You are on page 1of 40

AHLI KUMPULAN :

RAJA YONG ZAHARIAH BINTI RAJA BADARUDDIN

NUR SOFIA IZZATI BINTI SHAFIAI

SALMIAH BINTI SALLEHAJIH

PENGENALAN
KRAF PERKHEMAHAN :Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar
Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan

DEFINISI
Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi berteduh dan bermalam. Khemah diperbuat daripada kain tebal atau kain layar yang ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Pada zaman sekarang, kebanyakkan khemah diperbuat daripada nilon kerana ia ringan dan sesuai dengan suasana perkhemahan dan boleh dibawa ke sana ke mari. Ia tidak seperti kain tebal atau kain layar.

RASIONAL
Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaan-Nya. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di muka bumi.

Latihan yang perlu didedahkan:1. Beberapa simpulan dan ikatan.( bunga geti dan simpul manuk) 2. Memilih kawasan perkhemahan dan cara mendirikan khemah. 3. Cara membuat beberapa gajet asas. 4. Asas-asas pertolongan cemas. 5. Cara memasak di hutan dan menyalakan api. 6. Langkah-langkah keselamatan di hutan, sungai dan tempat tertentu. 7. Kemahiran menggunakan kapak, gergaji dan parang. Peserta juga seharusnya mengetahui cara menebang dan mengerat pokok dan kayu.

AKTIVITI SEMASA BERKHEMAH


A.) Mengesan dan Menjejakpeserta dikehendaki menyiasat, mengesan dan menjejak kawasan tertentu berhampiran kawasan perkhemahan. Mereka dikehendaki mengecam jenis binatang , tingkah lakunya dan sebagainya B.) Berhalangan bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal peserta. Contoh aktiviti ialah meniti batang kayu, memanjat tali, menyeberangi anak sungai dengan menggunakan seutas tali dan bergayut

Pengembaraan Ringkas Pengembaraan ini mengambil masa selama sehari atau sepetang sahaja. Soalan dan arahan pengembaraan ini boleh disediakan secara lisan atau bertulis

D.) Memasak dan Kehidupan di Hutanaktiviti ini dapat dilaksanakan secara praktikal semasa perkhemahan. Kemahiran hidup di hutan dapat dilaksanakan di sesuatu perkhemahan terutama di kawasan pergunungan, tepi hutan atau di tepi sungai

E.) Pertolongan Cemas dan Keselamatan- Peserta boleh didedahkan secara praktikal dengan ilmu pertolongan cemas dan keselamatan.Contoh situasi, bagaimana menyelamatkan mangsa kemalangan yang jatuh dari pokok dan gunung serta cara membawa mangsa kemalangan

F.) Hobi dan Minat- contoh aktiviti :beranang, berakit, berkayak dan mendaki bukit

G.) Malam Kebudayaan- merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan. Matlamat utamanya untuk menghilangkan rasa bosan dan penat peserta perkhemahan setelah menjalani aktiviti yang memenatkan

Kedudukan Khemah, Pintu Gerbang dan Pagar Kawasan


A.) Layout Kawasan - Kemahiran dan kreativiti layout sesuatu perkhemahan amat penting bagi keselesaan, keseronokan dan mengurangkan tahap kemalangan peserta. - Layout dan pintu gerbang merupakan daya penarik bagi pelawat yang meninjau. - Penyusunan dan kedudukan sesuatu kawasan perkhemahan mestilah teratur, kemas dan bersesuaian cara mengaturnya. - Arah angin bertiup diambil kira semasa menyusun kedudukan dapur untuk mengelakkan daripada asap masuk ke dalam khemah.

Layout ini juga mengambil kira keluasan kawasan dan ruangan yang tertentu seperti ruangan untuk sembahyang, rehat, perhimpunan dan sebagainya. Faedah membuat layout di sesuatu kawasan perkhemahan mempunyai asas persamaan dengan layout sebuah rumah kediaman.

B.) Pintu Gerbang - Merupakan satu kraf perkhemahan yang sangat penting kerana pintu ini menjadi lambang dan identiti sesuatu kumpulan dan patrol. - Secara amnya, terdapat dua jenis pintu gerbang iaitu satu pintu gerbang di hadapan dan satu pintu di bahagian belakang. - Kebiasaannya, pintu gerbang di bahagian hadapan direka lebih menarik, elok dan kemas. Pintu di bahagian belakang lebih ringkas tetapi kemas.

Pintu belakang - Setiap perkhemahan perlu mempunyai pintu hadapan dan pintu belakang supaya apabila mereka ingin keluar dari kawasan khemah, mereka tidak perlu melangkah atau menyusur pagar yang dibina kerana tidak ada pintu belakang.

C.) Pagar Kawasan - Tujuan diadakan pagar adalah untuk menjaga keselamatan daripada binatang buas dan orang jahat. - Pagar ini juga bertujuan untuk memastikan perkhemahan tersebut lebih kemas dan teratur. - Pagar ini boleh diperbuat daripada berbagaibagai bahan seperti tali, ranting kayu dan sebagainya.

Khemah, tiang, pacak khemah, tali pengikat

Plastik asal lantai khemah

Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran)

Tilam angin dan pam

Tikar tidur

Beg tidur

Selimut

Bantal

Pelita

Bahan api pelita dan corong (jika menggunakan minyak)

Lampu picit dan bateri ganti

Plastik sampah

Tali

Pengepit baju

Kit pertolongan cermas

Belerang

Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:

Ridge Tent

Frame tent

Dome Tent

Bell Tent

Khemah biasanya diperbuat daripada kain tebal, kain layar, nilon, poplin kalis air, kanvas, terilin, polythene, fibreglass. Bahagian khemah : rabung, tiang seri, tali teraju, tali pancang, penahan angin, dinding, bumbung, pintu groundsheet, flysheet.

Khemah nilon dilengkapi flysheet kalis air dan bahagian dalam khemah yang telap air. Pada waktu malam, wap air yang terpeluwap bebas beredar bersama peredaran udara

Kegunaan Flysheet

Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat

- Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel - Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.

- Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga - Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian

- Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah - Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis DOME.

Saiz

Tentukan dahulu kegunaannya - jumlah orang dalam satu khemah - tempat perkhemahan

Bahan fabrik

Jenis nilon paling baik kerana ia lebih ringan Pilih warna yang cerah (cth kuning) agar boleh memantulkan cahaya dan haba Kalis air dan api agar tidak lembap, basah dan berlaku kebakaran

Peredaran udara

Sekurang-kurangnya perlu ada sebuah tingkap yang mempunyai jaring serangga atau net.

Perkaraperkara lain

Pastikan khemah menggunakan tali penyambung atau zip. -pilih khemah yang mempunyai kombinasi keduaduanya agar khemah dapat ditutup dengan sempurna. Perhatikan jahitan pada khemah kerana khemah yang didirikan mengikut konsep regangan. Pastikan jaminan (guarantee) diberikan kerana harga khemah bukanlah murah.

- Bersihkan tapak khemah daripada sampah dan objek yang mengganggu. - Apabila hujan, kendurkan tali khemah sedikit. - Jarak antara khemah jangan terlalu dekat dan jangan terlalu jauh.

- Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang berada di dalam keadaan yang baik. - Letakkan juga pelincir pada zip . - Jangan menyimpan makanan di dalam khemah. - Bersikan khemah setiap kali selepas menggunakannya.

- Jangan menggunakan peralatan yang mudah terbakar atau tajam sewaktu didalam khemah. - Pastikan khemah betul-betul kering sebelum disimpan.

CARA MENDIRIKAN KHEMAH


A. B. C. D. E. Bentangkan hamparan (ground sheet). Pasang dan sambungkan tiang danpancang dengan betul. Ketuk pancang keempat-empat penjuru. Bentangkan pelindung (fly sheet). Ikat tali khemah kepada pancang dikeempat-empat penjuru untukmengukuhkannya.

Rajah 1 : cara memasang helaian khemah.

Peringatan yang harus diikuti oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah
Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat mengalir jauh dari khemah. Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang supaya tidak mengelendong. Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap khemah. Jarak yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter. Taburkan sulfur ( belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa memasuki khemah.

B. Cara mendirikan Khemah Bentuk Ridge Khemah ridge dua tiang merupakan khemah pasang siap. Khemah jenis ini dapat didirikan dengan membentangkan ground sheet di tempat yang akan didirikan khemah. 1. Pancangkan keempat-empat penjuru dengan tegang . 2. Pasang semua tiang dan besi bumbung khemah. 3. Sambungkan tiang dan batang bumbung dengan sambungan yang betul. 4. Ketuk pancang dan ikat tali ke pancang. 5. Dirikan tiang khemah perlahan-perlahan. 6. Ikat dengan tegang tali khemah . 7. Pancang dan ikat tali pancang. 8. Dirikan tiang khemah perlahan-lahan. 9. Ikat dengan tegang tali khemah.

1. Angin terlindung daripada tiupan angin kencang. 2. Kecerunan tidak mendirikan khemah di kawasan permatang dan di tebing bukit. 3. Cahaya di kawasan teduh dan tidak menerima sinaran cahaya matahari secara terus. 4. Bentuk muka bumi permukaan tanah yang rata dan tidak berbatu. 5. Halangan bahaya semulajadi periksa bahagian atas supaya tiada pokok atau dahan-dahan mati atau reput. Elak dirikan khemah terlalu dekat dengan sungai. 6. Laluan air pastikan tiada laluan air yang melintasi tapak perkhemahan. 7. Luas tapak dirikan khemah di tempat yang mencukupi bagi semua agar pergerakan tidak terbatas.

CIRI-CIRI TAPAK PERKHEMAHAN.


1. Pastikan khemah didirikan di tempat yang rata bagi memastikan keselesaan. 2. Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. 3. Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin. 4. Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak samun. 5. Pastikan khemah tidak didirikan berhampiran lereng bukit. 6. Pilih tempat yang tedeuh dan selesa. 7. Pastikan khemah jauh dari pokok yang condong dan mempunyai dahan mati.

VIDEO PEMASANGAN KHEMAH.