You are on page 1of 31

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan

Komunikasi

Elemen-Elemen Pertuturan

Istilah bahasa dalam BM, sama dengan

taal (Belanda),
langue (Perancis),
language (Inggeris),
sprache (Jerman),
kokugo(Jepun),
lughatun (Arab),
bhasa (Sanskrit).
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Elemen-Elemen Pertuturan

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan
untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu
dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik
dan fonologi.

Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan
pendengaran atau sifatnya.

Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Elemen-Elemen Pertuturan

1. Proses pengeluaran suara
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Alat Artikulasi

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Rajah pita suara ketika menghasilkan bunyi
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

FUNGSI ALAT PERTUTURAN
Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif
dalam pengeluaran bunyi bahasa.
Lidah terbahagi kepada empat bahagian
1. Hujung lidah
2. Tengah lidah
3. Hadapan lidah
4. Belakang lidah

Ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis
penghasilan bunyi.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi
…..sambungan

Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang
lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu
bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.

Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh
digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk
membuat penyekatan.
…..sambungan
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa
tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang
statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi.

Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada
bahagian luar rongga mulut.
Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh
dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada
rongga mulut.
Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara
yang keluar daripada rongga mulut.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan
menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga
mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah
sebutan dengan bantuan hujung lidah yang
berfungsi membuat penyekatan.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi
Lelangit

Lelangit terbahag kepada dua bahagian
1. Lelangit keras
2. Lelangit lembut

Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras
hingga ke akhir rongga mulut.

Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian
hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk
menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke
rongga hidung.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

….sambungan

Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara
akan keluar melalui rongga mulut dan apabila
diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi
Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh
lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup,
bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan
amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses
pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas
dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua
keping selaput nipis berkenaan.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

JENIS-JENIS BUNYI

1. Bunyi Vokal

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada
rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.
Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah,
keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti
berikut:
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

1. Vokal Depan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah
dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras,
sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung.
Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau
himpitan yang boleh menyebabkan geseran
kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

2. Vokal Depan Separuh Sempit (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan,
tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i).
Contoh: kole, tauge, bendi, elok
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

3. Vokal Depan Separuh Luas

Untuk mengeluarkan vokal ini, depan lidah diturunkan
sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal (e).
Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa
mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

4. Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah
diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut
berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain
adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e).

Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

5. Vokal Belakang Sempit (u)

Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi
mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran
udara. Bentuk bibir dibundarkan.

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

6. Vokal Separuh Sempit ( o )

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di
antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling
rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

7. Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3
daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir
turut dibundarkan.

Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

8. Vokal Tengah

Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa
di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah
dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut
berkeadaan sederhana luasnya.

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

2. DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong
terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi
vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada
vokal yang lain.

Terdapat 3 jenis diftong.
a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Aspek Segmental Dan Non-Segmental
Dalam Pertuturan

Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian
1. Unsur segmental
2. Unsur non-segmental.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Unsur segmental bahasa

Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat
diperincikan daripada unit yang lebih besar hinggalah
unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa,
kata, morfem, suku kata, fonem, dan fon.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Unsur non-segmental bahasa

Unsur non-segmental bahasa terdiri daripada intonasi
dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya ditentukan
oleh unsur segmental bahasa.

Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran),
nada (tinggi rendahnya ujaran), durasi (panjang
pendeknya setiap segmen), dan perhentian
(pembahagian arus ujaran).
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen
yang lebih kecil, dan unsur non-segmental ialah
bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh
unsur segmental.
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

“WEII.. apalah korang ni.. Aku dah tunggu korang
lama ‘giler’..Nenek aku pun lagi laju daripada
korang lah. Ingat mak bapak korang bayar aku
untuk tunggu korang ke?"

Yang Indah Itu Bahasa.

Mengapa Berkasar Bahasa?
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan
Komunikasi

Ciri-ciri Pertuturan Yang Baik

1. Mengenalpasti mesej yang hendak disampaikan.
2. Mesej yang hendak disampaikan mestilah jelas /
maklumat yang cukup.
3. Laras bahasa yang sesuai.
4. Gaya pertuturan yang sesuai.
5. Kesesuaian mengikut konteks.
6. Bertutur secara ringkas dan teratur.
7. Elakkan ketaksaan (ambiguiti / kekaburan makna)
yang tak perlu.
8. Perkara yang dipertuturkan mestilah benar.
Sekian, terima
kasih.