You are on page 1of 55

NAMA AHLI KUMPULAN

SITI NOOR AMIRAH BINTI KHASBULLAH SITI NOORNIENAWATI BINTI SAUD SITI NOR ILHAM BINTI ZAKI SITI NORAISHAH BINTI ZAIDIN SITI ZAHRAH BINTI AHMAD SUHAILI BINTI JAHHERO WAN NORIANI BINTI ISMAIL YUSHAILA BINTI HUSHIN @ YUSOF YUSMI SUHANA BINTI YUSOFF

17906 17907 17908 17909 17912 17914 17921 17922 17923

Definisi ajaran sesat


1. Kamus Dewan Tidak mengikut jalan yang betul tersalah,tersilap (jalan), tersalah terkeliru (perbuatan, kepercayaan dll), menyimpang dari jalan yang benar. 2. Menurut Muhammad Uthman El-Muhammady: istilah al-dalal /sesat ialah keadaan terseleweng daripada jalan yang benar ( at-tariq al-mustaqim ) ianya berlawanan dengan bimbingan hidayah Ilahi. keadaan dalal ialah merupakan keadaan penyelewengan daripada jalan yang betul (al-manhaj ) sama ada secara sengaja atau tidak,banyak atau sedikit

Sejarah dan Perkembangan Ajaran Sesat

Bertapak di Semenanjung pada abad ke 15 iaitu melalui konsep animisme, dinamisme dan ajaran Hindu-Budha. Ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawah oleh Hj. Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Di Kelantan wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud yang disebarkan dalam tahun 1950-an dan ajaran Martabat Tujuh. Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup, bukan sahaja di Kelantan tetapi di negerinegeri lain.

Ancaman yang pernah berlaku.

19 Oktober 1974, salah seorang daripada kumpulan ajaran sesat 4 Sahabat di Kg. Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah mati ditembak dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan. 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak iaitu Tn. Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab

19 Ogos 1979 peristiwa di Kerling, Selangor Tajul Ariffin telah mati terbunuh apabila dia dan pengikutnya sedang melakukan pemecahan Kuil Hindu di Kerling, Selangor. 16 Oktober 1980 di mana 8 orang dari kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir b. Ismail (Kemboja) telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat dan mencederakan ramai anggota polis, kakitangan balai dan orang awam

1 Februari 1996, dua orang lelaki warga Indonesia cedera ditembak selepas mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah. 18 Mac 1996, pengikut ajaran Tabarani bertindak keterlaluan memukul Ketua Kampung di Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang, Sidek Mohamad kerana didakwa menghalang kegiatan mereka.

STATISTIK

Sehingga tahun lalu, sebanyak 80 ajaran meliputi tarikat, perbomohan dan silat disiasat dan 23 daripadanya sudah diwartakan sebagai sesat dan 27 lagi masih dalam siasatan- JAIS http://www.jais.net.my/press/Imarah_ masjid.htm

Bentuk-bentuk ajaran sesat

i. Bentuk Ajaran Baru. Menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin. ii. Bentuk Tarikat. Seperti Tarikat Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Terengganu, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii.Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi. Diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun dan sebagainya.

Ajaran-ajaran Sesat Yang Telah Diwartakan


1.Nasrul Haq 2. Budi Suci 3. Al-Watan 4. Budi Suci Sejati 5. Jawa Faradin 6. Silat Sunda Pukulan Ghaib 7. Tusuk Hikmat 8. Ilmu Kebatinan 9. Potong Maya 10. Naluri 11. Kaula 12. Haqqullah Syahadah 13. Rampai 14. Wali Suci 15. Kalimat Sakti 16. Silat Pukulan Jarak Jauh 17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 18. Zikir Sha`ban Islam Haq 19. Asal Wujud Garis Laksmana 20. Al-Ma`zat 21. Trancendentel MeditationMaharisi Mahish Yugi 22. Ilmu Kebatinan 23. Abdul Manan bin HarunTolak Hadis 24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar 25. Kumpulan Ikhwan/ al- Mas 26. Kuasa Ghaib (Tahan Diri) 27. Mohd Nordin Putih 28. Nasrun S.T.Qahar 29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan

30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya 31. Wali Sembilan 32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah 33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin 34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari 35. Al-Arqam 36. Golongan Anti Hadis 37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al- Walidie (Pak Su) 38. Syiah 39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang 40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad 41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana 42. Ajaran ilmu Hakikat@ JaharDumin Hulu Langat

43. Tarikat Mufaridiah 44. Ajaran Hassan Anak Rimau 45. Tarikat Aurad Ismailiah 46. Ajaran Martabat Tujuh 47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 48. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) 49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit 50. Ajaran Ahmadiah/ QadianiHj.Banuar 51. Ajaran Mohd Nor Seman 52. Ajaran Ayah Pin 53. Ajaran Bahai 54. Al-Ma`unah 55 Ajaran Azhar Wahab 56. Ajaran Hj.Banuar

Contoh-contoh Ajaran Sesat


1.

Nikah Batin:
Yang dinikahkan nama manikam Makannya air mani Walinya Allah ( wakilnya ) Tok Guru Yang menikahkan ialah Muhammad ( Nabi Tok Guru sebagai Imam ) Saksinya Kiraman Katibin

2.

Nabi Muhammad terbahagi kepada empat: Muhammad Awal, Muhammad Akhir, Muhammad Zahir dan Muhammad Batin Di mana letaknya Allah dan Muhammad ? Allah ini letaknya pada manusia. Yakni rohani kepada kita. Muhammad itu jasad kepada kita yakni tubuh kita.

3.

4.

Kiamat tidak ada Pada pendapat mereka kiamat tidak ada, yang ada hanya badan-badan kita yang ghaib setelah kita mati. Makanan Apa saja makanan yang dimakan semuanya adalah halal kerana arahan Allah, kerana Allah itu ialah diri kita sendiri.

5.

6.

Haji ke Mekah tidak perlu Dalam tubuh kita ada Kaabah, dengan itu kita tidak perlu mengerjakan haji di Mekah.
Nikah batin Saksi dalam upacara nikah batin ialah Jibril dan Walinya Allah. Pengantin lelaki dan perempuan berpegang tangan dan mengucap syahadat sebagai bayaran mas kahwin.

7.

Cara-cara perkembangan ajaran sesat


1.

Melalui Ajaran
Lahir dari guru-guru yang membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dan pengamalnya akan memperolehi pelbagai ilmu ghaib. Kemudian disogokkan pula kepada murid-murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudah mendapat ketinggian darjat, pangkat, dan kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.

2.

Melalui Tarikat
Menggunakan nama Tarikat yang masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang mendakwqa sebagai Guru Mursyid yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta boleh mentauliahkan orang lain.

3.

Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi


Kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk di sesuatu tempat itu, maka dilakukan upacara pemujaan.

Punca-punca Penyebaran Ajaran Sesat


1.

Menjanjikan kemewahan
Kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar kerana golongan tersebut pada masa kini mempunyai ilmu agama yang cetek dan mudah dipengaruhi. Antara kemewahan yang dijanjikan seperti elaun khas mingguan sebanyak RM 50 selain kenderaan dan telefon bimbit.

Sikap fanatik atau taksub


Mencetuskan tindakan melampau atau ekstrem hingga tindakan ganas dianggap sah dan perbuatan zalim dianggap adil. Contohnya Jemaah al-Maunah yang pernah melakukan rompakan senjata di kem tentera di Perak kerana mempunyai kepercayaan bahawa mereka dilindungi oleh ilmu kebal hasil daripada ajaran yang diamalkan.

Kejahilan terhadap ajaran Islam yang sebenar


Kebanyakan golongan sesat ini cuba untuk mendalami ilmu agama tetapi dengan jalan mudah.
Terjadi kepada golongan intelek yang mempunyai ilmu duniawi yang banyak tetapi jahil dalam ilmu agama.

Ciri-ciri Ajaran Sesat

Mengaku tuhan menjelma dalam dirinya


Wujud dalam kumpulan ajaran sesat di negara ini, antaranya ialah ajaran Hasan Anak Rimau dan ajaran Tajjalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksamana di Kelantan

Guru mengaku pegang kunci pintu syurga


Pernah dibawa oleh ajaran sesat Hasan Anak Rimau dan ajaran Ayah Pin di Hulu Besut, Terengganu.
Ajaran ini telah meletakkan alam ghaib boleh dikuasai oleh manusia.

Pengikut ajaran atau tarekatnya dijamin masuk syurga

Inilah di antara penyelewengan dalam pegangan dan amalan tarekat sesat seperti ajaran Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin yang mengaku dirinya memegang kunci syurga dan seterusnya boleh menjamin pengikut-pengikutnya masuk syurga.

Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang


Banyak ajaran sesat telah menawarkan pakej seperti ini untuk mengaut wang secara mudah tanpa dipersoalkan oleh pengikut ajaran berkenaan.
Selain itu, cara ini juga merupakan salah satu kekuatan guru mereka untuk mengikat hati pengikut agar tidak menarik diri daripada kumpulannya.

Teknik Penyebaran Ajaran Sesat

Perhati
Misalnya jika orang yang dipikat dari jenis warak dan kuat mengerjakan amal ibadat, maka penyebar akan berpura-pura lebih kuat beragama dan beribadat daripada orang itu.

Beramah mesra

Misalnya, meminta bermalam di rumah orang berkenaan dengan tujuan mengadakan majlis membaca al-Quran. Tujuannya adalah untuk beramah mesra dan mendekati tuan rumah supaya lebih senang untuk menyebarkan ajarannya

Mencetus keraguan
Menimbulkan pertanyaan apakah hikmah dan tujuan sembahyang.

Ikat
Selepas diberitahu rahsia, mangsa diminta bersumpah supaya tidak membocorkan rahsia. Jadi serta merta mangsa diikat lidah iaitu tidak membocorkan ilmu atau rahsia buat selama-lamanya.

Kesamaran
Penyebar ajaran sesat selalunya mengeluarkan kata-kata yang berat dan kabur. Pada zahirnya semua kata-kata itu adalah benar tetapi sebenarnya tidak.
Antaranya, manusia ada bermacam pendapat yang bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing akan mengatakan pendapatnya sahaja yang betul manakala pendapat orang lain adalah salah.

Kesan ancaman ajaran sesat

Membuat Takwilan Dalam Agama.


Mereka terpengaruh dengan ajaran Batiniah dan mengguna doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wujudiah yang dipegangnya. Hal ini boleh dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atas lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti pada angka dan pandangan huruf.

Kepentingan Peribadi dan Sex.


Ajaran sesat kebanyakannya adalah mempunyai motif dan kepentingan peribadi guru-guru ajaran sesat itu. Ini termasuk kepentingan kepada kedudukan, pangkat kebendaan dan seks bebas umpamanya dengan mengamalkan Nikah Batin: yang dinikah itu namanya maknikam, maharnya ialah air mani, walinya Allah Taala, yang manikamnya Muhamad saksinya KiramanKatibin (dalam ajaran Tariqatul Islam ).

Timbulnya berbagai-bagai keganasan di dalam masyarakat.

Ajaran Crypto Mokhtar Hassan di hukum di Mahkamah Syariah (Kuang Selangor, 1978) ajaran ini menafikan Al-Quran, membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain. Ajaran ini tidak ada sambutan.Ajaran Taslim (difatwa oleh Jawatankuasa Kedah 1969) ajaran ini kadangkadang mengurangkan pengerjaan ibadat sembahyang dan puasa.Ajaran Tajalli @ Hakikat Insan Ahmad Laksamana, Kelantan (dihukum di Kelantan tahun 1986). Ajaran ini memperkecilkan ulama syariat. Ia telah merebak ke serata negeri.

Timbulnya berbagai-bagai keganasan di dalam masyarakat.


Serangan dengan parang oleh seorang awam ke atas seorang pengikut Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya di Bukit Marak, Kelantan pada tahun 1976. Serangan Tajul Ariffin yang mendakwa dirinya Imam Mahdi, ke atas Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab, di masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak pada 5 Julai 1979

i.

ii.

