BAB 7 DARI SEGREGASI KE INTERGRASI

PENGENALAN
Segregasi dan Integrasi
• Merupakan dua konsep yang berbeza dalam konteks Malaysia, Segregrasi perlu

dielakan, sebaliknya kita perlu berusaha untuk memupuk integrasi di kalangan rakyat.

Integrasi Integrasi adalah lebih luas. Ia merupakan penyatuan kelompok kelompok yg berbeza latar belakang, mnjadi satu entiti yg terikat oleh norma&nilai serta kepentingan bersama.
 Anggota-anggota kelompok yg bersatupadu, sekalipun berlainan latar belakang,

masing-masing merasakan di punyai& mempunyai satu kelompok yg sama. perasaan antara manusia sendiri.

 Proses integrasi ini ialah satu proses yg berlaku hasil daripada ikatan batin, iaitu ikatan  Ia ialah proses kerohanian atau spiritual hasil daripada satu penghayatan yg

menghasilkan satu perkongsian pemikiran dan hati.

Segregasi
Merupakan hubungan yg bersifat pemisahandi antara etnik-

etnik di dalam sesebuah negara.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, di antaranya dari

segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan, dan kemudahan awam.

Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang. Cthnya:

dasar apartheid yg pernah diamalkan di Afrika Selatan.

DARI PENGASINGAN KE PENYATUAN
• Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan. Mereka dipupuk menerusi integrasi politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan dan di peringkat wilayah (Shamsul 2007).

• Menurut Ting (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah, iaitu segregasi sehingga hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Hubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Hubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman, serta mewujudkan semangat perpaduan antara pelbagai etnik.

• Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masingmasing di zaman penjajahan British. • Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya, British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. • Pengalaman segregasi yang pernah dilalui rakyat negara ini turut sama dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan. Sungguhpun terdapat perbezaan yang nyata antara keduadua negara, tetapi terdapat pengajaran penting tentang kesan negatif amalan segregasi tersebut. Di Afrika Selatan, segregasi yang diamalkan dari tahun 1948 hingga tahun 1994 didasarkan oleh undang-undang yang dikenali sebagai dasar aparteid.

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA
• Terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat antaranya, prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan etnosentrisme. • Perpecahan juga boleh berlaku apabila wujudnya konflik antara kumpulan masyarakat, kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar daripada golongan miskin (Mansor 2006). • Seterusnya konflik bukan sahaja disebabkan perbezaan budaya dan agama, tetapi turut berpunca daripada faktor kemiskinan dan keterpinggiran. • Contohnya, rusuhan kaum di Kampung Medan, Selangor dikaitkan dengan isu kemiskinan dan pembangunan (Mansor 2006).

PERANAN KERAJAAN
• Konsep “PERPADUAN 1 MALAYSIA” telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najid Tun Abdul Razak pada 16/9/2008. Konsep 1 Malaysia ini adalah berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. • Ideologi Rukun Negara untuk semua masyarakat di Malaysia.

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)
• Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan pada 1 Julai 1969

seterusnya penubuhan Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN diwujudkan menangani isu-isu berhubungan semula perpaduan masyarakat di negara kita. ditubuhkan pada 23 Februari 1971.

• Setelah MAGERAN dibubarkan, Majlis Penasihat Perpaduan Negara • Sekitar tahun 1990 – 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah

dipindahkan di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat.

Perpaduan

Negara

dan

• Namun selang beberapa tahun, ianya dipindahkan semula ke Jabatan

Perdana Menteri dengan penamaan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN).

DASAR-DASAR KERAJAAN
• Dasar-dasar yang dirangka menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Ekonomi Baru. • Kesemua dasar-dasar ini diperkukuhkan dengan kemunculan Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan. Kerajaan juga telah membentuk beberapa dasar lain seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Semua dasar tersebut dimantapkan lagi dengan pengenalan Wawasan 2020 dengan visi dan misi menjadikan Malaysia maju dalam semua • aspek kehidupan. • Pelan tindakan JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005

STRATEGI POLITIK:PERSEFAHAMAN
• Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik oleh kerajaan

dalam bidang politik untuk memajukan perpaduan negara berlandaskan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan : – Sistem kerajaan Berpersekutuan – Demokrasi Berparlimen – Kedudukan raja-raja Melayu – Bahasa kebangsaan – Hak mengamalkan agama masing-masing – Hak asasi rakyat Malaysia – Kedudukan Istimewa Kaum Bumiputera dan pribumi – Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri

• Pengeimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam

konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak.
• Program untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan

dilaksanakan tanpa mengira kaum.
• Sektor swasta akan terus digalakkan memainkan perana yang lebih

aktif dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan usaha mengurangkan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu.

STRATEGI PENDIDIKAN
• Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat

prasekolah hingga ke peringkat universiti yang menggunakan satu bahasa pengantaraan, kurikulum dan kokokurikulum yang seragam atau satu jenis peperiksaan serta satu jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama
kaum-kaum utama di negara pada peringkat sekolah rendah dan menengah sebagai satu matapelajaran pilihan semua pelajar

• Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa

• Untuk sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang

pelajar terdiri dari satu kaum sahaja maka tindakan perlu diambil bagi membolehkan pelajar institusi pendidikan tersebut berinteraksi dan bergaul dengan pelajar institusi yang berlainan kaum seperti melalui acara-acara sukan, sosial, khemah kerja dan sbgainya

• Kurikulum sekolah rendah dan menengah memberikan

tumpuan sewajarnya kepada matapelajaran dan pembelajaran sejarah negara.

• Pendidikan dan aktiviti kurikulum menerapkan nilai-nilai

mendokong pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai termasuklah kesejahteraan, bertolak ansur, saling menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada negara.

• Pendidikan sepanjang hayat iaitu program pendidikan

dijalankan oleh pelbagai oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal

STRATEGI PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN
• Alat paling berkesan memupuk perpaduan dalam

kalangan masyarakat serba berbeza

• Perlembagaan telah memperuntukan bahawa bahasa

kebangsaan negara ialah bahasa Melayu

STRATEGI KEAGAMAAN
• Semua rakyat malaysia bebas menganut agama dan

kepercayaan masing-masing yang merupakan salah satu unsur utama kebudayaan kebangsaaan.

STRATEGI KEBUDAYAAN
• Tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan kebangsaan : – Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat rantau asal negara ini – Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan – Islam menjadi unsur penting dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

STRATEGI INTERGRASI WILAYAH
• Langkah-langkah yang sedang diambil ialah

penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan pengangkutan, peluasan sistem radio dab televisyen nasional kepada Sabah dan Sarawak dan Wilayah persekutuan Labuan. perhubungan centre-periphery sehingga perpaduan sampai di tahap yang memuaskan

• Tumpuan khusus kepada usaha intergrasi wilayah dan

STRATEGI KESELAMATAN
• Terbahagi kepada dua spek pencegahan dan pemulihan. • Pencegahan melibatkan usaha-usaha mencegah dari

berlakunya ancaman kepada keselamatan negara atau awam.

• Pemulihan pula ialah usaha menenteramkan keadaan

setelah berlakunya sesuatu konflik

• Aspek pencegahan merangkumi pengutakuasan sekatan di

sisi undang-undang ke atas hak kebebasan bercakap, berhimpun, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan dan kawalan terhadap akhbar

• Aspek pemulihan merujuk kepada keselamatan dan

ketenteraman awam melibatkan tindakan-tindakan terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh pihak-pihak lain seperti RELA, Rukun Tetangga

STRATEGI PEMBANGUNAN KAWASAN
• Pemaju perumahan serta pihak berkuasa hendaklah

mengambil kira aspek pembangunan dalam memajukan kawasan setempat

• Dapat dilaksanakan melalui Jawatankuasa Penduduk

seperti Rukun Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum

STRATEGI PENGGUNAAN TENAGA MANUSIA
• Majikan sama ada swasta ataupun kerajaan hendaklah

memastikan bahawa sebarang faktor seperti kuam, agama dan budaya tidak mempengaruhi lantikan jawatan.

• Majikan memainkan peranan mereka menerapkan

unsur-unsur perpaduan di kalangan pekerja melalui dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan.

STRATEGI MEDIA MASSA
• Perkembangan media massa telah memapu

menghubungkan hampir semua rakyat di negara kita termasuklah masyarakat terpencil di kawasan pendalaman.

• Media massa penting an berkesan untuk membantu

memupuk perpaduan negara melalui penyampain maklumat , pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerangan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan

STRATEGI KESUKANAN
• Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi

membentuk perpaduan dan intergrasi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, umur dan taraf sosioekonomi.

• Acara sukan mewujudkan peluang dan persekitaran

bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semagat persaudaraan dan solidari tanpa mengira kaum dan keturunan.

STRATEGI PEMASYARAKATAN PERPADUAN
• Konsep pemasyarakatan perpaduan diperkenalkan pada tahun

1998 ialah satu strategi kerajaan ke arah menerapkan ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerepan nilainilai murni mengenai perpaduan dalam kalangan smua lapisan masyarakat dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada.

STRATEGI PERTUBUHAN SUKARELA
• Jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan

persatuan-persatuan penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan nilai-nilai murni, perpaduan dan intergrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang

STRATEGI PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN BAHAN BACAAN
• Memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan

negara dan intergrasi nasional adalah sangat perlu bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa. Pengesan ini dapat diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai perpaduan dan integrasi dan adat resam masyarakat Malaysia

STRATEGI PEMANTAUAN ISU-ISU SEMASA DAN KONFLIK
• Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap

perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan awal. lagi melalui sistem online kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperolehi dengan segera malah emmbantu pihak jabatan dan agensi lain mengambil langkah pencegahan

• Pengesanan perhubungan sosial perlu dipertingkatkan

STRATEGI PENUBUHAN PANEL PENASIHAT PERPADUAN NEGARA (PANEL) DAN JAWATANKUASA PENASIHAT PERPADUAN PERINGKAT NEGERI (JKPPN)

• Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL )

dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan intergrasi nasional hendaklah memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan.

STRATEGI PROGRAM DAN AKTIVITI PERPADUAN
• Program pemetaan perpaduan merupakan satu proses

untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu. sasar.

• Aktiviti2 tersusun akan dirancang mengikut kumpulan

STRATEGI LAIN
• Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya • Mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan • Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggunjawab

kemanusiaan untuk rakyat malaysia di Malaysia

• Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
• Langkah-langkah yang boleh dijalankan – Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil – Memberi kesadaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik – Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik – Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsurunsur interaksi dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik yang lain

SEKOLAH WAWASAN
• Salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai

perpaduan kaum dan integrasi rasional dengan membina satu atau tiga jenis buah sekolah rendah yang baharu yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan , dewan dan sebagainya. pelajar dari pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelnagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan SJK yang sedia ada

• Pelaksanaan sekolah wawasan untuk memberi peluang

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
• Program latihan khidmat negara mula dilaksanakan

pada tahun 2004 merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah berasrama bagi remaja lepasan SPM

• PLKN menyumbang terhadap usaha memupuk

pepaduan kaum kerana hampir semua aktiviti yangdijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak mengira kaum @ agama