BAB 9

:
ASAS KEUSAHAWANAN

ASAS KEUSAHAWANAN
• 9.1 Pengenalan Keusahawanan • 9.2 Dayacipta dan Pembaharuan • 9.3 Perancangan Perniagaan

9.1 Pengenalan Keusahawanan
• Takrif Keusahawanan dan Usahawan • Sebab-Sebab Usahawan Menceburkan Diri dalam Perniagaan • Teori-Teori Keusahawanan • Ciri-Ciri Usahawan yang Berjaya • Sebab-Sebab Kegagalan Usahawan

A. TAKRIF KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

Yep Putih 1989, Morris 1989, Timmons 1977 :
 Ciri

seseorang yang berani mengambil risiko, bijaksana di dalam membuat keputusan, pandai mencari peluang dan berkebolehan menjadi pengurus yang baik.

A. TAKRIF KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

Robert Hisrich dan Peter 1998 :  satu proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan menumpukan masa, tenaga, menanggung bersama risiko kewangan, psikik, sosial dan memperolehi ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk wang, kepuasan diri serta kebebasan.
 Keusahawanan

juga merupakan proses membawa tanah, buruh dan modal serta menanggung risiko yang terlibat untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan dengan harapan mendapatkan keuntungan.

A. TAKRIF KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

Yep Putih 1989, Morris 1989, Timmons 1977 – Seorang yang mengamalkan sikap ketekunan di dalam melaksanakan kerja. Peter Drucker 1985 – Mereka yang selalu mencari perubahan, bertindak terhadap perubahan dan mempergunakannya sebagai peluang. Kuratko dan Hodgetts 1989 – Seseorang yang sanggup memikul tanggungjawab, mengurus dan mengandaikan risiko tentang sesuatu perniagaan. Joseph Schumpeter 1934 – Individu yang mencuba gabungan baru dan teknologi yang belum diterokai.

A. TAKRIF KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

Menurut Kamus Dewan, diambil dari perkataan ‘usaha’ yang bermaksud daya usaha, ikhtiar, kegiatan atau pekerjaan untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

USAHAWAN vs PENIAGA
USAHAWAN  PENIAGA  Mementingkan keuntungan Usahawan mementingkan keuntungan disamping sahaja dan tidak mengutamakan mengutamakan sumbangan, jasa sumbangan dan khidmat kepada dan bakti kepada masyarakat dan masyarakat dan negara. negara.    Tidak sanggup menanggung  Merupakan seorang individu risiko dan susah untuk berubah. yang sanggup menanggung   berbagai risiko yang terhitung untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.  Peniaga hanya menjalankan

Sentiasa berusaha untuk maju dalam perniagaan degan mencipta sesuatu yang baru (inovasi) atau melakukan pembaharuan kepada yang lama.

perniagaan tanpa melakukan sesuatu pembaharuan dan kemajuan terhadap perniagaannya. Peniaga tidak kreatif dan inovatif.

USAHAWAN vs PENGURUS
USAHAWAN Motif utama adalah untuk mendapatkan kebebasan, peluang merekacipta dan mendapatkan keuntungan.
  

PENGURUS Motif utama adalah untuk mendapatkan kenaikan pangkat atau faedah-faedah lain (Pejabat besar, bonus dan lain-lain).

Penglibatan secara langsung dalam  Aktiviti lebih kepada penyeliaan dan aktiviti perniagaan yang dijalankan. delegasi kerja dan tidak terlibat secara langsung.  Sanggup mengambil risiko terhitung  Berhati-hati dengan risiko dan cuba dan bersedia berhadapan dengan mengelak dari kesilapan dan kejutan. kesilapan dan kegagalan. Keputusan adalah kehendak sendiri  Membuat keputusan berdasarkan tidak wujud hirarki dalam perhubungankeputusan pihak atasan dan wujud hirarki dalam perhubungan dengan dengan orang lain. orang lain.

B. SEBAB-SEBAB USAHAWAN MENCEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN
Peluang untuk memperolehi keuntungan Peluang untuk mencapai potensi diri Peluang untuk mengubah/mengawal nasib diri Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan mendapat pengiktirafan

B. SEBAB-SEBAB USAHAWAN MENCEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN
Peluang untuk memperolehi keuntungan
Pulangan berbentuk wang merupakan ganjaran atas usaha gigih seseorang. Usahawan berpeluang untuk memperolehi keuntungan dengan menceburkan diri dalam perniagaan. Wang merupakan pengukur kejayaan. Kejayaan dan wang yang didapati akan mencerminkan kreativiti, kepintaran, kerajinan dan dedikasi terhadap perniagaan. Semakin banyak keuntungan atau semakin berjaya menunjukkan usahawan tersebut kreatif, pintar, rajin dan berdedikasi terhadap perniagaan.

B. SEBAB-SEBAB USAHAWAN MENCEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN
Peluang untuk mencapai potensi diri
Dengan menceburkan diri dalam perniagaan, usahawan dapat mempraktikkan potensi, kemahiran dan keterampilan yang ada untuk mengatasi sebarang masalah dan halangan yang wujud dan bakal menimpa dalam dunia perniagaan. Dalam erti kata lain, usahawan berpeluang untuk mempertingkatkan potensi yang ada dalam diri untuk mencapai kecemerlangan.

B. SEBAB-SEBAB USAHAWAN MENCEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN
Peluang untuk mengubah/mengawal nasib diri
Perniagaan menimbulkan perasaan ingin berdikari dan ingin mencapai matlamat peribadi seorang usahawan (seperti mempunyai kereta, rumah besar dan lainlain). Perniagaan adalah satu cara atau jalan untuk seorang usahawan mencapai sesuatu yang terpenting dalam hidupnya. (Contoh: Keinginan untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik).

B. SEBAB-SEBAB USAHAWAN MENCEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN
Peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan mendapat pengiktirafan
Urusan perniagaan berdasarkan amanah, jujur dan saling hormat-menghormati akan mendapat pengiktirafan daripada masyarakat. Pengiktirafan daripada masyarakat merupakan satu galakan besar kepada usahawan untuk terus menyumbang kepada masyarakat. Seorang usahawan akan berpuashati jika mengetahui bahawa usahanya memberi kesan kepada peningkatan taraf hidup masyarakat dan ekonomi negara.

C. TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN
 Pendekatan  Pendekatan  Pendekatan

Ekonomi Psikologi Sosiologi Islamik

 Pendekatan

1. PENDEKATAN EKONOMI

Tahun 1803 ahli ekonomi (Say) mentakrifkan:  ‘Usahawan sebagai orang yang bekerja sendiri atau orang yang meminjam modal daripada pihak lain untuk menjalankan perniagaan.
 Usahawan

yang ingin berjaya mestilah sanggup membuat kerja dengan tekun, berpengetahuan dalam bidang keusahawanan, berkebolehan untuk mengawasi, mentadbir serta menilai kerja sendiri dan kerja orang lain dalam perniagaan.’

1. PENDEKATAN EKONOMI

Tahun 1870 ahli ekonomi (Walker) membezakan usahawan dengan kapitalis. Kapitalis hanya mengumpul modal dan mengaut keuntungan sebanyak mungkin untuk diri tanpa memikirkan kebajikan orang lain manakala usahawan pula merupakan seorang jurutera kemajuan dalam usaha niaga dan ejen dalam pengeluaran. Tahun 1987 ahli ekonomi (Borton) berpendapat usahawan adalah mereka yang rasional, membuat analisis ke atas diri mereka sendiri secara objektif.

1. PENDEKATAN EKONOMI
Tahun 1990 (Schumpeter) mentakrifkan usahawan sebagai mereka yang memperkenalkan sesuatu yang baru atau innovator.  Mereka mesti berani mengambil risiko, sanggup mengurus dan menggabungkan faktor-faktor pengeluaran. Usahawan juga dianggap sebagai seseorang yang berurusan dengan keadaan yang tidak menentu dan juga sebagi seorang pendamai.

2. PENDEKATAN PSIKOLOGI
 Sifat

keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang cenderung kepada fokus dalaman yang menyentuh sifatsifat peribadi seperti tekun, berusaha, inovatif, kreatif, kesungguhan dan minat.

2. PENDEKATAN PSIKOLOGI

Dipelopori oleh seorang ahli psikologi bernama McClelland tahun 1961 memperkenalkan konsep keperluan pencapaian yang berasaskan konsep Weberian.
Nilai-Nilai Ideologi Tingkahlaku Usahawan

Model Motivasi Keusahawanan Weber

2. PENDEKATAN PSIKOLOGI

Model Motivasi Keusahawanan Weber Nilai-nilai ideologi bermakna fahamanfahaman yang diikuti oleh seseorang usahawan. Daripada model tersebut McClelland membentuk satu model baru yang lebih terperinci untuk melihat hubungan antara tingkah laku usahawan dengan nilai-nilai ideologi.

2. PENDEKATAN PSIKOLOGI

Model Motivasi Keusahawanan McClelland
Nilai-Nilai Ideologi Tingkahlaku Keusahawanan Keperluan untuk Pencapaian Tingkahlaku Keusahawanan

2. PENDEKATAN PSIKOLOGI

Menurut McClelland (1971):

“Seorang usahawan adalah datang dari keluarga yang ibu bapanya meletakkan piawai (standard) yang tinggi terhadap prestasi anak-anak. Anak-anak tidak dikawal terlalu ketat dan mereka diberi ruang untuk berfikir sendiri.”

2. PENDEKATAN PSIKOLOGI

Pada tahun 1985 seorang pengkaji bidang psikologi keusahawanan telah mengenalpasti lima ciri personaliti yang berhubung dengan keperluan untuk pencapaian iaitu:
 Kepercayaan

pada diri berada di peringkat tertinggi.  Kebolehan menyediakan matlamat dan menghadapi cabaran dengan jelas.  Kebolehan mengambil risiko.  Kekuatan diri untuk kawalan dalaman.  Kebolehan menyelesaikan masalah

3. PENDEKATAN SOSIOLOGI

Seorang usahawan adalah seorang yang:
 Pandai

mengambil peluang dan kesempatan daripada persekitaran.  Orang yang pandai bergaul dan mempengaruhi masyarakat (bagi meyakinkan bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk kepentingan ramai).

3. PENDEKATAN SOSIOLOGI

Menerangkan keadaan sosial yang mempengaruhi kewujudan usahawan dan faktor-faktor sosial yang mempengaruhi keputusan menjadi usahawan. Shapero dan Sokol mengatakan terdapat perkaitan di antara keadaan sosial dengan dua faktor yang mempengaruhi seseorang menjadi usahawan iaitu : i- Faktor Dorongan ii- Faktor Situasi

3. PENDEKATAN SOSIOLOGI

Faktor Dorongan  Anjakan negatif- bermaksud penyisihan seseorang daripada masyarakat umum, memaksa mereka untuk berdikari.  Tempoh peralihan- seseorang yg berada antara kedudukan tertentu terdorong untuk menjadi usahawan.  Tarikan positif- pengaruh positif mampu menarik individu menjadi usahawan.  Tolakan positif- laluan kerjaya menawarkan peluang keusahawanan manakala pendidikan memberikan pengetahuan tentang keusahawanan.

