You are on page 1of 12

UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI

MODEL EKONOMI BARU

ANIS SYAHIDA

PENDAHULUAN
Model ekonomi baru (MEB) ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 30 Mac 2010 satu perubahan pelan rancangan yang hendak dicapai dan digerap menerusi Program Tranformasi Ekonomi (PTE). matlamat yang diwujudkan dan bertujuan menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang berjaya dan tinggi pendapatannya bagi menjelang wawasan 2020. Dapat membasmi sebahagian besar kemiskinan yang melanda rakyat di Negara ini.

Matlamat utama Model Ekonomi Baru


Membangunkan Negara melalui ekonomi berpendapatan tinggi, menyasarkan pendapatan perkapita setiap rakyat sebanyak AS$15,000 hingga AS$20,000. Mewujudkan upah yang lebih tinggi bagi meningkatkan produktiviti penggunaan kemahiran dan berinovasi. Ekonomi berasaskan pengetahuan serta pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai serta berinovasi dan kreativitI. Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing. Berlandasan 4 tonggak utama iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan , Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia kesepuluh.

SAMB
Model Ekonomi Baru menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik iaitu: menyuburkan kembali peranan sektor swasta untuk menerajui petumbuhaan ekonomi membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing memperkukuhkan sektor awam melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran memastikan pertumbuhan yang mapan

Samb
menjadi sebuah Negara ekonomi berpendapatan tinggi, mengambil kira peningkatan kualiti hidup masyarakat, pemeliharaan alam sekitar, dan sumber asli secara mapan serta berterusan dalam meningkatan pendapatan sumber asli secara mapan serta berterusan dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan Negara umumnya untuk mencapai status Negara maju dan Wawasan 2020. Akan berpandukan pasaran,memiliki tadbir urus yang baik, berintegrasi serantau, keusahawanan dan berinovatif, ekonomi berpendapatan tinggi, mapan, penyertaan menyeluruh semua golongan rakyat serta semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran bersama

Keperluan Dasar Ekonomi Baru


Rakyat juga memerlukan sokongan dan pertolongan terutamanya golongan yang miskin. Pertumbuhan yang menyokong golongan miskin dan akan memastikan bahawa tiada kumpulan masyarakat yang dipinggirkan serta keperluan asas rakyat akan dipenuhi. Pertumbuhan peluang pekerjaan yang dapat mewujudkan kerja-kerja berpendapatan tinggi yang baru kepada penduduk tempatan. Kerajaan juga akan melabur dalam pendidikan dan latihan untuk memastikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengambil bahagian dalam peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Samb
kerajaan sedaya upaya memenuhi keperluan rakyatnya mewujudkan pertumpuan mampan yang diaspirasikan bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi tetapi juga turut mengambil kira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli. Langkah yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapat tinggi perlu kukuh dari segi alam sekitar dan ekonomi serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi pada masa hadapan. Kerajaan berperanan untuk memenuhi keperluan yang diperlukan oleh rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dari sebelumya.

Implikasi Model Ekonomi Baru.


Strategi ini diwujudkan adalah untuk menyediakan perspektif bebas dalam mengubah Malaysia daripada terus berada dalam ekonomi yang berpendapatan sederhana dan merubah kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020. Apa yang menjadi persoalan ialah, adakah kita akan terus bergantung kepada ekonomi semata-mata dan jika Model ini ditubuhkan sama seperti Dasar yang lalu, maka apa yang diharapkan oleh rakyat hanyalah sia-sia sahaja. Ekonomi dunia telah berubah dengan ketara semenjak terjadinya krisis kewangan.

Samb.
Dasar yang pada masa lalu membawa kepada tahap pertumbuhan dan membantu mengurangkan kemiskinan tegar tidak mampu untuk meningkatkan dan menaiktarafkan jumlah pendapatan dan mewujudkan ekonomi yang bernilai tinggi Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menggunakan cara yang lebih baik untuk menjana inovasi serta meningkatkan produktiviti disamping meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Malaysia dan bukannya bergantung kepada model ekonomi semata-mata. Kita perlu memvariasikan dan membina strategik baru serta mencari kekuatan dan potensi untuk lebih berjaya menggunakan kepakaran yang sedia ada

Samb.
kita sebagai rakyat Malaysia perlu mempunyai pegangan dan pandangan yang jauh kehadapan dalam membantu menjadikannya lebih baik. Negara juga perlu mempunyai komitmen, keazaman dan dedikasi politik yang jitu dan teguh supaya pelaksanaannya dapat dilakukan dengan efektif dan mendatangkan hasil yang memuaskan. Pihak kerajaan dan juga masyarakat jarus membuka mata tentang perkara ini dan bersama-sama menerajui polisi-polisi ekonomi untuk masyarkat pada masa hadapan. Mempunyai pekerjaan yang berkualiti dan bergaji tinggi mampu meningkatkan industri Negara dengan individu berpengetahuan dan berintelektual.

Kesimpulan.
MEB ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Masih terdapat lagi kekurangan dalam memperkasakan MEB. Masih terdapat kepincangan daripada objektifnya. Rakyat dilihat semakin sengsara dimana pendapatan tinggi yang dinaiikan tidak seiring dengan harga barangan yang semakin melonjak naik. Ada yang menyatakan ketidakpuasan apabila kos sara hidup juga semakin tinggi walaupun mempunyai pendapatan yang tinggi. Kerajaan seharusnya melancarkan semula Model Ekonomi Baru ini dengan mengikut struktur-struktur yang penting dalam memperkasakan lagi model ini supaya ianya standing dan selaras mengikut kaum dan agama

You might also like