PENGAJIAN MELAYU

DAERAH ARTIKULASI
☺ Takrif daerah artikulasi ☺ Daerah-daerah artikulasi

Takrif Daerah Artikulasi
© Daerah artikulasi adalah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. © Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. © Alat artikulasi yang sama akan menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan. Contoh : Jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [t].

©titik pertemuan antara alat artikulasi dengan bahagian yang tersentuh ketika menghasilkan sesuatu bunyi bahasa. © Di dalam bahasa Arab, daerah artikulasi dirujuk sebagai ‫ مخارج الحروف‬yang bermaksud tempat keluar sesuatu huruf. Tempat keluar huruf atau daerah artikulasi ini mestilah melibatkan dua alat artikulasi. Contoh : Artikulasi huruf /b/ ialah kombinasi bibir atas dan bibir bawah. Begitu juga dengan /l/ di mana untuk menyebutnya memerlukan kombinasi hujung lidah dengan gusi selain daripada hembusan angin di sisi lidah.

Daerah artikulasi adalah kawasan yang di mana udara terganggu. Terdapat beberapa daerah artikulasi yang terlibat dalam penghasilan sesuatu bunyi iaitu : DUA BIBIR (BILABIAL) ☺ Bunyi dihasilkan dengan menggunakan bibir atas dan bawah. ☺ Terhasil apabila udara daripada paru-paru tersekat sepenuhnya di bahagian bibir. Contoh : [p], [b], [m], [w] ☺Pasir [pasir] ☺ Mama [mama] ☺ Batu [batu]

BIBIR –GIGI (LABIO-DENTAL) ☺ Bunyi dibentuk dengan menggunakan gigi atas dan bibir bawah. ☺ Terhasil apabila bibir bawah bersentuh dengan gigi bahagian atas. ☺ Masih ada ruang untuk udara daripada paru-paru mengalir keluar. Contoh : [f], [v] ☺ Faham [faham] ☺ Lava [lava] ☺ Van [van]

HUJUNG LIDAH-GIGI (DENTAL) ♥ Terhasil apabila bahagian hujung lidah terletak di antara bahagian gigi atas dan gigi bawah. ♥ Udara daripada paru-paru masih boleh mengalir keluar apabila celahan-celahan kecil antara lidah dan gigi tersebut. Contoh : Othman

HUJUNG LIDAH-GUSI (ALVEOLAR)

☻Terhasil apabila hujung lidah menyentuh bahagian gusi atas. ☻ Boleh terjadi secara : ☼ sepenuhnya Contoh :[t], [d], [n] ☼ Tidak sepenuhnya Contoh :[z], [s]

HUJUNG LIDAH-GELUNGAN (RETROFLEKS)
☻ Terhasil apabila bahagian hujung lidah dilipat naik lalu menyentuh bahagian lelangit keras. ☻ Sentuhan tidak terjadi sepenuhnya. Contoh : [r]

DEPAN LIDAH-LELANGIT KERAS (PALATAL)
☺ Terhasil apabila bahagian depan lidah dinaikkan lalu menyentuh lelangit keras. ☺ Contoh : ☺ Secara sepenuhnya : [∫],[dℨ],[ŋ] ☺ [l] (udara yang dipam keluar daripada paru-paru mengalir keluar di kedua-dua sisi lidah)
Contoh : Syarikat [∫arikat] Syair [∫air] Belang (bəlaŋ)

BELAKANG LIDAH-LELANGIT LEMBUT (VELAR)
☺ Terhasil apabila bahagian belakang lidah dinaikkan lalu menyentuh rapat pada bahagian lelangit lembut. ☺ Udara akan terhalang apabila dua organ tutur tersebut dilepaskan secara tiba-tiba, misalnya ketika menghasilkan bunyi [k] dan [g] ☺ Bunyi [n] terhasil apabila kedua-dua organ tutur tadi dibiarkan mengalir menerusi rongga hidung.

GLOTAL
☼ Terhasil apabila pita suara dibuka atau ditutup (menghasilkan bunyi seperti [h], [ʔ]. ☼ Bunyi [h] terhasil apabila udara daripada paru-paru dipam keluar dan udara ini melewati pita suara yang terbuka luas. ☼ Bunyi [ʔ] terhasil apabila pita suara tertutup rapat dan udara yang terhalang ini kemudiannya dilepaskan secara tibatiba. ☼ Contoh : hari [hari]

GUSI Suara dikeluarkan apabila di hadapan lidah dinaikkan sehingga dekat atau menyentuh lengkungan gusi (bahagian belakang gigi atas) Contoh : [t], [d], [n], [s], [z,] [l], [r]

Terima kasih kerana sudi memberikan perhatian. Disediakan oleh : Azureen Binti Amjah Fazilah Binti Duraman Michelle Lorna
by , Zur een SUS HI ‘09

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful