You are on page 1of 28

TEORI-TEORI

PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

- Teori Behavioris
- Teori Psiko-linguistik
- Teori Semantik-kognitif
- Teori Pragmatik-interaksionis
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Pembelajaran
Pembelajaran ialah
- proses pemerolehan maklumat dan
pengetahuan
- penguasaan kemahiran dan tabiat
- pembentukan sikap dan kepercayaan .

Proses pembelajaran berlaku sepanjang
hayat.Proses pembelajaran berlaku di mana-
mana dan pada sebarang masa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Dalam konteks pendidikan, guru biasanya
berusaha sedaya upaya mengajar supaya
pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran
bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

Pembelajaran akan membawa kepada
perubahan pada seseorang. Walau
bagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh
kematangan seperti berjalan dan makan ataupun
penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap
sebagai pembelajaran.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap
rangsangan menimbulkan tindakbalas dan
pembelajaran berlaku akibat kaitan dengan
rangsangan dan gerak balas. Sesuatu
rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan
yang lain akan mendatangkan pembelajaran
yang dikenali sebagai pelaziman.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Contohnya dalam pembelajaran asas
perkakasan komputer minat pelajar terhadap
tajuk adalah disebabkan cara penyampaian
pengajaran yang baik menyebabkan pelajar
memberikan perhatian. Rangsangan yang
pertama ialah komputer dan rangsangan kedua
ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana
perkaitan antara keduanya adalah positif maka
gerakbalas yang berlaku juga positif.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Tingkahlaku memberikan perhatian akan
dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan
perhatian apabila belajar mengenai komputer.
Tumpuan pembelajaran adalah kepada
tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh
peneguhan.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

- Teori Behavioris
Diperkenalkan oleh Ivan Pavlov
Dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.
Pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku.

Teori pembelajaran mereka kebanyakannya
dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian
yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing,
tikus, kucing dan burung di dalam makmal.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan
antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang
menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Secara umumnya teori behavioris menyatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah
laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya.

Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku
pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Menurut (Hartley & Davies, 1978 ), prinsip-prinsip teori
tingkahlaku yang diterapkan meliputi:
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar

ikut dengan aktif didalamnya.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik
supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya
dan dapat memberikan respon tertentu.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara
langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah
respon yang diberikannya benar.
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar
maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Menurut Gagne, Briggs & Wager(1992),
terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu
pengajaran -

a) menarik perhatian
b) menyatakan objektif pelajaran
c) merangsang proses mengingat semula
kandungan lepas
d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan
rangsangan pelajar
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

e) memberikan bimbingan
f) tugasan dan soalan
g) membuat penilaian tahap penguasaan
pelajar
h) mengekal dan mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Psiko-linguistik

Menurut Aitchison ( 1998: 1 ) - psikolinguistik sebagai
suatu kajian tentang bahasa dan minda.

Harley (2001:1) - psikolinguistik sebagai suatu kajian
tentang proses-proses mental dalam penggunaan
bahasa.

Clark dan Clark(1977:4) - mengatakan psikologi bahasa
berkaitan dengan tiga hal utama, iaitu kefahaman,
penghasilan, dan pemerolehan bahasa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada
definisi yang diberikan oleh para sarjana ialah
psikolinguistik merupakan ilmu yang mempelajari
proses-proses mental yang dilalui oleh manusia
dalam mereka membina pengetahuan
berbahasa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

- Teori Psiko-linguistik
Strategi dan teknik aplikasi Teori Psikolinguistik
bagi meningkatkan Kualiti Bahasa, cukup relevan
dan boleh dipertahankan.
Bukan setakat untuk kemahiran bahasa bertulis,
malah merangkumi kemahiran berbahasa lisan,
menyanyi sebagai vokalis (mendengar vokalis
yang baik) membaca al Quran berlagu
(mendengar qari yang baik), bersyarah dan
pelbagai ketrampilan lain.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah –
- kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi
yang membolehkan manusia memperoleh,
menggunakan, dan memahami bahasa.

Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini
pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha
falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh
kekurangan data-data yang padu tentang
bagaimana otak manusia berfungsi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Penyelidikan moden menggunakan biologi,
neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat
untuk mengkaji bagaimana otak memproses
bahasa.

Terdapat beberapa subdisiplin (yang mengkaji
tentang neurologi) iaitu bagaimana otak
memproses maklumat yang berkaitan dengan
bahasa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Psikolinguistik meliputi
- proses-proses kognitif yang membolehkan
penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan
bermakna dari segi perbendaharaan kata dan
struktur tatabahasa
- serta proses-proses yang membolehkan
pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan
sebagainya.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Psikolinguistik perkembangan mengkaji
- keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk
membelajari bahasa.

Biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji atau
sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan
bukannya pencerapan naturalistik seperti yang
dilakukan oleh Jean Piaget dalam
penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-
kanak).
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Semantik-kognitif

Pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang
berlaku dalam akal,fikiran, dan tidak dapat
diperhatikan secara langsung daripada tingkah
laku.

Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan
Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai
jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian
masalah dan celik akal mengikut pelbagai
peringkat umur dan kebolehan pelajar.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori-teori pembelajaran mereka adalah
bertumpu kepada cara pembelajaran seperti
Pemikiran, celik akal, kaedah penyelesaian
masalah, penemuan dan pengkategorian.

Menurut teori ini, manusia memiliki struktur
kognitif dan semasa proses pembelajaran, otak
akan menyusun segala maklumat di dalam
ingatan.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Pada tahap kognitif, fungsi psikolinguistik mula
mengarah kepada fungsi kognitif dan landasan biologis
manusia dalam pemerolehan bahasa.

Pemerolehan bahasa pada manusia bukanlah
penguasaan komponen bahasa dengan tidak
berlandaskan pada prinsip-prinsip kognitif.

Tatabahasa merupakan suatu aspek penting dan tidak
terlepas daripada kognitif manusia kerana konstituen
dalam sesuatu ujaran sebenarnya mencerminkan realiti
psikologi yang ada pada manusia tersebut.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Ujaran bukan sesuatu bunyi yang linear, tetapi
membentuk unit-unit konstituen yang berhiraki
dan unit-unit ini merupakan realiti psikologi.

Pada tahap kognitif orang juga mula
membincangkan peranan biologi bahasa kerana
menurut Chomsky dan Lenneberg pertumbuhan
bahasa manusia itu berkait secara genetik
dengan pertumbuhan biologinya.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Pragmatik-interaksionis

Apakah Pragmatik ?

Menurut Jucker(1998)-
- Pragmatik merujuk kepada kajian makna dalam
interaksi antara seseorang penutur dengan
penutur yang lain.

Pragmatik merupakan salah satu komponen
dalam bahasa, ia memberikan perspektif kepada
bahasa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori interaksionis (interactionist theories)
Tumpuan teori ini adalah proses interaksi.
Kehidupan sosial dipandang sebagai suatu
proses interaksi dalam banyak hal seperti
pemaknaan, bahasa, perubahan perilaku, dan
pemeliharaan.

Komunikasi dalam hal ini dianggap sebagai suatu
proses interaksi. Manakala informasi sebahagian
dari proses komunikasi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Tidak ada masyarakat tanpa komunikasi. Semua
struktur kemasyarakatan termasuk kelompok,
keluarga, dan organisasi, lahir dari interaksi.

Dalam hal ini para sarjana memandang struktur
sosial sebagai produk dari interaksi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Struktur sosial lahir dari komunikasi. Namun
pendapat interaksionis lebih berlandaskan
kepada proses interaksi manusia.

Contoh - keluarga dibentuk oleh peristiwa
komunikasi, yang juga dari interaksi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Sekian, terima kasih.