Bencana Alam

Belakangan ini, fenomena bencana alam seperti gempa bumi berlaku menggemparkan penduduk di seluruh dunia khasnya di Indonesia. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

Pengenalan
 Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.  Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu cukup kuat untuk membolehkan kita merasainya.

 Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Kesan Gempa Bumi
kepada manusia

Kebakaran
 Kebakaran kerap kali berlaku selepas gempa bumi.  Ini berlaku kerana bahan mudah terbakar terdedah kepada api atau paip yang membekalkan gas kepada rumah-rumah yang rosak akibat gempa bumi.  Api juga mudah merebak dengan cepat kerana pili bomba yang rosak atau jalan yang yang rosak yang menyebabkan pihak bomba tidak dapat ke tempat kebakaran.  Sebahagian besar daripada bandar akan terbakar menyebabkan kehilangan nyawa yang lebih banyak.  Dalam kejadian gempa bumi San Francisco 1906, kebakaran yang berlaku selepas gempa bumi menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding dengan gempa buminya.

Keruntuhan bangunan
 Manusia boleh terperangkap di dalam bangunan yang runtuh atau atau batu-bata yang jatuh ke jalan.  Inilah kesan yang menyebabkan jumlah kehilangan nyawa yang paling banyak.  Perkara yang paling teruk yang dilakukan semasa gempa bumi ialah berlari keluar ke jalan raya semasa gempa bumi.  Kebarangkalian untuk tertanam di bawah serpihan kaca dan batubata adalah lebih tinggi di luar bangunan berbanding di dalam bangunan.  Dalam kes gempa bumi Loma Prieta 1989, ramai orang yang terkorban akibat di tanam oleh batu-bata dan serpihan kaca daripada bangunan yang runtuh ke jalan raya.

Tanah Runtuh
Bangunan boleh mengalami kerosakan apabila tanah tidak dapat menyokong bangunan itu. Ini boleh berlaku dalam bentuk tanah runtuh atau pencairan tanah. Pergerakan tanah ini boleh menyebabkan landskap bumi berubah. Sebagai contoh, gempa bumi di New Orleans telah menukar arah aliran sungai Mississppi.

Tsunami
 Gempa bumi atau letusan gunung berapi di bawah laut boleh menyebabkan tsunami.  Ombak ini boleh bergerak beribu-ribu kilometer merentasi lautan.  Di tempat lautan yang dalam tsunami tidak begitu nyata tetapi apabila ia mula menghampiri pantai di mana airnya cetek, ketinggian tsunami ini boleh bertambah secara mendadak sehingga 50 kaki.  Tsunami membawa banyak tenaga dan apabila ia melanda pantai, ia boleh menyebabkan banyak kemusnahan sehingga boleh menyebabkan bangunan runtuh.

Tsunami biasanya berlaku selama beberapa jam dan ombaknya datang berturut-turut yang menyebabkan banyak kemusnahan. Tsunami biasanya susah dikesan menyebabkan amaran susah dikeluarkan. Dalam tsunami New Guinea 1998, tsunami berlaku akibat gempa bumi yang berlaku berdekatan dengan pantai menyebabkan banyak kemusnahan. Tsunami yang telah menyebabkan banyak kemusnahan ialah Tsunami Sumatera 2004 yang telah memusnahkan banyak kawasan di sekitar Lautan India.

Slide prepared by :
Caleb Sio
Hoe You Quan Cheong Yee Hwee Tracy Tey Pin Pin Fang Siew Fei Tam Shirley

The END

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful