PENDEKATAN BIDANG ILMU PSIKOLOGI

Puan Siti Azura Bahadin Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia

1

LATAR BELAKANG
Fenomena

psikologi boleh dianalisis daripada pelbagai perspektif. Setiap cabang memberi penerangan yang berbeza mengenai kelakuan manusia. Setiap cabang pula saling bergantung di antara satu sama lain untuk menerangkan perlakuan seseorang itu.
2

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DISENTUH
 PENDEKATAN

MODEN

BIOLOGIKAL TINGKAHLAKU KOGNITIF PSIKOANALITIK HUMANISTIK  PENDEKATAN PERSEJARAHAN LAMPAU – STRUKTURALISME – FUNCTIONALISME – GESTALT – BEHAVIORISME
– – – – –

3

1.0. PENDEKATAN MODEN
1. 2. 3. 4. 5. BIOLOGIKAL TINGKAH LAKU KOGNITIF PSIKOANALITIK HUMANISTIK
4

1.1. PENDEKATAN BIOLOGIKAL
1.1.1. Otak manusia mengandungi lebih daripada 10 bilion sel saraf yang mempunyai kaitan di antara satu sama lain. 1.1.2. Secara prinsipnya, kesemua fenomena psikologi berkaitan dengan aktiviti otak dan sistem saraf.
5

1.1.3. Pendekatan biologi mengaitkan tingkah laku seseorang (overt behavior) dengan proses kimia dan elektrik yang berlaku di dalam tubuh badan manusia. 1.1.4. Kajian daripada perspektif biologikal cuba mengenal pasti proses neurobiologikal, di sebalik sesuatu tingkahlaku dan proses mental.
6

1.1.5. Contohnya, pendekatan biologi ke atas depresi cuba memahami depresi dari sudut perubahan luar biasa dalam paras ‘neurotransmiter’. (Endorphin)
7

1.2. PENDEKATAN TINGKAHLAKU

1.2.1. Fokus utama pendekatan tingkahlaku ialah ke atas pemerhatian tingkahlaku.

8

1.2.2. Oleh itu, ia hanya melihat kepada yang boleh diperhati dan reaksinya stimuli & response) dan tidak membuat andaian ke atas proses mental seperti berfikir. 1.2.3. Ia juga memberi penekanan ke atas mempelajari kenapa sesuatu tingkahlaku terjadi.
9

1.2.4. Contohnya, seseorang yang gemuk mungkin kuat makan (reaksi spesifik) terutama apabila dihidangkan dengan makanan kegemarannya (rangsangan atau stimuli spesifik). 1.2.5. Oleh itu, belajar untuk mengelakkan diri daripada rangsangan ini sering digunakan dalam program menguruskan badan.
10

1.2.6. Awal tahun 1900, ahli psikologi Rusia, Ivan Pavlov (1849-1936) membuat kajian mengenai proses “Pencernaan Anjing”. 1.2.7. Apabila anjing itu hendak diberi makan, ia akan mengeluarkan saliva apabila :

Mendengar bunyi kunci bilik di mana ia dikurung, atau Apabila melihat makanan.
11

1.2.8. Dapatan penyelidikan beliau ialah anjing tersebut telah membuat “perkaitan” di antara sesuatu bunyi, atau, dengan perbuatan “diberi makan”. 1.2.9.John B Watson (1878-1958) dan B.F. Skinner adalah antara tokoh terkenal yang menggunakan pendekatan tingkah laku.
12

1.3.PENDEKATANKOGNITIF
1.3.1. Pendekatan Kognitif berpunca daripada reaksi terhadap kekurangan yang ada pada perspektif tingkahlaku (behaviorism). 1.3.2. Fokus Behaviorisme adalah ke atas tingkahlaku yang boleh diperhati dan ia tidak melihat proses kognitif yang terlibat di sebalik sesuatu tingkahlaku itu.
13

1.3.3. Ini secara tidak langsung mengabaikan aktiviti manusia yang kompleks seperti berfikir, mengingat, merancang, membuat keputusan dan berkomunikasi. 1.3.4. Antara tahun 1920an hingga 1960an ahli-ahli psikologi amat kurang melakukan kajian dalam perspektif ‘Kognitif’.
14

1.3.5. Kurun ke-19, pendekatan kognitif melihat kepada proses mental seperti anggapan (perceive), mengingat, menyelesaikan (solving), membuat keputusan dan memilih. 1.3.6. Walau bagaimanapun, pendekatan kognitif moden tidak hanya berdasarkan ‘Kajian Diri’ (introspection).
15

1.3.7. Pendekatan Kognitif percaya bahawa :-

Moden

(a) Kita akan memahami dengan mendalam apa yang dilakukan oleh sesuatu organisme dengan mengkaji proses mentalnya.

16

(b)

Kita boleh mempelajari proses mental secara lebih objektif dengan memfokuskan kepada tingkahlaku yang spesifik (sama seperti behaviorist). Namun, tafsiran akan dibuat dalam konteks proses mental (underlying mental process).

17

1.3.8. Fokus utama ialah bagaimana kita berfikir, memproses memori dan menyimpan maklumat.
18

1.3.9. Tokoh-tokoh terkemuka dalam pendekatan Kognitif ialah George Miller (1920), Jerome Bruner (1915), Ulrich Neisser (1928).

19

1.4. PENDEKATAN PSIKOANALITIK 1.4.1. Perspektif Psikoanalitik diasas oleh Sigmund Freud di Eropah, seiring dengan perkembangan perspektif tingkahlaku di United States.

20

1.4.2. Freud menggabungkan suara hati / hati nurani (conscience), persepsi, memori dan idea tentang asas biologi naluri (biologically based instinct) untuk membina satu teori baru mengenai ‘perkembangan manusia’.
21

1.4.3. Asas teori Freud ialah tingkahlaku manusia berpunca daripada satu proses yang tidak dirancang, ketakutan, keinginan yang tidak disedari, yang secara tidak langsung , mempengaruhi tingkahlaku manusia.

22

1.4.4. Freud percaya bahawa ‘impuls’ yang terlarang, atau dihukum, oleh ibu bapa dan masyarakat, sewaktu di zaman kanak-kanak, berasal dari naluri semulajadi manusia.

23

1.4.5. Larangan ini hanya menyebabkan impuls terpendam, dan seterusnya akan menjelma dalam bentuk masalah “emosisimptom”, kecelaruan mental, ataupun tingkahlaku yang diterima masyarakat seperti artistik.
24

1.4.6. Contoh - sekiranya seseorang itu tidak boleh melepaskan kemarahan yang terbuku di dada, kemarahan tersebut akan terpendam dan seterusnya mungkin tidak disedari. 1.4.7. Kemarahan itu kemudiannya, akan dinyatakan dalam bentuk ‘mimpi’ dan individu tersebut akan mengalami gangguan tidur.
25

1.5.PENDEKATAN HUMANISTIK 1.5.1. Perspektif melihat manusia yang positif. Humanistik dari sudut

26

1.5.2. Menurut pakar Humanistik, manusia mempunyai pilihan di dalam hidup mereka. Kita tidak boleh memahami pilihan mereka dengan hanya mengkaji binatang di dalam makmal atau merujuk kepada individu yang bermasalah untuk menyesuaikan diri.

27

1.5.3. Carl Rogers (1902-1987) dan Abraham Maslow (1908-1970) melihat setiap orang sebagai individu yang unik dan setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza.

28

1.5.4. Satu prinsip utama Humanistik ialah setiap manusia mempunyai keinginan dan potensi untuk berkembang ke tahap tertinggi yang mampu dicapai oleh mereka.

29

2.0. PENDEKATAN PERSEJARAHAN LAMPAU
1. 2. 3. 4. STRUKTURALISME FUNCTIONALISME GESTALT BEHAVIORISME
30

2.1.

PENDEKATAN STRUKTURALISME

2.1.1. Dalam kurun ke-19, bidang kimia dan fizik telah berjaya menganalisis molekul yang kompleks di dalam elemen atom.

31

2.1.2. Kejayaan ini memberi dorongan kepada ahli psikologi untuk melihat gabungan elemen mental yang mencipta satu pengalaman kompleks.

32

2.1.3. Wilhelm Wundt (1832-1920) diberi ‘kredit’ (pujian) kerana berjaya menubuhkan makmal psikologi yang pertama. 2.1.4. Wundt dilatih sebagai seorang doktor bedah kerana profesyen psikologi bukan merupakan pekerjaan pilihan pada waktu itu.
33

2.1.5. Walau bagaimanapun, misi utama beliau dalam menubuhkan makmal tersebut ialah untuk menjelaskan mengenai otak manusia. 2.1.6. Titchener memperkenalkan strukturalisme yang bermaksud “Analisis Struktur Mental.”
34

2.1.7. Penyelidikan Titchner bergantung kepada kaedah yang dikenali sebagai “Introspection” di mana responden memberi laporan lisan mengenai pengalaman yang mereka sedari (conscious experience).

35

2.1.8. Masalah yang timbul dengan pendekatan Structuralisme ialah manusia menghadapi masalah untuk memberi laporan yang serupa, walaupun mengalami pengalaman yang sama.

2.1.9. Ini menyebabkan timbulnya persoalan tentang kewujudan elemen yang sama dalam setiap pengalaman.
36

2.2. PENDEKATAN FUNCTIONALISME

2.2.1. Functionalisme tidak memberi tumpuan kepada struktur minda. Ia lebih kepada ‘fungsi kesedaran’ iaitu cara kerja minda & kenapa ia cara begitu. 2.2.2. Functionalisme membawa maksud “mempelajari cara kerja minda manusia untuk membolehkan organisme menyesuaikan diri & berfungsi di dalam persekitarannya”.

37

2.2.3. William James (1842-1910), seorang ahli psikologi Harvard lebih berminat dengan terma “stream of consciousness”. 2.2.4. Kesedaran diibaratkan sebagai aliran sungai yang tidak mudah dibahagikan kepada elemen seperti yang diharapkan oleh Wundt dalam pendekatan Strukturalisme.
38

2.3.PENDEKATAN GESTALT
2.3.1. Gestalt bermaksud “bentuk” atau “konfigurasi.” Pendekatan ini berasal dari German lebih kurang dalam tahun 1912.

39

2.3.2. Sekumpulan ahli psikologi yang menamakan pendekatan mereka sebagai psikologi Gestalt memberi penekanan bahawa kesuluruhan persepsi berbeza daripada persepsi rangsangan (stimuli) individu. 2.3.3. Ahli psikologi pendekatan Gestalt ialah Max Wartheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler.

40

2.3.4. Ahli psikologi Gestalt berminat, terutamanya dalam persepsi. Mereka percaya bahawa pengalaman persepsi bergantung kepada rangsangan (stimulus) dan susunan pengalaman. 2.3.5. Apa yang kita lihat bergantung kepada “latar-belakang” suatu objek.
41

2.3.6. Keseluruhan sesuatu gambaran (pengalaman) itu bergantung kepada hubungan di antara setiap bahagian yang menjadikan gambaran itu sebagai satu. 2.3.7. Gestalt melihat sesuatu “entiti” itu dengan menyeluruh dan tidak terpisah kepada beberapa bahagian - “the whole is greater than the sum of its parts”.
42

2.4.

PENDEKATAN BEHAVIORISME

2.4.1. Strukturalisme dan functionalisme memainkan peranan penting dalam perkembangan awal bidang psikologi.
43

2.4.2. Walau bagaimanapun, pada tahun 1920, kedua-dua pendekatan ini digantikan oleh tiga pemikiran baru dalam bidang psikologi iaitu Behaviorisme, Gestalt dan Psikoanalisis. Behaviorisme diasaskan oleh John B. Watson. Beliau mengkaji minda haiwan.
44

2.4.3. Watson berpendapat bahawa psikologi boleh menjadi bidang sains sekiranya data psikologikal dibuka untuk tatapan umum sebagaimana cabang sains yang lain. 2.4.4. Menurut Watson lagi, tingkahlaku atau perlakuan, adalah umum manakala kesedaran (consciousness) adalah peribadi.
45

2.4.5. Gerakbalas Terlazim (Conditioned Response) merupakan unit tingkah laku yang terkecil yang boleh membina perlakuan yang lebih kompleks. 2.4.6. Ahli-ahli Behaviorist menegaskan bahawa faktor ‘Rangsangan-Gerakbalas’ (S-R) membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku manusia.

46

2.4.7. Walau bagaimanapun, “S-R Psychology” bukanlah satu teori. Ia adalah suatu terma (term) yang sering digunakan oleh bidang psikologi hari ini.

47

48

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful