You are on page 1of 31

Kerancakan pembangungan negara akan membawa kemodenan kepada masyarakat.

Pembangunan yang tidak teratur dan tidak terancang mengancam sistem ekologi malah akan mengundang bencana alam.Huraikan punca berlakunya bencana alam dan kepentingan mengimbangi pembangunan dengan pengekalan sistem ekologi.

Banjir
Terdapat enam punca yang boleh menyebabkan banjir berlaku, iaitu Hujan lebat sepanjang tahun Proses pembandaran Pemusnahan kawasan hutan Pemendapan kelodak di dasar yang tidak dirancang Pembungan sampah sarap ke dalam sungai Sistem peparitan dan saliran yang tidak dirancang

Kegiatan ekonomi manusia
 Fenomena penipisan ozon yang berlaku akibat tindakan

manusia seperti aktiviti perindustrian yang membebaskan gas kloroflorokarbon (CFCs) dan halon dan membentuk klorin monosida yang akan menyebabkan lapisan ozon terhakis dan menipis.  Penipisan lapisan ozon juga akan menyebabkan suhu meningkat.Industri yang menyebabkan fenomena penipisan ozon ialah industri pendingin udara dan industri pencuci atau pelarut.

Pembangunan tidak terancang dengan sempurna
 Projek pembinaan empangan yang tidak dirancang dengan

sempurna, pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa dan membancuh simen dalam cuaca hujan akan mengakibatkan benteng atau dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh.  Empangan yang dibina senang pecah dan mengakibatkan berlakunya banjir.  Selain itu, sistem perparitan yang tidak dibina dengan sempurna juga akan menyebabkan banjir.  Perancangan dan pemilihan kawasan pembinaan perumahan juga tidak harus berdekatan dengan kilang.  Rumah yang dibina di bukit atau kawasan tinggi juga menyebabkan tanah runtuh.  Highland Tower runtuh berlaku pada tahun 1993. Jurutera Perunding Geoteknikal telah mengenal pasti bahawa faktor utama kejadian Highland Tower runtuh disebabkan sistem perparitan di lereng bukit yang tidak dikendalikan dengan sistematik.

Tsunami
 Kejadian tsunami yang berlaku akibat gempa bumi dikatakan

sering berlaku di kawasan zon terbenam atau subduction zones.  Tsunami berlaku apabila pergerakan kepingan kerak bumi terbenam ke dasar.  Pergerakannya tersekat- sekat sebelum berlaku gelinciran.  Kepingan kerak bumi akan mewujudkan tenaga dan tenaga akan tertolak ke atas sehingga meletuskan gempa bumi di dasar laut.  Biasanya, kekuatan tenaga yang tertolak ke atas dari kerak bumi bergantung kepada sejauh mana kuatnya pergerakan plat yang berlaku.  Mengikut teori seismologi, tenaga akan tertolak ke atas apabila berlaku sesuatu pergerakan, pergeseran atau pertembungan antara plat di bawah lapisan kerak bumi sehingga menyebabkan gempa bumi sama ada di bawah atau di atas paras laut.  Seketika selepas gempa bumi berlaku, air yang tertolak akan membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.

•Apabila tsunami sampai ke pantai, ia bergerak perlahan kerana keadaan dasar laut di tepi pantai yang agak cetek. • Walaupun bergerak perlahan, tsunami diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian gelombang. •Ombak tersebut akan terhimpit antara satu sama lain. • Bergantung kepada jenis punca tsunami akan menjadi seolah- olah ‘tersedut’ sehingga menyebabkan air laut surut dan ikan tertinggal di dasar lautan. Kejadian gempa bumi yang berlaku di dasar laut sukar untuk dikesan lebih awal. Walau bagaimanapun, beberapa petanda dikenal pasti wujud sebelum tsunami berlaku.

28 Dis 2008-Banda Acheh-mayat mangsa tsunami yang masih berada di dalam sungai

28 Dis 2004- Mayat mangsa tsunami di antara ratusan ribu mayat di merata-rata tempat di Banda Acheh

Tanah Runtuh
 didefinisikan sebagai aliran tanah, batu, danpiung mengikut

cerun, bermula dari kawasan yang tinggi hingga ke kawasan yang lebih rendah.  Pada kahikatnya, walaupun sering dilihat secara negatif, kejadina tanah runtuh penting kepada pengekalan keseimbangan geologo alam untuk menaburkan semula tanah, mineral, dan bahan mendapan.  tindakan manusia dalam mengejar pembangunan tanpa menitikberatkan kesan terhadap alam sekitar merupakan punca utama di sebalik kejadian tanah runtuh. Jika diteliti, kebanyakan tanah runtuh yang berlaku terjadi di kawasan yang diteroka.

Gempa Bumi
Gempa bumi terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempabumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "isostatic". Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting". "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi. Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi. Gempabumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Oleh itu dapat dikatakan bahawa pembangunan bandar sebagai perihal untuk membangun atau proses membangun dalam konteks dari kawasan mundur kepada kawasan maju. Kesan yang ditinggalkan daripada pembangunan bandar adalah tidak baik dan membawa kepada kelukaan dan kerosakan kepada kita. Menurut ‘The World Convention’, warisan boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu warisan kebudayaan dan warisan alam semulajadi.

Alam semulajadi adalah warisan negara.Ianya telah dijejaskan akibat pembangunan bandar. Melalui kategori warisan alam semulajadi yang dirujuk oleh General Conference Of UNESCO pada tahun 1972, membawa maksud bahawa ciriciri fizikal,biologikal dan geografi yang unik, habitat baka tumbuhan dan binatang yang hampir pupus dan kawasan yang mempunyai nilai saintifik atau estetik dari pandangan pemuliharaan. Tiga unsur alam semulajadi yang penting ialah hutan, air dan udara.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah: Kesihatan manusia terjamin  Tarikan pelancong asing  Pembekalan udara yang segar  Ekosistem yang stabil  Habitat hidupan darat dan air terpelihara  Mengelakkan kepupusan

TAMAT
Disediakian oleh:

Yow Mei Xuan Tho Wan Jun Lee Wei Peng Dawson Kumar Khairil Azmil b.Hussin Heamendran a/l Selvanathan Kishok Gupta a/l Meialangan