • Gunakan barang maujud semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik. .

Kesimpulannya Seorang guru matematik sekolah rendah. Ketika usia sebegini murid-murid hanya boleh memahami konsep Matematik melalui pengalaman konkrit. guru harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit. . Bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep Matematik.

Teori Bruner Beliau menegaskan bahawa pembelajaran secara penemuan atau penerokaan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baharu. Tiga prinsip pengajaran: Pengajaran mestilah mengambil kira pengalaman dan konteks yang membuat murid bersedia dan berupaya untuk belajar (readiness). . Pengajaran hendaklah direka bagi mengisi ruang lompang (going beyond the information given). Pengajaran mestilah distruktur supaya murid menggarap maklumat yang disampaikan.

a. . Kanak-kanak membentuk konsep segi empat dengan mengenal segi empat mempunyai 4 sisi dan memasukkan semua bentuk bersisi empat kedalam kategori segiempat.Strategi Pembelajaran Kognitif Teori Bruner  Contohnya.

. segi empat-segi empat yang bersisi sama dan segi empat sama mengikut ciri sudutnya. Alam persekitaran dapat memberi pertolongan dan pengetahuan yang sedia ada dapat membantunya. Murid-murid membina konsep segi empat sama dengan mengasingkan bentuk-bentuk. Murid-murid mestilah bersedia menerima perkara yang akan disampaikan. c.Strategi Pembelajaran Kognitif Teori Bruner b.

• Selain itu. .Kesimpulannya • Kanak-kanak dapat membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. pengajaran hendaklah berdasarkan kepada perangsang murid terhadap konsep itu dengan pengetahuan sedia ada.

Bhd. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Mok Soon Sang. Boon Pong Ying. Selangor : Oxford Fajar Sdn. . (2001). Rashid. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Murid dan Alam Belajar. Bhd. (2009). Noor Shah Saad. Noriati A. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.RUJUKAN Effandi Zakaria. (2007). Nordin. Sabri Ahmad. Teori dan perkaedahan pendidikan matematik. Trend pengajaran dan pembelajaran matematik. Pengajaran matematik. Selangor : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Norazah Mohd. (1996).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful