Sayidina Hamzah Bin Abdul Mutalib Pahlawan Terbilang

Biodata
     

  

Namanya Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdu Manaf. Ketrunan bani Hasyim Bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. Dilahirkan pada tahun 570 Masihi. Tahun sama dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dilahirkan di Makkah al-Mukarramah Memegang jawatan dalam ketenteraan sebagai panglima perang dan membawa panji-panji tentera Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.. Hobinya suka memanah dan memburu. Mati syahid pada tahun ketiga Hijrah dalam peperangan Uhud. Makamnya berdekatan dengan Bukit Uhud

Sifat Peribadi
    

Tangkas bertindak Tidak pernah memiliki sifat jahiliah Cekal hati Bijak mengatur strategi perang Gagah berani

Detik Pengislaman Hamzah Abdul Mutalib

Pada suatu hari, Abu Jahal telah menghina Nabi Muhammad s.a.w secara keterlaluan Ketika itu Hamzah pergi berburu di Bukit Safa Dalam perjalanan pulang dari pemburuan, beliau diberitahu oleh seorang wanita tentang kata-kata Abu Jahal terhadap Rasulullah s.a.w..

Hamzah bertindak memukul Abu Jahal dengan busur panah sehingga kepala Abu Jahal berdarah. Hamzah Abdul Berkata : sesiapa yang berani menghalang dan mencabar aku, silakan! Sekarang aku mengaku bahawa Muhammad adalah Rasulullah s.a.w. dan pembawa kebenaran. Demi Allah S.W.T., aku pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Siapa berani, halanglah! Pengislaman Hamzah adalah kerana tidak tahan mendengar, melihat dan mengetahui cemuhan, maki hamun,

Sumbangan Hamzah Abdul Mutalib Asadullah
 

Melindungi Rasulullah s.a.w. daripada ancaman musuh-musuh Islam Mengambil bahagian dalam setiap peperangan yang melibatkan Islam dan memainkan peranan penting demi kemenangan Islam Mengambil berat terhgadap persaudaraan dan hubungan kekeluargaan Islam Sanggup mengorbankan masa, tenaga, dan nyawa demi perjuangan mengembangkan agama Islam

   

Peristiwa Syahid Hamzah Abdul Mutalib Saiyidul Syuhada Pada tahun ketiga Hijrah, berlaku peperangan Uhud antara

kaum musyirikin Makkah dengan tentera Islam. Beliau ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai panglima perang. Beliau sempat membunuh seramai 21 orang tentara 21 orang tentera kafir Quraisy. Namun, Beliau terjatuh dan menyebabkan baju besi perangnya rosak. Wahsyi yang melihat dari jauh akan keadaan tersebut lalu melontar lembing dan kena tepat di perut Sayidina Hamzah. Beliau cuba menerkam untuk membunuh Wahsyi, seorang hamba yang pengecut tetapi tidak sempat kerana beliau rebah dan mati Syahid! Hindun Binti Utbah tanpa belas kasihan telah menunjukkan sifat kebinatangannya dengan membelah dada dan memamah jantung Saiyidina Hamzah untuk menunjukkan yang beliau benci, dendam, dan marah kepada Sayidina Hamzah. Sayidina Hamzah telah diberi gelaran mulia, iaitu Saiyidul Syuhada yang bermaksud Penguhulu Sekalian Syahid

SALIN SOALAN BERIKUT
1.  

Saidina Hamzah adalah bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Mengapakah beliau memeluk Islam Nyatakan tindakan beliau terhadap Abu Jahal Terangkan 3 sumbangan beliau dalam perjuangan Islam. Saidina Hamzah pernah dilantik sebagai ketua pasukan peninjau yang pertama. Nyatakan tugas beliau dalam pasukan ini. Bilakah dan dalam peperangan apakah beliau gugur syahid. Terangkan 2 contoh keberanian Saidina Hamzah dalam peperangan. Siapakah yang telah membelah dada Saidina Hamzah dalam peperangan Uhud Nyatakan 3 sifat peribadi Saidina Hamzah Saidina Hamzah gugur yahid dimedan Uhud. Nyatakan sebab beliau digelar “Asadullah” dan “SayyidusSyuhada`” Siapakah yang telah membunuh beliau?

5. 6.      12.  

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful