6.

1 Tekanan udara
6.2 Aplikasi tekanan udara
TEKANAN UDARA
TEKANAN UDARA
 Hentaman zarah-zarah udara yang berada di
atmosfera.
 Teori kinetik gas :
 Gas terdiri daripada zarah-zarah halus dengan
susunan zarah yang sangat longgar dan
mempunyai ruang yang besar.
 Zarah-zarah gas bergerak bebas secara rawak.
 Di dalam sebuah bekas, zarah-zarah gas yang
bergerak bebas menghentam dinding bekas.
 Daya hentaman ini menghasilkan tekanan udara.
BUKTI KEWUJUDAN TEKANAN
UDARA
Apabila air sejuk dituang ke atas tin
tertutup yang berisi air yang
mendidih, tin akan menjadi kemek
kerana wap air di dalam tin
terkondensasi menjadi air. Tekanan
udara dalam tin menurun dan
tekanan udara yang lebih tinggi di
luar mengemekkan tin tersebut.
Air di dalam gelas yang
ditelangkupkan di atas kadbod
tidak tumpah kerana tekanan
udara dari luar menekan kadbod.
1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu
daripada bahagian hujungnya adalah terjulur.
2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas.
3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak ke
bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu tidak
terbang ke atas.
4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Tekanan Udara
 Isipadu gas.
 Jika bilangan molekul per unit isipadu gas
adalah lebih besar, kekerapan perlanggaran
molekul gas terhadap dinding bekas
juga meningkat. Oleh itu, tekanan udara juga
akan meningkat.

Isipadu berkurang, Tekanan bertambah
 Suhu gas.
 Pada suhu tinggi, molekul gas bergerak pada
kelajuan yang lebih tinggi. Hasilnya,
kekerapan perlanggaran molekul gas terhadap
dinding bekasnya juga meningkat
Suhu meningkat, Tekanan meningkat
Aplikasi Prinsip Tekanan Udara
Dalam Kehidupan Harian
1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan
menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara
yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam
penyedut minuman.
2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan
rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang lebih
tinggi di luar menolakair masukke dalam picagari.
3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju.
Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan
ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun
serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan
kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder.
4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan
rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di
luar menolak air masuk ke sifon.
5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar,
kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah
melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar
menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak
kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.
6. Tin dengan dua lubang
Susu dipaksa keluar di salah satu lubang
oleh tindakan tekanan udara yang menolak
udara ke dalam lubang yang bertentangan.