You are on page 1of 16

DASAR

PENSWASTAAN
MAC 1983
DASAR PENSWASTAAN
• Proses pemindahan aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya
merupakan tanggungjawab sektor awam kepada sektor swasta.
• Melibatkan tiga komponen utama:-
– Tanggungjawab pengurusan
– Aset/hak mengguna aset
– Kakitangan.

RASIONAL
“Dalam menguruskan sesebuah perusahaan, kerajaan-kerajaan di mana jua
di dunia adalah terkenal dengan ketidakcekapannya walaupun dibantu
dengan unsur-unsur monopoli dan kuasa kerajaan. Sebaliknya sektor
swasta didapati lebih cekap dan lebih bermotivasi. Adalah menjadi harapan
kerajaan agar penswastaan dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan
perkhidmatan keseluruhannya yang seterusnya akan menghasilkan
peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi”

YAB Perdana Menteri, 1983


Definisi
• Proses pemindahan kepada sektor swasta
aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya
merupakan tanggungjawab sektor awam.
• 3 entiti terlibat:
– Tanggungjawab Pengurusan.
– Hak untuk menggunakan asset.
– Kakitangan.
OBJEKTIF
Mengurangkan Beban Kewangan dan Pentadbiran Kerajaan
Meningkatkan Kecekapan dan Daya Pengeluaran
• Mempercepatkan Pertumbuhan Ekonomi
Pengurangan Saiz dan Penglibatan Sektor Awam Dlm Ekonomi
Membantu Mencapai Matlamat Dasar Ekonomi Negara

Penjualan (Penuh/Sebahagian)

Pajakan
BENTUK-BENTUK
PENSWASTAAN
Kontrak Pengurusan

Bina-Kendali-Pindah dan Bina-


Kendali
Objektif Penswastaan
• 1. Mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan.
– Membolehkan Kerajaan menyerahkan
kegiatan komersial kepada sektor swasta
supaya Kerajaan dapat menumpukan usaha
ke atas fungsi tradisi seperti mengekalkan
keamanan negara dan memberi sokongan
bagi mencapai objektif pertumbuhan dan
pengagihan.
• II. Meningkatkan Kecekapan dan Daya
Pengeluaran
– Kecekapan dapat ditingkatkan melalui
beberapa cara termasuk mewujud dan
menggalakkan persaingan, memberi
beberapa bentuk insentif kepada kakitangan,
menjauhkan syarikat-syarikat Kerajaan
daripada pengawasan politik serta peraturan
Kerajaan.
• iii Mempercepatkan Pertumbuhan
Ekonomi
– Membuka peluang kepada sektor swasta
meningkatkan peranannya dalam
pembangunan negara.
– Orientasi komersial dan mengutamakan
keuntungan dijangka menjadi teras bagi
pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
– Kerajaan memperolehi hasil melalui cukai
korporat bagi membiayai projek sosioekonomi
• iv. Pengurangan Saiz dan Penglibatan
Sektor Awam Dalam Ekonomi
– Pengurangan kerajaan – saiz sektor awam
akan menjadi semakin kecil – peranan sektor
swasta semakin bertambah penting dalam
menerajui ekonomi negara.
• v. Membantu mencapai Matlamat DEB
– Penswastaan akan menyediakan peluang
bagi meningkatkan lagi kadar pencapaian
objektif dasar ekonomi negara khususnya dari
segi penyusunan semula corak pemilikan di
dalam ekonomi.
Strategi
• Jawatankuasa khas telah ditubuhkan di
UPE (unit Perancang Ekonomi)
• 3 garis panduan telah dikeluarkan:
– 1. Garis panduan mengenai penswastaan
untuk kegunaan pihak swasta bertarikh 21
januari 1985.
– Pekeliling am bil. 2/85: Garis panduan
mengenai penswastaan untuk agensi-agensi
Kerajaan bertarikh 21 Januari 1985.
– Pelan Induk Penswastaan
Pelan Induk Penswastaan
• PIP diwujudkan tahun 1991 bertujuan
membolehkan sektor awam dan swasta
memahami dengan jelas dasar-dasar di
bawah program penswastaan dan
peluang-peluang pelaburan yang
diwujudkan olehnya.
PIP
• PIP mengandungi:
– Panduan dan penjelasan mengenai
pelaksanaan dasar, rangka konsep, rangka
dasar yang menyeluruh.
– PIP juga menggariskan pelan tindakan,
pendekatan pelaksanaan serta jentera
pentadbiran.
Bentuk-Bentuk Penswastaan
• Penjualan: boleh digunakan ke atas aset
atau ekuiti Kerajaan. Penjualan aset boleh
melibatkan sebahagian atau keseluruhan
ekuiti sesuatu syarikat.
– Contoh: Penjualan ekuiti Langkawi Island
Resort-1991
– Penjualan kuari Kuala Dipang, perak 1990
• 2. Pajakan melibatkan pemindahan hak
menggunakan aset untuk tempoh tertentu
dengan bayaran pajakan.
• Biasanya kaedah ini digunakan bagi entiti
yang mempunyai aset bernilai tinggi dan
bersifat strategik seperti pelabuhan dan
lapangan terbang.
– Contoh: Pusat Penyembelihan Khinzir Shah
Alam.-1990
• 3. Kontrak Pengurusan melibatkan
penggunaan kepakaran pengurusan
sektor swasta untuk mengurus sesuatu
entiti kerajaan dengan dibayar yuran
pengurusan.
• Pemindahan tanggungjawab pengurusan
atau kakitangan tetapi tidak melibatkan
pemindahan hak milik aset.
• 4. ‘Bina-kendali-pindah’ atau ‘bina
kendali’ termasuk projek infrastruktur dan
kemudahan awam seperti jalan dan air.