You are on page 1of 24

CTU211:

KEAJAIBAN ASTRONOMI
ALLAH
PENGENALAN
Apa itu astronomi
Astronomi (dikenali sebagai Ilmu Falak dari segi bahasa
etimologi membawa maksud peraturan bintang) merupakan
cabang sains yang melibatkan pembelajaran jasad
cakerawala(seperti bintang, planet, komet-komet, nebula,
gugusan bintang dan galaksi) yang menghasilkan fenomena-
fenomena yang berasal dari luar atmosfera bumi. (seperti
sinaran latar belakang kosmik)
Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.
Semua benda langit termasuk planet, satelit yang mengiringi
planet, bintang, dan bahkan galaksi, memiliki orbit atau garis
edar mereka masing-masing.
Definisi ilmu astronomi
Berikut adalah definisi-definisi yang diberikan oleh
tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam pada
zamannya:-
Ilmu untuk mempelajari suria, bintang, buruj, jarak,
saiz dan gerakan jasad-jasad tersebut. : As Shafa
Ilmu untuk mengetahui hal ehwal jasad-jasad
cakerawala yang bertaburan di angkasa lengkap
dengan bentuk, kedudukan, ukuran serta
jaraknya. : Thasy Kura
Ilmu berkaitan dengan gerakan dan peredaran
bintang-bintang yang tetap. Dari gerakan dan
peredaran bintang ini dapat diketahui bentuk dan
kedudukannya melalui hitungan gerakannya
yang dapat dilihat dengan cara metrik. : Ibnu
Khaldun

Al-Quran Sumber Ilmu Pengetahuan &
Astronomi :
Al-Quran adalah sumber tentang khazanah ilmu
pengetahuan, dan telah memberikan pengaruh
yang amat besar terhadap pendidikan dan
kebudayaan umat manusia.
Al-Quran menjelaskan bahawa seluruh
kandungan alam semesta penuh dengan tanda-
tanda kekuasaan Allah, dan hanya manusia yang
berilmu sahaja yang dapat mengamati dan
memahaminya.
Seseorang tidak dapat memahami astronomi
Islam jika ia tidak mengambil kira peranan al-
Quran dalam astronomi. Al-Quran menjadi punca
ilmu Islam paling ulung. Ilham daripada al-Quran
menjadi penggerak yang mencetuskan kemajuan
dalam astronomi. Di antara ayat al-Quran yang
menjelaskan tentang langit, bumi serta
cakerawala seperti berikut (maksudnya):





Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi
dan perbezaan malam dan siang adalah ayat (tanda)
kepada orang yang mempunyai fikiran. (Surah Ali-
Imran: 190)





Tidak ada pencerapan atau pengukuran
sains yang bercanggah dengan ayat al-
Quran.
Malahan ketepatan ayat-ayat ini, yang
wujud semasa pengetahuan sains manusia
masih dalam peringkat permulaan, menjadi
salah satu bukti yang dapat meyakinkan
setiap muslim bahawa al-Quran berpunca
daripada Pencipta yang serba mengetahui.
Astronomi dalam Islam bukan sahaja untuk
menentukan kiblat serta waktu sembahyang
dan hari raya sahaja. Pengajian astronomi
diperintah oleh Allah ke atas umat Islam bagi
menguatkan kepercayaan / keyakinan
tauhid mereka kepada-Nya.
Astronomi dan
Astrofizik

1) Bulan
Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi.
Ia berputar mengelilingi Bumi dari jarak kejauhan 384 000 km atas
paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik.

Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan
kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27
hari. Ini menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap
Bumi.

Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya dan masa yang
diambilnya mengelilingi Bumi adalah disebabkan oleh bentuk Bulan
yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang.

Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan
memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.

Sila perhatikan bahawa sebenarnya, kita dapat
mencerap lebih dari separuh permukaan Bulan.
Putaran orbit Bulan mengelilingi Bumi adalah
tidak begitu bulat dan paksinya pula tidak begitu
menegak berbanding dataran orbit putarannya.
Oleh yang demikian, Bulan berayun sedikit.
Fenomena ini dipanggil libration. Ini
menyebabkan, dari Bumi kita dapat mencerap
sebanyak 59 peratus permukaan Bulan.
Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan
sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah
Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian
cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan.
Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk
Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai
contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara
Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan
kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru.
Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah
bertentangan, iaitu Bumi berada diantara
Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan
terjadi.

2)Atmosfera dan magnetosfera
Bumi yang mempunyai garis-pusat 12 800 km iaitu lebih
sedikit besarnya dari Zuhrah ialah planet yang terbesar
dalam kumpulan yang dipanggil planet-planet
dalaman Sistem Suria.
Ia berputar mengelilingi Matahari setiap tahun pada
jarak kejauhan 150 juta km. Jarak ini dipanggil satu Unit
Astronomi (AU). Biasanya jarak objek-objek di Sistem
Suria diukur menggunakan unit ini.
Bumi berputar mengelilingi Matahari di atas dataran
yang dipanggil Dataran Ekliptik. Dataran ini juga
digunakan secara berluasan sebagai dataran
bandingan dalam Sistem Suria.
Bumi berputar di atas paksinya dalam masa kurang
sedikit dari 24 jam. Putaran ini menyebabkan
berlakunya siang dan malam. Paksi putaran Bumi
condong pada sudut 23 darjat jika diukur dari arah
menegak Dataran Ekliptik.

Arah paksi ini tidak berubah berbanding arah bintang-
bintang. Dibandingkan dengan arah Matahari pula
arah ini bertukar. Inilah yang menyebabkan terjadinya
musim. Di hujung bulan Jun, hemisfera utara Bumi
condong sedikit kearah Matahari. Ini menyebabkan
hari siang yang lebih panjang dan suhu yang lebih
tinggi di hemisfera ini.
Sebaliknya pula, dihujung bulan Disember, hemisfera
selatan pula yang condong kearah Matahari
sementara hemisfera utara mengarah menjauhi
Matahari. Ini mengakibatkan hari siang yang lebih
pendek dan suhu yang lebih sejuk di hemisfera utara.
Diantara musim sejuk dan panas, terdapat musim
bunga dan musim luruh dimana hari siang dan malam
lebih kurang sama panjang dan suhu agak sederhana.

Atmosfera
Satu daripada ciri-ciri keistimewaan Bumi ialah komposisi atmosferanya. 78 peratus
daripada atmosfera Bumi adalah terdiri daripada nitrogen, manakala 21 peratus
pula adalah oksigen. Selebihnya pula adalah terdiri daripada gas argon, karbon-
dioksida, wap air, dan juga partikel-partikel yang lain. Sebagai bandingan,
atmosfera Zuhrah dan Marikh adalah terdiri terutamanya daripada karbon-
dioksida, sedikit nitrogen dan hampir tiada oksigen. Kuantiti oksigen yang tinggi di
Bumi adalah disebabkan oleh organisma yang hidup di Bumi. Kesan hidupan
organisma tersebut secara perlahan telah mengeluarkan oksigen kedalam
atmosfera kita.

Sempadan kewujudan atmosfera agak susah untuk ditentukan. Walaupun
ketumpatan udara mengurang bila altitud meninggi atmosfera masih dapat lagi
dikesani pada tahap ketinggian beribuan km. Perubahan suhu mengikut tahap
ketinggian membolehkan kita menentukan beberapa jenis lapisan atmosfera. Dari
permukaan Bumi kita dapati bahawa suhu menurun ke tahap -55 darjat Celsius bila
ketinggian mencapai tahap 10 km. Lapisan ini yang dipanggil Troposfera
merupakan 75 peratus daripada jumlah jisim atmosfera. Di sinilah berlakunya
fenomena iklim dan cuaca seperti awan dan hujan. Di atas lapisan ini, suhu
meninggi semula mencapai ke tahap 0 darjat Celsius sementara ketinggian pula
mencapai ke tahap 50 km. Lapisan ini dipanggil Stratosfera. Di sinilah terdapat
molikul ozon yang bertanggungjawab menyerap sinaran ultra ungu dari Matahari
dan menghalangnya dari sampai ke permukaan Bumi. Serapan sinaran ultra ungu
inilah yang menyebabkan kenaikan suhu di lapisan ini.

Di atas lapisan Stratosfera, suhu menurun semula bila ketinggian mencapai ke
tahap 85 km. Lapisan ini dipanggil lapisan Mesosfera. Di atasnya pula terdapat
lapisan yang dipanggil Termosfera. Di dalam lapisan inilah objek-objek kecil Sistem
Suria seperti meteor terbakar. Lapisan di luarnya yang melebihi tahap 500 km
dipanggil Exosfera. Di tahap ketinggian ini atmosfera adalah terdiri daripada
hidrogen dan helium. Di lapisan ini, atmosfera tidak terikat terlalu kuat kepada
medan graviti Bumi dan boleh bebas ke ruang antara planet.


Magnetisma
Satu unsur penting yang berhampiran dengan Bumi ialah medan magnetnya. Dengan
menggunakan alat kompas biasa kita boleh menyaksikan bahawa Bumi adalah dikelilingi oleh
medan magnet. Ia wujud disebabkan arus elektrik yang menyalur di bahagian cair teras besi
Bumi. Paksi medan magnet ini tidak selari dengan paksi putaran Bumi, ia condong pada sudut 11
darjat. Inilah sebabnya kenapa kutub utara medan magnet terdapat di Kanada dan agak jauh
dari kutub utara yang ditentukan oleh paksi putaran Bumi.

Medan magnet menimbulkan kesan magnetosphere, iaitu ruang dimana pergerakan partikel di
dalamnya terpengaruh oleh medan magnet Bumi. Bentuk magnetosphere ini ditentukan
mengikut interaksi diantara partikel di dalam angin suria dengan medan magnet Bumi. Oleh yang
demikian, bentuk ruang magnetosphere bergantung kepada aktiviti Matahari. Menghala kearah
ke Matahari, ruang magnetosphere memanjang secara puratanya mencapai kejauhan 60000
km. Menghala kearah bertentangan pula, ruang ini membentuk ekor yang memanjang sehingga
mencapai kejauhan berjutaan km.

Sesampai sahaja di Bumi, kebanyakan partikel-partikel angin suria mengubah hala akibat medan
magnet dan mengelak magnetosphere. Beberapa yang berjaya memasuki ruang
magnetosphere ini, terperangkap dan berputar mengelilingi garisan medan dan bergerak
kearah kutub medan magnet yang bertentangan. Pergerakan ini mencipta dua zon yang kaya
dengan partikel iaitu radiasi Van Allen Belt yang dinamakan sedemikian sempena penemunya.
Setiap satu zon ini menyerupai bentuk gelang yang mengelilingi Bumi. Yang pertamanya
terdapat pada tahap kejauhan 5000 km dan mengandungi proton bertenaga kuat. Yang
keduanya pula, terdapat pada tahap kejauhan 25000 km dan mengandungi elektron dan
proton bertenaga lemah

Pada masa yang lain pula, terutamanya selepas ledakan suria, elektron dan proton yang
bertenaga kuat berjaya memasuki lapisan atmosfera luar di kawasan kutub medan magnet.
Partikel-partikel ini kemudiannya berinteraksi dengan atom dan molikul tempatan menghasilkan
fenomena yang dipanggil aurora borealis atau aurora australis bergantung sama ada fenomena
tersebut berlaku di kutub utara atau selatan.

3) Utarid
Dalam pergerakan menjauhi Matahari dan menuju kearah keluar
Sistem Suria planet yang pertama kita jumpa ialah planet Utarid
yang terletak lebih-kurang 0.38 unit astronomi (AU) dari Matahari.
Planet ini berputar dalam orbit yang agak membujur menyebabkan
jarak tersebut berubah dari 0.31 hingga ke 0.47 AU.
Dari pandangan Bumi, kedudukan Utarid yang amat dekat dengan
Matahari menyebabkan pergerakannya kelihatan terhad dan dekat
dengan Matahari. Paling jauh sekali planet Utarid kelihatan berada
28 darjat dari Matahari. Oleh yang demikian, Utarid cuma nampak
dalam masa yang amat pendek, samada sebelum Matahari terbit
atau selepas Matahari terbenam. Garis-pusatnya yang kecil
menimbulkan kesusahan untuk mencerap permukaannya dengan
lebih teliti.
Dalam tahun 1960an kita dapat mengukur jangkamasa putaran
Utarid dengan menggunakan radar. Dalam masa itu, pakar
Astronomi menghantar isyarat radio ke Utarid dan meneliti isyarat
pantulan balik. Kesan yang dipanggil Doppler Effect timbul akibat
putaran Utarid membolehkan kita mengukur kelajuan putaran
tersebut. Satu putaran Utarid atas paksinya dijangka mengambil
masa 59 hari.
Masa ini merupakan lebih-kurang dua-pertiga jangkamasa putaran
Utarid mengelilingi Matahari, dimana satu putaran orbit mengambil
masa 88 hari di Bumi. Ini bukan terjadi secara kebetulan; ia terjadi
akibat pengaruhan tarikan graviti Matahari keatas Utarid.
Mekanisma tersebut juga berlaku keatas Bulan kita. Gabungan
putaran yang lambat dan orbit kelilingan yang cepat boleh
mengakibatkan keadaan yang mengejutkan kepada penghuni
andaian Utarid. Satu putaran Utarid atas paksinya, dimana Matahari
kelihatan kembali ke kedudukan asalnya, mengambil masa yang
sama untuk melengkapi 2 putaran orbit nya mengelilingi Matahari.
Dalam kata lain, satu hari di permukaan Utarid mengambil masa 2
tahun.
Utarid yang bergaris-pusat 4900 km, merupakan planet yang kedua
terkecil dalam Sistem Suria. Disebabkan kekurangan jisim dan tarikan
graviti Utarid tidak dapat menahan udara. Ketiadaan udara
menyebabkan perubahan suhu siang dan malam yang amat kuat.
Mariner 10 mendapati bahawa suhu waktu siang mencapai ke
tahap 470 darjat Celcius manakala pada waktu malam pula suhu
tersebut turun ke tahap -180 darjat Celcius.
4) Zuhrah
Zuhrah terletak 0.72 AU jauhnya dari Matahari. Dari Bumi
planet ini kelihatan bergerak jauh sedikit dari Matahari
berbanding dengan Utarid. Perpisahan ketara maksima
planet Zuhrah boleh mencapai 45 darjat dari Matahari.
Zuhrah adalah salah satu objek yang paling menarik untuk
dicerap. Disebabkan oleh putarannya mengelilingi
Matahari ia kelihatan mengalami fasa-fasa yang serupa
dengan Bulan. Dalam putarannya mengelilingi Matahari,
pada kedudukan yang terdekat dengan Bumi, planet
Zuhrah dengan senangnya boleh menjadi objek yang
tercerah di langit selepas Matahari dan Bulan.
Dari segi saiz, jisim dan campuran kimia, Zuhrah yang
bergaris-pusat 12 100 km amat serupa dengan Bumi.
Perbezaan yang ternyata cuma dari segi rupanya sahaja.
Tidak seperti Bumi, udara di permukaan Zuhrah amat tebal
sehingga melindungi permukaannya. Ini membentuk satu
halangan yang besar dalam penyelidikan keatas planet
Zuhrah. Oleh yang demikian, putaran atas paksinya tidak
dapat diukur sehingga awal tahun 1960an bila pakar-
pakar astronomi dapat menggunakan radar untuk tujuan
ini. Dengan bantuan radar, pakar-pakar astronomi
mendapati bahawa Zuhrah berputar mengikut arah
bertentangan dengan arah biasa. Juga didapati bahawa
satu putaran tersebut mengambil masa 243 hari di Bumi.
Atmosfera
Ciri-ciri Zuhrah yang paling menakjubkan ialah udaranya. Campuran udaranya
amat berbeza dari udara di Bumi dimana 95 peratus daripadanya terdiri daripada
karbon-dioksida, sedikit kesan nitrogen dan gas yang lain. Udara tersebut juga
didapati secara keseluruhannya tidak begitu tebal. Sebenarnya, awan yang
tertebal sekali terdapat pada tahap ketinggian altitud 45 hingga ke 65 kilometer
yang melindungi permukaan dari pandangan luar. Awan ini didapati
mengandungi bintik bintik asid sulfurik, sedikit air dan jerebu. Awan tersebut
bergerak dengan kelajuan 350 km sejam. Dalam masa 4 hari awan tersebut boleh
membuat satu putaran penuh mengelilingi Zuhrah. Kelajuan ini merupakan 60 kali
ganda kelajuan putaran Zuhrah diatas paksinya.
Keadaan udara di permukaan Zuhrah boleh dikatakan amat tidak
menyenangkan. Tekanan udaranya adalah 90 kali ganda lebih kuat dari takanan
di Bumi. Suhunya boleh mencapai ketahap 480 darjat Celcius. Suhu inilah yang
menjelaskan perbezaan besar diantara Zuhrah dan Bumi. Sejak terbentuk, kedua-
dua Zuhrah dan Bumi diliputi udara karbon-dioksida dan air. Di Bumi, air jatuh
membentuk laut dan karbon-dioksida pula diserapi oleh batu-batu. Di permukaan
Zuhrah pula, kedudukannya yang lebih dekat dengan Matahari menyebabkan
suhu terlalu tinggi sehingga dua proses tersebut tidak dapat berlaku. Keadaan ini
meninggalkan udara asal Zuhrah lebih-kurang tidak bertukar.
Kedudukan planet Zuhrah yang dekat dengan Matahari secara tersendirinya tidak
dapat menjelaskan ketinggian suhu permukaan yang mencapai ketahap 480
darjat Celcius. Suhu tinggi tersebut juga disebabkan oleh fenomena yang dikenali
sebagai Greenhouse Effect. Fenomena ini berlaku bila radiasi Matahari memasuki
ruang udara pada puncak intensitinya. Bahan-bahan udara menyerap radiasi ini
dan mengeluarkannya pula pada intensiti yang rendah yang tidak dapat terlepas
ke ruang angkasa. Ini mengakibatkan radiasi tersebut terperangkap dan bertukar
menjadi suhu tinggi.
Dalam hal Zuhrah, partikel karbon-dioksidalah yang memerangkap radiasi
tersebut. Mekanisma inilah yang menyebabkan suhu Zuhrah meninggi sikit demi
sikit sampai mencapai suhu sekarang ini. Kesan ini juga terjadi di Bumi tetapi
kurang ketara sebab jumlah karbon-dioksida di Bumi tidak begitu sedemikian
tinggi.

Permukaan
Permukaan Zuhrah terdedah kepada kita terutamanya melalui alat
penduga yang diletakkan di orbit mengelilinginya. Topografi permukaan
Zuhrah telah dicerapkan menggunakan radar. Cerapan tersebut
menunjukkan bahawa permukaan Zuhrah, secara umumnya, adalah
terdiri daripada dataran-dataran besar. Dataran ini dibahagi oleh 2
dataran tinggi sebesar plet benua. Dataran tinggi ini dipanggil Aphrodite
Terra dan Ishtar Terra.
Di atas dataran permukaan Zuhrah terdapat penuh dengan bentukan
gunung berapi. Sebahagian daripadanya dapat dipetakan dengan
nyata. Satu daripadanya, Mount Maxwell mencapai tahap ketinggian 11
km. Juga terdapat di permukaan Zuhrah kubah yang janggal bentuknya.
Disamping bentukan tersebut yang mungkin terjadi akibat lava yang cair
juga terdapat bentuk hasilan lava yang tua. Bentuk permukaan in
mencadangkan bahawa aktiviti letupan gunung berapi tersebut telah
berlaku tidak berapa lama dulu, mungkin kurang dari 10 juta tahun yang
lepas. Walau bagaimana pun, aktiviti tersebut tidak berlaku lagi sekarang
ini, kewujudan plet tektonik seperti Bumi tidak dapat dikesani.
Selain daripada bentukan gunung berapi, juga terdapat di permukaan
Zuhrah beberapa kawah-kawah, semuanya bergaris-pusat melebihi
beberapa km. Ini dijangka disebabkan oleh atmosferanya yang padat
yang menyebabkan meteor yang kecil hancur dan tidak dapat
meninggalkan kesan yang sedemikian besar. Didapati bahawa
permukaan Zuhrah adalah menyerupai padang pasir yang tandus dan
berbatu-batu dan kelihatan berwarna jingga.
KESIMPULAN

You might also like