You are on page 1of 18

• Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli

bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah
kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki
dengan mendalam.
• Walau bagaimanapun hasil kajian daripada
sarjana tempatan dan Barat, kita dapat
mengetahui secara kasar latar belakang dan
pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu
nenek moyang kita sendiri.
 Falsafah bahasa merupakan bidang yang
menyelidiki kebenaran dalam bahasa atau
kajian bahasa (linguistik).
 Falsafah bahasa melibatkan dua bidang

kajian iaitu:
- bidang falsafah.
- bidang kajian bahasa (linguistik).
 Kebanyakan ahli falsafah berpendapat bahawa
perkara yang mula-mula dikaji dalam falsafah
bahasa ialah bidang pemaknaan (semantik).
 Kemudian dikaji pula tentang hakikat
pengetahuan (epistemologi), persoalan nilai
(etika), aspek keindahan (estetika), budaya dan
sosial (antropologi dan sosiologi), alam jagat raya
atau kosmos manusia (kosmologi), hakikat
kewujudan (ontologi), dan tentang alam zahir dan
ghaib (metafizik).
 Beberapa teori telah mengatakan bahawa
penutur-penutur bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi
nama Austronesia.
 Mereka datang dari daerah Yunan dan telah

turun, dalam bentuk beberapa gelombang
pergerakan manusia, dan menduduki
wilayah Asia Tenggara.
 Secara rajah, cabang-cabang rumpun
bahasa Austronesia adalah seperti yang
berikut:

Austronesia

Nusantara Polinesia Melanesia
Mikronesia
• Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa
Nusantara.
– Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo,
Roto, Sika dan lain-lain.
• Bahasa-bahasa Polinesia
– Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti
• Bahasa-bahasa Melanesia
– Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun
Caledonia
• Bahasa-bahasa Mikronesia
– Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall,
Carolina dan Gilbert
 Ahli bahasa membahagikan perkembangan
bahasa Melayu kepada tiga tahap utama
iaitu:
◦ Bahasa Melayu Kuno,
◦ Bahasa Melayu Klasik dan
◦ Bahasa Melayu Moden.
• Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad
ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai
lingua franca dan bahasa pentadbiran.
• Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau
dan Sumatera.
• Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa
Sanskrit.
• Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti
menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata
dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu.
 Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit
kerana:
◦ Pengaruh agama Hindu
◦ Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan,
dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
◦ Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur
mengikut keadaan dan keperluan.
• Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad
ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
– Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
– Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
– Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
– Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi
(686 M)
• Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di
Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf
Nagiri.
• Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
– Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
– Susunan ayat bersifat Melayu
– Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan -
wulan)
– bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau
dangan)
– Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh:
berlepas-marlapas)
– Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh:
diperbuat - niparwuat)
– Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th,
ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
– Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-
samuha, saya: sahaya)
• Kegemilangannya boleh dibahagikan
kepada tiga zaman penting:
– Zaman kerajaan Melaka
– Zaman kerajaab Acheh
– Zaman kerajaan Johor-Riau
• Antara tokoh-tokoh penulis yang penting
ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan
Abdul Rauf al-Singkel.
• Ciri-ciri bahasa klasik:
– ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.
– banyak ayat pasif
– menggunakan bahasa istana
– kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran
(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
– banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal
ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
– ayat songsang
– banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
• Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan
Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan
zaman bahasa Melayu moden.
• Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu
mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,
kesusasteraan, dan bahasa pengantar di
pusat pendidikan Islam.
• Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah
dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan.
• Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
• Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara. Laporan Razak 1956
mencadangkan bahasa Melayu sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan negara.
 www.tutor.com.my/.../asal_usul_bahasa/
asal_usul_bahasa_melayu.htm
 aculty.unitarklj1.edu.my/.../ASAL%20USUL

%20BAHASA%20MELAYU.doc