3. PENDEKATAN SOSIOLOGI

Faktor Situasi
  

  

Persepsi dorongan - latarbelakang individu dan keluarga, masyarakat dll. Persepsi kebolehlaksanaan - perlu modal, bantuan, model dsb. Acara aktiviti keusahawanan - melibatkan penggabungan sumber, pengurusan organisasi, menanggung risiko dan membuat perancangan. Persepsi dorongan - latarbelakang individu dan keluarga, masyarakat dll. Persepsi kebolehlaksanaan - perlu modal, bantuan, model dsb. Acara aktiviti keusahawanan- melibatkan penggabungan sumber, pengurusan organisasi, menanggung risiko dan membuat perancangan.

Rujukan Longman 2005, p144

MODEL SOSIOLOGI
PENGALIHAN NEGATIF: •Status Imigran •Diberhentikan Kerja •Bosan, Marah •Krisis Pertengahan Umur •Bercerai, Kematian Pasangan •Tiada Pilihan Kerja Lain TARIKAN POSITIF: •Daripada bakal rakan kongsi •Daripada Mentor •Daripada Pelabur •Daripada Pelanggan DORONGAN KEPADA KEUSAHAWANAN

TEMPOH PERALIHAN: •Militari •Sekolah •Penjara •Pusat Latihan Kemahiran

TOLAKAN POSITIF: •Bapa •Kerjaya •Pendidikan •Pengalaman •Kemahiran / Latihan

4. PENDEKATAN ISLAMIK

Keusahawanan merupakan sebahagian daripada fiqh muamalat (perhubungan sosial yang mengandungi kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi) dalam Islam. Amalan ekonomi dalam semua cabangnya hendaklah berlandaskan etika dan peraturan yang telah digariskan oleh syariat Islam yang mengambil kira aspek halal/haram, wajib/sunat dan makruh/harus.

4. PENDEKATAN ISLAMIK

Tujuan ekonomi Islam adalah bersifat ibadah dan melaksanakan (bererti melaksanakan sebahagian daripada ibadah yang menyeluruh). Keusahawanan dan segala aktiviti kecil atau besar merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah dan diberi pahala jika dilakukan mengikut syarat yang telah ditetapkan (aqidah, akhlak, syariat).

4. PENDEKATAN ISLAMIK

Beberapa asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang dilakukan dikira sebagai ibadah iaitu:
 Aqidah

mestilah betul.  Niat mestilah betul.  Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam.  Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai.  Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus.

D. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
1. Berani mengambil risiko  Merupakan seorang pengurus risiko yang baik.  Memastikan risiko munasabah dan setara dengan ganjaran yang bakal diterima.  Perlu kemahiran mengurus risiko seperti memindahkan risiko kepada pelanggan, pelabur, bank dan lain-lain. 2. Komitmen dan keazaman  Sifat peribadi yang terpenting untuk berjaya dan untuk mengatasi segala masalah yang mungkin timbul.

D. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
3. Keyakinan diri  Perlu yakin pada kemampuan diri untuk mencapai cita-cita.  Bersifat optimistik (expecting good things to happen or something to be successful).  Perlu hadiri seminar, kursus dan pembacaan untuk tingkat keyakinan diri. 4. Berfikiran kreatif dan fleksibel  Perlu ada daya kreativiti yang tinggi dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan.  Sukar untuk berkembang jika tidak fleksibel.

D. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
5. Bermatlamat / Berobjektif / Berwawasan
 

Perlu ada matlamat yang jelas dan berwawasan. Pembentukan matlamat perlukan perancangan dan penelitian yang rapi dan merangkumi matlamat jangka panjang/jangka pendek. Usaha yang keras serta jangka waktu kerja yang panjang perlukan tenaga yang tinggi (luaran dan dalaman). Penting untuk tangani masalah dengan lebih matang dan tidak cepat putus asa.

