You are on page 1of 17

SYAHADATUL HAQ

BERSAKSI DI ATAS KEBENARAN

1. Mensucikan Allah

Firman Allah:

Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah dan
Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (As-Saff 61:1)

2. Melaksanakan Syahadatul Haq

Firman Allah: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr 103:1-3)

Golongan Pertengahan

Firman Allah: Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi

saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu ...
(Al-Baqarah 2:143)

Ummatan Wassato

"Ini semua supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para Nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka" - Al Maududi

Pewaris Nabi & Rasul

Firman Allah: Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 4:165)

Menyembunyikan kesaksian

Firman Allah: ...Katakanlah, "Kamukah yang lebih tahu atau Allah, dan siapakah yang

lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya? " Allah tidak
lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:140)

Pembahagian Syahadah
1.

Syahadah perkataan (Qauliyyah) Sebarkan dan bentangkan dengan disokong oleh hujah dan bukti dan mengkritik segala teori dan ideologi yang bercanggah dengan kritikan yang jujur berlandaskan teori-teori ilmu dan kajian.

2.

Syahadah Perbuatan ( Filiyyah ) Mekah vs Madinah "Demi sesungguhnya, agama yang dapat membentuk dan membangunkan sesebuah negara seperti ini sudah tentu agama yang pasti akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia dan membawa penganutnya ke arah kejayaan di dunia dan akhirat".

Syahadah & UA

"Kami telah sampaikan kepada seluruh penduduk bumi ini apa yang telah disampaikan kepada kami, tanpa mengenal erti penat lelah. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mereka yang masih tidak mahu menerima kalimah hak dan enggan mengikut cara hidup sebenar yang diredhai oleh Allah. mereka sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mereka menurut jalan yang sesat kerana kezaliman dan keangkuhan mereka sendiri".

THE END