You are on page 1of 12

TOPIK 6: WACANA TOPIK 7: RETORIK

. satu perenggan. Wacana turut menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan sempurna. wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat.DEFINISI WACANA Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Lakoff. selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa. Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat. satu bab. sebuah buku atau satu siri buku. 1970: 151-271).

majalah. ekspresi wajah. khutbah.JENIS-JENIS WACANA • Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar. Contohnya ialah perbualan harian. Contoh wacana tulisan ialah rencana. ucapan. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. akhbar. . temu ramah. • Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. ceramah. siaran televisyen dan radio. nada suara. buku dan novel. Dalam wacana lisan.

Justeru. .DEFINISI RETORIK Retorik ialah teknik penggunaan bahasa. sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul.selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea. ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135). retorik ialah seni penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar.

Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan. . pembicaraan. Pemerian • Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea.JENIS-JENIS RETORIK i. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan. Pemujukan • Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Penerangan • Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. sama ada dalam penulisan mahupun lisan. iv. perdebatan. Penghujahan • Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. ii. vi. Pendedahan • Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. v. Penceritaan • Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita. iii. forum dan penulisan yang bersifat akademik. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.

Tujuan juga menentukan bentuk wacana. sama ada secara naratif. teks tidak dianggap sebagai wacana. ceramah. sama ada ucapan. • • . Tujuan adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna. ayat yang digunakan ialah ayat tanya. ayat penyata digunakan. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan. frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana tersebut. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat. Tautan Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.PRINSIP-PRINSIP WACANA • Tujuan Setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan. deskriptif atau eksposisi atau penghujahan. Jika maklumat pula yang hendak disampaikan. surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya. Runtutan Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna.

frasa dan susunan ayat yang tepat amat penting untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan. sesuatu wacana lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar. Pemilihan kata.• • • • Penerimaan Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana. Keadaan Sesuatu wacana perlulah sesuai dengan keadaan. Sebaliknya tahap penerimaan adalah rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau pembaca. iaitu maklumat baharu dan maklumat lama. Interteks Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung kepada wacana yang lain. Kesesuaian itu menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran. Maklumat Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. manakala maklumat baharu ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan. Melalui interteks. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya. . Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantu menghasilkan wacana.

• Bersifat deskriptif dan informatif. Menghasilkan gambaran yang realistik. tepat dan jelas. ii. • • • • Pemerian Dilakukan secara objektif.PRINSIP-PRINSIP RETORIK i. Bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun. • Maklumat boleh disampaikan secara lisan ataupun tulisan. • Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat dan makna yang jelas dan bernas supaya pembaca atau pendengar memahami maklumat yang disampaikan. intonasi dan nada menarik. Pemujukan • Menggunakan bahasa yang manis. • Wujud pemujukan rasional (melibatkan penghujahan) dan tidak rasional (melibatkan emosi). Penerangan • Penggunaan gaya bahasa. menarik dan mementingkan kehalusan bahasa. . iii. Lazimnya. huraian dan kesimpulan. iaitu pendahuluan. • Menggunakan aspek bahasa psikologi. mengandung tiga bahagian.

perkembangan dan peleraian. Pendedahan • Ada takrifan yang disertai contoh dan perbandingan. Penceritaan • Mengandung pendahuluan. • Pendapat dikemukakan dengan bukti konkrit dan jelas. vi. • Menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.Penghujahan • Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan. . • Bersifat imaginatif. • Wujud sedikit kebebasan tatabahasa kerana bercirikan ekspresi. • Penghuraian sesuatu topik adalah secara objektif. • Teknik penyampaian adalah secara deduksi dan induksi.iv. v.

– Hubungan latar dan kesimpulan. Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan nyawa. Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh dahsyat. Siti sangat rajin menelaah buku. Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan. iaitu sebagai contoh. iaitu sebagai contoh. Rosmah menangis. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. Ahmad tidak bersungguh-sungguh berlatih. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang. iaitu sebagai contoh. – Hubungan perbandingan. iaitu sebagai contoh. iaitu sebagai contoh. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir. – Hubungan sebab dan hasil. Salmah begitu rajin belajar. Rumah Rosli lebih besar.MAKNA DALAM WACANA Makna dalam wacana dapat ditinjau daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu hubungan makna. iaitu sebagai contoh. – Hubungan syarat dan hasil. Antara bahagian yang ada hubungan dalam sesebuah wacana ditunjukkan seperti berikut: – Hubungan sebab dan akibat. Rumah Romzi besar. – Hubungan sebab dan tujuan. Pelajar-pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh. tetapi banyak harta benda telah musnah. iaitu sebagai contoh. . Hubungan penjelasan. Dia gagal dalam setiap pertandingan yang disertainya.

Pemujukan • Contoh: • Kami menawarkan diskaun paling hebat dan perkhidmatan mesra pembeli. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana memilih Syarikat Penerbangan Cepat.00. Kami akan memaklumkan masa penerbangan yang baharu sebentar lagi. Silalah berkunjung ke kedai kami. • Retorik tersebut menunjukkan kehalusan bahasa.00.MAKNA DALAM RETORIK Pemerian • Contoh: • Harga asal buku itu ialah RM50. Sekian untuk makluman dan terima kasih. kami menghargai kesabaran anda. . Sesungguhnya. Harga selepas diskaun ialah RM25. • Retorik tersebut yang menggunakan penerangan berasaskan nada yang menarik dan berintonasi supaya dapat mengelak atau mengurangkan kemarahan para penumpang kerana perubahan pada jadual penerbangan. • Paparan retorik pada ayat berkenaan adalah objektif dan jelas. Penerangan • Contoh: • Salam bahagia kepada semua penumpang penerbangan AA4444.

Tiba-tibatiba sahaja aku ternampak bayangan yang menyeramkan. . Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan untuk tujuan tersebut. • Hujah daripada retorik tersebut menjurus kepada keutamaan supaya ibu bapa memilih universiti di dalam negara untuk pengajian anakanak. berbanding dengan langkah menghantar mereka ke universiti-universiti di luar negara.Penceritaan • Contoh: • Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2. • Retorik berkenaan menarik pembaca untuk mengikuti kisah seterusnya. Pendedahan • Contoh: • Mungkin rakan-rakan atau anggota keluarga anda tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan tanpa membaca surat khabar terlebih dahulu. Penghujahan • Contoh: • Dalam pengajian peringkat universiti. negara masih beruntung jika anak-anak memperoleh pendidikan di dalam negara. Mengapakah berlaku hal sedemikian? • Retorik berkenaan berdasarkan sesuatu bahan berita dalam akhbar boleh merangsang pembacaan. kita tidak dapat lari daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah universiti. Antara perkara yang berlaku. Sebelum melakukan sebarang pekerjaan. daripada pembacaan akhbar mungkin bermakna lega. perkiraan wang dan kos menjadi keutamaan perlu.00 pagi.