Serangan kumpulan Mohd. Nasir bin Ismail (seramai 15) orang ke atas Balai Polis Batu Pahat pada pagi 16 Oktober 1980 dan mencederakan berbelas orang polis dan kakitangan Balai tersebut

Berlakunya keretakan dalam keluarga.

Apabila terdapat seorang dari anggota keluarga itu, khususnya si suami yang memasuki satu-satu ajaran sesat, maka berlakulah keretakan dalam keluarganya, terutama apabila isteri tidak menyertai sama suaminya atau tidak menyokongnya

Si suami selalu menghabiskan masa siang dan malam bersama-sama guru dan pengikut yang lain. Banyak harta benda dan wang dicurah dan digunakan untuk kepentingan ajaran, guru dan pengikutnya. Si suami tidak lagi mahu mencampuri sahabat handai biasa yang bukan menjadi ahli ajaran yang diikutinya. Ini menyulitkan kehidupan biasa keluarga tersebut.

Mangsa Ajaran Sesat

Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. Dan mendapat dorongan kawankawan supaya berguru atau belajar melalui orang-orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan suli Mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnan beragama terutama melalui unsur kerohanian dengan cara jalan dekat tanpa ikut sunnah; dan

Golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul; hal ini terjadi kerana mereka kurang kemantapan dalam usul syariyyah dan tunjangan serta pengetahuan mereka yang lemah dalam hal Shaddik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di makam tertinggi.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh JAKIM

Menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-institusi pelajaran formal dan tidak formal Mengadakan ceramah-ceramah, taklimat, bengkel dan muzakarah; Menerbitkan buku dan risalah berkaitan akidah; dan Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah dalam dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM

KAJIAN KES 1. Ajaran Haji Ghazali bin Othman Nama sebenarnya ialah Haji Ghazali bin Othman dan berasal dari Kedah. Beliau dikatakan telah mempelajari ilmu tarikat daripada Haji Shamsuddin bin Alang Akib di Hulu Kelang. Ramai di kalangan korporat dan pekerja Zoo Negara yang terlibat dalam ajarannya. Pengikutnya berjumlah seratus orang di sekitar Lembah Kelang yang terdiri daripada kalangan bujang dan telah berumah tangga.

Ciri-ciri Kesalahan Mengamalkan taubat hakikat sekali seumur hidup. Hajar Aswad di Baitullah, pada hakikat ialah kemaluan perempuan. Matahari pada hakikatnya ialah kemaluan lelaki. Lebih suka mengajar orang perempuan, seorang sama seorang di dalam bilik. Perempuanperempuan pernah dikucup di depan suami. Mengamalkan nikah batin dan mempunyai isteri hakikat. Kalau mendapat anak daripada nikah batin dinamakan anak hakikat.

KAJIAN KES 2 Ajaran Tijah @ Khatijah binti Ali Beliau berasal dari Terengganu. Berumur 53 tahun. Ajarannya berpusat di Puchong Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Thanawiyah Lil Banat, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mendalami ilmu tarikat daripada beberapa orang guru sekolah pondok seperti berikut:

Tarikat yang dibawa oleh beliau ialah Tarikat Naksyabandiyah Mahyuddin Ibnu Arabi dan beliau mengambil ijazah daripada Haji Ibrahim Pattani.

Haji Ibrahin Pattani di Kelantan. Haji Suaibun di Terengganu Haji Osman di Yala, Thailand.

Ciri-ciri ajaran Berzikir tidak sedarkan diri. Sesiapa yang menangis dalam solat dianggap syirik kerana yang wujud ialah Ahmad Menambah Saidatina Fatimah Binti Rasulullah dalam Dua Kalimah Syahadah. Menyatakan watak Allah, Adam dan Iblis sebagai Allah mengikut keadaan.

Berzikir sambil menari

Rumusan

Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam dinegara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama. Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat di dalam masyarakat Islam, maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran. Dengan ini, keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat Islam di negara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan yang mencari pengaruh disebalik tabir Islam.

Sebarang soalan sila ajukan tanpa mengaitkan dengan sentimen agama lain

You might also like