Explore Ebooks
Categories
Explore Audiobooks
Categories
Explore Magazines
Categories
Explore Documents
Categories
Amjad Radhi
Hakim Sham
Amir Aminuddin
Ariff Nordin
Afiq Saat
Qisty Mohd
Sistem Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Sistem ini diamalkan sejak tahun 1957.
Raja dikekalkan sebagai pemerintah tertinggi negara yang disebut Yang di-
Pertuan Agong dan timbalannya, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Kedua- dua jawatan ini diisi secara bergilir- gilir melalui pemilihan daripada
kalangan sembilan raja Melayu yang memerintah sembilan negeri Melayu.
Dalam melaksanakan pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong tidak
boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berdasarkan
peruntukan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri
Majlis Raja- raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1948.
Majlis Raja- raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri- negeri Melayu, Yang
Dipertua bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Majlis Raja- raja bersidang 3 atau 4 kali setahun.
Mesyuarat ini dipengerusi oleh salah seorang raja Melayu secara bergilir-
gilir.
Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar negara, Yang di-
Pertuan Agong diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-
masing. Dalam mesyuarat tentang hal yang lain, Perdana Menteri, Menteri-
menteri Besar dan Ketua- ketua Menteri tidak perlu hadir.
Memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong melalui pengundian
Menimbangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan dasar negara,
contohnya perubahan dalam dasar imigresen.
Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan
adat istiadat Melayu serta agama Islam.
Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang- undang yang menurut
Perlembagaan memerlukan persetujuannya, misalnya yang berkaitan
dengan persempadanan semula negeri, kedudukan Raja- raja, pindaan
perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta Kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak.
Majlis Raja- raja harus juga dibawa berunding tentang hal yang
berkaitan dengan pelantikan Ketua Hakim Negara, Ketua Audit
Negara, ahli Suruhanjaya- suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pilihan
Raya, Pendidikan dan kereta api.
Majlis Raja- raja mempunyai seorang setiausaha yang dikenal sebagai
Penyimpan Mohor besar Raja- raja. Pelantikannya dilakukan sendiri
oleh Majlis Raja- raja.
Setiausaha ini merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan
sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Raja- raja.
Melantik Perdana Menteri
Melantik dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri
atas nasihat Perdana Menteri
Mengampunkan, meringankan dan menangguhkan hukuman atas
nasihat Jemaah Pengampunan Negara
Memelihara keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera di
Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perlembagaan
Memanggil, menangguhkan dan membubarkan Parlimen atas
nasihat Perdana Menteri
Melantik Ketua Hakim dan semua Hakim
Memperkenankankan undang- undang yang diluluskan oleh
parlimen
Menganugerahkan gelaran dan bintang kebesaran
Ketua Negara
Panglima Tertinggi Angkatan Tentera
Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak
bersultan atau tidak beraja.
Tiupan Nafiri menandakan keberangkatan masuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah ke balairung seri.
Keberangkatan Duli- duli Yang Maha Mulia didahului oleh Seri Maharaja Lela. Duli- duli
Yang Maha Mulia diapit oleh pegawai- pegawai yang membawa Cogan Agama dan
Cogan Alam dan di belakang mereka ialah pegawai- pegawai yang membawa cokmar
dan pedang. Di belakang Duli- duli Yang Maha Mulia ialah Juruiring dan Dang Perwara.
Selawat dilafazkan sebaik sahaja tiupan nafiri berakhir dan seterusnya nobat “Raja
berangkat” dipalu. Duli- duli Yang Maha Mulia bersemayam di singgahsana.
Seri Maharaja Lela memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk
memulukan istiadat.
Pegawai- pegawai meletakkan alatan pertabalan mengikut tertib di atas meja khas di
hadapan astaka.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri melafazkan ayat- ayat Al- Quran.
Menteri Besar membaca surat Pengisytiharan Pertabalan.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan membaca surat Titah Diraja.
Seri Maharaja Lela mengangkat sembah dan mempersembahkan keris kebesaran
negeri kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan menerima keris kebesaran negeri yang
menghunusnya, kemudian menyarungkannya semula.
Sekalian hadirin berdiri dan seterusnya Seri Maharaja Lela menyebut
“Daulat Tuanku” tiga kali berturut- turut, diikuti oleh para hadirin.
Nobat “Raja Bertabal” dipalu dan diikuti tembakan meriam 21 das sesudah
seruan “Daulat Tuanku” yang pertama dan payung obor- obor
dikembangkan.
Lagu “Allah Selamatkan Sultan” dinyanyikan oleh kumpulan koir.
Menteri Besar membawa surat Ucapan Taat Setia dan mengucapkan
tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri diapit oleh Kadi Besar dan Imam
Besar Masjid Zahir melafazkan doa selamat.
Seri Maharaja Lela menghadap memohon limpah perkenan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan untuk menamatkan istiadat.
Nobat “Raja Berangkat” dan Duli- duli Yang Maha Mulia berangkat turun
dari singgahsana meninggalkan majlis dengan diiringi pengiring- pengiring
diraja mengikut tertib dan disusuli oleh Wakil Raja- Raja dan Ketua – ketua
Negeri yang lain.
Jawatan Yang Di- Pertuan Agong akan digilirkan dalam kalangan
sultan
dan raja negeri- negeri melayu. Penggiliran jawatan Yang di- Pertuan
Agong ini dibuat menurut urutan yang berikut:
Negeri Sembilan
Selangor
Perlis
Terengganu
Kedah
Kelantan
Pahang
Johor
Perak