MENGURUS PERUBAHAN KURIKULUM

PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
DI MALAYSIA
KPS 6054 : PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
AHLI KUMPULAN :-
NAMA NO.MATRIK
NOOR AZLINDA BT. ABU SAMAH M20121000810
PENSYARAH:
DR ABDUL TALIB HASHIM

PENGENALAN
• Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel
dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil bangsa dan
warganegara Malaysia yang berkualiti.
• Bagi Negara kita Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum,
pelaksanaan kurikulumnya perlulah di berikan secara setara kepada semua.
• Maka di sinilah pendidikan multibudaya wajar diterapkan dalam kurikulum
pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatkan lagi pemahaman
kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
• unsur kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat heterogen seperti di
Malaysia perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kurikulum pendidikan bagi memberi kefahaman kepada pelajar tentang
kedudukan mereka dalam masyarakat, peranan dan sumbangan yang perlu
dimainkan dan keutamaan memelihara serta mengukuhkan perpaduan
sebagai asas kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia.

KONSEP DAN PENGERTIAN PERUBAHAN
KURIKULUM
• Kurikulum pendidikan ialah satu wadah penting dalam menjana anjakan
paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan
penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua
aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).
• kurikulum turut mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai
dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan
masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke generasi yang lain
• kurikulum perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa.
• Perubahan pendidikan membawa maksud proses melakukan satu bentuk
transformasi yang holistic berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada
dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek
asas kurikulum
• harus sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan
arah aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa.

• Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan
matlamat pembangunan manusia dan Negara.

• Perubahan kurikulum merupakan satu usaha penambahbaikan dalam sistem
pendidikan negara terutamanya di peringkat persekolahan yang perlu
dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan
cabaran semasa serta akan datang

• Dalam proses perubahan kurikulum, KPM telah melakukan penandaarasan
dengan kurikulum persekolahan negara-negara maju dengan suntikan
kesesuaian di Malaysia bagi memastikan kurikulum kebangsaan yang
dibangunkan setanding dengan pendidikan global.

• Keutamaan dalam perubahan kurikukum perlulah dengan keselarasan antara
penggubalan dasar dan pelaksanaan program pendidikan merentas rantaian
nilai pendidikan.

• Kurikulum pendidikan perlu mampu menyumbang kepada penghayatan nilai
dan perkongsian aspirasi apabila individu dari pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan etnik berinteraksi serta belajar memahami dan
menerima perbezaan.
IDEOLOGI DAN DASAR PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA DI MALAYSIA DAN REALITINYA
• Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk
menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada
berbilang budaya.
• Pendidikan Multibudaya di Malaysia adalah dibentuk hasil daripada rentetan
kehadiran imigrain dari Negara luar seperti China dan India ke Tanah Melayu
ketika zaman kegemilangan Melaka.
• Setelah itu, pendidikan di Malaysia berubah mengikut dasar pecah dan
perintah ekoran situasi Tanah Melayu yang dijajah oleh pelbagai bangsa
• Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, pendidikan mutibudaya terus diberi
nafas baru dengan memfokuskan matlamat bagi memberi peluang yang sama
rata kepada setiap individu untuk mendapat peluang pendidikan serta
membentuk perpaduan serta pengintegrasian rakyat Malaysia
• Komposisi penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik
menyebabkan wujudnya kepelbagaian latar belakang pelajar dalam sistem
pendidikan Negara
• pendidikan multibudaya wajar diberi ruang dan peluang dalam kurikulum
pendidikan di Malaysia untuk membantu meningkatkan lagi pemahaman
kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar.
• memberi kefahaman kepada pelajar tentang kedudukan mereka dalam
masyarakat, peranan dan sumbangan yang perlu dimainkan dan
keutamaan memelihara serta mengukuhkan perpaduan sebagai asas
kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia.
• pemupukan perpaduan ke arah integrasi nasional diharap dapat dicapai
untuk mengelakkan polarisasi atau perpecahan dalam kalangan kaum dan
etnik di Malaysia
• Pendidikan Multibudaya juga menjadi semacam ideologi dalam
pengembangan kebudayaan serta upaya menciptakan masyarakat yang
sihat.
• Potensi multikulturalisme juga dapat dikatakan sebagai upaya
memberikan kebebasan berekspresi dalam kehidupan demokrasi
TRANSFORMASI KURIKULUM KEBANGSAAN
DAN IMPLIKASINYA KEPADA KURIKULUM
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA

KAJIAN KES DAN ISU-ISU BERKAITAN

RUMUSAN
• bagi Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, penyampaian kurikulum
bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang malahan
turut bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara
masyarakat majmuk di Malaysia.

• Melalui kurikulum pendidikan multibudaya dapat membentuk masyarakat
yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum

• Apa yang diharapkan adalah pendidikan multibudaya dapat menyemai
semangat patriotisme dan semangat cintakan negara dalam kalangan
semua lapisan masyarakat.

• Ini secara langsung menjamin pembangunan sistem pendidikan berkualiti
dan seterusnya melengkapkan agenda pembangunan negara.

• Kepelbagaian budaya inilah pencetus warna warni dalam negara
kita Malaysia sekaligus membentuk perpaduan yang mantap
daripada pelbagai aspek.