PEMBENTUKAN PERIBADI DAN ETIKET

BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

APA ITU ETIKET
Peraturan-peraturan tingkahlaku Sopan santun dalam kehidupan seharian, hubungan antara satu sama lain atau dalam majlis formal atau tidak formal.

APA ITU ETIKET
Perilaku sesorang yang mengikut peraturan dan norma masyarakat atau berlandaskan timbang rasa dianggap mempunyai nilai etiket yang tinggi.
Dipaparkan etiket sosial sebagai panduan.

TERTIB PERKENALAN
a) Prinsip Perkenalan Perkenalkan lelaki pada wanita Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting Perkenalkan orang lebih muda kepada orang yang lebih tua

TERTIB PERKENALAN
b) Keberkesanan dalam perkenalan Kedua pihak bersedia untuk diperkenalkan dan untuk menerima perkenalan. Sebut nama dengan jelas dan betul perlakuan yang tertib. Pandang ke arah mata orang yang diperkenalkan.

TERTIB PERKENALAN
c) Tertib Memperkenalkan Izinkan saya memperkenalkan ……. Puan …………Inilah Encik ………. Boleh saya memperkenalkan ……… d) Cara Menjawab Yang Sopan Apa khabar? Bertuah dapat berkenalan Hello!

BERJABAT TANGAN
Pelbagai Cara - Kasar dan aggresif - Mengawal - Hujung Jari Sahaja - Tarik - Sejuk - Erat dan Mesra Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu

PERBUALAN SOSIAL
Contoh tajuk perbualan sosial - Hobi - Muzik - Pakaian - Makanan - Kesenian - Kesusasteraan - Sukan - Pengembaraan

PERBUALAN SOSIAL
Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai - Perbualan peribadi - Fahaman politik - Keagamaan - Peperangan

PERBUALAN SOSIAL
Tertib Perbualan Sosial Kedua-dua pihak berminat. Pandang ke arah orang yang bercakap. Dengar dengan teliti. Bercakap dengan nada yang biasa. Tempoh bercakap berpadan. Bercakap cara bersahaja. Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap.

CARA BERDIRI
Cara berdiri seseorang melambangkan keperibadiannya. Terdapat pelbagai cara berdiri: - Kedua-dua belah tangan dalam saku seluar. - Kedua-dua belah tangan cekak pinggang. - Kedua-dua belah tangan berpeluk tubuh. - Kedua-dua tangan lurus ke bawah.

CARA BERDIRI
Cara berdiri berdiri yang baik. Tubuh badan (posture) hendaklah berdiri betul iaitu dada ke hadapan dan perut ke dalam. - Tangan di sisi badan - Air muka menampakkan ketenangan - Sentiasa memberi senyuman - Kaki terbuka sedikit

BERJALAN
- Gunakan bahagian dari punggung ke bawah bila berjalan. - Kuruskan bahagian badan (tidak kaku). - Setiap langkah mengikut bayangan garisan lurus. - Hayun tangan beberapa sentimeter ke hadapan dan ke belakang. - Gerak tangan berlawanan dengan kaki.

NAIK TANGGA
- Bila naik tangga badan tidak terlalu membongkok. - Hanya bongkok sedikit sahaja dari bahagian punggung. - Gunakan kaki kanan untuk naik ke anak tangga pertama dan seterusnya diikuti dengan kaki kiri. - Seluruh kaki kanan diletakkan di atas anak tangga pertama.

DUDUK DI KERUSI
- Bila duduk di kerusi rapatkan kaki dan lutut. - Letakkan kaki menyerung ke sebelah kanan atau kiri (bagi wanita sahaja). - Elakkan jari kaki/sepatu dari melunjur ke atas atau ke bawah. - Elakkan diri dari menggoyangkan kaki. - Elakkan duduk secara peha di atas peha.

BERJALAN DI TEPI JALAN
Apabila suami isteri bersiar-siar di sesuatu tempat dan sedang berjalan di tepi jalan. Suami hendaklah: - berada di ‘kawasan merbahaya’ - sentiasa awasi kenderaan yang lalu lalang. - memberi bantuan menyeberangi jalanraya ataupun lorong jalan sekiranya perlu.

MASUK DAN KELUAR KERETA
Apabila masuk ke kereta, bermula dengan punggung. Apabila keluar dari kereta, bermula dengan kaki. Dalam keadaan biasa, suami hendaklah keluar dahulu dan diikuti oleh isteri dari pintu yang sama, jika kedua-dua duduk di sebelah belakang.

MASUK DAN KELUAR LIF
MASUK DAN KELUAR DAHULU SESIAPA YANG BERHAMPIRAN DENGAN PINTU.

TURUN NAIK TANGGA BERGERAK
Apabila naik - Isteri hendaklah naik tangga bergerak dahulu dan suami mengekori dari belakang. Apabila turun - Suami turun dahulu dan isteri mengekori dari belakang.

PINTU MASUK KELUAR JENIS BERPUSING
Dalam keadaan-keadaan sedemikian: Suami hendaklah masuk dahulu, diekori oleh isteri dan seterusnya mengiringi isteri ke tempat yang dituju.

KESESUAIAN PAKAIAN WANITA
- Elakkan daripada berpakaian berkilau/berkilat pada siang hari. - Corak fabrik tidak lebih dari empat warna. - Penggunaan alat solek tidak keterlaluan. - Perhiasan yang minimum. - Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.

KESIMPULAN
PENAMPILAN INDIVIDU DALAM SESUATU URUSAN ADALAH MENCERMINKAN IMEJ PERIBADI DAN IMEJ ORGANISASI DI MANA IANYA BERKHIDMAT.

TERIMA KASIH

Cara masuk ke dalam kereta yang betul.

Cara masuk ke dalam kereta yang salah.

Cara keluar dari kereta yang betul.

Cara keluar dari kereta yang salah.

Cara duduk di kerusi dengan betul.

Cara duduk di kerusi yang salah.