TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI PENDEK

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

SET 1

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
[3]

1. a) Takrifkan maksud atmosfera

Jawapan: Atmosfera boleh ditakrifkan sebagai [satu lapisan nipis gas tanpa

bau, warna dan rasa] yang [berada di atas permukaan bumi] disebabkan oleh[ tarikan daya graviti bumi].
Kunci Idea:

1.
2. 3.

satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa = 1M
berada di atas permukaan bumi = 1M tarikan daya graviti bumi = 1M MAX = 3 MARKAH
3

hakcipta @ razaliumor pspnphg

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
b) Bagaimanakah lapisan troposfera berperanan untuk mencorakkan cuaca di permukaan bumi?. [4] Skema pemarkahan Peranan troposfera terhadap cuaca di permukaan bumi:
Kod Peranan troposfera B1 Menjadi tempat simpanan wap-wap air. Wap-wap air dari proses sejatpeluhan akan terkumpul dalam atmosfera membentuk awan, tepu dan turun sebagai kerpasan khususnya hujan. B2 Menjadi tempat simpanan haba pendam yang mempengaruhi peredaran tenaga yang mengubah suhu di permukaan bumi. Haba pendam yang banyak suhu akan meningkat dan sebaliknya haba pendam yang sedikit suhu akan menurun. B3 Menjadi tempat berlakunya perubahan tekanan udara yang seterusnya mempengaruhi tiupan angin, badai, taufan dan siklon. Di atmosfera suhu akan berubah, tekanan udara akan berubah. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi (suhu sejuk) ke tekanan rendah (suhu panas) Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah Markah 2

2

2

MAX 4
4

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
(c) Jelaskan bagaimana lapisan atmosfera mengawal suhu di permukaan bumi [4]

Skema pemarkahan Cara lapisan atmosfera mengawal suhu di permukaan bumi:
Kod C1 Peranan troposfera Melalui proses serakan, serapan, tapisan dan balikan yang dijalankan oleh wap air dan ozon terhadap bahangan matahari yang menyebabkan bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja tenaga matahari. Melalui sifat semulajadi sesetengah komponen atmosfera yang lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi yang menyebabkan suhu bumi seimbang. Melalui proses ALBEDO iaitu pembalikan yang dilakukan oleh permukaan bumi yang bewarna cerah seperti permukaan salji, permukaan laut dan cermin. Kesannya bahangan matahari dibalikkan semula ke angkasa. Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah Markah 2

C2

2

C3

2

MAX 4
5

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
d) Jelaskan kesan negatif ke atas persekitaran fizikal apabila kandungan atmosfera berubah akibat aktiviti manusia. [4]

Skema pemarkahan Kesan negatif ke atas persekitaran fizikal:
Markah Peranan troposfera 1 Pertambahan gas berubah khususnya karbon dioksida dalam 2 atmosfera akan menyebabkan kesan rumah hijau, suhu sekitar meningkat dan pulau haba bandar boleh berlaku. 2 Pertambahan partikel terampai dalam atmosfera seperti debu, asap 2 dan habuk boleh menyebabkan pencemaran udara dan jerebu. 3 Pertambahan gas-gas pencemar udara menyebabkan cuaca kering 2 (dry air) dan peratus kelembapan udara menjadi rendah. 4 Cuaca panas akibat peningkatan gas rumah hijau juga 2 menyebabkan tekanan udara menjadi rendah. Ini mempengaruhi kekacauan atmosfera dan angin laminar berubah menjadi badai. MAX 4 Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
d) Bagaimanakah aktiviti manusia menggangu keseimbangan sistem atmosfera?
Aktiviti manusia yang menggangu keseimbangan sistem atmosfera. Kod D1 Peranan troposfera Aktiviti perindustrian dan pengangkutan yang banyak membebaskan gasgas rumah hijau seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi. Kesannya suhu atmosfera akan meningkat menghasilkan pemanasan global. Aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan kawasan pertanian yang banyak membebaskan partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, jelaga dan habuk dalam kepekatan yang tinggi yang menghasilkan pencemaran udara dan jerebu. Aktiviti pembandaran dengan membina bangunan konkrit dan jalan bertar yang banyak menyimpan haba pendam dan dibebaskan pada waktu malam yang menghasilkan pulau haba – suhu di bandar meningkat Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah Markah 2

[4]

D2

2

D3

2 MAX 4

SET 2

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses penyejukan udara. [3M]

Penyejukan udara atau pemeluwapan ialah proses fizikal yang menukarkan/mengubah wap air kepada cecair apabila wap-wap air tersebut disejukkan atau dimampatkan. Ia berlaku di dalam bungkusan udara (air parcel) yang beransur-ansur menyejuk melalui penyejukan adiabatik.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
b) Huraikan faktor yang mempengaruhi penyejukan udara [6M]
i) Kandungan wap-wap air yang cukup dalam bungkusan udara. Kelembapan bandingannya mestilah 100% untuk mewujudkan “ketepuan”. Jika wap-wap air tidak cukup, udara tidak akan menjadi tepu dan proses penyejukan atau pemelowapan tidak boleh berlaku.
ii) Suhu berada pada takat embun. Suhu di dalam bungkusan udara mestilah jatuh sehingga takat embun (0°C).Keadaan ini penting untuk membolehkan penyejukan adiabatik berlaku untuk wap-wap air bertukar kepada cecair. iii) Adanya nukleus pemeluwapan. Nukleus pemeluwapan terdiri daripada garam-garam galian khususnya natrium klorida dan gas-gas yang berperanan menggalak dan mempercepatkan proses percantuman wap-wap air dalam bungkusan udara untuk berubah menjadi cecair (titisan air).

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
c) Mengapakah berlaku penurunan suhu mengikut ketinggian di atmosfera? (4m)

i) Disebabkan oleh pengaruh kadar tukaran adiabatik. Semakin tinggi sesuatu tempat suhu akan turun sebanyak 10°C bagi setiap 1000 meter (1 km) kenaikan. ii) Pengaruh haba pendam. Hampir dengan permukaan bumi haba pendam adalah banyak disimpan oleh batuan, bangunan, bitumen/tar dll. Manakala semakin tinggi tidak banyak elemen fizikal yang menyimpan haba pendam. Kesannya suhu dipermukaan bumi lebih tinggi berbanding di bahagian atasnya.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
d) Bagaimanakah proses penyejukan berlaku?
Terdapat tiga cara penyejukan udara. Iaitu : i) Penyejukan alir lintang. Ia berlaku apabila bungkusan udara yang bersempadan dengan permukaan bumi ditiup angin dari kawasan panas ke kawasan sejuk. Sekiranya udara tersebut disejukkan sehingga ke takat suhu embun maka akan terbentuk kabus alir lintang dan terhasillah awan rendah. ii) Penyejukan sinaran.Ia berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang terang dan udara yang tenang. Kesannya, jisim udara yang tenang itu boleh disejukkan dengan mudah hingga ke takat suhu embun. Hasil daripada proses ini ialah embun dan kabus sinaran. iii) Penyejukan adiabatik. Berkait dengan penyejukan suhu dalam bungkusan udara mengikut ketinggian. Semakin tinggi bungkusan udara naik ke atmosfera maka suhu di dalamnya akan jatuh. Penyejukan berlaku apabila suhu turun ke takat embun. Penyejukan adiabatik akan menghasilkan awan yang tebal seperti awan kumulonimbus.

[4 M]

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
e) Jelaskan kesan penyejukan udara ke atas unsur-unsur cuaca. [4M]
Penyejukan udara akan menghasilkan kesan-kesan berikut:

1. Kelembapan udara sesuatu tempat menjadi tinggi (udara lembab) kerana udara sekitar dipenuhi oleh wap-wap air yang banyak. 2. Suhu sekitar menjadi rendah atau sederhana. Apabila udara lembab, suhu di dalam bungkusan udara dan suhu sekitar juga akan menurun. 3. Tiupan angin akan berubah. Udara lembab (suhu rendah) menyebabkan tekanan udara menjadi tinggi. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah atau dari suhu sejuk ke suhu panas atau dari udara lembab ke udara kering. 4. Wujudnya kabus dan kabut khususnya pada waktu pagi apabila udara menjadi lembab.

SET 3

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
[3M]

a) Apakah yang dimaksudkan dengan siklon tropika?

Siklon tropika adalah ribut taufan yang bergerak secara berputar yang mempunyai kelajuan tinggi melebihi 120 km/jam. Ia terbentuk di perairan (lautan) tropika iaitu antara garis lintang (5˚ U dan S hingga 35˚U dan S).

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
b) Bagaimanakah siklon tropika terbentuk? [ 4 M ]
Siklon Tropika terbentuk melalui aktiviti perolakan apabila suhu lautan meningkat. Iaitu: i) Perubahan suhu lautan yang mendadak. Akibat pemanasan yang tinggi dari haba matahari, arus lautan juga menjadi panas .Ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalu naik ke atas mewujudkan sel tekanan udara yang rendah di bawahnya. Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi maka angin akan bertiup masuk dengan kencangnya ke kawasan tekanan udara rendah tersebut. ii) Daya putaran memusat. Di bantu oleh daya putaran memusat, maka pergerakan angin akan berputar, melingkari satu pusat yang dipanggil sebagai “mata siklon” yang terletak di tengah-tengah. Semakin ke pusat, tekanan menjadi semakin rendah dan angin semakin kencang bertiup. Keadaan udara di dalam mata siklon adalah tenang dan hujan tidak terbentuk

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
c) Mengapakah siklon tropika hanya berlaku di kawasan perairan tropika sahaja? [4M]
i) Perairan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang banyak dari matahari ekoran daripada lokasinya yang dekat dengan garisan khatulistiwa. Ini menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami aktiviti perolakan apabila suhu lautan Tropika meningkat. ii) Kawasan perairan Tropika merupakan lokasi/zon pertemuan angin utama dunia (5˚ U dan S hingga 35˚U dan S) seperti angin timuran, angin baratan serta angin monson. Di zon pertemuan angin ini menyebabkan kekacauan atmosfera yang mendorong berlakunya ribut taufan atau siklon Tropika.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
d) Jelaskan kesan siklon tropika terhadap aktiviti penduduk di zon pinggir pantai. [4 M ]
i) Aktiviti perikanan. Siklon Tropika menyebabkan angin kencang dan laut bergelora. Kesan luruan ribut/ombak akan merosakkan kapal-kapal nelayan dan nelayan sama sekali tidak boleh turun ke laut.
ii) Aktiviti pelancongan . Kesan luruan ribut/ombak boleh merosakkan infrastruktur pelancongan pantai seperti resort, chalet, kemudahan snorkling dll. Hujan lebat yang dibawa oleh siklon Tropika boleh menyebabkan banjir di kawasan pinggir pantai dan menenggelamkan kawasan pelancongan. iii) Menjejaskan aktiviti pengangkutan dan telekumunikasi. Angin kencang (Langkisau kuat ) boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab gangguan besar kepada penduduk. Sistem dan jaringan telekomunikasi seperti talian telefon juga turut rosak dan terputus.

SET 4

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

a) Kenalpasti jenis awan mengikut peringkat berikut : (3m)

i) Awan Rendah: Dari kumpulan Kumulus (awan tegak) – seperti Kumulus-humulis dan Kumulosnimbus. ii) Awan sederhana: Dari kumpulan Alto seperti – Altokumulus, Alto-stratus. iii) Awan Tinggi: Dari kumpulan Sirus (awan nipis), contohnya – Awan Sirus-kumulus dan Sirus-stratus

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
b) Bagaimanakah awan terbentuk ?. [4 M ]

Awan terbentuk melalui kombinasi dua proses berikut: i) Proses sejatan : Sejatan menjadi proses asas untuk membekalkan wap-wap air yang ada di dalam awan. Tenaga haba matahari memanaskan permukaan air sungai,tasik dan laut menyebabkan molekulmolekul udara menjadi lebih ringan dan bergerak naik serta terapung di dalam atmosfera dalam bentuk wap-wap air. ii) Proses pemelowapan. Seterusnya wap-wap air dalam bungkusan udara (air parcell) akan mengalami penyejukan adiabatik apabila ketinggiannya bertambah. Wap-wap air tersebut akan bertukar menjadi bintik-bintik air apabila suhu di dalam bungkusan udara (air parcell) menurun hingga ke takat embun (0°C) dan seterusnya berkumpul menjadi awan yang terapung di dalam atmosfera.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
c) Bagaimanakah hujan perolakan berlaku? [4M]

i) Pemanasan muka bumi oleh matahari membolehkan bungkusan udara naik ke atas . Bungkusan udara yang mengandungi wap air didalamnya semakin naik dan disejukkan secara kadar tukaran adiabatik (setiap 1000 meter disejukkan sebanyak 10°C). Apabila suhu mencapai 0°C proses pemelowapan akan berlaku menukarkan wap-wap air kepada cecair. ii) Proses penyejukan yang berterusan akan membentuk awan kumulonimbus. Apabila semua wap air ditukarkan kepada cecair (titisan air), kelembapan bandingannya mencapai 100% dan bungkusan udara tersebut dikatakan tepu dengan air dan awan kumulosnimbus akan melepaskan hujan perolakan yang turun pada lewat petang yang disertai dengan kilat dan petir.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
d) Jelaskan kesan kamarau kepada ekosistem. [ 4 M ] i) Persekitaran habitat menjadi kering-kontang yang boleh memusnahkan ekosistem akuatik/hidupan air seperti ikan,udang,ketam dan lain-lain lagi. Kepelbagaian spesies akuatik akan musnah. ii) Kemarau yang berpanjangan boleh menyebabkan kebakaran hutan. Ini akan memusnahkan ekosistem hutan, memutuskan rantaian makanan, merosakkan habitat dan memusnahkan kepelbagaian biologi hutan samada flora atau fauna. Contoh kebakaran hutan akibat kemarau semasa ElNino.

SET 5

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kesan Rumah Hijau? [ 3M]

Proses fizikal yang melibatkan peningkatan suhu di permukaan bumi akibat pemerangkapan bahangan bumi oleh gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida yang bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
b) Bagaimanakah kejadian Kesan Rumah Hijau berlaku? [4M]

1. Berpunca daripada pembebasan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida, sulfur dioksida, karbon monoksida, metana dll ke troposfera melalui aktiviti perindustrian, pengangkutan, penyahutanan dsb.
2. Gas-gas rumah hijau bersifat lutsinar kepada (bahangan matahari) tetapi legap kepada bahangan bumi (bahangan terestrial). Oleh sebab itu ia membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan bahangan bumi ke angkasa. Kesanya bahangan bumi akan berkitar di dalam ruang atmosfera yang sama yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
Jelaskan faktor yang menyebabkan peningkatan gas rumah hijau di Atmosfera. [6M]
i). Aktiviti industri/kilang dan stesyen janakuasa. Penggunaan bahan api fosil (petroleum dan gas asli) dalam industri perkilangan banyak membebaskan ”gas-gas rumah hijau” yang mampu memerangkap bahangan bumi (bahangan terestrial). Di antaranya seperti; Karbon dioksida, Metana, Nitrus Oksida dan Karbon monoksida.

ii). Aktiviti pengangkutan/ kenderaan. Meliputi sumber kenderaan bermotor yang merupakan sumber utama pembebasan gas-gas rumah hijau di bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan gas-gas seperti karbon monoksida,karbon dioksida,plumbun dan hidrokarbon-hidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya yang tidak lengkap terutama sekali minyak disel dan petrol berplumbum.
iii) Aktiviti penyahutanan. Penebangan hutan yang berleluasa turut menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera. Hutan gagal berfungsi untuk menyimpan karbon bumi sebaliknya karbon dioksida akan terkumpul di dalam atmosfera.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
d) Huraikan Kesan Rumah Hijau keatas alam sekitar fizikal Bandar. [4M]

i) Peningkatan suhu mikro dan pulau haba bandar. Apabila bahangan bumi tidak dapat dibebaskan ke angkasa maka, tenaga haba akan berkitar di ruang atmosfera Bandar. Ini akan meningkatkan suhu di pusat Bandar dan semakin berkurangan menghala ke pinggir Bandar.
ii) Cuaca panas dan kelembapan udara yang rendah terbentuk di bandar. Peningkatan suhu akibat kesan rumah hijau menyebabkan udara di bandar menjadi kering, proses sejatan menjadi tinggi, kelembapan berkurangan.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
e) Cadangkan langkah bukan perundangan untuk mengurangkan Kesan Rumah Hijau. [6M]
1. Teknologi hijau. Meningkatkan bekalan dan penggunaan bahan api alternatif
seperti tenaga yang boleh diperbaharui. Antaranya seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar (sistem hibrid suria) tenaga ombak, tenaga dari kincir angin dan biomass. Selain itu menggalakkan projek tenaga alternatif yang menggunakan sisa pepejal sebagai tenaga baru mengaplikasikan teknologi insenerator.

2. Penghijauan persekitaran seperti penanaman semula hutan, menanam
pokok-pokok peneduh dalam bandar dll amalan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan secara lestari bagi memastikan kawasan hutan ini terus kekal menjadi penyerap atau sink kepada gas rumah hijau iaitu karbon dioksida.

3. Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar seperti Kempen Earth Hour, kempen 3R (Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula), kempen menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, Komuter, ERL
dll serta pendidikan alam sekitar menerusi matapelajaran Geografi.

SET 6

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

a) Kenalpasti gas-gas pencemar yang terkandung dalam persamaan hujan asid yang diberi? [3M] Hujan Asid Kandungan Gas Pencemar

 Hujan asid nitrit

 Nitrogen dioksida/nitrus (NOx),  Hujan asid sulfurik  Sulfur dioksida (CO2)  Hujan asid karbonik  Karbon dioksida (CO2)

oksida

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
b) Nyatakan dua jenis hujan asid. [2 M ]

Dua jenis hujan asid ialah:

1. Hujan Asid Basah/Lembap 2. Hujan Asid Kering

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
c) Huraikan punca yang menyebabkan berlakunya hujan asid. [4 M ]

i). Perindustrian. Perlepasan asap kilang ke udara yang banyak mengandungi gas-gas pencemar seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida, karbon dioksida dll. Contohnya kilang memproses kelapa sawit dan getah, kilang petro kimia, peleburan logam, aerosol dll.
ii). Sumber Kenderaan. Perlepasan asap kenderaan yang menggunakan petroleum sebagai bahan bakarnya, membebaskan gas karbon monoksida, sulfur dan karbon dioksida. Kenderaan yang menggunakan minyak disel dan 2 lejang – kadar pembakaran bahan apinya tidak lengkap, membebaskan lebih banyak gas pencemar udara.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
d) Jelaskan kesan hujan asid ke atas persekitaran manusia. [6M]
i). Kesihatan manusia terjejas. Hujan asid menyebabkan penyakit kulit seperti gatal dan kulit melecur serta pedih mata. Jika menggunakan sumber air hujan yang berasid untuk minuman akan mendatangkan penyakit seperti ulser dan kanser. ii). Kerosakan bangunan dan kenderaan. Hujan asid juga boleh melunturkan warna bangunan dan kenderaan melalui proses kakisan. Pengkaratan besi seperti pada jambatan dan kenderaan. Daya tahan bangunan semakin lemah apabila struktur besinya mudah berkarat. iii). Pertanian terjejas/Kerosakan tanaman. Membantutkan proses pendebungaan dan penghasilan buah. Keasidan air yang tinggi tinggi menyebabkan tanaman mati seperti pokok padi. Ini menggangu bekalan makanan penduduk.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
a) Takrifkan maksud iklim bandar. [3M]

Iklim bandar ialah iklim mikro yang terbentuk dan dialami di sesuatu kawasan yang terbatas keluasannya iaitu di kawasan bandar sahaja. Ia mempunyai ciri-ciri cuaca yang khusus dan berbeza dengan kawasan pinggir bandar/luar bandar.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
b) Bagaimanakah fenomena pulau haba terbentuk? [ 4 M ] Aktiviti manusia di Bandar mempengaruhi kejadian pulau haba bandar. 1. Pembinaan bangunan konkrit dan jalan bertar yang menyerap dan menyimpan haba matahari sebagai haba pendam dan membebaskannya pada waktu malam sebagai bahangan bumi. Ini menyebabkan suhu di bandar meningkat 2. Pembebasan banyak gas-gas pencemar/gas rumah hijau ke atmosfera bandar. Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi – ini menyebabkan bahangan bumi terperangkap. Kesannya suhu di bandar meningkat

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
c) Huraikan kesan pulau haba ke atas kehidupan manusia. [6 M ]
1. Pulau haba mewujudkan cuaca panas dalam bandar. Ini menjejaskan kesihatan penduduk bandar seperti deman, dihidrasi (kehilangan air dalam badan) dan juga ”stroke haba”. Cuaca panas dan udara kering akibat pulau haba juga menyebabkan kehidupan penduduk bandar tidak selesa, rimas dan mudah mengalami tekanan. 2. Meningkatkan kos hidup. Cuaca panas dalam bandar memerlukan pemasangan alat penghawa dingin (air cond), ini meningkatkan kos hidup di bandar seperti kos membayar bil elektrik, kos pemasangan,penyelengaraan dll. 3. Membataskan interaksi sosial penduduk. Cuaca panas mengurangkan pergerakan penduduk. Penduduk lebih suka tinggal di dalam rumah.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)
d) Cadangkan langkah untuk fenomena pulau haba. mengurangkan kesan [4M]

1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezab jalan,rezab bangunan dan lainlain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan udara lembab disamping menyederhanakan suhu sekitar. 2. Membina lebih banyak kawasan badan air dalam bandar yang mampu bertindak sebagai pulau sejuk bandar seperti kawasan taman tema air (contohnya sunway lagoon), tasik reakreasi seperti tasik Titiwangsa dll.

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)

SET 1 BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
Soalan 4: Jadual 1 di bawah menunjukkan pengeluaran komoditi getah asli, minyak sawit mentah dan padi di Malaysia pada tahun 2006 dan 2010. a) Berdasarkan jadual 1, kirakan peratus perubahan setiap komoditi pertanian di Malaysia antara tahun 2006 hingga tahun 2010. [3]

Pengeluaran (‘ 000 Tan Metrik) Komoditi Pertanian Tahun 2006 Getah asli 1,283.6 Minyak sawit mentah 15,880.8 Padi 1,407.1

Tahun 2010 939.3 16,993.7 1,642.0

35

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
PERATUS PERUBAHAN: TAHUN 2010 – TAHUN 2006 TAHUN 2006 X 100

Komoditi Pertanian Peratus Perubahan Getah asli ─ 26.82% Minyak sawit mentah 7.00% Padi 16.69% Pemarkahan: Max 3 m

Markah 1 1 1 MAX 3

36

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
b) Mengapakah tempoh tersebut pengeluaran getah asli semakin merosot dalam [4]

Sebab-sebab pengeluaran getah asli merosot Markah 1 Persaingan dengan getah tiruan yang dikeluarkan oleh negara maju seperti USA dan Jepun. Getah asli mengalami ancaman 2 lambakan (stok penimbal) di pasaran antarabangsa. 2 Persaingan dengan negara pengeluar yang lain seperti dari 2 Indonesia dan Thailand yang kos pengeluarannya lebih rendah berbanding Malaysia. 3 Perubahan guna tanah yang ketara, kawasan/ladang getah 2 ditukar kepada tanaman kelapa sawit yang lebih komersial atau ditukar kepada estet perumahan. Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
c) Bagaimanakah bioteknologi menjana kemajuan sektor pertanian di Malaysia? [4]

Kod 1

2

3 4

Cara-cara bioteknologi menjana kemajuan sektor pertanian Meningkatkan kuantiti/produktiviti/hasil produk pertanian dalam jangka masa yang singkat hasil kacukan dan klon benih yang bermutu. Meningkatkan kualiti produk pertanian dan berdaya tahan perosak serta penyakit kerana klon benih telah melalui uji kaji makmal secara berterusan. Menghasilkan kepelbagaian jenis produk pertanian yang dapat memenuhi citarasa pengguna seperti betik exotica, golden rice dsb. Membantu memajukan sektor hiliran seperti industri biodisel dari minyak kelapa sawit, perubatan/farmasi dari tanaman herba dsb. Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah

Markah 2

2

2 2 MAX 4

38

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
d) Jelaskan dua kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. [4]

1

2

3

4

Kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal Markah Hakisan tanah dan kehilangan kesuburan tanih yang cepat akibat 2 amalan pertanian tanpa teres, tanpa tanaman tutup bumi dan tanaman sejenis. Pencemaran air sungai, tasik dan air tanih akibat penggunaan baja 2 kimia serta racun serangga/rumpai secara berlebihan seperti baja urea, racun paraquat dll. Pencemaran udara akibat amalan pembakaran terbuka di kawasan 2 sawah padi, ladang tebu dan juga ladang kelapa sawit apabila tiba di peringkat tanam semula. Kemusnahan ekosistem, habitat dan rantaian makanan apabila hutan 2 ditebang dan dibersihkan untuk dijadikan tapak pertanian ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran. Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

SET 2

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan sektor ekonomi sekunder. [3 M ]

Sektor sekunder adalah sektor ekonomi [pemerosesan dan pembuatan]. Ia banyak menggunakan [keluaran (output) sektor primer sebagai bahan mentahnya] untuk diproses menjadi [barangan separa siap/separa siap]. Contohnya industri pemprosesan kelapa sawit menjadi minyak sawit mentah dan pembuatan sabun,majerin, lilin, minyak masak dsb.

40

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
b) Jelaskan kepentingan sektor ekonomi sekunder terhadap pembangunan ekonomi Malaysia. [6 M ]
i) Menyumbang kepada KDNK dan pendapatan eksport Negara. Sektor pembuatan menjadi penyumbang kedua terpenting kepada ekonomi Malaysia selepas sektor perkhidmatan. Pada tahun 2010 ia menyumbang sebanyak 32.4% kepada KDNK negara dan juga 85% pendapatan eksport negara.

ii) Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, sekaligus kadar pengganguran berkurangan dan gunatenaga penuh. Pendapatan perkapita penduduk meningkat melalui sektor perkilangan, taraf hidup penduduk meningkat. iii) Kesan pengganda iaitu memajukan sektor ekonomi lain yang berkaitan. Misalnya sektor pemprosesan kelapa sawit membantu sektor perladangan kelapa sawit. Kemajuan aktiviti pembinaan (sektor sekunder) seperti pembinaan bangunan dan infrastruktur turut memajukan aktiviti perlombongan (sektor primer) seperti perlombongan kuari, pasir, batu kapur untuk penghasilan simen. Ini kerana kuari, pasir dan simen menjadi bahan asas dalam industri pembinaan.
41