6. Tahap tenaga yang tinggi

D. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
7. Rajin dan gigih  Merupakan kunci kepada kejayaan.  Seorang usahawan akan berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan. 8. Berpandangan jauh  Perlu berpandangan jauh untuk mengatasi pesaingpesaing.  Berpandangan jauh membolehkan usahawan membuat ramalan tentang potensi perkembangan perniagaan pada masa depan. Selain itu, usahawan dapat merancang langkah-langkah untuk meminimumkan kerugian dimasa hadapan.

D. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
9. Berinisiatif  Usahawan berjaya mempunyai daya inisiatif yang tinggi, mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis situasi dan mengambil tindakan proaktif. 10. Sentiasa melihat dan merebut peluang  Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang ditimbulkan oleh orang lain, perubahan teknologi, perubahan cita rasa pengguna, perubahan cara hidup, peraturan dan undangundang kerajaan dan sebagainya.

D. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
11. Berkeinginan kepada tanggungjawab  Bertanggungjawab secara peribadi keatas usaha teroka yang diceburi. 12. Keinginan kepada maklumbalas segera  Usahawan yang berjaya suka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka demi untuk memperbaiki prestasi. 13. Menitikberatkan mutu kerja yang cemerlang  Sentiasa memastikan standard penghasilan barangan atau perkhidmatan mencapai tahap cemerlang.

D. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
14. Kesanggupan untuk belajar daripada kesilapan  Tidak takut akan kegagalan. Perlu dibezakan antara kegagalan dalam perniagaan dengan kegagalan seorang usahawan. Adalah lebih teruk jika seseorang usahawan tidak belajar daripada kegagalan dan pengalaman lepas.

D. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
15. Berkeupayaan memimpin  Usahawan berjaya merupakan seseorang yang berpengalaman dan memiliki pengetahuan tentang teknologi dan keadaan pasaran di tempat beroperasi. Usahawan berjaya juga mempunyai kemampuan untuk menggunakan pengaruhnya.

Merupakan individu yang memulakan, pembina pasukan, suka mempelajari sesuatu dan suka mengajar sesuatu.

E. SEBAB-SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN
1) Risiko  Usahawan adakalanya takut atau tidak sanggup menghadapi risiko (berkaitan keyakinan).  Keuntungan adalah berasaskan jumlah risiko yang sanggup diambil. Keengganan menangggung risiko akan mempengaruhi jumlah untung. 2) Ego  Bersikap sombong, malu dan tidak mahu belajar daripada orang lain seperti pesaing, rakan sejawat, pelanggan, pembekal dan orang-orang yang mahir.

E. SEBAB-SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN
3) Tekanan  Faktor seperti kekurangan sumber kewangan, cabaran dan risiko yang tinggi akan menimbulkan tekanan kepada usahawan.  Tidak ramai usahawan yang sanggup berhadapan dengan situasi ini. 4) Gagal membuat keputusan dengan cepat  Usahawan yg cuba mengelak diri daripada membuat keputusan / melengah-lengahkan keputusan sukar untuk berjaya.  Melengah-lengahkan keputusan atau memberi tugas membuat keputusan kepada orang bawahan akan merugikan masa, melepaskan peluang keemasan dan melibatkan belanja tambahan.

E. SEBAB-SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN
5) Lebih mementingkan keseronokan jangka pendek daripada pencapaian matlamat perniagaan  Kurang berjaya kerana suka membelanjakan semua keuntungan perniagaan untuk keseronokan daripada melaburkan semula keuntungan ke dalam perniagaan. 6) Kurang keyakinan diri  Tidak ada keyakinan menyebabkan usahawan jenis ini tidak bercita-cita tinggi dan cepat berputus asa dalam apa jua usahanya.

E. SEBAB-SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN
Antara sebab-sebab lain kegagalan:

 

Pengurusan yang lemah Perancangan perniagaan yang kurang mantap Matlamat tidak jelas Strategi jualan tidak efektif Tidak cukup modal

Terlalu bergantung kepada pelanggan tertentu sahaja Kurang kerja berpasukan Gagal mendapatkan nasihat perniagaan