You are on page 1of 16

TEKNIK-TEKNIK

PENGAJARAN

CIK ZAWIYAH BINTI RAZALI
L20092004566
TEKNIK-TEKNIK
PENGAJARAN
1. TEKNIK MAIN PERANAN
2. TEKNIK PERMAINAN BAHASA
3. TEKNIK LATIH TUBI
4. TEKNIK BERCERITA
5. TEKNIK PERBAHASAN
6. TEKNIK KUIZ
7. TEKNIK SUMBANGSARAN
8. TEKNIK SOAL JAWAB
9. TEKNIK PERBINCANGAN
TEKNIK MAIN PERANAN
Pelajar melakonkan sesuatu situasi, masalah atau
peristiwa yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-
watak yang ditentukan dalam satu situasi yang
disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau
penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba
menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-
pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri dan
membina keyakinan mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran
masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada
pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen,
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Mempelajari bahasa melalui teknik permainan
Kebanyakan aktiviti menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa antaranya kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Objektifnya adalah:
i - merangsang interaksi verbal pelajar
ii -menambah kefasihan dan keyakinan
iii - menyediakan konteks pembelajaran
iv - tindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan
v- bertindak sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK LATIH TUBI
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta
atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
disamping menjamin kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran
seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau
mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses
mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-
perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut
(audiolingual) yang biasanya digunakan dalam
pengajaran samada bahasa rasmi atau bahasa kedua.
TEKNIK BERCERITA
Satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.
Dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi
perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita.
Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan
kawalan mata.
TEKNIK BERCERITA
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia
harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik
bercerita ialah :
I. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan
dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
II. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
III. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
IV. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan
murid-murid sekurang - kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini.
V. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar
atau lain-lain bahan bantu mengajar.
TEKNIK PERBAHASAN
 Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang
sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
 Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di
sekolah menengah.
 Antara manfaat teknik ini ialah :
- Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan
berkesan - Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah
fikiran dengan tepat dan teratur
- Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan
struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
- Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
- Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan
membidas.
 Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan
berbahas di kalangan pelajar.
 Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan
membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa,
perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan
pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
 Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan
Penyiaran British (B.B.C).
 Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti
di sekolah-sekolah Melayu.
 Tujuannya ialah :
- Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
- Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
- Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
- Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
 Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui
teknik ini iaitu :
- Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan,
perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan
sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan
pengukuhan.
- Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan
TEKNIK SUMBANGSARAN
Merupakan percambahan fikiran (brainstorming)
yang merupakan satu sesi perbincangan yang
membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa
pada peringkat sekolah rendah dan berkembang
menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran
secara analitis.
TEKNIK SUMBANGSARAN
Tujuan Sumbangsaran

III. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
IV. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
V. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum.
VI. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
VII. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
VIII. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
IX. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
X. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan
mencukupi
XI. Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
iaitu (Apa? Kenapa? Siapa? Di mana? Bagaimana?)
XII. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
XIII. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
TEKNIK SOAL JAWAB
Teknik yang paling lama dan popular digunakan
dalam bidang pendidikan
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah
dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki
memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar
TEKNIK SOAL JAWAB
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
I. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa
murid
II. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara
kreatif, inovatif, logik dan kritis.
III. Untuk mendorong pelajar menyusun dan
menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat
membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih dinamik dan
TEKNIK PERBINCANGAN
Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas
(Kementerian Pendidikan 1990:85).
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan
dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan
seorang guru.
Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara
bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-
masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang
diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel,
TEKNIK PERBINCANGAN
 Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut
:
I. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang
akan dijalankan.
II. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan
kemudian memilih seorang ketua yang boleh
dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
III. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan
maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
IV. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke
satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu
dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah
perkara yang betul.
V. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada
TERIMA KASIH