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
c) cadangkan langkah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti pembinaan di Malaysia. [6M] i) Langkah perundangan. Mengharamkan aktiviti pembinaan bangunan di kawasan bercerun curam yang berisiko tinggi. Penilaian EIA mestilah dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju projek perumahan. Hukuman yang tegas seperti denda/kompaun yang tinggi, membatalkan lesen operasi mestilah dilaksanakan kepada pemaju yang engkar. ii) Langkah kestrukturan seperti membina benteng konkrit, gabion, sistem longkang yang teratur di kawasan kaki cerun yang telah di potong untuk dibina jalanraya, lebuhraya dan bangunan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesan hakisan dan tanah runtuh akibat ketidakstabilan cerun apabila ia dipotong dan diteres untuk dijadikan tapakbina bangunan. iii) Kaedah penyuburan cerun dengan cara menanam rumput dan pokok buluh di kawasan bercerun yang telah dipotong/diteres untuk dibina lebuhraya dan perumahan. Tanaman rumput dan buluh mampu mengelakkan hakisan larian 42 air permukaan sekaligus menguatkan struktur cerun.

SET 3

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)

a) Takrifkan maksud eko pelancongan. [ 3 M ] Eko pelancongan merupakan aktiviti [pelancongan yang berasaskan sumber semula jadi] seperti pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun atau jeram, tasik, sungai, gua batu kapur, dan sebagainya.

43

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
b) Bagaimana aktiviti pelancongan dipengaruhi oleh faktor alam sekitar fizikal. [4M] i) Aktiviti menyelam (scuba dan snorkeling) dipengaruhi oleh perairan laut di kawasan pulau dan pantai yang jernih, cetek dan bersih. Manakala keindahan pantai, udara yang nyaman dan pokok rhu pula mempengaruhi aktiviti berkelah dan bersantai bersama keluarga. ii) Aktiviti sukan lasak seperti meredah jeram, berakit, berkayak dipengaruhi oleh aliran sungai yang deras dan berjeram. Manakala aktiviti jungle trecking dan berkhemah dipengaruhi oleh keadaan hutan lipur yang berfauna dan berflora serta suhu yang sejuk/nyaman.
44

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
c) Huraikan kepentingan eko pembangunan ekonomi Malaysia. pelancongan kepada [4M]

i) Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang memajukan kawasan eko pelancongan. Seperti mengusahakan chalet dan homestay dan juga bekerja sebagai pemandu pelancong. Kesannya pendapatan perkapita penduduk bertambah dan pengganguran dikurangkan.

ii) Menyumbang kepada pendapatan Negara. Para pelancong yang datang ke Malaysia kerana tarikan eko pelancongan akan berbelanja samada untuk penginapan, pengangkutan, makanan, cenderamata dll. Ini akan menambahkan pendapatan negara melalui tukaran matawang asing terutamanya dari pelancong negara maju seperti Jepun,Jerman,USA dsb.
45

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)
d) Cadangkan langkah untuk memajukan eko pelancongan di Malaysia. [4M]
i) Langkah promosi. Promosi boleh dilakukan melalui media massa dan media cetak atau melalui slogan. Misalnya tawaran pakej pelancongan yang murah, menarik dan eksklusif di kawasan eko pelancongan seperti di kawasan Taman Negara, pulau-pulau peranginan dll. ii) Memajukan infrastruktur pelancongan di kawasan eko pelancongan seperti rangkaian jalanraya, sistem telekomunikasi, bekalan air dan elektrik di samping kemudahan penginapan yang selesa – resort, chalet dll. Rangkaian pengangkutan yang cekap dan cepat amat penting untuk meningkatkan ketersampaian antara kawasan eko pelancongan dengan kawasan lain.

46

SEKIAN TERIMA KASIH
BY: RUSLY BIN MUSA