Seorang Guru Tua,Gunawan Mahmood Maksud Rangkap 1 -Penyajak bercerita tentang gurunya yang sudah tua yang

pernah mendidiknya dan dia juga sudah dewasa sekarang.Guru tua itu masih setia terhadap tugasnya mendidik anak bangsa tanpa berasa jemu.Anak-anak muridnya banyak yang berjaya.Ada yang menjadi menteri, usahawan, dan memegang jawatan tinggi.

Maksud Rangkap 2
-Guru penyajak masih mengajar sekolah yang sama.Gurunya itu masih memandu kereta lamanya.Perasaan jemu dan bosan tidak ada dalam hidupnya semasa memberi didikan kepada anak-anak didiknya.Guru penyajak cekal dan gigih semasa menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Maksud Rangkap 3
-Penyajak menyanjung jasa dan pengorbanan gurunya serta memberikan pengiktirafan kepada gurunya itu.Gurunya bersemangat tinggi sebagai pendidik anak-anak bangsa yang berusaha untuk menggilap martabat bangsa ke arah yang lebih maju dan berwawasan.

Tema
Sanjungan terhadap kegigihan guru dalam usaha mendidik anak bangsa.

Persoalan
1.

2. 3.

4.

Pengorbanan guru dalam mendidik pelajar. Mengenang dan menghargai jasa guru. Tanggungjawab guru yang semakin mencabar. Kesetiaan guru terhadap tugasnya.

Gaya Bahasa

1. Pengulangan baris ayat -Guruku yang baik 2. Peribahasa -air muka 3. Inversi -kini rambut memutih kepala 4. Anafora -masih di situ -masih memandu kereta lama -masih menuju sekolah yang sama 5. Metafora -memutih kepala -gigih menggenggam

Nilai
Mengenang jasa, hormat-menghormati, kasih sayang, ketabahan, kesetiaan

Pengajaran
1.Kita hendaklah menghargai jasa guru. 2.Kita harus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. 3.Kita perlu menghormati insan yang banyak berjasa kepada masyarakat. 4.Janganlah melupakan pengorbanan guru yang banyak berjasa.

Biodata Penyajak
1. 2.

3.

Lahir pada 29 Januari 1959 di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan di Fakultas Bahasa dan Sastera di Universitas Nasional Indonesia. Hasil Karya-pernah menghasilkan dua buah buku, iaitu puisi kanak-kanak dan novel.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful