You are on page 1of 33

Sistem Penanaman

Padi Tikar
AHLI KUMPULAN

REBECCA SHINJA ANAK LAJIM D20091034720


NUR AISYAH BT MOHD YAHAYA D20091034719
SITI NOR ROHAYA BT AZIZ D20091034717
AIDI EZWANI BT ALI D20091034653
AFIFAH BT MOHAMAD D200910346??
Kebaikan Menggunakan Semaian
Padi Tikar

 Mengurangkan kos tapak semaian. (bijih benih, baja, air)

 Mengurangkan kerosakan akar. (kerana anak semaian


dipisahkan sebelum ditanam)

 Mengeluarkan hasil yang banyak kerana anak semaian


sihat dan cepat bercambah.

 Senang dipindahkan.

 Senang dijaga.
Penyemaian Padi Tikar Secara
Tradisional

1.Menggunakan bijih benih yang


mempunyai kualiti yang bagus.
 biasanya I hektar tanah menggunakan 12-
25kg bijih benih berkualiti dengan kadar
percambahan minimum 80%. Ini penting
untuk percambahan sekata dan
mengeluarkan 5-20% hasil lebih daripada
penanaman biasa.
2. Rendam bijih benih.
 rendam selama 24 jam (bergantung kepada jenis
bijih benih). Sesetengahnya mengambil masa
yang lama untuk bercambah. Selepas 24 jam,
keluarkan air dan bungkus bijih benih untuk
mengekalkan kelembapan (24jam). Dalam masa
ini bijih benih akan bertunas dan akar akan
tumbuh sepanjang 2-3mm.
Rendam Buang air
selama 24 jam lepas 24 jam

Bungkus
semula 24jam
3. Sediakan campuran tanah.
campurkan 70-80% tanah, 15-20% baja organik (tahi
ayam) dan 1 baldi 5-10% sekam padi yang telah
dibakar atau segar.
4. Menyediakan tapak semaian.
dalam satu hektar, sediakan satu tapak semaian
100m persegi.
Sediakan
campuran
tanah

Sediakan tapak
semaian
5. Meletakkan campuran tanah.
 boleh menggunakan bingkai kayu atau tidak.
Jika menggunakan bingkai kayu; letakkan daun
pisang, bingkai kayu, campuran tanah.
6. Taburkan benih pra-cambah secara
sekata.
 taburkan bijih benih dan mampatkan tanah
untuk menenggelamkan bijih benih ( kira-kira
2-3cm ke dalam tanah). Kemudian siram.
7. Alihkan bingkai kayu dan ulangi langkah kelima
dan keenam.

8. Siram tapak semaian 2 kali sehari selama 5


hari.
 biarkantapak semaian tertutup dengan daun
pisang untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Pastikan tapak semaian dilindungi dari hujan
lebat pada 5 hari pertama selepas semaian.
9. Alihkan daun pisang selepas 9 hari dan airi
tapak semaian.
 kekalkan paras air pada 1cm. Kemudian,
keluarkan air 2 hari sebelum memindahkan
anak semaian untuk ditanam. Jika anak
pokok kelihatan kekuningan dalam masa 7
hari, bermakna ia kekurangan nitrogen. (cara
mengatasinya,larutkan 1.5 urea dalam 300L
air dan siram anak pokok)
10. Selepas 15-20 hari, anak pokok
cukup tinggi dan sedia untuk
dipindahkan.
anak semaian mudah dipindahkan
dengan menariknya.
Penyemaian Padi Tikar Untuk
Transplater
Oleh kerana pengubahan anak padi perlu dilakukan
menggunakan mesin khas iaitu transplanter, maka
benih padi perlu disemai di dalam tray (takung) khas
yang berukuran 2 kaki lebar x 1 kaki panjang x 1 inci
tinggi.
Setiap hektar sawah memerlukan 250 tray anak padi
dan setiap tray memerlukan 350 gram sekam arang.
Benih padi yang diperlukan untuk satu tray ialah
250 gram yang mengandungi lebih kurang 9,529 biji
benih.
Benih padi akan direndam dan dicampur bahan
penggalak akar untuk proses percambahan.
Cara media ini digunakan adalah dengan meletak
rata sebahagian daripada 350 gram sekam ke
dalam tray. Selepas itu, 250 grambenih padi yang
telah direndam dan dituskan ditabur rata di atas
sekam seterusnya diikuti dengan menutup benih
padi tersebut dengan sebahagian lagi baki sekam
yang tinggal.
 Seterusnya tray yang mengandungi sekam dan
anak padi tadi disiram serta disusun bertingkat
tingkat dan ditutup.
Disusun bertingkat dan ditutup
Selepas tiga hari anak-anak padi dalam tray akan
dipindahkan ke tapak semaian konkrit dan ditutup
dengan plastik pelindung dengan tembusan cahaya
30 % selama dua hari.

Proses membaja dengan baja semburan (foliar)


untuk pertumbuhan pokok dan pembiakan akar
serta penukaran air di tapak semaian dilakukan tiga
hari sekali.
Dipindah ke tapak semaian konkrit dan ditutup
Pertukaran air ini dilakukan supaya tapak semaian
tidak berlumut dan untuk mempercepatkan
pertumbuhan akar.
Manakala kawalan serangga dilakukan mengikut
keperluan.
Seterusnya pada hari ke-19 tapak semaian perlu
dikeringkan dan pada hari ke-20 anak padi bolehlah
digulung dan dibawa ke bendang untuk proses
penanaman.
SEKIAN